RSS

HIDUP SELAGI HIDUP…

13 Jun

Sebagai penulis saya ingin mesej tulisan saya segera sampai kepada pembaca. Oleh itu antara blog, majalah dan buku saya sering dahulukan penulisan di blog. Begitulah yang saya amalkan sejak dahulu. Tetapi kebelakangan ini saya terpaksa memikirkan semula kaedah itu.

 

Ini kerana tulisan saya di dalam blog kekadang dipetik oleh satu media cetak  sedangkan tulisan itu saya akan berikan kepada media cetak yang lain. Bukan mendahului kehendak komersial tetapi saya perlu berpegang kepada etika, perjanjian dan adab dengan penerbit.

 

Pada dasarnya saya tidak suka terikat dengan mana-mana penerbit. Bagi saya penulis mesti bebas untuk memilih wadah penulisannya sendiri. Di dalam melaksanakan misi dakwah kita tidak boleh mengikat diri dengan mana-mana pihak kerana bagi saya prinsip perkongsian mengatasi persaingan. Jalan-jalan menuju Allah sebanyak urat atau rengut nafas di leher. Masuklah ke negeri Mesir dari pelbagai pintu! Begitu kita dipesankan oleh ungkapan yang masyhur itu selalu.  

 

Kita wajar meraikan kepelbagaian. ‘Kek’ dakwah ini perlu diluaskan. Mudah-mudahan di mana pun jua kita, dakwah melalui penulisan ini dapat diteruskan… umpama air yang sentiasa mengalir, umpama asap yang terus meresap. Lalu apakan daya, saya cuba membongkar kembali tulisan lama-lama. Saya cuba ketengahkan jua kerana merasakan mesejnya sentiasa baru.  Salah satunya tulisan ini…

 

HIDUP SELAGI HIDUP!  

 

Kata bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera akan terolang-aleng lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya.

 

Maka begitulah dalam menghadapi ujian hidup… kita tidak akan bimbang sekiranya iman di hati tetap mantap. Diri  tidak akan hilang kawalan. Kita akan terus menghadapi segalanya dengan penuh keyakinan. Berpegang kepada prinsip:

“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.”

 

Dengan iman, kita punya keberanian – hidup selagi hidup! Kita tidak, kita akan menjadi umpama bangkai bernyawa, yang hidup segan, mati tak mahu. Tanpa iman, kita menjadi pengecut – menjadi orang yang berani mati kerana takut hidup… membunuh diri! Dikebumikan pada tahun ini tetapi hakikatnya telah mati lima tahun yang lalu!

 

Justeru, iman adalah sumbu kehidupan, harta yang tidak dapat dinilai. Sumayyah sanggup berkorban nyawa demi iman. Bilal sanggup disiksa kerana iman. Sayidina Abu Bakar telah mengorbankan seluruh hartanya demi iman. Bagaimana dengan kita? Sanggupkah kita mengorbankan segala-galanya untuk mendapat iman? Mari kita muhasabah…

 

Bagaimana ketika kita dibangunkan dari tidur yang lena untuk bangun mengerjakan solat Subuh? Lesu atau bersemangat? Sanggupkah kita mengorbankan masa untuk mendengar kuliah agama buat menjana iman? Bandingkan dengan masa yang kita berikan untuk hiburan yang melalaikan? Tanyakan kepada diri ke manakah harta, tenaga dan masa telah kita berikan… ke jalan iman atau sebaliknya?

 

Kalaulah ditanya manakah yang lebih berharga? Iman atau harta? Tentu kita menjawab iman. Tetapi mungkin itu hanya kata-kata. Benarkah itu juga yang kita rasa? Iman sebenarnya lebih berharga daripada mutiara. Malah jika dikumpulkan seluruh isi langit dan bumi ini, maka kita dapati iman tetap lebih berharga. Harta akan musnah jika tidak dibelanjakan ke jalan Allah, namun iman kekal sampai membawa kita ke syurga.

 

Tetapi bak kata pepatah, “hanya jauhari mengenal manikam” – maksudnya hanya orang yang berilmu  sahaja yang menyedari tentang agungnya nikmatnya iman. Sijahil tidak akan menghargai nikmat iman, sama seperti sibuta yang yang tidak dapat melihat cahaya atau kera yang disuguhkan bunga!

 

Iman sangat berharga sama ada di dunia  mahupun di akhirat. Sesiapa saja yang memiliki iman di dada, dia akan mendapat ketenangan, keharmonian dan kebahagiaan dalam hidup. Sesiapa pula yang memiliki iman di akhirat, dia akan mendapat hati yang sejahtera. Dia akan dapat keredhaan dan keampunan-Nya. Juga dia akan mendapat syurga Allah swt.

 

Dengan adanya nikmat iman, barulah nikmat-nikmat yang lain berguna. Jika ada iman di dada, nikmat harta akan menjadikan seseeorang itu hamba Allah yang pemurah. Dia akan merasakan harta itu adalah amanah dari Allah. Lantas, harta itu tidak akan dibelanjakan ke jalan kejahatan dan kemungkaran. Sebaliknya, akan digunakan ke arah kebaikan.

 

Seorang yang beriman, akan menggunakan nikmat ilmunya ke arah kemajuan dan kebaikan. Dia akan mengajar orang lain dan mencipta rekaan-rekaan yang memudahkan kehidupan masyarakatnya. Dengan iman, seseorang tidak akan menjadi penipu, penzalim dan pemusnah dengan ilmunya. Ya, bila ada iman kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Sebaliknya jika hilang iman, kita hilang segala-galanya.

 

Jadi apa sebenarnya  iman ini sehingga ia dianggap begitu berharga? Iman sebenarnya bukanlah sekadar ucapan. Iman adalah kepercayaan dalam hati, yang diucapkan dgn lidah. Jika hanya ucapan, tetapi tidak dengan keyakinan, itu munafik (berpura-pura). Jika hanya ada ucapan dan keyakinan tetapi tidak ada tindakan (amalan), itu fasik (berdosa).

 

Memanglah menjadi sunnatullah dan peraturan dalam hidup ini, semua benda yang berharga memang payah untuk dicari. Contohnya pasir, mudah untuk kita mendapatkannya. Di mana-mana pun ada pasir. Tetapi jika hendak mencari mutiara, kita perlu menyelam hingga ke dasar lautan. Mencari dan menggali, membersihkan barulah ditempa sehingga menjadi mutiara yg bersinar dan cantik.

 

Berbagai-bagai jawapanlah yang kita dengar. Ada yang mengatakan, dia boleh mewarisi iman daripada bapanya yang warak. Ada yang berbangga dengan datuknya yang warak. Ada yang mengatakan dia boleh mendapatkan iman melalui pembacaan atau melalui ilmu pengetahun. Apakah begitu mudah? Mari kita susuri realitinya…

 

Oleh kerana iman itu berharga ibarat mutiara, memanglah sukar untuk mendapatkannya. Jadi kita kena berusaha mencari dan terus mencari. Kita memang tidak nafikan, doa si ayah atau si datuk yang bertaqwa memang ada kesannya. Namun itu bukan cara yang utama untuk mendapatkan iman.

 

Lihatlah sejarah Nabi Nuh a.s. Baginda seorang Nabi yang mengajak semua keluarganya untuk beriman kepada Allah swt. Namun si isteri dan seorang anaknya engkar. Malah mereka mengganggap Nabi Nuh gila kerana membina sebuah bahtera besar di atas bukit yang tinggi. Walau nyawa sudah di hujung tanduk ketika tenggelam dalam banjir, mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah atau mengikut ayah mereka Nabi Nuh.

 

Jika kita mengatakan boleh mendapat iman melalui ilmu atau pembacaan, itu juga  kita tidak nafikan. Namun mengapa ramai orang yang memiliki ilmu setaraf professor pun masih melakukan kemungkaran? Oleh itu, penting bagi kita mencari iman sebagaimana cara generasi awal Islam mencarinya. Mereka ‘mencari’ iman dengan berfikir, berzikir, bermujahadah dan melaksanakan syariat (peraturan) Allah.

 

Firman Allah swt:

“ yakni orang yang mengingati Allah (berzikr) ketika berdiri, duduk, berbaring dan sentiasa berfikir tentang tentang kejadian langit dan bumi lantas berkata, “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau ya Allah, selamatkanlah kami dari api neraka.”

 

Al-Imran: 191

 

Para sahabat mendapat iman dengan melihat alam, binatang, tumbuhan, hujan dan sebagainya. Mereka melaksanakan apa yang didorong oleh Allah menerusi firman-Nya:

 

“Maka apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana unta diciptakan, dan langit, bagaimana ia ditinggikan.”

 

                                                                                    Al-Ghaasyiyah: 17-18

 

Apabila mereka melihat semua itu mereka berfikir… dan akhirnya tiba pada satu kesimpulan bahawa tidak mungkin semua itu terjadi dengan sendirinya. Pasti ada yang menjadikannya. Jika matahari hebat, tentu Pencipta matahari lebih hebat. Jika alam ini indah, tentulah Penciptanya lebih indah.

 

Tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan mereka terus berzikir (mengingati) Allah. Mereka merasai Allah itu Maha Besar, Maha Suci, Maha Penyayang, Maha Berkuasa dan Maha Sempurna. Mereka merasakan bahawa zat yang mencipta matahari, bulan, bintang dan semesta alam ini mestilah dipatuhi perintah-Nya dan dijauhi larangan-Nya. Lalu merekapun melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah. Mereka bersolat, berpuasa, meninggalkan zina, arak dan lain-lain.

 

Walaupun kekadang, yang ditegah Allah itu sesuatu yang disukai, manakala yang disuruh pula dibenci, namun mereka melawan kehendak diri sendiri demi mentaati perintah Allah. Berlaku ‘peperangan’ di dalam diri mereka sendiri – antara apa yang mereka ingin, dengan apa yang diingini Allah. Peperangan inilah yang dikatakan mujahadah atau berjuang sepenuh jiwa untuk mematuhi perintah allah. Hasil mujahadah ini, iman mereka bertambah dan akhirnya mereka merasakan kemanisannya. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan”

 

                                                                                    Al-Ankabut: 69

 

(Bersambung nanti… Insya-Allah)

 
20 Komen

Posted by di 13 Jun 2011 in Tarbiyah

 

Label: , , ,

20 responses to “HIDUP SELAGI HIDUP…

  1. sya

    13 Jun 2011 at 4:56 pm

    salam.

    setuju.Iman adalah mutiara.
    “Iman boleh bertambah & berkurang “.
    selain menimba ilmu, berfikir & berzikir, apa lagi cara2 utk meningkatkan iman?

    syukran.

     
  2. Ana Sarina Abu Bakar

    13 Jun 2011 at 9:21 pm

    terima kasih ustaz penulisan yang membuka akal utk berfikir ttng keindahan iman.. hakikatnya iman itu tidak diwaris harus dicari dan dirasai.. sambung lagi ya ustaz…. terima kasih~

     
  3. mohd fauzi

    14 Jun 2011 at 4:43 pm

    T.q. Ustaz
    Banyak masa pertembungan kepentingan iman dengan kehedak nafsu menjadi dilema diri…bagaimana nak konsisten dalam membina dan mencari iman dalam menempuh kehidupan..

     
  4. hamba hina

    15 Jun 2011 at 7:46 am

    cukup manis ustaz. terima kasih byk.

     
  5. Habib Ahmad

    15 Jun 2011 at 10:50 am

    1. Malam Ini di Masjid Al Falah Bersama Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith

    2. Majlis Mingguan bersama Habib Ali

    3. Program Pembacaan Kitab Sahih Bukhari Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki

    4.Karnival Khazanah Alam Melayu

     
  6. Yuri

    15 Jun 2011 at 2:55 pm

    Assalamualaikum Ustaz, dan terima kasih,

    Rasa nak menangis…..saya paling suka ungkapan:

    “Ya, bila ada iman kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Sebaliknya jika hilang iman, kita hilang segala-galanya”

    Dulu, saya manusia yang tak punya iman…semasa saya susah, saya fikir saya hilang segala-galanya. Tetapi alhamdulillah, Allah sayang saya, bila saya kembali ke pangkal jalan, bila ada masalah, saya yakin ia adalah perancangan Allah dan pasti ada hikmah Allah ingin tunjukkan, tenang!

     
  7. syafiyyah

    16 Jun 2011 at 7:39 pm

    subhanallah, moga kate2 yang sedikit ini dapat mengugah jiwa2 dan hati2 yg lemah..teruskan beramal kerana allah agar beroleh redha dan keberkatan dari allah..

     
  8. namera

    17 Jun 2011 at 12:54 am

    Salam ustaz,
    Saya pengikut setia blog ustaz walaupun saya masih baru. Saya mohon share artikel ustaz diblog saya. Untuk renungan saya sahaja. Untuk bimbingan saya. Harap ustaz tak keberatan share dakwah ustaz ni.
    Terima kasih dan saya harapkan ustaz teruskan berkarya.

     
  9. Islam Iman Ihsan

    17 Jun 2011 at 8:29 pm

    tenang hati membaca…

     
  10. zahirah

    17 Jun 2011 at 10:05 pm

    Alhamdullillah hati saya begitu tersentuh dgn perkataan “peperangan” dlm diri.
    Terima kasih Ustaz kerana ungkapan itulah yg saya cari bagi mengubat hati ini.

     
  11. faqirah

    18 Jun 2011 at 12:41 am

    salam ustaz, syukran atas entry yang sangat menyentuh hati.
    saya ada sedikit kemusykilan tentang diri saya, setiap kali saya nak buat sesuatu perkara, mesti akan ada rasa “betul ke aku ikhlas ni?” . Saya selalu meragui keikhlasan diri saya dalam melakukan sesuatu & kadang2 sampai saya jadi putus asa, sebab saya sangat2 keliru.
    Apakah sebenarnya perasaan tu?ada x apa2 doa yang boleh saya amalkan?

    syukran ustaz

     
  12. gentarasa

    18 Jun 2011 at 6:53 am

    Salam faqirah,
    Meragui keikhlasan kita setelah beramal… itu suatu yang terpuji. Tetapi meragui keikhlasan hingga menimbulkan rasa putus asa… itu tipuan syaitan. Jadi berhati-hatilah. Minta berlindung daripada Allah dengan zikir apabila ‘diserang’ oleh perasaam negatif itu. Bila rasa tak ikhlas… jangan berhenti beramal tetapi teruskan dengan berusaha sungguh-sungguh untuk mendapat ikhlas. Rasa tak dapat itulah satu rangsangan untuk kita terus berusaha. selagi tak dapat, kita harus berusaha. Bukan berhenti… untuk merasa putus asa!

     
  13. yani

    19 Jun 2011 at 10:04 am

    As salam, terima kasih ustaz…..
    Tiap bait patah perkataan buat saya kian kuat menghadapi ujian kehidupan…semoga ALLAH sentiasa merahmati kita semua….

     
  14. pustaka nuriman

    19 Jun 2011 at 11:22 pm

    terima kasih ustaz

     
  15. Maya

    20 Jun 2011 at 9:15 am

    Salam ustaz, mohon untuk dikongsi artikel ini.

     
  16. izzysabki

    21 Jun 2011 at 3:18 am

    iman perlu dicari…bkn dtuggu ia dtg sndiri…

     
  17. sebiji epal

    23 Jun 2011 at 12:29 am

    hidup selagi hidup…best…terima kasih ustaz..

     
  18. Area Terbaru

    26 Ogos 2011 at 5:52 am

    kata-kata yang sangat indah…

     
  19. Ridzuan Bin Alang Arpi

    11 November 2011 at 12:21 pm

    DAKWAH siapa sahaja yg terlibat dgnya iman pasti meningkat..kerana d sebalik dakwah ada MUJAHADAH “benda bernilai memang sukar D perolehi” dan “tidak ramai yg bole memiliki benda yg tinggi nilainya”..

     
  20. Suara Terbaru

    4 Disember 2011 at 2:24 am

    terima kasih atas infonya…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: