RSS

JANGAN HANYA MARAHKAN KEBATILAN…

20 Jan

pray-islam-kyrgyzstan_12346_600x450Saya pernah ditempelak dengan sinis, “pendakyah Kristian giat berdakwah kepada orang Melayu kerana pendakwah Islam sibuk berdakwah kepada orang Islam sendiri.” Menurutnya, itulah punca pendakyah Kristian lebih berjaya daripada pendakwah Islam. Pendakwah Islam silap sasaran!

Prkembangan paling membimbangkan sekarang ini ialah penyebaran Kristian di kalangan orang Melayu. Inilah yang tersirat di sebalik isu penggunakan kalimah Allah dalam Bible terjemahan. Isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi walaupun sebenarnya isu ini bukanlah suatu yang baru.

Ia pernah dihebohkan sekitar tahun 80’an. Cuma ketika itu belum ada isu kalimah Allah. Ya,dakyah Kristian dikalangan orang Melayu bukanlah perkara baru. Ia mungkin baru sebagai ‘modal’ politik sahaja.

Sebenarnya pergerakan Kristian tidaklah sekuat yang dikatakan. Tetapi oleh kerana kelemahan umat Islam sendiri maka seolah-olah Kristian nampak kuat. Umpama kita naik kereta yang bergerak terlalu perlahan. Oleh itu kalau ada kereta lain yang bergerak laju sedikit, kita sudah rasa kereta tersebut tersangat laju. Padahal jika kita bergerak selaju itu sudah tentu tidak terasa sangat kelajuannya. Apatah lagi kalau kita bergerak lebih laju…

Diayah Kristian nampak kuat bukannya kerana mereka bertambah kuat tetapi kerana umat Islam bertambah lemah. Pendakyah Kristian tidak akan berani menjenguk muka kalau dilihatnya umat Islam teguh memegang ajaran Islam. Tetapi apabila mereka melihat cara hidup Barat kian diterima oleh orang Melayu mereka rasa peluang semakin terbuka.

Apabila pendedahan aurat, pergaulan bebas, selebriti Barat telah menjadi pujaan dan idola, ini menunjukkan jiwa umat Islam Melayu sudah ‘kosong’ agama. Kalau cara hidup sudah begitu jadinya, ada harapan cerah untuk orang Melayu menerima aqidah Kristian, fikir mereka.

Pada mereka, perjuangan mereka  sudah dikira berjaya sekiranya mampu membuat Ali berperangai seperti John walaupun namanya tetap Ali. Target mereka, cukuplah jika cara orang Melayu sudah tidak ‘beragama’ walaupun masih mempunyai agama. Besar bezanya, antara orang yang mempunyai agama dengan hidup secara beragama.

Sebenarnya masyarakat Melayu yang mengamalkan pergaulan bebas, pendedahan aurat, menyanjung bintang-bintang filem dan penyanyi, tidak mendirikan sembahyang, berzina, berjudi, minum arak, mebazir, rasuah dan melakukan maksiat-maksiat yang lain adalah satu masyarakat yang tidak ada prinsip dan kosong nilai.

Masyarakat yang seumpama ini terdedah bila-bila masa sahaja samada untuk dikomuniskan, disekularkan, dikristiankan atau menerima apa sahaja agama atau ideologi yang sesat! Dengan syarat pegangan itu gigih diperjuangkan di kalangan masyarakat Melayu, maka pegangan itu ada kemungkinan diterima. Oleh itu jika pendakyah Kristian lebih gigih maka merekalah yang akan menguasai minda dan jiwa orang Melayu.

Lebih menyedihkan, apabila ada kalangan masyarakat Islam yang ingin kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar maka tentangan akan datang bukan daripada pendakyah Kristian tetapi daripada masyarakat Islam sendiri. Pendakwah Islam terpaksa berhadapan dengan tentangan dua golongan –  golongan pertama, orang bukan Islam yang hendak ditarik kepada Islam dan golongan kedua, umat Islam sendiri yang tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.

Bila pendakwah Islam berdakwah kepada bukan Islam, mereka akan disindir, “Awak suruh saya masuk Islam? Awak kata Islam itu baik, tetapi kenapa kami lihat orang Islam sendiri minum arak, berzina, bergaduh, berjudi. Malah kadangkala lebih teruk daripada orang-orang lain?”

Bila pendakwah Islam berdakwah mengingatkan orang Islam pula, mereka akan dilemparkan dengan kata-kata:“Apa awak sibuk berdakwah kepada kami. Berdakwahlah kepada orang kafir. Tengok Kristian sudah berani berdakyah kepada orang Melayu. Awak masih sibuk dengan kami.”

Jadi, yang mana lebih utama? Berdakwah kepada golongan pertama atau kepada golongan yang kedua? Saya tidak mahu menjawab soalan ini tetapi cukup saya tegaskan bahawa jika orang Islam benar-benar mengamalkan ajaran Islam nescaya orang kafir akan tertarik kepada Islam dengan sendirinya. Dakwah lebih berkesan dengan sikap dan tingkah laku bukan dengan cakap dan slogan.

Memang kita perlu marahkan musuh, tetapi kita juga perlu marahkan diri sendiri kerana semakin jauh meninggalkan kebenaran. Ingat pesan Sayidina Umar, yang lebih bimbangkan kemungkaran dikalangan tentera Islam sendiri berbanding kekufuran musuh-musuh Islam.

Pendakyah Kristian memang terkenal degil. Mereka tidak akan redha sehingga kita mengikut ‘millah’ (cara hidup) mereka. Dalil dalam Al Quran telah menegaskan hakikat itu, dan pengalaman kita sehari-hari pun telah mengiyakannya. Tidak ada umat yang boleh menandingi kedegilan mereka kecuali umat Yahudi. Justeru, kedegilan itu perlu dihadapi dengan kegigihan. Bukan dengan sikap emosional dan sentimen yang tidak keruan.

Lihat sejarah perdebatan antara ulama Islam dan Kristian yang hasilnya sudah diketahui umum. Pada zaman moden ini juga mereka telah kalah debat dan kematian hujah seperti zaman-zaman sebelumnya. Ahmad Deedat berjaya mengalahkan mereka di USA dan puluhan ulama Indonesia mendapati kejayaan yang sama di Indonesia. Malah siri perdebatan ini telah pun dibuku dan divediokan. Tetapi peliknya dakyah Kristian masih mengancam. Masih tidak dapat ditangani sebaik-baiknya.

Kenapa? Jawabnya, kerana Kristian hanya kalah di meja debat tetapi ‘menang’ di gelanggang masyarakat. Usaha mereka lebih gigih.Di Bandar-bandar mereka bergerak, di hutan-hutan pedalaman mereka terokai. Jika pengaruh Islam menguasai meja perdebatan tetapi pengaruh mereka melebar dalam realiti masyarakat yang ada.

Mungkin kita sudah berpuas hati hanya dengan memenangi perdebatan, tetapi gagal mengatur strategi untuk menghantar para mubaligh ke tengah masyarakat. Kalau ada pun mubaligh yang bergerak di tengah masyarakat itu pun puaslah diumpan dengan pelbagai elaun dan gaji. Mubaligh Islam yang bergerak secara sukarela sangat kecil bilangannya.

Bahkan kalau ada mubaligh Islam yang sanggup meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dakwah di daerah pedalaman atau di luar ngeri  maka hebohlah umat Islam mengutuk dan mencacinya. Umat Islam sendiri kadang-kadang turut sama mencela. Berlainan sekali dengan paderi-paderi Kristian yang rela duduk di hutan bergaul dengan suku kaum pedalaman demi menjalankan peranan mereka. Masyarakat Kristian pun sangat menyanjung tinggi pengorbanan mereka dan turut menyumbang berbagai-bagai bantuan yang diperlukan.

Jadi, soal ajak debat dan ajak bersemuka ini adalah kerja lama. Jangan seperti kata peribahasa Melayu: “Menang sorak, kampong tergadai”. Apa yang penting sekarang ialah umat Islam perlu menyokong gerakan dakwah Islamiah dan bertindak menambah ilmu agama sekaligus mengamalkannya dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Tanamkan sifat cinta akhirat dan semangat perjuangan dalam diri. Sentiasa memerangi hawa nafsu dan syaitan dengan meninggalkan segala bentuk kemungkaran. Takutkan Allah dan cintailah syurga dan tanamkan satu keyakinan bahawa hidup di dunia yang sementara ini perlu diisi dengan perjuangan Islam. Kemanisan iman hanya dapat dirasai oleh mereka yang menegakkannya dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Cara melawan kebatilan ialah dengan menegakkan kebenaran.Jangan hanya marahkan kebatilan, tetapi kebenaran dipingirkan!

 
8 Komen

Posted by di 20 Januari 2014 in Tarbiyah

 

Label: , ,

8 responses to “JANGAN HANYA MARAHKAN KEBATILAN…

  1. Omar

    20 Januari 2014 at 7:42 pm

    I do accept as true with all the ideas you have offered to your post.
    They’re very convincing and can certainly work.
    Still, the posts are very short for beginners. May you
    please extend them a bit from next time? Thank you for the post.

     
  2. mija

    21 Januari 2014 at 4:47 pm

    Jom pi mengaji…
    Tak mengaji ‘cheroi’…

     
  3. Julkifli(KefliPahlawanJawi)

    22 Januari 2014 at 5:31 pm

    betul,saya setuju.

     
  4. Ros

    24 Januari 2014 at 11:00 am

    Betul tu ustaz…
    Marilah kita bersama-sama membantu Ustaz Fadli Yusuf yang kini sedang giat berdakwah di kawasan pedalaman Sabah. Sehingga kini, hampir 300 orang telah memeluk Islam…Marilah kita membantu untuk membangunkan para mualaf disana. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah mencari Ustaz Fadli Yusuf melalui FB. Disana walaupun Islam baru bertapak tetapi mereka telah ada masjid, sekolah & asrama yang dibina hasil daripada wakaf umat Islam yang ikhlas kerana Allah…Subhanallah

     
  5. shah

    25 Januari 2014 at 2:32 am

    Setiap manusia melakukan kesilapan samada yg baik apatah lagi yg derhaka. jika kejahatan yg kita dapat terimalah kejahatan itu dgn hati yang tenang kerana itu datangnya dari Tuhan. Jangan bimbang dengan dosa semalam, sudah pasti dimaafkan kerana cinta kepada Allah itu mampu mengatasi kejahatan manusia.

     
  6. relax

    30 Januari 2014 at 6:10 pm

    saya tak reti berdakwah dan xreti berkata-kata ataupun berkata-kata dengan hikmah. mcm mn nak dakwah? adakah cukup sekadar membaiki diri saya dan membetulkan niat?

     
  7. Hafiz Nor

    11 April 2014 at 3:34 pm

    syukran atas pkongsiaan ustaz…andai Sultan Muhammad Al-Fateh mampu menakluk kota Konstantinopel…Insyaallah kita pun boleh…

     
  8. Larna

    22 April 2014 at 2:43 pm

    tak semua yang memakai tudung tu tak boleh dipenetrate oleh dakyah Kristian. Mereka juga tergolong dalam golongan sasaran kerana ada juga diantara mereka yang bertudung sekadar ikut-ikutan tanpa ilmu pengetahuan. Disini saya nampak kepentingan utamanya pada iman dan akidah seseorang individu tersebut, itu utamanya keutuhan iman sesorang Islam itu sendiri.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: