RSS

BEBASKAN CINTA MU!

21 Jun

Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!

Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.

Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!

Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kesihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!

“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?

Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.

Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.

Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?

Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermi siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!

Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.

Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.

Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!

Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.

Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.

Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!

 
46 Komen

Posted by di 21 Jun 2010 in Tentang Cinta

 

Label: , , , ,

46 responses to “BEBASKAN CINTA MU!

  1. seorang hamba

    21 Jun 2010 at 11:33 am

     
  2. Ummi Zara

    21 Jun 2010 at 12:04 pm

    Say: “If you love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive your sins:
    For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (Al-Baqarah:31)

    God understands our prayers even when we can’t find the words to say them. ~Author Unknown

    -ALLAH’S LOVE NEVER FAILS!-

     
  3. Ummi Zara

    21 Jun 2010 at 12:05 pm

    RALAT

    Say: “If you love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive your sins:
    For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (Al-IMRAN:31)

    God understands our prayers even when we can’t find the words to say them. ~Author Unknown

    -ALLAH’S LOVE NEVER FAILS!-

     
  4. hannie

    21 Jun 2010 at 1:12 pm

    terima kasih atas peringatan ini……
    mmg ramai yg dah melakukan kesilapan diatas….
    termasuk saya….
    semoga dpt sy jadikan panduan dan peringatan di masa depan…..

     
  5. aisyah

    21 Jun 2010 at 1:56 pm

    salam ustaz..

    mmg begitu ya..?cinta boleh pudar stelah sekian lama bersama..
    So kesimpulannya, kita perlu menyukai dan menyintai apa yg kita miliki?

     
  6. solihin

    21 Jun 2010 at 4:24 pm

    salam…
    post kali ni memberi gambaran kepada saya tentang cinta yang sebenar :’)

     
  7. Mohd Nadzri Mustakim

    21 Jun 2010 at 5:40 pm

    Assalamualaikum…

    boleh tak ust terangkan sedikit lagi berkaitan dengan cinta itu membebaskan bukan mengikat… bukankah hidup kita terikat dengan syariah… bagaimana jika pasangan kita ingin ‘bebas’ sebebasnya…?

    maaf kerana akal saya agak pendek dan kefahaman yang terbatas…

     
  8. Aftiey

    21 Jun 2010 at 6:54 pm

    Artikel yang menarik, seperti ana pula yang ada di sini. Teruskan berkarya ustaz.🙂

     
  9. nani

    21 Jun 2010 at 8:24 pm

    cintaku jika bebas akan pergi tanpa kembali,cinta yang melepaskan impian….kerana cinta ku dibelenggulah hatiku belajar arti sabar..cinta yang tak miliki itulah yang kekal dihati kerana mahu insan yang pernah dicintai bahagia.cinta hanya datang sekali..mencintai berarti mengorbankan diri demi orang yang dicintai..orang yang memberi cinta lebih merasa pedih dari mereka yang menerima..kalau terus begitu apalah arti cinta?

     
  10. gentarasa

    22 Jun 2010 at 6:27 am

    Salam,
    Bebaskan cinta mu dengan MENGIKATNYA kepada syariat!

     
  11. gentarasa

    22 Jun 2010 at 6:29 am

    Salam,
    Cintailah siapa yang menyintai kita! Insya-Allah cinta kita berbalas. Siapa lagi yang paling menyintai kita, kalau tidak Allah? DIA akan membela insan yang dicintai-Nya dengan memberikan seorang kekasih sejati sebagai hadiah cinta-Nya. Insya-Allah. Amin.

     
  12. Mohamad

    22 Jun 2010 at 10:53 am

    Subhanallah…menyentuh hati dan jiwa untuk muhasabah diri. wallahualam.

     
  13. ain

    22 Jun 2010 at 1:53 pm

    terasa kekhilafan diri yang perlu diperbaiki selalu.

     
  14. nurkasih

    22 Jun 2010 at 3:13 pm

    salam..

    terima kasih ustaz..

     
  15. Cikgu khaty

    22 Jun 2010 at 9:37 pm

    Salam,
    Terima kasih ustaz. Benar kata ustaz. Manusia sering takut kehilangan kasih antara manusia, tapi mereka tidak takut akan kehilangan kasih Allah. Sedangkan kalau dia meletakkan kasihnya kasihnya kepada Allah terlebih dahulu, sudah pasti kasih kepada suami atau isteri akan diberkati.
    …pernah mendengar pandangan ustaz di IKIM, menarik.Tahniah.

     
  16. durrotul islam

    22 Jun 2010 at 11:01 pm

    salam…
    syukran jazilan ya ustaz..
    “kiranya tiada cinta insan utkmu,
    cukuplah CINTA ALLAH penyuluh hidupmu,
    kelak akan ada cinta utkmu dr insan yg menyintai Allah sebagaimana cintamu kpdNYA..Yakin itu..InsyaAllah..”

     
  17. Hazim Azhar

    23 Jun 2010 at 1:27 pm

    Kata-kata yang lahir dari hati, pengalaman dan pengamatan.
    Terima kasih ustaz!

     
  18. rosma

    24 Jun 2010 at 5:50 pm

    salam..saya suka ayat ini..
    “Ingat selalu, suami adalah cermin si isteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!”
    MasyaAllah..Semoga Allah anugerahkan yg baik agama dan akhlaknya di sisiNYA..amiin..

    terima kasih ustaz..

     
  19. Mohd Nadzri Mustakim

    25 Jun 2010 at 8:02 am

    terima kasih ustaz

     
  20. norfazihah hani

    25 Jun 2010 at 4:31 pm

    assalamualaikum. terima kasih.ustaz

     
  21. dr_taqwa

    26 Jun 2010 at 5:49 am

    macam mana ye, sejarah hidup us? pengalaman dll hingga us blh berfikir, menulis n melontarkan idea semacam ini?

    =)

    (bestny, klu buku seperti nota utk seorang lelaki yg sarat dengan pengalaman us dapat di tambah lagi.. nota hati seorang lelaki 2
    (sy menunggu2 buku itu….~mengelamun~)

    -sy dapat satu kesimpulan dari buku itu, us banyak bergaul dengan orang tua. us belajar pengalaman daripada mereka. us jadikan pengalaman org2 lama sebagai batu loncatan utk berjaya dalam hidup. –

     
  22. gentarasa

    26 Jun 2010 at 11:40 am

    Salam dr,
    Saya sebenarnya belajar dari pengalaman yang betul dan salah… Melalui pengalaman orang lain juga. Insya-Allah, doakan agar saya terus belajar dan terus mampu boleh menulis. Saya niatkan untuk membaiki diri sendiri. Susah nak didik diri… saya memohon doa daripada sahabat-sahabat pengunjung blog. Tolong ya.

     
  23. Cikgu khaty

    26 Jun 2010 at 11:03 pm

    Salam ustaz. Telah membeli dua buah buku ustaz, ‘Satu Rasa Dua Hati’ dan ‘Nota Hati Seorang Lelaki’. Cerita-ceritanya sangat menarik. Banyak betul pengalaman ustaz. Cara bercerita dapat meninggalkan kesan dan teladan.Terima kasih kerana menulis buku-buku ini.

     
  24. Kaseh

    27 Jun 2010 at 4:42 pm

    Salam ustaz,
    Terima kasih atas peringatan yg diberi. Terasa banyak kekhilafan diri dlm melayari kehidupan sebagai isteri. Benarlah kata Ustaz, cinta Allah adalah asas segala cinta,dan memberi panduan mencari cinta yang hakiki.

     
  25. asyi@alasyar

    28 Jun 2010 at 4:47 am

    salam ustaz… sy setuju bebaskanlah cinta, mencintai n memiliki maksud’y beda…

     
  26. rosnor

    28 Jun 2010 at 12:56 pm

    Ustaz saya bersetuju dengan semua hasil penulisan dan karya islamiah, tetapi karya – karya jnj perlu kepada pembaca dan sekiranya ia sebuah kitab yang masyhur ia pula perlu kepada ulama yang mencairkan kandungannya, dan didenarkan kepada anak muridnya, baruah ada talian hubungan sehingga kepada rasululla saw. walau agaimana cara ia disebarkan saya tetap setuju, tetepi dalam negara kita hari ini tiada lagi kelas fardhu ain, klas tauhid,kelas usuluddin dan fardu kifayah untuk kanan – kanak yang dilaksanakan dimasjid dan disurau. Oleh itu saya terkilan dan bersetuju kenapa genersa kegerasi semakin rosak. kita perlu kembali kepada kaedah yang dahulunya mudah disampikan dan begitu senang di fahamj leh aak – anak. kerana apabila indidu telah terdedad dan rosak, mereka amat jauh untuk mendekati hasil karya islamiah,malah amat tidak senang dengan teguran guru – guru agama.

     
  27. ummu rafiq & raihanah

    29 Jun 2010 at 12:35 pm

    salam ustaz,

    Benar kata2ustaz, ” siapa yang lebih menyintai Allah, dialah yang lebih menyintai pasangannya” … dan anak-anaknya dan sesiapa sahaja yang berada di sekeilingnya.
    Seperti RasuluLlah s.a.w, dgn kecintaan yang tinggi kepada Allah, kasih sayangnya terhadap ummatnya tersebar di bumi, membawa keamanan dan ketenangan…
    Terima kasih ustaz.

     
  28. Aisya Zinirah

    29 Jun 2010 at 7:41 pm

    Karya yang Hebat..bahasa halus yang cukup menyindir, nukilan mendalam yang sinis buat yang pesimis..bagaikan ujaran yang Indah mengulit diri yang kealpaan..erm ana lah tu ustaz..terima kasih tak terhingga..inilah bekal untuk ke dunia yang kekal, ilmu bermanafaat..cemburu ana

     
  29. razlan m razali

    3 Julai 2010 at 4:31 pm

    …tak dpt apa yg disukai, sukailah apa yg dah dpt…! Hmm…boleh dijadikan salah satu ’empowering words/phrases’ dan kaitkan dgn konsep shukur.

     
  30. nur

    3 Julai 2010 at 9:34 pm

    salam ustaz…setelah sekian lama, berbelas thn berumahtgga cinta kian pudar …. “Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!”….ianya amat bermakna kpd saya…t/kasih ustaz!

     
  31. ukhti_balqis

    5 Julai 2010 at 6:01 pm

    Salam ustaz…menarik post ustaz yg ini..
    saya pernah melihat kehidupan yang sebenarnya lebih kepada ‘memiliki’ dari mencintai walau hakikat di mulut mengatakan cinta tetapi tingkahnya tiada..nauzubillah…
    sungguh terkesan saya dengan entri ini…ingin berusaha membaiki diri pabila melihat melalui pengalaman…syukran ustaz!

     
  32. syuhada

    12 Julai 2010 at 1:04 pm

    ustaz saya tak tahu la kisah ahli sufi yang ustaz sebut di atas ustaz cita sikit….syukron jazilan..

     
  33. Niee Daud

    20 Julai 2010 at 6:09 pm

    Mohon “share” Ustaz. Terima kasih.

     
  34. hanif

    5 Ogos 2010 at 2:32 pm

    salam ustaza, mohon ‘copy’..

     
  35. hanif

    5 Ogos 2010 at 2:35 pm

    maaf, typing error, *ustaz

     
  36. auni nabihah

    28 Ogos 2010 at 11:33 am

    assalamualaikum..
    terima kasih ustaz…

     
  37. fiza

    19 Oktober 2010 at 12:46 pm

    salam ustaz,
    terima kasih atas ingatan yang amat berguna ini

     
  38. Hamba Allah

    22 Oktober 2010 at 10:58 pm

    Salam ustaz,
    Pertamanya, terima kasih atas pandangan dan ajaran yg ditunjuk oleh ustaz. Saya mengenali ustaz dari penulisan anda di Majalah Solusi. Terus tertarik membaca website ustaz sendiri.
    Keduanya, saya masih dalam proses belajar menulis sesuatu yang bermakna dan efektif dalam blog saya. Maka, izin saya ‘copy’ kandungan post ini.
    Terima kasih dan Selamat Maju Jaya. Insyaallah.

     
  39. ila

    14 November 2010 at 1:29 pm

    terima kasih ustaz..ia amat berguna

     
  40. aris munandar

    25 November 2010 at 5:10 pm

    salam ustaz
    subhanallah…ternyata saya dibutakan dengan cinta dan kegoan saya, saya lebih mementingkan kebahagian diri saya dari pada dia…
    insaallah saya akan lebih mementingkan kebahagiannya untuk bersama orang yg dia pilih sekarang, karna kebahagian dia kebahagian saya juga..
    trimakasih ustaz hati saya terbuka dan tersentuh sekali..banyak kekeliruan saya yg tidak sesuai dengan apa yg ustaz tulis..insaallah saya akan mencoba memperbaikinya..

     
  41. nurislam

    30 Januari 2011 at 8:27 am

    assalamualaikum
    syukron jazilan,ustaz..insyaALLAH,satu pengisian yang amat baik bagi yang dah melayari bahtera rumahtangga dan juga buat yang belum melayarinya..cinta ertinya memberi,bukan menerima semata…dan jangan jadikan perkahwinan sebagai pusara cinta.,insyaALLAH

     
  42. Nur Aini

    16 Julai 2011 at 12:31 am

    Assalamualaikum.
    terima kasih ustaz. Ia amat berguna bagi saya yang dalam kekeliruan. Pengisian ini telah membuka minda saya dan orang lain tentang cinta yang sebenar. mohon copy.

     
  43. umiesolehah

    6 April 2013 at 11:37 pm

    assalamualaikum ustz. sy pngunjung baru dlm blog ini. dn bnyk lg karya ustz blum sempt sy bca. mngenai bebaskn cinta mu ini benar2 trjdi dlm kluarga kcil sya. apa yg mmbuat sy tertekan ustz karenah anak2 yg hnya dua org ini bnar2 mnguji ksabaran sy. sy dn suami brusaha mndidik anak2 cr rasulullah saw. namun sikap anak2 ini mnyebabkn kmi trasa hilang arah… dn kdang2 trdetik d hati kecil bahawa sya tdk bahagia dgn suasana yg mnekan ini. trlalu sibuk mngurus kluarga hingga ibadah2 sunnat d tinggalkn kurg mngaji kurg zkir… xtau bgaimn mahu mngrus jadual dgn beban kerja sbagai guru. dgn suasana rumh yg boleh la d katakan sprt berperang dgn anak2.. aduh! tolong ustaz berikan motivasi brguna…

     
  44. mastura mohamad

    11 Julai 2013 at 4:19 pm

    Rahmatnyee..lah

     
  45. Norbaiti Ridzuan

    6 Ogos 2013 at 9:50 am

    Sudah lebih dari 5 kali saya baca tulisan ustaz yg ini… Subhanallah… benar2 memujuk hati saya untuk lebih redha…🙂

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: