RSS

ASALKAN HATINYA BAIK?

11 Nov

Anak muda di hadapan saya terus mengasak saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.

“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.

“Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.

Saya diam melihat dia berhujah dengan akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas – aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan pengalaman tanpa terbabas.

“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.

“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”

“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.

“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”

“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.

“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”

“Itu sahaja?”

“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”

“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”

“Mengapa?”

“Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.

“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”

Saya cuba senyum lantas berkata,” akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.”

“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.

“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”

“Ertinya akal kita terikat?”

“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.”

“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”

“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.”

“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”

“Separuh betul,” jawab saya.

”Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”

Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.

“Tetapi dia jujur, amanah…”

“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”

Anak muda di hadapan saya masih tidak puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk,  “namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.”

“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”

“Masih merujuk kepada Al Hadis.”

“Hadis yang mana?”

“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”

 “Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”

“Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita solehah.”

“Maksud ustaz?”

“Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.”

“Oh, begitu. Kenapa ya?”

“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”

“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”

“Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.”

“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”

“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”

“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”

“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”

“Mengapa?”

“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”

“Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”

“Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika kualiti hatinya semakin merosot.”

“Siapa wanita yang paling baik?” tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya. Serius dan tajam renungannya.

“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.

“Bagaimana pakaian mereka?”

“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”

Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”

“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”

“Ya.”

“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”

“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat.”

“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”

“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”

“Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit.”

“Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!”

“Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan soalan yang sama.

“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”

Dia senyum. Alhamdulillah.

“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”

“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?”

Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

 
95 Komen

Posted by di 11 November 2011 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

95 responses to “ASALKAN HATINYA BAIK?

  1. farahdya

    11 November 2011 at 10:12 pm

    alhamdulillah
    jawapan kepada soalan yang selama ini bermain-main di minda saya..
    izinkan saya utk menyalin hujah-hujah ustaz.
    sangat tertarik..terima kasih ustaz

     
  2. Imam Muda Fattah

    12 November 2011 at 12:05 am

    Alhamdulillah..terima kasih ustaz….suke sangat perumpaan akal dan hati….saya minta kebenaran untuk kongsi dalam mana mana ceramah saya ustaz..

     
  3. izzysabki

    12 November 2011 at 5:50 am

    alhamdulillah…pengalaman yg menarik…syukran ustaz sntiasa mengingatkn:)

     
  4. Noor Faizah

    12 November 2011 at 11:39 am

    jawapan kepada persoalan2 dan alasan2 kaum hawa untuk tidak menutuo aurat, “yg menutup aurat belum tentu baik”. alhamdulillah, pencerahan bermanfaat🙂

     
  5. alkhattabbatik

    12 November 2011 at 1:54 pm

    syukran ustaz..perkongsian ilmu yg sgt bagus!sgt berguna utk kite yg masih cetek ilmu ini..

     
  6. minie =)

    12 November 2011 at 1:56 pm

    mohon share ya ustaz…perkongsian yang sangat menarik..:)

     
  7. Ida

    12 November 2011 at 2:19 pm

    Syukran ustaz. Sy bgt suka penulisan ustaz. Mohon share di fesbuk.

     
  8. Jee Fauzia

    12 November 2011 at 2:29 pm

    alhamdulillah…syukran ustaz…mohon izin share pd sahabat2 yg lain….

     
  9. Hanim

    12 November 2011 at 5:08 pm

    Assalamualaikum ustasz,

    Terima kasih di atas N3 yang menginsafkan ini. N3 ini InsyaAllah dapat memberi kesedaran kepada mereka yang selalu berkata “menutup aurat tak semesti orang baik”.

     
  10. Amani Syazwani

    12 November 2011 at 6:47 pm

    Sebenarnya apa pun permasalahan yang timbul,ia mesti berkaitan dengan hati,,Sangat hebatnya kuasa hati!

     
  11. Wan Zayuhisham Wan Yusoff

    12 November 2011 at 7:02 pm

    Persoalan yang biasa menjadi tanda tanya. Aurat dan Akhlak. Sama juga ada ilmu agama yang tinggi(sijil/ijazah/diploma/master/PhD) tapi tidak berakhlak.

     
  12. ustmanis

    12 November 2011 at 7:14 pm

    Ustaz Manis…ya pastinya hati yang baik pasti akan menarik segala kebaikan cuma ia perlukan sedikit waktu dan ketika

     
  13. Eiza

    12 November 2011 at 11:28 pm

    Sangat jelas penerangan Ustaz dalam isu yang sering menjadi perbalahan buat mereka yang belum teguh akhlaknya. Izinkan saya abadikan di dalam blog saya sebagai panduan buat semua. Syukran.

     
  14. ummufirnas

    13 November 2011 at 12:08 am

    🙂 Barakallahufeek!

     
  15. wardah

    13 November 2011 at 12:26 am

    mohon share ustaz.

     
  16. mala

    13 November 2011 at 12:50 am

    terima kasih ustaz…boleh saya gunakan dan salin hujjah ini untuk sahabat saya juga?

     
  17. ainna baijan

    13 November 2011 at 1:10 am

    hujah yang bernas!!syukran ustaz:)

     
  18. Serikandi

    13 November 2011 at 9:32 am

    Seperti yang ustaz katakan, definisi baik adalah relatif. Ada yang mempunyai persepsi bahawa wanita berhijab itu tidak semestinya baik, yang tidak berhijab tidak semestinya jahat dan begitunya sebaliknya. Manusia tidak akan sempurna dan manusia juga berubah-ubah. Bagi saya, pakaian bukan ukuran utama untuk menilai seseorang kerana banyak aspek perlu dipertimbangkan. Tetapi, adalah sebaiknya kita mendoakan hamba Allah yang lain daripada menuduh dia baik atau jahat kerana sekian sekian. Samada dia baik atau jahat, hanya Allah SWT sahaja yang boleh tentukan. Wallahu a’lam.

     
  19. nur ikhlas

    13 November 2011 at 9:44 am

    Subhanallah… maha suci Allah yang mengajar manusia apa yang dia tidak tau. Semoga Allah memberkati dan merahmati ustaz dan sekaliannya. Syukran..

     
  20. nurtaqwa

    13 November 2011 at 9:47 am

    Assalamualaikum,

    Menarik entry ini, Ustaz Pahrol sering dapat meletakkan tekaan2, gambaran2, dalam bentuk ayat yang jelas dan berdefinisi.

    Saya tertarik dgn bait ini :
    “Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
    “Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”

     
  21. Nabihah Tiqk

    13 November 2011 at 11:39 am

    mohon share ustaz

     
  22. nuraini

    13 November 2011 at 12:18 pm

    selama neyh rmai yg mempersoalkan ttg akhlak dan aurat pd saya..kdg2 terkedu utk memberi ulasan ..alhamdulillah hari ini dapat ilmu yang dapat dikongsikan dgn orang lain..sedih dan geram bila orang ckap ‘pakai tudung xsemestinya baik’ ‘aku xsembahyang tp aku xpenah bt jahat’..terima kasih ya ustaz.. penerangan dan hujah yang benar2 membina dan membuka minda..🙂

     
  23. Dainariah

    13 November 2011 at 1:33 pm

    Alhamdulillah. Mohon share. Terima kasih.

     
  24. S.A

    13 November 2011 at 1:40 pm

    blog ustaz best!🙂 thanks ustaz!

     
  25. Mardhiana Ismail

    13 November 2011 at 7:19 pm

    Assalamualaikum…syukran ustaz..satu perkongsian yg amat jelas

     
  26. Nazri Bajuri

    13 November 2011 at 8:40 pm

    Mohon share ustaz.JKK

     
  27. theufo

    14 November 2011 at 3:07 pm

    Assalamualikum..semoga ustaz dan keluarga sihat dan berbahagia…
    Mohon share ustaz…penulisan yang baik…i like..

     
  28. syed hafiz

    14 November 2011 at 4:19 pm

    tq byk2 ustz..

     
  29. Ad-Deen Wadaulah

    14 November 2011 at 5:02 pm

    Syukran ustaz perkongsian yg sgt mnarik besar impaknya bgi mereka yg mahu berfikir..

     
  30. emi syifaa

    14 November 2011 at 6:48 pm

    perkongsian yg menarik ustaz. alhamdulillah sy bersyukur dpt mengenali ustaz malah dpt bertemu satu ketika dulu. moga perkongsian ustaz terus bermanfaat🙂

     
  31. nor faizah abdullah

    15 November 2011 at 12:21 am

    subhanAllah…itu jawapannnye..kerap soalan ini diajukan bkn shj oleh muslim yg ragu tp non muslim yang sgt ingin tahu….mohon share ye ustaz….jazakillahu khaira

     
  32. Pencari sinar

    15 November 2011 at 1:31 am

    Mohon dikongsi Ustaz.

     
  33. Mohd Izzuddin

    15 November 2011 at 9:15 am

    alhamdulillah..cerita yang menarik ustaz tampilkan..jadi kepada mereka yang menghukum isteri PM, mereka mungkin harus berfikir semula selepas membaca cerita menarik ini. Insyaallah!!!

     
  34. ayu

    15 November 2011 at 10:19 am

    Assalamualaikum ustaz.. saya setuju dgn hujah yg dikemukakan oleh ustaz ini.. Namun begitu bagaimana pula sekiranya yang bertanya ialah org bukan islam yang tidak mengerti/ percaya tentang dosa & pahala atau balasan syurga dan neraka? boleh ustaz tolong komen / berikan pandangan atau cadangan tentang cara terbaik untuk menjawab soalan daripada golongan ini? tq.

     
  35. Zati Haslinda Mohd Rokhani

    15 November 2011 at 12:00 pm

    Terima kasih Ustaz. Jelas, insyaallah bagi saya.

     
  36. Be Nih

    15 November 2011 at 3:22 pm

    Setuju dgn pendapat dalam artikel ini,sy kaum lelaki pun rasa terpukul…

    Lelaki juga mesti jaga akhlaq sebelum menilai segala peremuan yang bertudung tapi tak berakhlaq ataupun sebaliknya yakni tidak bertudung tp baik,spt yg sy biasa jumpa di kaunter penerimaan di mana-mana syarikat gergasi.

    Tiadalah akhlaq tu diukur melalui Phd atau sarjana muda atau diploma atau sijil,tapi IMAN juga itu pengukur sejauh mana akhlaq seseorang baik LELAKI mahupun WANITA

     
  37. Zamri Ab Rahman

    15 November 2011 at 5:14 pm

    teringat tulisan ustaz dlm buku mukmin profesional…hebatnya manusia apabila mereka meletakkan “fikirnya” di atas landasan “zikirnya”

     
  38. Noor Hafizah

    15 November 2011 at 6:03 pm

    Salam,..
    tabarakallah,
    terima kasih, ustaz.
    dah ramai yang menjadikan semua ni sebagai hujah yang ‘relevan’ bagi mereka untuk menafikan tentang hal menjadi seorang yang baik ni.
    kadang2 tu, kita pula yang rasa serba salah nak menjawab..

    sesungguhnya, mereka tak boleh nafikan lagi hal-hal ni..kerana Rasullullah adalah contoh akhlak terbaik sepanjang zaman..

    .Penerangan ustaz cukup jelas..semoga di istiqamahkan hati2 kita semua yang sedang bermujahadah bagi mengawal dalaman dan luaran kita agar sentiasa menuju ke redha ILAHI..Amin..

     
  39. Ikhwan Ng

    24 November 2011 at 11:31 am

    Assalamualaikum…

    Ya benar, mualaf yang cuba memahami Islam juga dikritik bab aurat padahal mereka adalah golongan yang berusaha mendekati Islam, cuma masih ada banyak halangan seperti bantahan keluarga dan sebagainya.

    Sekiranya arah hijrah tu ke Islam, pastinya mereka akan beristiqamah menjadi lebih baik. Itu proses yang tidak boleh dinilai oleh mata dan akal manusia.

     
  40. haryati

    26 November 2011 at 3:22 pm

    Salam,
    terima kasih ustaz…tutup aurat vs balut aurat heheh
    hujah yg mudah untuk soalan yang dah biasa. mohon share🙂

     
  41. Farhi Razali

    27 November 2011 at 10:21 am

    Mertua saya kata kalau anak nangis, simpulkan tali kasut kat leher (kira macam tangkal). Katanya, kita tidak syirik sebab kita tetap sandarkan kuasa Allah sebagai yang menyembuhkan (hati).

     
  42. Muhammad Afif Al-Manjuniyy

    27 November 2011 at 2:21 pm

    syukran ustaz… semoga Allah redha…

     
  43. watihassan

    27 November 2011 at 4:53 pm

    Terima kasih ustaz….. isu yg terkini yg agak payah dikupas….. sy mohon share ya ustaz… moga2 ilmu ini membawa barakah kpd kita semua…..

     
  44. ainul

    28 November 2011 at 12:17 pm

    salam,syukran ats perkongsian yang menarik, mohon share ya

     
  45. Pena

    30 November 2011 at 10:26 pm

    🙂

     
  46. Dayang Nur Rafiza

    1 Disember 2011 at 4:06 pm

    masyaallah🙂

     
  47. wulanto

    2 Disember 2011 at 1:14 am

    Ass.wr.wb.. salam ustad, saya sangat setuju bahwa semuanya memang harus didasari oleh hati yang baik….wasalam

     
  48. MAH

    2 Disember 2011 at 8:44 am

    Salam Sejahtera Ustaz,

    Perempuan yang berani tidak menutup aurat adalah berani tidak kena tempat kerana berani langgar perintah Allah. Berani jenis apa ini?

     
  49. emy

    2 Disember 2011 at 4:50 pm

    ustaz saya minta kebenaran share dan email kepada kawan2 saya ye

     
  50. sofea

    4 Disember 2011 at 12:14 pm

    ustaz saya mohon share ya…

     
  51. sofea

    4 Disember 2011 at 1:56 pm

    assalamualaikum ustaz..
    mnta izin share dalam blog saya ya…

     
  52. Mizah

    4 Disember 2011 at 8:33 pm

    Alhamdulillah.. diri ini mendapat pelajaran yang sangat bermanfaat. Semoga yang tidak menutup aurat ataupun tidak, masing-masing mendapat hidayah daripada ALLAH dan dikasihi ALLAH untuk melalui halangan-halangan yang ada dalam mencapai perubahan ke arah yg lebih baik. IngsyaALLAH..

     
  53. Mizah

    4 Disember 2011 at 8:35 pm

    Alhamdulillah.. diri ini mendapat pelajaran yang sangat bermanfaat. Semoga yang menutup aurat ataupun tidak, masing-masing mendapat hidayah daripada ALLAH dan dikasihi ALLAH untuk mendapat kekuatan dalam melalui halangan-halangan yang ada dalam mencapai perubahan ke arah yg lebih baik. IngsyaALLAH..

     
  54. Syabab Musalam

    5 Disember 2011 at 1:48 pm

    ASALKAN HATINYA BAIK?

     
  55. cikopiko

    5 Disember 2011 at 8:16 pm

    Alhamdulillah..terima kasih krn m’peringati.
    sy mohon share ya ustaz,

     
  56. nnay

    6 Disember 2011 at 10:24 pm

    Alhamdulillah..hujah ustz memberi sy idea utk mnjwb pertnyaan yg sedemikian.sbb sy pun masih berusaha memperbaiki diri..dan dikelilingu famly n kwn2 yg suka mengajukan pndpt sndiri dan mmpersoalkn ttg aurat,perangai,iman..jwpnnya hanya Allah yg tahu kan ustz..tqs ustz.mntk share pndpt ustz.

     
  57. shafinaMas

    8 Disember 2011 at 1:23 pm

    terima kasih atas ilmu yang dikongsi ustaz “)
    izinkan sy berkongsi ilmu ini di laman blog sy.

     
  58. Ck Asmadi Ck Jusoh

    10 Disember 2011 at 9:50 am

    Ustaz izin share di facebook saya.

     
  59. ismie

    18 Disember 2011 at 9:14 am

    ye saye stuju..prempuan yang baik msti bertudung…sy ta bgkang…tapi yang mnimbulkan kmarahan sye..ade seseorang yang mmbuat statement…perempuan tidak bertudung MEMANG TIDAK BAIK KERANA MELAGGAR PERINTAH ALLAH!!!! disertakan dgan tnda seru yg bnyak… sy rase pmpuan yg free hair mnunggu tok mndapat hidayah…siapa kita untuk melabel orang sesuka hati…saye ade pgalaman Ustaz,di mana rakan sy tidak bertudung…keranna dy tinggal di KL dan modern..sy pikir mereka cetek agama..tapi tidak…bahkan mereka lebih mengetahui doa2 berbanding sy ini…kemudian…stelah bbrape bulan..mreka bertudung Ustaz…sy salah sebb memndang serong pd mereka Ustaz…sejak tu sy tanak lagi brprasangka buruk kat mereka yang tidak bertudung…sy cube mnsihati seseorang tapi kalau masih enggan…sy rase selebihnye kite patut serahkan kepada YANG MAHA ESA..:) jawab pertanyaan sy ustaz…:))

     
  60. Cik Emma

    18 Disember 2011 at 11:17 am

    ustaz..mohon share

     
  61. Yoku Eyla

    18 Disember 2011 at 4:25 pm

    MACAM-MACAM FIKIRAN MANUSIA SEKARANG TENTANG PEREMPUAN BERTUDUNGKAN..

     
  62. Munira Mohamad

    18 Disember 2011 at 11:25 pm

    mari kita muhasabah diri…:)

     
  63. Dlisa Luis

    19 Disember 2011 at 10:40 am

    Allah berhak menentukan kepada siapa hidayah akan di beri….amat tertarik dengan cara ustaz menjawab soalan si pemuda tersebut – tidak menyakitkan dan tidak mengiyakan….tetapi lebih menjerumus kepada menasihati dengan spontan…..

     
  64. hamba

    19 Disember 2011 at 1:00 pm

    Mmg tepat…tp perkara ni akan dapat diterima jika semua orang boleh menerima, bersikap rasional dan berbincang tanpa emosi melulu. Kalau tidak…memang payah nak masuk kepala sebab asyik dia je nak menang. Saya senang je….dah Allah suruh buat, saya buat je la. Sape xnak ikut perintah Allah ape lagi nak dikata…kubur lain2 kann

     
  65. siti nurhana roslan

    20 Disember 2011 at 4:33 pm

    ya Allah, trima kasih atas hidayah yg engkau berikan….persoalan ini selalu bermain difikiran saya. skrg saya sudh menemui jwpnnya. syukran ya ustaz…

     
  66. Ana Qasrina.R

    20 Disember 2011 at 5:40 pm

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat ustaz. Sebuah pencerahan yang diharapkan dapat menjelaskan mata hati kita semua dalam menilai orang lain bahawa KITA ADALAH PENYERU, BUKAN PENGHUKUM. Syukran jiddan ustaz. Mohon kebenaran untuk share.

     
  67. gentarasa

    20 Disember 2011 at 8:23 pm

    Salam Ismie,
    Begitulah ‘misterinya’ hidayah daripada Allah. Allah menilai hati… bila hati baik, yang luar akan berubah. Lambat atau cepat, InsyaAllah. Jangan rasa lebih baik daripada sesiapa…itu sudah ego. Ya Allah lindungi kami daripada itu. Amin.

     
  68. Hanani Mohd Nakhaie

    21 Disember 2011 at 4:13 pm

    salam ustaz,

    mohon share ye..

     
  69. amilia

    29 Disember 2011 at 3:48 pm

    menarik

     
  70. syuhada nazri

    29 Disember 2011 at 8:43 pm

    SALAM USTAZ…ARTIKEL YG SANGAT MENARIK…MOHON SHARE YE…🙂

     
  71. aida

    30 Disember 2011 at 1:38 am

    Saya prnah mnonton satu rancangan tv yg mngisahkn sorang remaja ala2 penkid yg brtudung tp akhirnya mmbuka tudung dgn alasan x mau hipokrit. Mmg x puas hti saya pd jln cerita 2 sbb dia kmbali brpakaian sprti penkid. cerita mcm ni la yg byk mmpengaruhi remja kita agar x brtudung…

     
  72. nur

    1 Januari 2012 at 3:11 am

    salam..ustaz mohon share ye

     
  73. azlijamil

    2 Januari 2012 at 8:06 pm

    Perempuan tutup aurat = lelaki tak pakai shorts.

    Doesn’t say anything about hati? Don’t judge!

     
  74. gentarasa

    4 Januari 2012 at 10:00 am

    Salam saudaraku,
    syukur kerana sudi berziarah. Saya pun telah ziarah blok saudara. Cantik dan menarik.

     
  75. azlijamil

    4 Januari 2012 at 6:40 pm

    The moment you said someone “tak baik”, you’re judging.
    Leave the judging to ALLAH.
    We just try our best to do good.
    For example, if “Senyum itu sedekah”, have you smiled today?

     
  76. ismida

    5 Januari 2012 at 10:40 pm

    salam., wah seronoknye bile ade artikel yang menerangkan sesuatu yang dianggap remeh oleh masyarakat..
    tajuk dan penerangan yang cukup menarik perhatian..
    klu bley, share kat email saya gak.. tq

     
  77. tadbirhati

    6 Januari 2012 at 4:00 pm

    Terima kasih Ustaz. Penjelasan yang diberikan membuka hati supaya lebih tabah dan sabar mencari redha Illahi. Syukran Jazilan.

     
  78. ami

    7 Januari 2012 at 11:50 pm

    mohon share…

     
  79. Dil Dila

    9 Januari 2012 at 4:50 pm

    bole share x??

     
  80. Kamariah Haji Mohd Said

    17 Januari 2012 at 9:48 am

    alhamdulillah…saya pun nak share juga lah!!!

     
  81. ismida

    21 Januari 2012 at 2:34 pm

    alhamdulillah.. syukran jazilan..

     
  82. hafizah

    10 Februari 2012 at 11:21 am

    mohon share…….tq……..

     
  83. azlijamil

    15 Februari 2012 at 7:43 pm

    Nonetheless, shouldn’t we leave the judging to GOD. Focus on doing good and sincerely (so the phrase ‘tidak mengenang budi’ should never have existed. When you’re paid to work 8 hours a day, work 8 hours. Make sure the rezeki is halal.
    Don’t ever hate people we never met.
    For things you cannot accept, simply tolerate.

    Wallahualam.

     
  84. md luffy

    23 Februari 2012 at 8:24 pm

    alhamdulilah saya dah dapat jawapan yg pasti dengan soalan yg ada d fikiran sy….aminnnnn
    mudah2han wanita yg tidak menutup auratnya dpt menjalani dugaan allah dgn ikhas…amin…

     
  85. haimasleha

    4 Mac 2012 at 3:59 pm

    Sangat terkesan d hati saya..ada yg tersirat mbuka pemkiran..tq

     
  86. Haziq Aexia

    8 Mac 2012 at 8:36 pm

    ermmm…..

     
  87. syazwany sujak (@awanmujahadah)

    15 Mac 2012 at 4:01 pm

    orang yg bertudung di anggap menutup aurat ,,yah ! betul,, bila bertudung sudah menutup aurat ,,tetapi, untuk menutup aurat tidak semestinya dengan bertudung.coz nk tutup aurat,,tutup dgn apa2 pon bole,,asalkn tidak menampakkn aurat.kan ustaz??
    hmm,,,nice n great tazkirah ..bermanfaat !

     
  88. irah

    23 Mac 2012 at 1:06 pm

    salam..ustaz, mohon share…

     
  89. qalamdaie

    25 Mac 2012 at 6:39 pm

    Fikir dan zikir,ibarat roda yang berputar,semakin laju berfikir,semaikin laju zikir berputar..Tahniah ustaz di atas perkongsiaan..izinkan saya share..

     
  90. zahr ilyani

    22 Julai 2012 at 6:43 am

    mohon share entri ni ustaz…

     
  91. Azhar bin Jaafar @ Ramli

    13 Ogos 2012 at 2:41 pm

    mohon share ustaz

     
  92. rashidah

    14 September 2012 at 3:20 pm

    ustaz,blue tlg saya ke,tlg pbaiki prngai sya new…saya maw jd wnta solehah..

     
  93. myebiznet2u

    13 Oktober 2012 at 1:01 am

    Islam itu Indah…

     
  94. Aesthetic surgery thailand

    25 November 2012 at 8:32 pm

    aesthetic surgery cosmetic surgery and aesthetic more

     
  95. HasimahHashim

    11 Jun 2013 at 2:39 pm

    salam ustaz. mohon share untuk kebaikan. terima kasih ustaz.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: