RSS

SURAT CINTA SUAMI YANG LARA

07 Aug

Belasan tahun yang lalu saya diuji. Dan kenangan atas ujian itu mekar kembali semasa saya ditakdirkan hadir sebagai panel forum cinta: Aku, dia dan kita di UTEM, Melaka beberapa malam yang lalu. Bersama saya sebagai  ahli panel ialah penasyid Suhaimi (mantan anggota IN-TEAM) dan isterinya Ina Naim (kalau tidak silap saya).

Mereka berdua meluahkan dan mengimbau rasa dan peristiwa cinta mereka berdua yang cukup indah dan berwarna warni. Kerana itu di dalam hati saya, berbunga kembali kenangan lalu… kenangan ketika cinta sendiri diuji. Sangat mahal kenangan itu. Sampai kini ia jadi pengajaran yang sangat mahal harganya buat pedoman diri.

Jarang saya ingin berkongsi soal peribadi. Justeru saya sedar saya adalah suami yang sedang bermujahadah… dulu, kini dan selamanya. Namun secara tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk menyampaikan. Manalah tahu ada yang wajar dikongsi sebagai ingatan dan didikan bersama. Lalu saya bongkar kembali surat-surat lama. Lalu saya pilih satu daripadanya. Setelah disunting beberapa hal yang terlalu personal… hasilnya saya kira boleh dimanfaatkan bersama. Kini ia telah jadi milik kita, bukan milik saya.

Sudi apalah kiranya menatap surat itu:

Surat Cinta Suami Yang Lara!

Wahai isteri,
Kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada Allah. Mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihan mu juga.Ya Allah… aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa. Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.Kami lemah ya Allah… namun Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Syukur ya Allah … kerana Kau anugerahkan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan penderitaan. Jika tidak kerana ini, kami akan terus lalai, terbuai-buai dan akhirnya mati tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenar. Cebisan cinta suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur dan mampu menghidupkan hati kami yang semakin mati.

Isteriku,
Suratmu telah kubaca. Terima kasih sayang. Membacanya seperti membaca hatiku. Aku tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menulis, siapa lagi yang sebenarnya membaca… kerana suratmu adalah suara hatiku… suara hati kita bersama! Aku cuba tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana.Perpisahan sebenar bukanlah kerana jarak tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan cinta kita. Kita akan semakin rapat oleh perpisahan ini… insya Allah. Yakinlah kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan lebih manis. Perpisahan ini adalah harga kepada saat yang pasti tiba itu, insya Allah.

Aku pergi menuju Allah… memperbaharui langkahku, menguatkan jiwakku untuk memburu kecintaan-Nya… dan dengan itu aku akan mencintaimu dan anak-anak dengan cinta yang lebih suci. Kau ikutlah disisiku sayang… di jalan baru yang belum tentu berapa pula likunya. “Maniskanlah malam-malammu dengan solat dan munajat. Dan sibukkanlah siangmu dengan penuh tanggung jawab dan bersemangat.

Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya dengan bersungguh-sungguh. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan berbagai alasan dan kemalasan. Aku gembira dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya sakit dan ubatnya pahit.”Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu:

“Ya Allah…
Ampunilah dosa-dosa isteriku sepertimana aku telah redha dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin dan berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anakmu. Agar ditangannyalah nanti zuriat-zuriatku menjadi soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanyadengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”

“Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki padanya dengan direzekikan taqwa yang sejati.”

“Ya Rabbi…
Lembutkan hati isteriku agar mudah dia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.

Sayang,
Hikmah ujian yang menimpa kita terlalu banyak. Ia ubat dan baja rumah tangga yang telah kita bina sekian lama. Cinta kita sesungguhnya tidak pernah berubah… tetapi ia perlu kemanisan dan hiasan baru supaya serinya bertambah.Cinta kita kuat getarannya, namun kurang matang. Kita terlalu menurutkan perasaan. Baik aku mahupun kau kekadang tersasar kerana “terlalu” cinta. “Terlalu” menjerumuskan kita ke jurang “melulu”. Bila melulu kita akan lepas dari kendali cinta sejati – Allah!

Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun ada juga yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta telah terputus dari cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta dengan cinta-cinta yang lain. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada yang begini… pertemuan pun masih perpisahan. Tapi bila cinta itu diikat oleh cinta Allah, maka perpisahan pun bererti pertemuan.

Allah telah selamatkan kita dari perpisahan kerana terlalu cinta. Dan perpisahan itu tak akan boleh kita cari-cari atau rancang-rancang kecuali dengan satu peristiwa yang kita tidak sangka. Itulah rahmatnya perpisahan yang tidak diminta dan dijangka ini pada cinta dan perkahwinan kita. Ia menguatkan kembali ikatan perkahwinan kita.

Yang lebih penting lagi ujian ini sebagai satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita supaya bergantung dengan Allah semata-mata. Jangan kita bergantung dengan selain Allah. Makhluk yang terikat dengan kita atas nama – suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan musnah jua. Musnah sementara dan akan musnah abadi. Tegasnya, perpisahan ini adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan suami, isteri, ibu, bapa, anak-anak dan sanak-saudara. Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila.

Ketika itu jika hati kita tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat untuk meneruskan hidup dan paling khuatir terhakis atau tercabutnya iman.

Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan di celah istilah janda, duda dan yatim, sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak pasti akan diputuskan oleh mati. Justeru itu… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti.

Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Ketika itu bukan sahaja hati benci merasanya tetapi fikiranpun dikunci daripada memikirkannya…. Ya Allah, benci betul rupanya kita kepada realiti. Angkuh betul kita dengan pinjaman Allah. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita.

Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya. Didikan ini sangat mahal harganya… Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:
“Sesungguhnya kita milik Allah, kepada Allah kita akan dikembalikan.”

Terimalah pertemuan yang hakiki itu nanti dengan menempah tiketnya sekarang… tiket itu adalah perpisahan ini. Setiap peristiwa besar mesti ada ‘mukadimah’nya. Tanpa ‘mukadimah’ lintang pukanglah jadinya jiwa kita nanti.

Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini tetapi jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik. Berdoalah dengan rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi imbangilah kebimbangan itu dengan rasa yakin akan diperkenankan. Yang penting… Allah tambah kesabaran, keimanan dan rasa tawakal kita kepada Allah.

Di daerah ini kendali diri mesti kuat. Bila lalai sahaja dari mengingati Allah, deraan perasaan akan segera datang. Maka ketika itu terkial-kiallah kembali hati ini mencari kekuatannya… iman. Prasangka, bimbang yang bukan-bukan mesti dilontar jauh-jauh. Tawakal mesti dibina. Berserah dan pasrah sudah wajib, mainan “kalau”, “jika”, “nanti” mesti dihentikan. Alhamdulillah… Allah setakat ini telah mentakdirkan banyak perkara positif sedangkan sebelumnya aku diserang oleh prasangka yang negatif.

Yang dirindu,
Aku berdoa dan berharap kau begitu jua. Jangan dilayan rasa dan sangka yang bukan-bukan. Banyak tugasmu yang sedia ada dan bertambah lagi akibat perpisahan ini. Jaga kesihatan hati dan badanmu. Masa keemasan ini ini gunakanlah untuk memperkemaskan diri. Samada hubungan kita dengan Allah dan dengan manusia.

Orang yang “duji” mudah melakukan perubahan. Tidak boleh sekali-kali digugat kekesalan dan penyesalan masa lampau. Nanti akan timbullah “kalau tak begini dulu… tak lah begini, kalau, kalau, kalau…. Ini akan menyebabkan kita putus asa dan lemah menghadapi hidup. Apa yang penting, katakan, ini realiti, ini takdir, yang sudah ditentukan sejak azali.

Sama seperti pertemuan kita, perkahwinan kita, kelahiran anak-anak kita, percintaan kita, kasih sayang kita… dan lain-lain. Cuma bezanya, yang baik-baik dan manis-manis… mudah kita terima. Yang buruk-buruk dan pahit-pahit… susah kita terima. Sedangkan ilmu di sisi Allah kita tidak tahu, mana hakikatnya yang manis, mana yang pahit, mana yang buruk, mana yang baik? Bukankah di sisi Allah ada yang lebih tersirat?

Bertemu tak jemu. Berpisah tak gelisah. Jangan bersedih… berani dan tabahlah demi cinta Allah!

 
71 Komen

Posted by di 7 Ogos 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

71 responses to “SURAT CINTA SUAMI YANG LARA

  1. nurindah

    7 Ogos 2010 at 5:37 pm

    salam ustaz,
    Terima kasih sudi brkongsi warkah peribadi. Ayatnya manis, dan menyentuh hati. Mengingatkan saya yg selalu lalai ini. Terima kasih skali lagi.

     
  2. Rindu

    7 Ogos 2010 at 8:15 pm

    Terharu … nice words

     
  3. mysarah

    7 Ogos 2010 at 9:44 pm

    salam ustaz…
    terima kasih di atas nota yg begitu mendalam maksudnya jika diteliti ayat demi ayat…
    terima kasih kerana masih ade lg manusia yg sygkan ALLAH melebihi segalanya…insya allah..
    sy juga ingin jd begitu…cinta allah melebihi segalanya….
    terima kasih sekali lg ustaz

     
  4. taufiq

    8 Ogos 2010 at 1:09 am

    terima kasih atas perkongsian dan ajakan ustaz di UTeM..semoga dapat datang lagi ke sini..:)

     
  5. imaan

    8 Ogos 2010 at 7:11 am

    slm ustaz..terima kasih atas perkongsian yang cukup bermakna..
    Ia mengingatkan saya tentang kehidupan ini.Semuanya yang adalah sementara dan apa yang kita miliki sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah.Namun ramai yang terleka, lupa dan tidak bersedia dgn kenyataan bahawa pinjaman itu perlu dipulangkan kembali kepada Allah apabila tiba waktunya…
    Terima kasih juga atas perkongsian yang amat bermakna di INTEC tempohari.Santai tapi penuh dgn pengisian.🙂

     
  6. shazwan92

    8 Ogos 2010 at 8:50 am

    TERIMA KASIH…..

     
  7. Hisyam

    8 Ogos 2010 at 9:58 am

    Tersentak sebentar,
    seolah-olah baru tersedar…
    Sebenarnya selama ini kita (saya) terlalu yakin dengan usaha diri,
    tanpa meletakkan Allah sebagai perancang yang hakiki…

    Terima kasih Ustaz…
    Perkongsian yang amat membuka minda,
    walaupun belum ada seseorang yg bergelar isteri…

     
  8. asrar qalbi

    8 Ogos 2010 at 6:03 pm

    alhamdulillah..syukran ustaz atas entri di atas..sesungguhnya kita ini milik Allah dan hanya padaNya tempat kita bergantung.Mudah2an kita selalu mendapat hidayah dariNya..amin..

     
  9. hanif

    8 Ogos 2010 at 7:06 pm

    salam ustaz..minta izin copy di blog saya..

     
  10. kamila

    8 Ogos 2010 at 8:12 pm

    Salam ustaz.terima kasih atas entri ini..sentiasa dapat mengingat dan memulihkan semangat saya untuk terus membaiki diri.tapi dugaan nya terlalu banyak..

     
  11. Mohamad Saharizal

    8 Ogos 2010 at 8:29 pm

    salam ustaz. Allhamdulillah, menarik sekali. Minta izin untuk saya jadikan tatapan isteri saya…moga isteri saya disedarkan dalam mimpi dunianya…

     
  12. Ruby

    8 Ogos 2010 at 10:49 pm

    Salam Ustaz…

    Menyentuh hati saya dan saya ingin berkongsi sebahagian nya dengan rakan yg lain.. mohon share..

    Alhamdulillah.. saya diberi kesempatan membacanya untuk lebih bersyukur dengan apa yg telah saya lalui..

    syukran Ustaz

     
  13. Nor

    9 Ogos 2010 at 8:58 am

    Assalamualaikum ustaz..
    Terima kasih ya…

     
  14. naf_qayyma

    9 Ogos 2010 at 10:05 am

    mencintai kerana ALLAH ..

    barulah ada keberkatan dari NYA…

    tetapi ..tahukah kita SAMADA cinta kita benar benar kerana ALLAH?

     
  15. Noris

    9 Ogos 2010 at 12:50 pm

    Assalamualaikum ustaz..terima kasih entri ini. Sungguh indah bahasanya dan tenang membacanya. Begitulah juga hasrat hati saya kepd suami selalu saya war warkan bersama2 pergi menuju Allah… memperbaharui langkah, menguatkan jiwa jgn lalai untuk memburu kecintaan-Nya…tetapi sy diuji oleh Allah suami masih tidak konsisten lg dlm menegakkan syariatNYA. Beruntung bagi si isteri punyai suami yang soleh..

     
  16. gentarasa

    9 Ogos 2010 at 9:35 pm

    Salam naf,
    Kita sama-sama tak tahu. Cuma ada cita-cita dan usaha ke arah itu. Pesan itu untuk mengingatkan aku, dia dan kita. Semua yang masih belum cinta… tetapi masih mujahadah untuk cinta Allah. Maafkan.

     
  17. nurlidah

    10 Ogos 2010 at 12:31 am

    salam.. ustaz..
    dikala cinta yang dikejar sepenuhnya, tanpa dipengaruhi oleh cita-cita pasti tersungkur ditepian. sesungguhnya, untuk mendapatkan cinta yang hakiki pasti banyak yang perlu diharung dan ditempuhi…
    namun apa yang Allah berikan pd kita adalah terbaik untuk kita…
    mgkin bukan yang ini… tapi pasti yang lain…

     
  18. naf_qayyma

    10 Ogos 2010 at 10:54 am

    maaf ustaz …

    saya kurang memahami maksud ustaz,,
    cuma dari ilmu sedikit yang ada ini …mengetahui..

    (pabilA masing masing mengutamakan ALLAH DAN sentiasa sama sama mujahadah meningkatkan amal padaNYA…dalam kehidupan …itulah maknanya…kita mencintai kerana ALLAH…)

    dan..
    setiap apa jua yang berlaku …seperti kata ustaz,,,dalam artikel
    terdahulu..adalah mehnah dari ALLAH…
    dan kita sebagai hambaNYA …hanya perlu sentiasa BERSANGKA BAIK pada ALLAH atas setiap aturanNYA

     
  19. gentarasa

    10 Ogos 2010 at 11:08 am

    Salam saudaraku,
    Mabruk. Syukran atas pencerahan mu!

     
  20. nonie

    10 Ogos 2010 at 1:51 pm

    pohon dikongsi di Wall facebook saya… sungguh terkesan, meminati nukilan2 ustaz… terima kasih…

     
  21. wan

    10 Ogos 2010 at 11:16 pm

    salam ustaz,

    amat menyentuh artikel ini. sungguh memberi kesan kepada diri saya. syukran ustaz

     
  22. gentarasa

    11 Ogos 2010 at 10:55 am

    Salam wan,
    saya pun masih jauh daripada cinta Allah. Cuma tahu ia perlu. Kita cuba dan ajak orang lain cuba sama. Insya-Allah.

     
  23. wan

    11 Ogos 2010 at 9:45 pm

    Sesungguhnya, selepas saya melalui zaman kegelapan selama setahun, barulah saya mengerti akan cinta ALLAH yang sebenar, cinta sejati yang sebenar. cinta yang tidak akan membuatkan kita kecewa selama-lamanya…

     
  24. gentarasa

    12 Ogos 2010 at 8:17 am

    Salam wan,
    Semoga cerita baik mu ini jadi teladan kita semua. Tahniah. Mudah2an cinta itu kekal dan bertambah. Amin.

     
  25. ayu

    12 Ogos 2010 at 2:37 pm

    benar seperti apa yg ditulis, sgt terharu

     
  26. junaidah

    12 Ogos 2010 at 5:34 pm

    assalamualaikum ustz,
    terima kasih kerana berkongsi sebuah warkah yang sgt indah bait-baitnya dan penuh makna yang sedikit sbyk mnyedarkan sy tentang hakikat cinta kpd Allah dan sesama manusia….

     
  27. ainurzu

    12 Ogos 2010 at 11:48 pm

    salam, ust..

    terima kasih di atas warkah ust ini..benar2 memujuk hati saya ketika ini..sudah 4 bulan lebih saya terpisah dgn suami saya disebabkan urusan kerja n belajar..menitis airmata saya membaca warkah ust yang seolah2 memahami perasaan saya ketika ini..terima kasih ust..terima kasih Allah keranaNya saya tergerak hati utk melawat blog ust dan membaca entry ini..

     
  28. Nur

    13 Ogos 2010 at 10:29 am

    Salam ustaz….

    Perkongsian yg sungguh menusuk jiwa sy kerana sy juga melalui perkara yg sama walaupun x serupa….

    Sesungguhnya ‘perpisahan’ sementara yg Allah tentukan itu banyak hikmahnya yang akan menjadikan kita lebih dekat denganNya..

    Syukran ustaz…. syukran jazilan….

     
  29. izan safinaz aziz

    14 Ogos 2010 at 10:38 am

    salam…. mata pena ustaz lebih tajam berbanding mata pisau di dapur rumah saya… inilah menu untuk hidangan rohani yang sering saya nanti-natikan…. Alhamdullillah,… setiap resipi yang ustaz hidang di sini dan solusi menjadi makanan kegemaran kami….

     
  30. sabarudinzarayen

    14 Ogos 2010 at 5:29 pm

    salam,ustaz pahrol.suratmu itu membuatkan ana terjaga dari mimpi, sahabat lama itm

     
  31. Nor'Ain Abu Bakar

    15 Ogos 2010 at 11:23 pm

    Assalamualaikum Ya Ustaz…

    Saya sungguh terharu di atas kata-kata hikmah ustaz..
    pastinya doa buat saya oleh suami tercinta kerana telah pergi dijemput Ilahi…Saya jadikan kata2 ini penguat semangat saya dan pastinya kita tidak punya apa2 jika Allah tidak beri. Moga saya lebih mendidik hati ini.

    Syukran ustaz ..

     
  32. june mohammaaad

    16 Ogos 2010 at 10:12 am

    asalamualaikum…..ustaz….. ya..allah ya tuhanku sesungguhnya hanya engkau yg tahu apa dihati hambumu yang hina ini…..ustaz…terima kasih byk2 diatas cerita yang memilukan dan mendidik minda pada pendapat saya yang masih jauh untuk mencapai segala yg diperkatakan, saya terlalu merindui keaadan itu tapi saya berusaha untuk jadi hamba yang terbaik pun menjadi isteri terbaik untuk suami jua ibu yang terbaik untuk anak-anak dan bersyukur kerana berkesempatan untuk membaca nukilan dari ustaz… mohon share ke email saya ustaz….terima kasih bebyk……ustaz.

     
  33. isyrak

    17 Ogos 2010 at 11:25 am

    moga sentiasa berkekalan.. bertemu dan berpisah kerana Allah..😀

     
  34. gentarasa

    18 Ogos 2010 at 11:34 am

    Salam isyrak,
    Amin.

     
  35. gentarasa

    18 Ogos 2010 at 11:43 am

    Salam,
    Doakan saya untuk jadi suami, anak dan ayah yang baik. Doakan ya.

     
  36. gentarasa

    18 Ogos 2010 at 11:45 am

    Salam,
    Jika ada kesempatan tolong baca artikel dalam buku saya DI MANA DIA DI HATIKU. Di sana ada tulisan tentang bila kita ditinggalkan oleh suami atau isteri. Saya tulis untuk diri dan sahabat-sahabat yang pasti akan menghadapinya.

     
  37. gentarasa

    18 Ogos 2010 at 11:51 am

    Salam,
    Alhamadulillah… masih ingat. Tidak mungkin lupa. Insya-Allah.

     
  38. abd rashid

    19 Ogos 2010 at 10:25 am

    Salam,

    Terima kasih ustaz…ianya memberikan byk pengajaran utk dipelajari dan diikuti…alhamdulillah moga kita menerimanya dgn tenang akan setiap perpisahan yg dtg….

     
  39. zurina md.noor

    23 Ogos 2010 at 1:14 pm

    Ustaz…mencari cinta hakiki ini memang indah…walaupun bukan semua yang dapat menikmatinya. Renung diri..banyak kelemahan yang masih diperbaiki..moga -moga kite semua insan terpilih menyintaiNYA.

     
  40. adiaruzsaili

    23 Ogos 2010 at 8:44 pm

    Salam ustaz…amat menyentuh kalbu bila saya membacanya. Hal ini sedikit sebanyak telah menyedarkan saya yang baru kehilangan suami. Kini saya akan mengambil ikhtibar bahawa menyintai Allah akan kekal selamanya. Walau saya menyintai suami sepenuh hati hingga saat ini jiwa saya melayang sama pergi. perpisahan abadi dengan suami membuatkan saya hilang arah seketika.. Artikel ustaz memberi sedikit kekuatan untuk saya..walau berderai dan terisak2 saya menangis sewaktu membacanya.Begitu menyentuh kalbu…saya.

     
  41. Eiza

    24 Ogos 2010 at 11:26 am

    Salam Ramadhan buat Ustaz, artikel ini telah berjaya menyentuh hati saya dan mohon izin ustaz untuk saya share di dlm blog saya.

     
  42. atul

    26 Ogos 2010 at 12:03 am

    salam ustaz…artikel yg sgt menyentuh hati..
    mohon izin copy utk dikongsi dgn rakan..syukran ustaz

     
  43. kamariah

    30 Ogos 2010 at 10:25 am

    salam ustaz…luahan rasa yg amat menyentuh jiwa dan membina minda. terharu sangat dengan bait2 ayat yg sangat indah dan penuh makna. saya juga mengalami ujian hebat dlm rumahtangga…perpisahan yg bukan berpisah krn jarak tetapi berpisah iaitu bercerai…namun sangat benar dgn apa yg ustaz nukilkan, Allah mentaqdirkan sesuatu adalah yg terbaik untuk kita…ujian tersebut sgt2 mendidik saya dgn keyakinan dan pergantungan yg sgt2 benar kpdNYA dan menjadikan setiap doa dan cinta saya pd suami benar2 ikhlas keranaNYA. Hasilnya, Allah beri hidayah pada suami dan kami bersatu semula sbg suami isteri…dan sesungguhnya ujian tersebut menjadikan rumahtgga kami lebih kukuh dan ikatan cinta itu sgt manis kerana meletakkan kecintaan total keranaNYA…tq ustaz…mg2 Allah terus memberkati usaha perjuangan ini…

     
  44. gentarasa

    30 Ogos 2010 at 1:10 pm

    Allah hu Akbar! Alhamdulillah.

     
  45. Liza

    4 September 2010 at 10:27 am

    Terimakasih ustaz atas nukilan yg amat2 menyentuh jiwa saya yg rumahtangganya sering diuji oleh Allah.. kini saya faham… kini saya nampak hikmah disebaliknya…Semoga Allah mengampunkan dosa2 saya yg lalu… AMIN…

     
  46. Liza

    4 September 2010 at 10:29 am

    Ustaz.. izinkan saya konsi nukilan ini di facebook saya buat tatapan rakan2..

     
  47. Norhafizah

    7 September 2010 at 2:22 pm

    salam ustaz,

    terima kasih atas perkongsian ini. semoga saya juga bertemu pasangan yg mencintai saya kerana Allah dan membimbing saya ke syurga-Nya.

     
  48. NUR

    8 September 2010 at 4:36 am

    salam..
    mohon copy yea=)

     
  49. dewikesuma mirza

    8 September 2010 at 11:01 pm

    assalammualaikum…sungguh nota yg sgt menyentuh aty sy sbgai pembaca….BENAR..sesungguhnyer setiap drpd kiter adalah pinjaman dri ALLAH…saat tiba masanya ALLLAH akn megmbil kembali hakNYA…sy jga mengakui jodoh pertemuan itu di tangan yaRabb…kiter hanya sekadar merancang,tp sebenarnyr hanya pada ALLAH tmpt ktr bergantung harap…sesunguhnyer ALLAH lbh MENGETAHUI..kadang kala ktr menyukai sesuatu,tetapi tidak baik pd ALLLAH..lalu ktr menolak menerimanyer,walhal ketentuan ALLAH sebenarnyer adalah jauh lbh baek dr ap yg ktr sukai…maka berlapang dadalah menerima setiap satu dugaan yg ALLAH cuitkn ntok kiter menjadi hamba yg soleh & solehah..aminnnn…

     
  50. gentarasa

    9 September 2010 at 9:26 am

    Salam dewi,
    Syukran atas pencerahan mu. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Ya Allah, berikanlah kami yakin yang mendalam terhadap MU. Amin.

     
  51. annourr

    12 September 2010 at 8:48 pm

    اللهم أجعل في قلبي نورا
    و في لساني نورا
    و أجعل في بصري نورا

     
  52. StyLE

    20 September 2010 at 5:09 pm

    salam..mohon untuk share ustaz…

     
  53. Izzah

    21 September 2010 at 6:29 pm

    Salam Ustaz,

    Sungguh terkesan nukilan hati ustaz ini. Saya agak tersentuh berkenaan PINJAMAN ALLAH itu. Saya terpisah dgn suami (becerai) kerana org ke-3. Dulu saya berpisah jarak jauh kerana belajar. Tapi Tuhan menguji saya kami berpisah terus walau hati masih ikhlas menyayangi dia. namun saya tahu semua itu hanya pinjaman buat saya, dia milik ALLAH…saya redha dah cuba kuatkan hati dan perasaan demi anak-anak dan mendapatkan keredhoaan ALLAH…Allahuallam

     
  54. bulan bintang

    26 September 2010 at 12:35 pm

    mohon share ustaz..terima kasih..semoga ada manfaat bersama..

     
  55. Nur Afiqah (KUIS)

    26 September 2010 at 10:20 pm

    Luahan seorang Da’ei,,,,,,

     
  56. Nur adrenalin

    2 Oktober 2010 at 12:21 pm

    salam ustaz,
    sy ingin berkongsi apa yg disebut oleh pendakwah terkenal dr Indonesia ustaz AAyim yg berkahwin 2 dimna isteri kedua seorng janda. Seluruh msyrakat Indon trutama ppuan mghentam sdgkan selama ini mrk amat mengagumi ustaz tsb. (blh lihat dlm utube & internet).
    Bgm ustaz Agim mndidik isteri sehingga jwapan isteri ptama ttg isu poligami adalah ” spy meletakkan Allah no 1, bkn suami, Jika sayang suami, suami akan tinggalkan kita krn tiada sapa pun yg kekal. Suami, anak, ibu bapa, harta semuanya bkn milik kita. semuanya Allah yg punya. Allah lah yg kekal yg lain semua tak kekal & akan tinggalkan kita”.

    Jadi, sbg ustaz sendiri ~ soalan sy sudahkan ustaz bjaya mndidik isteri ustaz supaya meletakkan Allah di atas segala2nya? Dan pabila ada ujian/dugaan hebat melanda isteri, contoh ultimate ujian hebat bg seorang wanita adalah bila suaminya ingin membantu ppuan lain dgn mengahwininya secara sah.. sanggpkah isteri ustz menerima dgn redha & merelakan ini berlaku?

    Kita kekurangan contoh poligami yang cantik yang boleh dijadikan model oleh org melayu islam di Msia krn kbnyakan pendakwah tmasuk ustaz pun masih belum bjaya mndidik isteri supaya mletak kecintaan kpd Allah no 1… kbnayakan mrk masih cinta dnia & tamak dgn kasih syg utk dikongsi…

    Contoh yg ada adalh mrk yg jahil, yg berpoligami tak ikut syariat & tidak “memelihara dirinya & ahli keluarganya dr api neraka”…

    Sdgkan ustaz2 hnya bijak bcakap dgn teori & mberi hujah m’ikut Al-Quran & Hadis ttpi pengamalannya di mana? maka ramai lah ppuan yg cerdik pandai, solehah yg tidak bkawin krn “lelaki yg baik utk ppuan yg baik” ini telah mmpunyai isteri sdgkan lelaki ini msih bujang 3 krn istri ptamanya masih blum bjaya di didik meletakkan Allah no 1…..

     
  57. ceriterahamba

    2 Oktober 2010 at 8:05 pm

    salam.
    moga Ustaz, isteri dan anak-anak sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan kasih sayang Allah swt.

    jangan pernah sekali hentikan pena dakwah ini.. teruskan menunjuk jalan kepada kami yang selalu tengadah..

     
  58. ~Ainul Mardhiah~

    5 Oktober 2010 at 10:06 am

    salam ust..t.ksih dgn surat yg sgt best ni..mmmm sy ada pertanyaan, bgaimana dgn klausa “saya sayang kamu kerana Allah”…coz, sy sring menerima ucpan ini dr teman2 sperjuangan..ttp, sy agak kurang senang dgn klausa ini, krn bg sy adakah org yg mnyampaikan kata-kata ini kpd saya benar-benar memaksudkan kn nya…mohon dperjelaskan…jzklah..=)

     
  59. gentarasa

    5 Oktober 2010 at 10:51 am

    Salam,
    Jika yang mengucapkannya adalah sahabat kita yang wanita, terimalah dengan lapang dada. Kita hanya mengukur yang zahir. Di hati, tidak ada siapa yang tahu. Namun, bukan mudah untuk mencintai seseorang kerana Allah. Mencintai Allah pun sukar, apatah lagi mencintai yang lain kerana Allah. Wallahua’lam.

     
  60. Kyra

    5 Oktober 2010 at 3:34 pm

    Salam..
    Saya berjumpa artikel ini sewaktu membaca Solusi isu 23. Mengalir air mata sewaktu membaca artikel ini. Sy rasa seolah2 ianya surat dr suami yg mahukan saya kuat dan tabah utk terus hidup tanpa dia.. yang mahukan saya cintakan Allah lebih dari cintakan dia.. Artikel ini byk memberikan sy point2 utk melawan dari rasa sedih, memikir yang bukan2, berasa malas utk buat semua perkara, dan mcm2 perasaan negative. Allah sahaja yg tahu hikmahnya Dia satukan kami untuk tempoh 5 bulan shj.. dan kemudian Dia ambil semula apa yg jadi hakNya.. dan sesungguhnya kita tidak punya apa2..
    thanks ustaz atas artikel yg byk membantu saya..

     
  61. imanshah

    6 Oktober 2010 at 3:44 am

    salam ustaz, ana selalu mengikuti penulisan ustaz..mohon share surat ini..sungguh berbekas di hati ana

     
  62. humairazulkarnain

    18 Oktober 2010 at 4:02 am

    Assalamualaikumwbh….terima kasih ustaz di atas perkongsian ini. Ana mohon izin berkongsikan penulisan ini.

    Syukran wa jazakallah…

     
  63. nur fatihah

    25 November 2010 at 6:22 am

    terima kasih ustaz utk penulisan yg mengetuk pintu hati sy..seperti telah Allah aturkan utk sy membacanya..insyaAllah, sy akan menjadi seorang isteri dan ibu suatu hari nnt..dan tinggi doa dan pengharapan sy pd Allah, moga dkurniakan suami yg meletakkan cintanya pada Allah dan Rasul melebihi segalanya..

     
  64. gentarasa

    25 November 2010 at 8:59 am

    Salam,
    Niat dan cita-cita yang mulia akan diberkat. Insya-Allah. Amin.

     
  65. bibi najah hussin

    26 November 2010 at 4:00 pm

    Salam..ustaz ….
    Mengaku lemah pada tekanan dan perasaan bimbang hanya membuka ruang bagi syaitan membisik segala macam prasangka keburukan…namun takala berkuat, beryakin dengan ujian meningkatkan darjat… makin lagi teruji ….Ya Allah…bagaimana ustaz, terkadang kita kuat… pasangan pula sebaliknya, …Keyakinan ada tetapi terkadang tergugat…Ustaz bagaimana nak katakan pada diri supaya terus bertahan??????

     
  66. ummu Balqis

    19 Julai 2011 at 9:43 am

    subhanallah.. selama ini selalu bergurau dgn suami dgn perkataan, “kalau”, “jika” dan “nanti”… terima kasih atas perkongsian ini ustaz..

     
  67. umizahra

    27 September 2011 at 12:39 am

    umizahra
    Salam
    ustaz sungguh banyak pengajaran yang saya dapat dari surat ini.Btul ustaz dalam berumahtangga banyak pancarobanya.Saya pun sedang melaluinya sekarang hanya Allah sahja tempat bergantung …..segalanya hanya pinjaman termasuklah diri kita sendiri .Tiada yg kekal kecuali Allah

     
  68. HAJJAH NORHAYATI HAJI MAHAT

    27 Oktober 2011 at 12:40 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih atas perkongsian cerita ustaz ini. Sungguh terharu dan tersedar fikiran ini tentang cerita ustaz ini. Insyallah yang baik datang dari allah, yang buruk dari diri kita sendiri. Sama-sama
    tentang apa yang dibaca, kita cuba baiki kehidupan kita ini menjadi lebih baik.Amin.

     
  69. Ezamizudin

    25 Julai 2012 at 4:40 pm

    Assalamualaikum ustaz,

    Terima kasih, nukilan ini amat menyentuh saya yg sekarang sedang melalui ujian dariNya.

     
  70. roziaty amsa

    12 November 2014 at 8:34 am

    maaf kn rozie abg jika abg tk rasa khgia brsama zie d.dunia ni

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: