BELAJAR DARI LAUT

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.
© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Mari kita lihat laut. Mungkin sesetengah kita merasakan bahawa laut merupakan ciptaan yang biasa. Tetapi tidak, laut sebenarnya adalah ciptaan Allah yang luar biasa. Laut sangat luas. Ia merangkumi hampir tiga perempat muka bumi. Cuma kerana sudah terbiasa kekadang kita tidak merasa bahawa laut sangat luar biasa. Baiklah, sekarang Pak Cik hendak datangkan satu perbandingan…

 

Dalam hari yang berharAnak-anak pernah mendengar cerita kapal yang sangat besar bernamaTitanic? Semua orang kagum waktu kapal yang sangat besar itu dibina. Kapal yang tidak mungkin tenggelam, begitu dakwa jurutera dan arkitek yang membinanya. Setelah Titanic siap dibina, ia pun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk belayar dari England menuju Amerika. Itu merupakan satu perjalanan yang jauh merentasi laut Atlantik. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada peristiwa yang sangat bersejarah itu. Tidak kurang yang rasa angkuh dan megah dengan kehebatan teknologi terkini pada waktu itu.

Malang. Titanic ditimpa malapetaka dalam perjalanan. Ia tenggelam setelah terlanggar dengan… cuba teka. Dengan batu karang? Akibat ju  ribut atau taufan? Tidak. Titanic tenggelam hanya disebabkan berlanggar dengan air… air yang beku – ‘iceberg’. Pada waktu itu dunia terkejut. Kapal yang sebesar dan sehebat itu akhirnya tenggelam juga. Begitu hebat Titanic yang dibina manusia, tetapi hanya sekelumit bila dibandingkan dengan lautan yang dicipta Allah.

Setelah lama tenggelam, saintis mengambil masa yang lama untuk menentukan lokasi di mana tragedi itu berlaku. Tempat Titanic tenggelam terlalu sukar dikesan justeru kapal yang besar itu hanya umpama sebilah jarum sahaja sahaja dibandingkan dengan lautan Atlantik yang sangat luas itu. Begitu kerdil ciptaan manusia, sedangkan Atlantik bukanlah lautan yang terluas… Lautan Pasifik lebih luas lagi. Begitulah anak, luar biasanya keluasan laut.

Air laut sangat masin. Itu juga sangat luar biasa. Allah tidak ciptakan sia-sia. Kemasinan laut itulah yang menyerap bau seluruh sampah yang dialirkan kepadanya. Bayangkan, seluruh kotoran di dunia dialirkan ke laut oleh sungai. Sampah sarap, bangkai, najis dan lain-lain dialirkan ke laut. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, laut adalah ‘tong sampah’ yang paling besar di dunia. Sejenak fikirkan… apa akan jadi kalau air laut seperti air sungai yakni rasanya tawar? Tentu ia akan dicemari dengan bau yang sangat busuk.

Kalau itulah yang berlaku, seluruh dunia akan dicemari oleh bau yang sangat busuk. Kesihatan akan terjejas. Hidup tidak akan tenteram. Mujurlah air laut tidak tawar. Dengan kadar kemasinannya yang sangat tinggi itu, ia mampu menyerap bau dan ‘mengawet’ kekotoran yang banyak. Anak-anak akan faham proses saintifik ini jika bertanya kepada guru-guru di sekolah. Secara mudah, Pak cik boleh katakan itu samalah seperti peranan garam yang boleh mengawet isi ikan dalam proses membuat ikan masin.   

        Diharap sekarang anak-anak akan faham betapa hebatnya laut ciptaan Allah bukan? Keluasan dan kemasinannya punya rahsia yang tersirat. Jadi apabila anak-anak melihat laut, jangan lihat begitu sahaja… sebaliknya renungkanlah kehebatannya, dan kemudian rasailah kehebatan Penciptanya… Allah.

10 thoughts on “BELAJAR DARI LAUT

  1. Salam wan salmah,
    Syukran. Ya, silakan. Semoga ada kebaikan yang boleh diperpanjangkan. Amin.

  2. salam ustaz,
    mohon saya gunakan artikel ini dan mengubah sedikit ayat yang dituju untuk anak-anak dalam artikel ini tetapi untuk umum untuk dipanjangkan.

  3. Akm..

    Sungguh menakjubkan artikel ini….
    Sesuatu yang diciptakan Allah ada hikmah tersendiri.. sesungguhnya ALLAH MAHA BIJAKSANA…

  4. alhamdulillah..bgus ap yg ustaz smpaikan ni…
    minta di share kan di fb dgn rakan2 yg lain ye….
    supaya lbih rmai yg dpt merenung kjadian yg Allah ciptakan di ats muka bumi ni…

  5. “Wahai Tuhan Kami, tidak sia-sia Engkau jadikan ini semua, Maha Suci Allah, maka lindungilah kami dari api neraka” …suatu renungan yang cukup tajam … berkesan untuk diri sendiri dan untuk disampaikan kepada hamba-hamba Allah untuk peringatan bersama. Amin

  6. Mashaa Allah tabarakallah. Terima kasih ustaz atas perkosngian ini. amat membuka mat. izinkan dikongsikan kembali ya.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.