RSS

2019:  SEMOGA MELAYU SEMAKIN MATANG BERPOLITIK

“Survival bangsa Melayu masakini hanya terletak pada kuasa politik”, demikian keyakinan yang sering laungkan oleh sesetengah pihak untuk menunjukkan betapa satu-satunya tempat orang Melayu berpaut bagi mempertahankan keutuhan dan maruah mereka ialah kuasa politik.

Setelah kecapaian di bidang ekonomi dan kecemerlangan dalam bidang akademik masih belum mencapai tahap yang dibanggakan, Melayu masih perlukan perlindungan, subsidi dan ‘imuniti’ untuk menapak menghadapi cabaran global. Dan politik yang dianggap kotor itulah nampaknya terus menjadi benteng terakhir untuk mempertahankan orang Melayu agar tidak menjadi hamba di Tanah Airnya sendiri.

Namun apakah orang Melayu sudah matang dalam berpolitik hingga membolehkan mereka terus mempertahankan kuasa pada masa akan datang? Ataupun di bidang inipun satu perkembangan negatif sedang berlaku yang mana jika tidak ditangani dengan tepat akan menghakis kuasa politik Melayu. Ini adalah persoalan yang bukan sahaja menarik untuk difikirkan tetapi sangat kritikal untuk diselesaikan.

Gaya dan pola politik Melayu masakini begitu celaru dan tidak menunjukkan satu kematangan selaras dengan usia demokrasi di Malaysia. Ini kerana orang Melayu yang hakikatnya telah terpecah kepada dua kelompok besar parti politik (satu kerajaan dan satu pembangkang) telah saling bercakaran tidak kira musim, tempat dan subjek.

Titik persamaan yang boleh menjamin manfaat bersama nampaknya semakin kabur dan luntur dalam lautan api permusuhan, dendam dan hasad dengki yang semakin marak. Cara menyerang lawan begitu aggresif hingga boleh meletakkan situasi pada keadaan ‘kalah jadi abu, menang jadi arang.”

Pertembungan bukan sahaja berlaku di musim pilihanraya tetapi terus berlaku pasca pilihanraya pada setiap masa dan ketika. Pihak yang yang kalah, seolah-olah tidak boleh menerima hakikat dan terus menjolok yang di atas. Manakala pihak yang menang pula, masih tidak puas hati dan terus menghenyak yang di bawah.

Rasanya tidak salah untuk melihat beza gaya politik kita dengan gaya berpolitik di Negara-negara maju. Biasanya apabila terjadi pertandingan merebut jawatan presiden, calon-calon yang bertanding akan begitu agresif berkempen. Namun, apabila keputusan diterima tidak begitu memuaskan hati  mereka merujuk kes itu ke mahkamah. Namun setelah mahkamah memutuskan siapa pemenang mutlak, mereka menerimanya dengan fikiran terbuka.

Kemudian, rakyat tidak kira anggota parti yang mana sekalipun akan terus berkerja membina negara dengan polisi dan prinsip yang dibuat oleh parti yang telah diamanahkan membentuk kerajaan. Masing-masing berfikir dan bertindak bagaimana hendak memaksimakan keuntungan rakyat dan keutuhan negara sepanjang tempoh pemerintahan. Jika adapun kritikan tetapi ia disuarakan secara matang di meja perundingan yang melibatkan wakil-wakil yang wibawa dan kompeten. Ia tidak melibatkan seluruh rakyat, di seluruh tempat dan di semua perkara. Read the rest of this entry »

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2019 in Mukmin Profesional

 

Label: , , , ,