RSS

SYAITAN ITU KREATIF

26 Jul

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah – ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.
“Hidayah bang…” jawabnya sidia pendek.
“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.
“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
“Betul ke ni?”
“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”
Saya terdiam. Kaku.
“Mana pergi tudungnya?”
“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
“Itu tudung?”
“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”
“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir. 

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kesihan saya melihat wajah sidia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
“Bang saya insaf bang…“
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu sidia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
“Syaitan terlalu kreatif…”
Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
Apa ertinya?
“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”
“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”
“Lantas?”
“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”
“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”
“Jadi kebenaran menolak keindahan?”
“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat.
Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
“Transisi? Apa maksud mu?”
“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”
“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”
“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.
“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?”
“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”
“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

 
55 Komen

Posted by di 26 Julai 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

55 responses to “SYAITAN ITU KREATIF

  1. Bawang Goreng

    26 Julai 2010 at 12:47 pm

    Salam tuan,

    Inilah yang paling ditakuti… apabila hidayah itu ditarik balik…

    “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “[ali Imran ayat 8]

     
  2. Bawang Goreng

    26 Julai 2010 at 12:55 pm

     
  3. ash

    26 Julai 2010 at 3:41 pm

    Subhanallah…
    Syukran, terasa diri amat kerdil… benar2 lemah dalam menjaga hakikat btudung yg sebenar…

     
  4. pza

    26 Julai 2010 at 4:17 pm

    salam.mohon share, ustaz…

     
  5. mazliza

    26 Julai 2010 at 5:17 pm

    terima kasih atas pesanan yg hebat ini..

     
  6. Ridhwan Bin Abdullah

    26 Julai 2010 at 7:18 pm

    Alhamdulillah,
    Jika kita dapat melawan kekreatifan Syaitan dengan kekuatan ‘dalam’ yang mendalam, pasti kita berjaya. Jika kekuatan ‘dalam’ belum memenuhi diri insan maka kekuatan ‘luar’ belum cukup ampuh. Menutup Aurat perlukan kekuatan ini. Terbezanya ‘Menutup Aurat’ atau ‘Menutup Kepala’ dengan kita dapat membezakan mana satu kekuatan yang diperlukan samaada ‘dalam’ atau ‘luar’. Mari kita melihat multi-bertudung yang berlaku akhir-akhir ini. Dasarnya ‘manusia’ atau ‘Pencipta’. Piawainya ‘Nafsu’ atau ‘Syariat’. Matlamatnya ‘Redha Manusia’ atau ‘Redha Allah’ dan pelbagai elemen yang boleh kita bezakan supaya kekreatifan syaitan dimatikan dengan kekentalan Iman. Allah Lebih Mengetahui.

     
  7. fatin

    26 Julai 2010 at 8:33 pm

    salam alaik,

    memang benar ustaz, selain menyentuh soal hidayah dan tudung(aurat).. syaitan juga amat kreatif dalam merosakkan hati manusia secara bertahap.. penyakit hati seperti hasad, sombong, malas dan sebagainya, bila tahap ini dilepasi, diuji pula dengan riak melakukan kebaikan, dan kemudiannya sum’ah… sejarah telah membuktikan syaitan adalah makhluk yang paling sabar menyesatkan manusia… semoga kita terus bermujahadah melawannya secara krestif juga, ameen…

     
  8. nurin

    26 Julai 2010 at 9:41 pm

    mohon dikongsi ustaz… satu pengisian yg berguna.

     
  9. anasyahidah

    26 Julai 2010 at 10:43 pm

    Salam ustad dan sahabat2 yang berkata,

    Alhamdulillah ustad hasil tulisan tentang pemaikaian hijab dikalangan wanita islam. Terima kasih ustad penerangan yang membuatkan saya lebih teguh dengan pemakaian hijab ini dan mahu ia lebih berkualiti yg berlandaskan syarak. Dengan ini, saya juga bley mnggunakan kata2 ustad utuk berdakwah untuk diri sendiri dan shabat2 saya. InsyaALLAH ustad ana cuba membawa nur islam kembali bg menyinari dr wajah kaum hawa kini. Doalah supaya ana dan wanita islam beristiqamah dalam pemaikaian hijab ini…InsyaALLAH…ana takutkan ALLAH kerana azab yang sangat pedih..subhanALLAH..wasaalam

     
  10. shahir

    26 Julai 2010 at 11:29 pm

    salam ustaz..minta izin copy. boleh ya?

     
  11. Hafriz

    27 Julai 2010 at 12:04 am

    “Don’t judge the book by it cover”…
    inilah Dalil mrk yg x ambik berat pasal mnutup aurat nih..huhu.
    dgn harapan, Dalil ini mampu memetahkan hujah pak2 ustaz.

    umat Islam skg smakin brpenyakit…tmbh2, aku sdiri.
    makin hari makin kronik…astaghfirullah..

     
  12. TIti Alfa Kh

    27 Julai 2010 at 5:16 am

    Terimakasih , sebuah renungan yg indah. Mohon ijin untuk share it.

     
  13. Matahariku

    27 Julai 2010 at 7:59 am

    terima kasih atas segala tulisan yang ustaz nukilkan dalam blog ini.. ia banyak memeberi kesan mendalam di kalbu saya.. saya doakan agar ustaz sentiasa sihat dan banyak masa untuk menulis.. saya nak minta izin copy entri ustaz..

     
  14. nuriman

    27 Julai 2010 at 10:02 am

    salam alaik ustaz mohon share…satu peringatan untuk muslimah…bukan sekadar tudung untuk berfesyen..tp menutup aurat adalah satu kewajipan…setiap wanita muslim….

     
  15. Zayu Hisham

    27 Julai 2010 at 11:08 am

    Buku Nota Hati Seorang lelaki mengesankan..Terima kasih ustaz.

     
  16. Hanis

    27 Julai 2010 at 12:12 pm

    Assalamualaikum Ustaz, mohon berkongsi ilmu ini bersama rakan wanita saya yang lain..terima kasih…

     
  17. Adam

    27 Julai 2010 at 12:28 pm

    Salam, jadi bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk mendekati kaum hawa ini & mengajaknya menutup aurat dengan sempurna?

     
  18. Sarzi

    27 Julai 2010 at 2:21 pm

    Maksiat berlaku bukan sebab kurang ilmu, org yg berbuat maksiat bukannya tak tahu maksiat itu dosa, org mencuri bukan tak tahu mencuri itu dosa, org minum arak bukannya tak tahu memnum arak itu dosa, org beubat dgn bomoh bukanya tak tahu perbuatan itu syirik! Masalahnya iman kita lemah dan hakikat akhirat itu hanya sesuatu yg samar…wahai Allah kasihani kami hamba-hambaMu yg lemah.

     
  19. Amalina Sulaiman

    27 Julai 2010 at 4:24 pm

    Assalamualaikum wbt ustaz.

    Subhanallah..lepas aje saye baca post ustaz kali ni, saya rasa diri saya amatlah hina. Saya memang seorang yang amat jahil dalam etika berpakaian ni. Tapi baru-baru ni saya dapat hidayah untuk memakai tudung yang lebih menepati syariat [dulu sya pakai tudung singkat aje- atas dasar tutup kepala] Saya rasa malu dengan diri saya sendiri. Kawan-kawan memang cop saya sebagai seorang yang manja. Saya tak tau nak buat macam mana sebab saya rasa manja memang dah jadi personaliti saya. Berdosakah saya ustaz? Saya bukanna ada niat nak menggoda kaum Adam..apa saya boleh buat jika mereka memang rasa perangai saya manja sedangkan bagi saya biasa aje. Bantulah saya ustaz.

    Barakallahu Fik..🙂

     
  20. habibah al-farisi

    27 Julai 2010 at 5:44 pm

    ohh..patutlH mcm penah baca..nota hati seorang lelaki

     
  21. cikgunormah@klcitizen

    27 Julai 2010 at 7:23 pm

    semoga ustaz diberi kekuatan dan ilham terusan untuk menulis kebenaran biar pun pahit

    ingin berkongsi idea ustaz di tulisan saya nanti. mohon diizinkan.

    terbaru dari saya : berlagak bodoh

     
  22. dyg rohana razali

    27 Julai 2010 at 8:12 pm

    Asalamualaikum,

    Sgt menarik kisah ini.mohon share Ustaz.

     
  23. Farida

    27 Julai 2010 at 8:43 pm

    Mohon berkongsi dgn rakan2 yang lain. Terima kasih atas ingatan…

     
  24. Rina

    28 Julai 2010 at 11:04 am

    Ramai org tak tau kemanisan bertudung labuh. Byk yg terjaga. Jarang sgt sy dgr org bertudung labuh di rogol, di ganggu dsb. Yg byk di kacau tu sy tgk yg memang pakaianya tak sempurna.

     
  25. armadrafar

    28 Julai 2010 at 12:38 pm

     
  26. gentarasa

    29 Julai 2010 at 2:21 pm

    Salam Rina,
    Sahih. Begitulah hikmahnya perintah Allah.

     
  27. nur fatin

    29 Julai 2010 at 4:52 pm

    Insyaallah jadi iktibar bagi insan bergelar WANITA………

     
  28. SAUDAH DULAJIS

    29 Julai 2010 at 9:59 pm

    assalamualaikum… SubhanaAllah….. ya hidayah Allah x mengenal siapa… mudah2n nikmat iman n islam sntiasa kekal dlm diri kita… biiznillah~

     
  29. syifa aslah

    30 Julai 2010 at 9:28 am

    slm alaik,
    ustz, ana amt terkesan dengan tulisan ustz:“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
    Subhanallah, betapa indahnya Islam,menjaga kaum Hawa dengan begitu sempurna, rugilah mereka yang mensia2kanya..Mohon share pesanan ustz dgn shbt2 ana..

     
  30. Maslinda Yahaya

    30 Julai 2010 at 11:54 am

    Bagus komantar ini. Semoga kelalaian itu tersedar dengan kesedaran yang tulus

     
  31. fadlan fitri

    1 Ogos 2010 at 12:01 am

    terima kasih tuan…mohon berkongsi artikel ini.

     
  32. hrysobah

    1 Ogos 2010 at 5:47 pm

    hukum menutup aurat = menjaga akhlak dan kehormatan. – tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”
    tercalar akhlak… susah nak berakhlak baik klu asyik kena dgn org yg tak berakhlak baik. tak boleh nak tahan, sakit.

     
  33. za

    2 Ogos 2010 at 2:09 pm

    Selain bab aurat, ada mcm2 bab lain yang syaitan sdg cuba hasut kita..

     
  34. rashidah

    4 Ogos 2010 at 6:32 am

    Salam Ustaz
    Artikel ini membuat saya menilai kembali cara pemakaian tudung yang berubah-ubah selama ini, Terima kasih dgn perkongsian ini. Mohon izin untuk berkongsi artikel ini.

     
  35. far ejn

    7 Ogos 2010 at 8:26 am

    mudah2han ini menjadi motivasi pada semua insyaAllah….mohon share this artikel.

     
  36. norezan

    7 Ogos 2010 at 11:42 am

    kata2 yang memberi motivasi “jika kita berhenti menuntun ilmu kita akan berhenti memimpin” kerana Rasulullah s.a.w brsabda tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lian lahad, maknanya menuntut ilmu itu sehinggalah nafas yang terakhir

     
  37. ummuanwar

    10 Ogos 2010 at 10:22 am

    Naluri wanita suka pada kecantikan. Justeru dalam bab berpakaian mereka akan memilih yang cantik dan menarik dengan segala macam warna dan aksesori. Wanita juga mudah terikut2 dengan trend terutama yang diperagakan oleh golongan artis.Dari fesyen pakaian yang tidak menepati syariat, solekan wajah hatta suntikan botokdan implan pada bahagian2 tubuh sudah menjadi kegilaan dewasa ini. “Membujur lalu melintang patah”, begitulah sikap dan pembawaan wanita hari ini dalam soal kecantikan dan penampilan diri. Alangkah malangnya…segalanya berlaku akibat kejahilan dan ketandusan iman. Wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna sering dipandang dengan kerlingan menyindir; manakala yang bergaya dan berfesyen dengan tudung bawal yang singkat dan berlaboci itulah yang disenangi mata. Inilah senario masa sekarang yang boleh dilihat di mana2. Berseluar ketat dan ber ‘T’Shirt sendat tanpa lengan dengan kepala yang berbungkus sudah menjadi satu pemandangan yang biasa di mana2 sahaja. Yang berbaju kurung dan bertudung melepasi paras dada merupakan satu keganjilan. Pastinya majoriti wanita amat takut dengan keganjilan. Alangkah baiknya jika ada pihak2 tertentu seperti ulamak, pendakwah dan pereka tudung berpadu tenaga untuk membuat satu pembaharuan atau perubahan dalam fesyen bertudung berlandaskan syariat. Perbanyakkan dakwah tentang ciri penutupan aurat yang betul. Ekoran daripada itu maka pasarkan lebih banyak tudung labuh atau sekurang2nya yang melepasi paras dada. InsyaAllah wanita pasti teruja unyuk mencubanya. Jika tudung jenis ini sudah diterima pasti ia bukan satu keganjilan lagi kerana wanita lebih mesra dan selesa dengan sesuatu yang biasa daripada sesuatu yang dianggap ganjil. Wallahua’lam.

     
  38. sakinah

    10 Ogos 2010 at 12:37 pm

    “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang.”

    Apakah seorang wanita itu perlu memakai purdah untuk menutupi wajahnya?
    Maaf saya inginkan penjelasan lanjut pasal petikan ini .. harap dapat membantu saya =)

     
  39. abdullah

    10 Ogos 2010 at 2:30 pm

    assalamualaikum ustaz..artikel y bgus.minta izin copy 1,2 perenggan,utk share dgn kawan2..jazakallah

     
  40. gentarasa

    11 Ogos 2010 at 11:05 am

    Salam,
    pilihlih antara dua – 1. menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Atau 2. menutup seluruh wajah dengan purdah. Yang pertama pun ok, tetapi jika ada juga yang memandang dengan liar, bukan salah yang menutup aurat lagi.

     
  41. SYARIFAH

    12 September 2010 at 7:51 pm

    minta izin nak copy utk dri sndri..

     
  42. ida

    19 September 2010 at 3:30 pm

    salam..ust..terima kasih atas ilmu yg sgt2 berguna ni.satu peringatan untuk muslimah..alhamdulillah~

    “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “[ali Imran ayat 8]

     
  43. halman

    25 September 2010 at 6:21 pm

    Askum ustaz….
    Penulisan ini dapat sifat dan perangai syaitan laknatullah….
    Saya berharap agar kita lebih kreatif daripada syaitan.
    Amin……ya Allah

     
  44. Intan Suhada

    5 Oktober 2010 at 11:48 am

    Assalamualaikum.entry yg sgt terkesan di hati.tahniah ustaz.ana minta nk share dgn shbt2.moga usaha yg dilakukan mndpt keredhaan & pertolongan dari Allah.insyaAllah.

     
  45. wanzu

    27 November 2010 at 9:55 am

    salam,

    mohon share ustaz. trm kasih.

     
  46. Nur Ada

    28 Januari 2011 at 3:42 pm

    assalamualaikum,ustaz….
    izinkan sy bertanya…ayah sy, batuk x henti2 sampai mengeluarkan darah..bile g buat checkup d hospital,tiada sebarang keputusan yg dapat diputuskan oleh doktor…
    selain itu,ayah sy turut merasa gatal2 d tengkuk…
    apakah itu menunjukkan ayah saya di santau? keran mengikut kata2 ustaz yg mengubati ayah saya, terdapat sesuatu dalam badan ayah saya, d bahagian perut… minta bantuan ustaz…

     
  47. gentarasa

    28 Januari 2011 at 10:44 pm

    Salam,
    Nasihat saya, kalau untuk mengubat sendiri, bacalah ayat-ayat Manzil. Ia sahih. Atau zikir daripada sumber yang sahih – Al Ma’thurat dan lain-lain. Tetapi elok juga berjumpa ustaz-ustaz yang pakar. Darul Syifa’ dan sebagainya. Namun, berubat dengan doktor perubatan pun perlu. Cuba dua-dia sekali. Sebagai anak, bacalah zikir-zikir tadi untuk ayah. Ya Allah, sembuhkanlah ayah saudaraku ini. Amin.

     
  48. yana

    2 Mac 2011 at 10:12 am

    salam ustaz,
    minta izin utk berkongsi artikel ini..
    saya tertarik dengan artikel ini..

     
  49. lala

    3 Mac 2011 at 10:44 pm

    salam ustaz..minta izin untuk share..

     
  50. waka waka

    8 Mac 2011 at 8:21 am

    assalamualaikum…mcm utk mudahkan ikhlas kat orang yg selalu buat kita jatuh…

     
  51. Noor Izwahannah Khayarani

    22 Mac 2011 at 8:22 pm

    Assalamualaikum w.b.t..

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yg ustaz coretkn dlm alam maya nie..sgguh brmakna dan bnyk mmbantu insan biasa spt sye yg msh tercari2 hala tuju dan erti sbnr kehidupan nie..

     
  52. shafinaMas

    8 Disember 2011 at 1:46 pm

    assalamulaikum.🙂
    terima kasih ustaz atas ilmu nyaa.
    artikel ini sedikit sebanyak memberikan sy jawaban kepada persoalan sy.
    terima kasih.
    izinkan sy berkongsi arikel ini ke laman blog sy.

     
  53. Aryh Mohd Noor

    26 Mac 2012 at 2:56 am

    Btow2 kreatif…memang benar..d dalam halal n haram atau baik n jahat napak jelas..namu d antara ke kedua-duanya ada yang samar2 iaitu grey area…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: