MEKARKAN SEMULA MELAYU YANG ‘LAYU’

(Petikan daripada Ebook DILEMA MELAYU-ISLAM: KURANG FIKIR ATAU KURANG ZIKIR yang akan di berada di pasaran tidak lama lagi. Insya-Allah.)

Definasi Melayu dalam status perundangan menampilkan tiga ciri asas yakni, beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan istiadat budaya Melayu. jadi ini dengan sendiri meletakkan Islam sebagai satu ciri dalam jati-diri Melayu. Dengan kata yang lain, jika seseorang “membuang” lslamnya, maka secara otomatik dikatakan hilang bukan sahaja nilai-nilai keislamannya tetapi juga sifat-sifat kemelayuannya.

Oleh itu dalam konteks Malaysia khususnya, secara mudah kita boleh mengatakan yang “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu’. Sungguhpun begitu ungkapan ini tidak relevan di peringkat antarabangsa kerana di dunia ini ada banyak bangsa lain yang beragama Islam seperti Arab, Turki, Kurdi, Monggol dan lain-lain. Meskipun ada di kalangan orang Melayu yang telah meminggirkan nilai dan syariat Islam dalam kehidupan mereka, tetapi itu bukanlah alasan untuk menafikan keislaman mereka justeru selagi mereka masih mengakui beragama Islam, maka keislaman mereka tidak boleh ditolak.

Pengakuan lahiriah mereka ini hendaklah diterima dan diiktiraf, manakala apa yang lebih tersirat dan hakikat (yang tersembunyi di dalam hati) adalah hak Tuhan untuk menentukannya. Rasulullah s.a.w. pernah memarahi Sayidina Khalid al-Walid r.a. yang telah membunuh sekelompok orang yang lidahnya masih mengucap kalimah syahadah. Islam hanya menghukum yang zahir, manakala yang batin, serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.

Jika demikian, hukum yang sama boleh juga dipakai buat kelompok Melayu yang sudah meninggalkan adat istiadat bangsanya dalam kehidupan seharian mereka. Mereka tidak sepatutnya dituduh hilang sifat kemelayuannya hanya dengan memakai ketayap (ala Arab) ataupun topi (ala Barat). Yang penting selagi mereka masih mengakui bahawa mereka berbangsa Melayu maka mereka masih dikira orang Melayu.

Malah dalam konteks ini makna Melayu sendiri memungkinkan suku bangsa lain boleh menjadi Melayu. Kacukan India Melayu, Arab Melayu, jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya telah lama diterima sebagai ‘orang Melayu’ kerana memeluk Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu. Jika kita boleh menerima definisi dan sikap yang lebih toleransi seperti di atas, maka secara praktiknya seharusnya tidak ada konflik antara bangsa dan agama di kalangan orang-orang Melayu di Malaysia.

Jika ada pihak yang memperjuangkan Melayu, maka mereka boleh dikatakan memperjuangkan Islam dan begitu jugalah jika ada pihak yang memperjuangkan Islam, maka mereka juga boleh dikatakan memperjuangkan Melayu. Kita sewaiarnya sedar bahawa antara isi perjuangan Islam ialah untuk membela kaum yang lemah dan memberi keadilan kepada semua tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit. Kebetulan di Malaysia bangsa yang lemah ialah bangsa Melayu.

Dan keadilan yang hendak ditegakkan pula meliputi semua bangsa (Cina, India, Sikh) dan semua agama (Kristian, Budha, Hindu) Kita juga sedar bahawa memperjuangkan Melayu bererti membela nasib mereka di sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan
lain-lain dengan tidak menafikan hak kaum lain untuk sama-saina menikmati “kek” ekonomi, status sosial dan tahap pendidikan yang baik. jika demikian di mana konfliknya antara perjuangan agama dan bangsa? Bukankah kedua-duanya mengarah kepada matiamat yang serupa?

Oleh yang demikian, tidak kira yang mana dahulu, sama ada memperjuangkan Islam dahulu atau Melayu dahulu, hakikatnya sasaran perjuangan kita adalah sama – orang Melayu Islam. Tidak kira perjuangan kelompok matia yang akan berjaya, maka orang Melayu-Islam juga yang akan mendapat manfaatnya.

Tetapi malangnya sehingga kini mengapa hasil perjuangan kedua-dua kelompok, yakni kelompk agama mahupun “kelompok bangsa”, kita dapati orang Melayu Islam di Malaysia masih ketinggalan? Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga kini, pemimpin kedua-dua kelompok tidak habishabis mengeluh yang bangsanya atau umatnya masih haprak di sudut rohani dan material. “Melayu masih tidak berubah sikap,” keluh seorang pemimpin bangsa. “Umat Islam masih jumud,” kata seorang pemimpin agama.

Hasilnya kedua-dua pihak terus bertelagah dan saling salahmenyalah antara satu sama lain yang kononnya keberhasilan perjuangan mereka telah diganggu oleh kelompok yang satu lagi. Sebagai metafora, jika diumpamakan keadaan orang Melayu seperti sebuah kereta rosak, maka tentulah kereta itu akan bergerak juga iika ia ditolak oleh kedua-dua puak kerana walau apapun jua yang dinamakan ke atas kereta itu (sama ada “MelayuIslam” atau “Islam-Melayu”) bukankah itu adalah kereta yang sama?

Lainlah halnya jika kereta itu ditolak ke arah yang berlawanan. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana seperti yang ditegaskan sebelumnya, perjuangan memartabatkan bangsa tidak bertentangan sama sekali dengan perjuangan memertabatkan agama. Bukankah ketinggian ekonomi, kecanggihan teknologi sekaligus kemurnian rohani yang digembar-gemburkan oleh pejuang bangsa adalah juga yang diwar-warkan oleh pejuang agama?

Inilah hasanah fid dunya dan hasanah fil akhirah yang dinyatakan dalam doa yang termaktub dalam ajaran agama. Dan inilah juga isi wawasan keramat berserta cabaran-cabarannya seperti telah menjadi agenda bangsa dan negara? Jelas, ‘kereta’ sedang ditolak ke arah yang sama. Soalnya kenapa pergerakannya terlalu lembab? Malah kadangkala semacam tidak bergerak langsung?

Ya, mungkin wujud perbezaan cara dan gaya perjuangan kedua kelompok, tetapi tidak mungkin wuiud perbezaan dari segi hala dan tujuannya. Rentetan itu tidak dapat dielakkan lagi jika ada pihak yang mula mempersoalkan, apakah benar kedua-dua pihak sedang memperjuangkan apa yang mereka dakwa agama ataupun bangsa itu?

Atau ada ‘hidden agenda’ lain yang sedang diperjuangkan menggunakan label agama atau label bangsa. Maksudnya, ‘kereta’ dalam metafora di atas tidak ditolak langsung, tetapi ada ‘kereta lain’ yang sedang ditolak secara sembunyi-sembunyi. Sejarah manusia tidak pernah sunyi dengan kemunculan “mujahid gadungan” atau “patriot badut” yang menggunakan baju bangsa atau jubah agama bagi memperjuangkan kepentingan diri dan puak.

Asabiah bangsa dan fanatik agama adalah dua produk utama bila Islam dan Melayu diperalatkan untuk memburu matlamat diri dan kelompok. Jadi musuh kita yang sebenar bukaniah nasionalis bangsa atau fundamentalis agama, tetapi puak “perutis” – mereka yang berjuang atas kepentingan perut!

Mereka ini tidak mahu melihat Islam dan Melayu bersatu kerana perpaduan dengan sendirinya akan menggugat kepentingan mereka. Mereka akan herusaha habis-habisan untuk mengaut kepentingan diri dengan “kefanatikan” agama atau bangsa mereka dan akan terns menyerang lawan mereka seolah-olah tidak ada lagi jalan damai sampai hari kiamat. Perbezaan kedua-duanya sudah dianggap terlalu jauh – seperti jauhnya langit dengan bumi.

Mereka lupa bahawa langit dan bumi akan sentiasa berhubung dengan turunnya air hujan yang menjadi sungai, awan, laut dan pelangi. Sedangkan kita optimis, ‘batu api’ yang ada di pihak pejuang agama ataupun pejuang bangsa akhirnya akan tersisih. Tunggulah biduk lalu, kiambang akan bertaut!

Sebenarnya hubungan Islam dengan Melayu adalah hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-duanya, Islam adalah hidayah manakala bangsa adalah fitrah yang kedua-duanya datang dari Allah. Tuhan menjadikan bangsa untuk proses ‘litarrafu’ (berkenalan) dan Islam untuk menyelamat dan menyatukan.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.