RSS

DI MANA ALLAH?

02 Dec

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama – pertama, tidak yakin kepada Allah. Kedua, tidak yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Solanya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan?

Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah.

 

Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang). Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.

 

Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia.

 

Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benat yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berjati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!

 

Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia. Inilah yang telah  menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.       

 

Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!

 

Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.

 

Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu!

 

Marilah kita imbau enekdot-enekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain… Mereka adalah insan yang berbakti kepada manusia lalu dikurniakan kuasa, bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa. Allah jualah yang memberi kuasa dan menarik kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

 

Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?

Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”

Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”

“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.  Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.

 
32 Komen

Posted by di 2 Disember 2011 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

32 responses to “DI MANA ALLAH?

  1. MAH

    2 Disember 2011 at 3:19 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Sesungguhnya solat kita, ibadah kita , hidup kita dan mati kita semata-mata kerana Allah.
    Hampirilah DIA dan DIA akan hampir kepada kita

     
  2. Abid Adiza

    2 Disember 2011 at 4:52 pm

    Jazakallah ustaz. Tulisan ustaz menjawab persoalan sy mengenai bagaimana utk mendapatkan kasih dan cinta Allah. Ye semoga Allah membenarkan agar ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin.

     
  3. Amirul

    2 Disember 2011 at 4:55 pm

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Terima kasih atas nasihat ustaz dan saya baru sahaja mengikuti blog ustaz 2 bulan yg lalu. Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog utk mengingatkan kita tentang islam, maklum sahaja lah manusia ini mudah lupa. Ustaz saya nak bertanya, bagaimana kalau sebuah syarikat yang wujud berasaskan @ menggunakan asas islam, setiap pagi sebelum mula kerja diberikan tazkirah kepada pekerja, tetapi pentadbiran dan sikap pekerja tidak masih mengamalkan konsep-konsep islam? Sebagai contoh,sikap bantu membantu tidak langsung wujud dan sikap benci membenci dan pentingkan diri pula yg timbul dikalangan pekerja. Dari segi pentadbirannya di luar nampak sungguh “islam” tetapi didalam nya hanya Allah yang tahu. Apa pendapat ustaz mengenai masalah ini? Saya lihat seolah-olah menggunakan nama Islam dalam mengaut keuntungan. Pada mulanya saya berasa sangat bahagia apabila wujud syarikat yg berlandaskan islam dan jikalau saya bekerja di syarikat berkenaan sudah tentu saya gembira kerana dapat mencari bekalan dunia dan akhirat. Tetapi kebanyakanya indah khabar dari rupa. Saya berharap syarikat berkenaan dapat berubah supaya Islam yg sebenar dapat dihayati dan diamalkan. Saya sgt tertarik dengan artikel Hati Emas, harap-harap syarikat tersebut biar lah berubah menjadi “hati emas”… Amin. Apa pendapat ustaz, boleh berikan komen sedikit?

     
  4. Ridzuan Bin Alang Arpi

    2 Disember 2011 at 8:36 pm

    cinta DIA akan hadir hanya melalui mujahadah itu yg telah D lalui oleh enekdot-enekdot yg agung semuanya melalui jln yg sama..x kan kita yg berdosa ini bole memperolehi cinta DIA hanya dgn mudah tanpa mujahadah,,jazzakallah ustz

     
  5. Cahaya hidup

    2 Disember 2011 at 11:24 pm

    Ya Allah Ya tuhan kami, jadikanlah kami ni orang yang istiqamah, Amin

     
  6. Cahaya hidup

    2 Disember 2011 at 11:36 pm

    saya juga dah baca…terima kasih ustaz….dan rekemen pada kekawan juga….

    berkesan dihati..”Dimana dia dihatiku”..acapkali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah, justeru, cintailah sesuatu berpada-pada bila Allah uji kita dengannya…..kita tidak terlalu menderita

     
  7. aisyahumaira2086

    3 Disember 2011 at 12:11 am

    Allahumma rabbana… T___T
    terasa kerdil dan sngat hina…
    JazakALLAH ustaz…

     
  8. impianafnb

    3 Disember 2011 at 10:04 am

    salam,minta maaf terlebih dahulu,apakah sebenarnya persoalan di atas ? di mana allah?atau sejarah ?

     
  9. atirah

    4 Disember 2011 at 1:09 am

    jazakallah khoir ustz..

     
  10. nuruddinazrizulkifli

    4 Disember 2011 at 7:31 am

    menarik.

    Saya ada satu permintaan kepada penulis.

    Saya ada menghasilkan beberapa artikel dan puisi Bahasa Melayu di blog saya.Namun,sehingga sekarang saya masih tidak mempunyai ‘guru’ ataupun pembimbing dalam penulisan saya.

    Ya,saya memang berminat dengan bahasa.Semua bahasa saya berminat.

    Saya mohon untuk penulis yang semakin meningkat nama dan keranuman penulisan ini untuk dinilai dan dikomen pada puisi saya.

    Ini supaya dapat saya meningkatkan lagi mutu kerja saya di samping tidaklah terlalu jauh menyimpang daripada konsep bahasa itu sendiri.

    Ini antara link terbaru puisi yang saya berjaya hasilkan baru-baru ini :
    http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/2011/11/atmosfera-politik-tercemar-negara.html

    Harap penulis dapat memberi rating dari sudut sastera dan bahasa serta memberi komen dan pandangan terhadap puisi saya itu.

    Boleh selitkan juga sebarang kritikan dan teguran untuk penambahbaikan.

    Harap jika penulis ada masa bolehlah menjenguk ke laman itu.

    Masih dan ingin terus belajar…=)
    Ahad, 4 Disember 2011 7:02:00 PG

     
  11. Aneeqa

    4 Disember 2011 at 3:29 pm

    Assalam,

    Semuga kita jadi hamba hamba NYA yang bertaqwa dan melakukan tiap sesuatu semata mata kerana NYA.

    Jazakaullah

     
  12. fairus

    4 Disember 2011 at 3:36 pm

    Yakin, mencari yakin, dimana ALLAH, yakin terpaksa, terpaksa yakin, manis nya apabila dah yakin. yakin hanya dengan kata-2 , yakin kerana merasa apa yang diyakin kan, menyuruh yang lain tentang yakin, tahap yakin yg selalu dicerita kan yakin=ainul=haqqul yakin. yang bercerita yakin itu bagaimana dengan keyakinan nya utk menyakin yang lain ada kah sekadar berkata-2 atau dengan hikmah, karamah, peribadi ,ahlak. Ada kah yakin itu perlu hidayah dari ALLAH atau yakin sekadar mendengar kata-2 dari orang lain. Yakin adalah HAQ dan HAQ untuk siapa yang berhak dan siapa yang menentukan HAQ.

     
  13. afifah

    4 Disember 2011 at 8:26 pm

    tahniah dan syabas ustaz…tulisan2 ustaz begitu bagus dan menyentuh hati dan fikiran (samada dlm blog @ buku)…moga ustaz muncul dgn lebih byk idea di masa akan datang…

     
  14. amira

    5 Disember 2011 at 12:44 am

    salam. terima kasih

     
  15. gentarasa

    5 Disember 2011 at 7:37 am

    Salam nurudina,
    InsyaAllah. Jom semua pengunjung Gentarasa kita siokong saudara kita ni. Kita saling belajar.

     
  16. gentarasa

    5 Disember 2011 at 7:38 am

    Salam impian,
    Di mana Allah dalam kehidupan kita berdasarkan ibrah sejarah generasi terdahulu.

     
  17. maz

    5 Disember 2011 at 11:23 pm

    salam ustaz,
    terima kasih atas peringatan…saya banyak berfikir ttg entri kali ni. banyak btul yg kurang dalam diri. semoga saya mendapat keyakinan yg sebenar… semoga DIA di hati saya…amin.

    thanks to cahaya hidup =)
    “….acapkali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah, justeru, cintailah sesuatu berpada-pada bila Allah uji kita dengannya….” (insyaallah ini jd peringatan utk saya)

    Semoga doa sesama kita dimakbulkan tuhan….

     
  18. Herda Jaafar

    6 Disember 2011 at 7:58 am

    like…..

     
  19. Hasliza

    6 Disember 2011 at 3:13 pm

    ustaz,
    saya mempunyai anak yg berumur 3 tahun.baru-baru ini dia bertanya mengenai Allah kepada saya. “Bentuk Allah macamana ye ibu|?” sukar diterangkan bahawa bentuk Allah x sama dengan semua yg ada didunia ini.anak kecil seperti itu,sukar memahami. minta ustaz kupas cara mendidik anak mengenal Allah seawal usia ini.Terima kasih.

     
  20. mirhans

    7 Disember 2011 at 1:19 am

    Saya selalu lupa DIA ketika saya gembira, senang dan bahagia. Saya selalu cari DIA bila hati saya mula gundah, risau, bercelaru dan sedih. Terima Kasih Ustaz…

     
  21. Cikgu Harishah Hafni

    7 Disember 2011 at 10:51 am

    Salam ustaz,
    Terima kasih atas perkongsian ini. Terharu benar saya membacanya. Umpama melengkapkan kepingan jigsaw puzzle yang hilang.Doakan kita semua akan terus bermujahadah agar suatu masa kita dapat menikmati cinta dari Sang Pemilik Cinta dihati kita.

     
  22. mamadam

    7 Disember 2011 at 12:48 pm

    Salam ustaz, terima kasih di atas penulisan yang berkesan. Saya telah mengikutinya hampir dua tahun begitu juga dengan artikel di majalah solusi. Teruskan usaha mendakwah kerana saya sangat memerlukannya dalam menghadapi cabaran hidup dan juga untuk berjaya diakhirat. Sebelum ini saya tidak sangat memikirkan soal-soal dalaman sebab bagi saya,menjadi seorang islam solat dan puasa sudah cukup tetapi sekarang setiap hari saya berazam untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam. Semoga Allah memberikan saya kekuatan. Saya amat mengkagumi usaha semua ustaz, ustazah dan ilmuan yang banyak memberi pandangan, sudi mendengar permasalahan umat islam. Syukur juga kepada pihak media, (TV, Radio, internet) membolehkan pendapat/pandangan ini dikongsi bersama. Semoga para ilmuan islam, ustaz, ustazah dirahmati Allah..walaupun kekadang berbeza pendapat tetapi tetap bersatu dalam menegakkan islam.

     
  23. rohaimi bin abd manan

    7 Disember 2011 at 3:11 pm

    Bacaan yg baik

     
  24. Rosmaihan

    7 Disember 2011 at 4:00 pm

    Amin…….saya juga mengharapkan agar DIA juga ada dihati ku…kerana sesungguhnya bila Dia ada dihati kita semua…..tiada kebahagiaan yang lebih baik dari itu.

     
  25. Sue

    8 Disember 2011 at 2:06 pm

    Assalamualaikum ustaz.Jika hanya dengan bermujahadah dpt membina keyakinan hati, mk masih jauh perjalanan saya ustaz.saya jd amat takut jauh dengan Allah. Kerna,saya takut utk saya bermujahadah jg memerlukan perjalanan yg sgt jauh…Saya sgt bimbang..mohon ustaz doakan agar perjlnan ini dimudahkan Allah… saya benar2 ingin yakin dan dekat dgn Allah..Tq.

     
  26. hakikat hamba

    10 Disember 2011 at 4:27 am

    subhanallah.., penulisan yg baik dgn izin-Nya
    bagaikan mndapat suatu motivasi
    smOga mujahadah kita utk merapatkan diri dgn-Nya
    utk mnghadirkan cinta DIA di hati2 kita mndapat redho-Nya
    insyaAllah TT_TT

     
  27. sazlin

    10 Disember 2011 at 11:54 am

    salam..ustaz saye nk sgt beli buku Di Mana DIA Di Hati Ku..tp xjmpe-jmpe lg..ps2 saye nk sgt ikut progrm @ kem motivasi ustaz buat..tp x kesampaian….alhamdulillah dpt bace cebisan pon ok la…ustaz trima ksh krn beri smngt…..tq

     
  28. Nurhanisah Mohd Nor

    11 Disember 2011 at 4:49 am

    syukran ya ustaz..pencerahan yg cukup baik..

     
  29. Fitrah Fikri D'Bomb

    29 Disember 2011 at 3:31 pm

    terima kasih….selama ini sy hanyut dengan keseronokan dunia…
    terlupa dengan tanggungjawab sy pd dia yg SATU,,,ALLAH…

     
  30. JED

    9 Januari 2012 at 4:31 pm

    SALAM UST,MOHON IZIN UTK BERKONGSI ARTIKEL DRPD UST UTK SAYA SAMPAIKAN DIDALAM KULIAH SAYA…

     
  31. gentarasa

    10 Januari 2012 at 8:45 pm

    Alhamdulillah JED,
    sebarkan jika ada kebenaran dan kebaikanya.

     
  32. JED

    12 Januari 2012 at 3:51 pm

    jazakallah ust..semoga Allah sentiasa menaungi rahmatNya ke atas ust yg sentiasa berusaha utk membuka minda umat sekarang yg dah mcm tak nmpk dimana Allah dalam diri mereka..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: