RSS

PRAY HARD, WORK SMART!

02 Jul

“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’
“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”

“Yang solatolic bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.
“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.

“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”
“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.

Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.
“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”

“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”

“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”
“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”

Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.

Saya diam. Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”
“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”

Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.
“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”

“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”

“Jadi bagaimana mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.”

Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”

“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.
“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”

“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”
“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.

Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!

 
50 Komen

Posted by di 2 Julai 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

50 responses to “PRAY HARD, WORK SMART!

  1. cempaka

    2 Julai 2010 at 9:05 am

    slm, mhn copy and paste in fb

     
  2. Taqwa

    2 Julai 2010 at 10:32 am

    assalamualaikum..bagus entri ni..alhamdulillah..
    dpt ilmu dn suntikan baru..

    workaholic dn solatholic perlu seiring…

     
  3. zakaria

    2 Julai 2010 at 11:03 am

    Alhamdulillah,

    Pencerahan dipagi jum’at yang mulia di bulan rejab. Terima kasih di atas perkongsian. Mohon saya untuk di kongsikan bersama rakan sekerja. Terasa kekurangan jika yg lain tahu.

     
  4. rosma

    2 Julai 2010 at 11:16 am

    salam..
    Terima kasih ustaz..entry yg memberi makna..semoga Allah sentiasa memimpin hati ini ke arah yg diredhaiNya..

     
  5. amir

    2 Julai 2010 at 11:46 am

    salam ustaz. jazakallah.

    subhanallah, ilmu ini dapat menyelesaikan masalah ana di tempat kerja. berapa ramai orang menyindir orang yang solat duha misalnya kerana solatholic (pray hard work ‘halai-balai’/cincai orang kata).

    namun pray hard(dgn penghayatan yang benar) itulah yang menatijahkan work smart!

    yang workholic pula perlulah kembali jinakkan hati kepada Allah melalui ibadah khusus ie solat, bc quran, dalami ilmu agama etc. mudah2an dapat jadi solatholic yang disayangi Allah dan RasulNya insyaAllah.

     
  6. intan

    2 Julai 2010 at 12:09 pm

    masyallah banyak yang kurang dalam diri ini… mampukah aku untuk melakukan keduanya dgn sebaik-baiknya…… terima kasih ustaz mohon saya kongsikan ngan kawan 2 saya di FB

     
  7. dr_taqwa

    2 Julai 2010 at 12:21 pm

    terima kasih us..

    sudah lama saya berfikir tentang ini.
    akhirny dapat jawapan di pagi jumaat yang berkat ini..🙂

     
  8. Hadi

    2 Julai 2010 at 3:46 pm

    Terima kasih Ust kerana perkongsian ini.😉

     
  9. Ibnu Sarmuji

    2 Julai 2010 at 3:58 pm

    salam. artkel ckup brksan dan tpt. mmg trdpt glongn smcm nie. jdi Rasulullah, contoh yg pling ssuai. mhon copy pste dlm blog. syukrn ustz.

     
  10. nur66

    2 Julai 2010 at 7:33 pm

    Salaam ustaz, terima kasih atas ilmu ini baru saya sedari bahawa
    “Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”

    terima kasih ustaz, kadang2 diri ini penat bekerja lantas solat sekadar yang terdaya tidak dgn penghayatan..

    terima kasih ustaz dengan entri ini harap dapat mengubah diri.

     
  11. anasyahidah

    2 Julai 2010 at 8:40 pm

    Salam ustad dan shbt2 yg comment,

    Penjelasan yg amat bernas dan padat. Alhamdulillah. Ustad sy mohon untuk berdakwah ttg pray hard, work smart. terima kasih ustad. Istiqamah kedua-duanya InsyaALLAH akan jadi insan yg bahagia di dunia dan di akhirat.
    Wasaalam.

     
  12. kemah

    2 Julai 2010 at 9:31 pm

    slm, betul kata ustaz..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis…

     
  13. Jamal Rafaie

    2 Julai 2010 at 11:45 pm

    Terima kasih ustaz..

    Memang benar, sangat sukar mencari golongan yang seimbang dunia dan akhirat di zaman sekarang.. Yang kuat beragama meninggalkan urusan dunia manakala yang kuat berdunia lupa akan kewajipan kepada Allah..

     
  14. ketenangan89

    3 Julai 2010 at 12:40 am

    pray hard + work smart = mukmin profesional…=)
    syukran ust ats pnulisan yg dpt mnyedrkn dri ni…

     
  15. sahel al fateh

    3 Julai 2010 at 1:02 am

    salam,ustaz, minta copy article di fb utk disebarkan..=)

     
  16. nieza

    3 Julai 2010 at 7:05 am

    workholic vs solatholic… pengisian yang bagus.. terima kasih ustaz.. kalo dua2 dah ada kira bagus, tapi kalau dapat menunaikan solat di awal waktu lagi bagus.. mohon izin share di fb ustaz..

     
  17. sakinah

    3 Julai 2010 at 8:05 am

    salam ustaz..sangat bermanfaat perkongsian ini..moga jadi panduan buat kita semua..perlu twazun

     
  18. sunah

    3 Julai 2010 at 8:11 am

    salam ustaz..perkongsian yang menarik..tidak ramai hamba ALLAH zaman ini yang mampu menjadi workaholic dan solatholic sekaligus..yok sama2 kita semua berusaha untuk tergolong dalam golongan yang bekerja demi ALLAH untuk manusia…”mengejar dunia untuk akhirat”…tagline yang paling saya suka untuk dikongsi bersama.🙂

     
  19. Hafriz

    3 Julai 2010 at 2:09 pm

    Assalamu’alaikum wbt buat ustaz dan semuanya…

    Alhamdulillah, penjelasan yg meyakinkan sy… – mnjawab bberapa soalan yg selama ini terbuku di fikiran.

    ..🙂 tersenyum sndiri apabila first time juga sy dengar ‘solatholic’..entah apa lagi istilah2 baru yang berlegar di fikiran umat di luar sana…hihi..

    bg sy… Kerja adalah tugasan, solat juga adalah tugasan(malah lebih penting)… oleh krn stiap dr kita ini adalah pemimpin, maka inilah tugasan yg yg perlu kita sempurnakan utk kejayaan Dunia juga Akhirat.

    Cuma masih terkilan dgn shbt2 di tmpat pengajian sy, sy percaya di mana2 pusat pengajian pun..mslh solat ini amat membimbangkan… jika waktu belajar pun, mrk tak ambik port pasal Solat, apatah lg waktu kerja nanti.
    yg jd masalah, solatholic pun tidak..workaholic pun tidak.. nk bg istilah ape agknye…?? hik3
    Ape pn, semoga Allah membuka pintu hati mrk..amiin.

    “Berkerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi…dan ber’amal lah seolah2 kamu akan mati esok hari.”

    salam maju jaya buat ustaz…
    wallahua’lam… salam.

     
  20. Sakinah

    3 Julai 2010 at 5:26 pm

    Salam

    “Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!” — benar, inilah yang sangat menyedihkan..

     
  21. Haryati

    3 Julai 2010 at 10:07 pm

    Salam Ustaz thx 4 the entry… dapat lagi kata2 kunci…pray hard, work smart.🙂

     
  22. Nurul'Ain Harun

    4 Julai 2010 at 12:38 pm

    saya bersetuju dengan ustaz,solat yang sempurna dapat membina jatidiri seseorang insan untuk melakukan kerja sebaik mungkin sama seperti seseorang itu berusaha untuk memperbaiki solatnya.terima kasih atas perkongsian ilmu ini ya ustaz…mohon izin untuk menyebarkannya di fb.syukran.:)

     
  23. Tinta Berbicara

    4 Julai 2010 at 8:03 pm

    Salam ustaz, karya menarik…terima kasih ustaz…

     
  24. khyrul hycal

    4 Julai 2010 at 8:22 pm

    Betapa nak terangkan islam pada orang islam sendiri amat payah ye ust berbanding pada bukan islam..hmm..

     
  25. Zayu Hisham

    4 Julai 2010 at 10:28 pm

    Bagaimana cara terbaik untuk menegur seseorang yang solat bagaikan burung belatuk, mungkin dia lagi laju dari burung tersebut. Seseorang yang lebih tua, 40an.

     
  26. Adam

    4 Julai 2010 at 11:01 pm

    Satu artikel yang sangat bersesuaian pada masa kini apabila banyak majikan dan pekerja yang sudah mengabaikan aspek solat & terlalu memberi tumpuan pada numbers & profit. Aspek keberkatan dalam pekerjaan sudah makin dilupakan dalam kehidupan. Apa agaknya cara untuk membangkitkan kesedaran majikan & pekerja dalam hal ini? *bertambah payah apabila majikan dan pekerja terdiri dpd orang besar2: tan sri & dato.

     
  27. naihusna

    4 Julai 2010 at 11:35 pm

    Salam ustaz…
    sememangnya permasalahan ni berlaku di mana2 organisasi..begitu juga di tpt saya…minta izin utk dipanjangkan artikel ni kpd rakan2 seperjuangan yang lain ye…semoga dapat dijadikan kesedaran..

     
  28. isa

    4 Julai 2010 at 11:45 pm

    bagus la ust……mohon share kat fb ya

     
  29. Sarzi

    5 Julai 2010 at 2:49 pm

    Salam Ustaz,
    Allahu akbar! Best sangat…Yang paling best, pray & work smart, sbb ibadat sikit tapi berquality lebih baik dari ibadat yg banyak tapi penuh kealpaan, bagi saya yg lemah ini, dahlah ibadat sedikit, tak cukup pulak penghayatan…kekadang Ustaz, saya nak doa pada Allah pun malu yg sangat2… terasa bertapa kufurnya diri dgn ni’mat Allah yg tak terhitung….bertapa terasa tak layaknya meminta padaNya dgn pengabdian diri yg amat sedikit.

     
  30. durrotul_islam

    5 Julai 2010 at 8:08 pm

    salam ya ustaz…
    syukran jazilan d ats perkongsian…

     
  31. Jah solehah

    6 Julai 2010 at 8:03 am

    salam, abuya. wah seronok bce mcm terbalas segala usaha kita slama ni. doakan SPM jah ye. belajar kerana Allah untuk manusia! Amin!

     
  32. dr alfath

    6 Julai 2010 at 1:35 pm

    Salam. Buya, mcm kena btg hidung sndiri. masih rasa lemah diri. Mgkin solat masih blum di tahap ‘holic’. Mgkin work tp blum ditahap ‘holic’. InsyaAllah, akan cuba dicapai kdua2nya, pray hard work smart! Berkhidmat kerana Allah utk manusia (tiru ayat jah)..

     
  33. ida

    6 Julai 2010 at 3:47 pm

    salam..terima kasih ustz

     
  34. ida

    6 Julai 2010 at 3:57 pm

    ustz,mampukah sy nk seimbangkan kedua2nya ni ustz..
    risau andai dri alpa seketika..terima kasih atas ilmu yg amat2 berguna insyaallah akn sy gunakan dalam kehidupan seharian ~

    “Berkerjalah seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi…dan ber’amal lah seolah2 kamu akan mati esok hari.”

     
  35. Redza

    7 Julai 2010 at 10:09 am

    Alhamdulillah, terima kasih..boleh dokongsikan dgn kawan2 nanti.

     
  36. Hafriz

    7 Julai 2010 at 9:18 pm

    Salam & Tahniah buat ustaz…

    Selamat maju jaya sy ucapkan.
    Setelah menjejaki satu persatu karya hasil dr buah fikiran ustaz, Alhamdulillah…banyak input yg telah sy dpt.
    Pd awalnya, sy mula mengembara di blog Genta Rasa, kini dalam usaha mengumpul buku2 ustaz sbg bahan bacaan peribadi. Lebih penting dr itu, isi nya akan cuba sy amalkan wlaupun perit untuk ‘bangun’ setelah lama tenggelam dalam ‘lena’ buatan sendiri…astaghfirullah.
    mohon kekuatan…

     
  37. gentarasa

    7 Julai 2010 at 10:06 pm

    Salam,
    Indahnya blog mu. Masya-Allah. Subhanallah. Sahabat-sahabat… mari singgah perisai-mahkotasufi.blogspot.com

     
  38. syifa aslah

    9 Julai 2010 at 7:58 am

    Alhamdulillah, penjelasan yg cukup waddih.. sykrn ustz..blh sy kgsikn cetusan ustz dgn kwn2yg lain..

     
  39. atul

    10 Julai 2010 at 4:11 pm

    alhamdulillah…
    terima kasih atas perkongsian usaz…
    tulisan ustaz menyedarkan saya bahawa solat bukan sahaja satu ibadat tetapi ‘Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”…
    Subhanallah ibadah solat itu sebenarnya sangat indah…
    syukran ustaz…

     
  40. Hafriz

    10 Julai 2010 at 7:28 pm

    Alhamdulillah..

    terima kasih banyak2 buat ustaz kerana sudi singgah di blog saya yang serba kekurangan. Hati saya tergerak untuk menulis, setiap kali saya selesai membaca tulisan ustaz. Sama ada di blog mahupun buku… Tulisan ustaz banyak memberikan saya idea-idea baru untuk dikongsikan…doakan saya istiqamah dalam perjalanan Mujahadah ni…syukran.

    ~teringin jugak nk hadiri bengkel ustaz..tp belum brkesempatan lagi…
    insyaAllah, ada masa nanti saya join.

    Salam

     
  41. intan

    13 Julai 2010 at 9:28 am

    terima kasih ustaz atas nasihat yang amat berguna ini izin kan saya copy ke blog saya eqayaam untuk saya sampaikan kepada teman2 & ahli keluarga saya
    salam…………….

     
  42. nurul awanis

    13 Julai 2010 at 4:02 pm

    saya mohon copy url n paste dkt fb…nk bg kwn2 laen baca…

    terima kasih ye ustaz

     
  43. rimbakasih

    18 Julai 2010 at 1:31 pm

    Artikel yg cukup menarik. InsyaAllah saya akan jadikannya sebagai panduan dlm menjalani saki baki kehidupan. T.kasih ye ustaz.

     
  44. Niee Daud

    20 Julai 2010 at 6:05 pm

    Mohon “share” Ustaz. Terima kasih.

     
  45. Lan

    22 Julai 2010 at 3:37 pm

    salam, terima kasih di atas penjelasan yg padat dan jitu.
    Terusik jiwa dgn kata-kata .

    mohon disharekan bersama teman2 di pejabat dan juga di fb..

     
  46. atul

    26 Ogos 2010 at 12:19 am

    salam..mohon copy ustaz..syukran

     
  47. rizul

    26 Ogos 2010 at 6:05 pm

    mohon copy kat fb ustaz..menarik dan menginsafkn..

     
  48. Aziz

    4 Mac 2012 at 4:42 pm

    Alhamdulillah. terima kasih kepada Ustaz atas tajuk ‘ pray hard, work smart’.

    Saya dapat merasakan penulisan tentang tajuk ini dibuat setelah pihak Ustaz mengalami pengalaman pemerhatian ke atas golongan masyarakat sekeliling sekarang. Memang tidak dapat dinafikan golongan seperti ‘workaholic’ dan ‘solatholic’ sangat ketara wujud di kalangan masyarakat dan kadang-kadang memberi tempias peringatan kepada diri saya yang kadang-kadang terikut dengan salah satu daripada sifat yang dinyatakan.

    Selesai membaca ‘ Mukmin Profesional’ memberi impak yang besar kepada saya.Syabas diucapkan kepada pihak Ustaz. Konsep kesederhanaan adalah yang terbaik bagi saya.
    Solat adalah ibadah. Bekerja juga satu ibadah. Tanggungjawab bagi setiap mukmin.

     
  49. Abdilah Ahmad Mudus

    9 November 2012 at 5:19 pm

    Begitulah hebatnya SOLAT jika kita BENAR-BENAR TAHU dan MAHU MENDIRIKANNYA DENGAN SEIKHLAS-IKHLAS dan SEBAIK-BAIKNYA. Solat yang KHUSYUK bermula dari Solat yang LALAI dan LEKA. Jangan ditunggu sudah KHUSYUK baru nak mulakan solat tapi mulakan SOLAT sekarang juga setelah TAHU sedikit Rukun dan syarat sahnya. Insyallah lama-kelamaan PASTI diberikan SOLAT yang KHUSYUK.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: