RSS

MARI DEMONSTRASI HARI-HARI

05 Jun

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot)  masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal ‘mereka’ tetapi soal ‘kita’. Dan hasil berfikir itu saya tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

 
105 Komen

Posted by di 5 Jun 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , ,

105 responses to “MARI DEMONSTRASI HARI-HARI

  1. marina mat arus

    5 Jun 2010 at 11:21 pm

    na’am ada betulnya ustaz, saya pun ada terfikir sebagaimana yang ustaz katakan dlm dialog di atas, baru sebentar tadi tgok berita di tv3 berkenaan demonstrasi beramai2,, ada yg membakar bendera Israel dll.. itu antara cara mereka persembahkan rasa ketidak puashati dgn Israel,, tapi smpi BILA?? terfikir dan teringat akan kisah2 Rasulullah saw,, di mana tatkala Rasulullah saw di hina, di keji baginda tidak membalasnya dengan kejahatan, bahkan menunjukkan nilai2 Islam iaitu melalui akhlak baginda, subhanallah… memang begitu indah contoh yg di bawa oleh baginda..sehingga boleh menarik non muslim kepada muslim di sbbkan oleh akhlak mulia yg di tonjolkan oleh baginda.. wallahua’lam ~

     
  2. solihin

    5 Jun 2010 at 11:58 pm

    saya sokong pandangan ustaz.Itulah realiti yang berlaku pada zaman ini.Kita sibuk demonstrasi tetapi fardu ain tidak pernah kia ambil peduli.

     
  3. Khairunnisa Ramli

    6 Jun 2010 at 12:28 am

    salam perjuangan ust pahrol. syukran atas dialog yang bermakna. Suka ana untuk menyebarkannya. Satu hadiah yang best dari ust. Syukran ust.

    salam perjuangan.
    ~Live’s great with ISLAM only~

     
  4. fathiyyatul amami

    6 Jun 2010 at 3:48 am

    assalamu’alaikum ustaz.

    alhamdulillah syukran atas lontaran idea yang membuka fikiran dan mencerahkan hati..:)

     
  5. nor hamira

    6 Jun 2010 at 6:14 am

    masyaAllah…
    terpanah kt diri snirik…begitu byk umat islam yg x hanyut…
    ya Allah…berikanlah petunjuk dan hidayah kpd kami semua…kuatkn lah iman kami ya Allah.bantulah kami untuk berada dlm jalan yg engkau redhai…
    amin….

     
  6. Azri

    6 Jun 2010 at 6:22 am

    Subhanallah.. Terima kasih! ^_^

     
  7. شاح

    6 Jun 2010 at 2:53 pm

    Assalamualaikum.. Afwan Jiddan ustaz.. Pendapat kita hampir sama..

     
  8. شاح

    6 Jun 2010 at 2:54 pm

    Assalamualaikum.. Afwan Jiddan ustaz.. Pendapat kita hampir sama..🙂

     
  9. ridhwan

    6 Jun 2010 at 3:05 pm

    maaf.alamat blog saya bukan hannafarhana tapi hannanfarhana

     
  10. hartini

    6 Jun 2010 at 3:50 pm

    bangunlah dr mimpi wahai umat Islam!

     
  11. halman

    6 Jun 2010 at 4:24 pm

    Askum….Ustaz
    Pandangan yang akan saya sebarkan kepada rakan2….Biarlah kita perbetulkan cara hidup seorang islam sejati sesama kita dahulu sebelum kita berdemotrasi.
    Islam For Life…….
    Terima kasih

     
  12. tebangtebas

    6 Jun 2010 at 5:41 pm

    Tentera Zionis penakut
    http://tebangtebas.wordpress.com/

     
  13. mencari cahaya

    6 Jun 2010 at 6:30 pm

    saya stuju dgn pandangan ustaz

     
  14. shauqatul

    6 Jun 2010 at 7:07 pm

    MasyaAllah..betul tu ustaz..as c0nclusi0n,umat islam perlu back t0 the basic >> aQidah…🙂 like what Rasulullah s.a.w d0ne..settlekan masalah aQidah umat dahulu.barulah dapat membina bangsa Islam yang bermaruah. betul x ustaz??

     
  15. hidayah

    6 Jun 2010 at 8:18 pm

    salam.. sgt bermanfaat.. minta izin link.. trima kasih..

     
  16. ar9

    6 Jun 2010 at 9:31 pm

    ya benar.

    jazakillah..

     
  17. Muhammad Nizam Shaari

    6 Jun 2010 at 9:53 pm

    Alhamdulillah, tulisan ustaz yang sangat bernas dan membuka mata hati saya. Saya ingin sebarkan tulisan ustaz ini di Facebook dan blog agar kita semua umat Islam ini faham penghayatan Islam yang sebenar; faham demontrasi yang sebenar. Benar, adakah kerana solat dan demontrasi kita masih tanpa ruh dan khusyuk, menyebabkan bantuan Allah belum tiba.

     
  18. tini

    6 Jun 2010 at 11:57 pm

    Subhanallah, salam ustadz… terimakasih

     
  19. Abdul Sharib Bin Mohamed

    6 Jun 2010 at 11:58 pm

    Alhamdulillah. terima kasih Ustaz kerana mendidik cara menilai apa yg tersurat.

     
  20. mardhiah ismail

    7 Jun 2010 at 12:14 am

    saya cuba untuk berubah tetapi saya selau kalah. kadang kadang saya rasa pengaruh mereka terlampau kuat.

     
  21. Muhammad Khusairi

    7 Jun 2010 at 12:29 am

    assalammualaikum ustaz..ape yg ustaz tuliskan diatas ade betolnya..saya sokong cara ustaz berfikir diluar kotak..saya ingin tanyakan ustaz sesuatu..bagaimana pula kalau pihak pemerintah kita sendiri yang menggalakkan rakyat2nya bermain judi?seperti yang terjadi di MALAYSIA ini…Datuk Najib Tun Razak sendiri yang menghalalkan judi world cup..adakah rakyat malaysia ni akan tanggung dosa bersama..?ape pandangan ustaz..?

     
  22. pacifist

    7 Jun 2010 at 1:02 am

    salam ustaz.ini luahan hati saya sejak dulu lagi.
    -Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

     
  23. pacifist

    7 Jun 2010 at 1:03 am

    memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

     
  24. Jamaluddin Yeop Majlis

    7 Jun 2010 at 2:29 am

    Artikel yang saya tunggu-tunggu dari Us. Pahrol. Izinkan saya copy aje artikel ini kedalam blog saya..

     
  25. gentarasa

    7 Jun 2010 at 6:31 am

    Salam Muhammad,
    Syukran. Silakan.

     
  26. alfath

    7 Jun 2010 at 7:09 am

    semoga kita sekeluarga dibebaskan dari belenggu zionis ini, dan mmengamalkan cara hidup islam keseluruhannya..bermula dari diri, keluarga dan masyarakat. buya, ingatkanlah kami adik beradik andai kami terlupa. semoga kita semua selamat dari azab api neraka..

     
  27. Ana Dina

    7 Jun 2010 at 9:09 am

    Setuju ustaz..
    Kita sekadar menunjukkn kemarahan dan penentangan dgn membakar bendera..Yahudi tak akan gentar..
    Untuk mengalahkan mereka sprti yg ustaz ckp ialah serang mentaliti mereka..Kita solat beramai2 tanda protes.takbir beramai2 satu dunia.Barulah mereka nampak kuatnya Islam wlupun tanpa senjata..

    marilah sama2 berdoa semoga Allah membantu kita.Amin..

     
  28. mnaz

    7 Jun 2010 at 9:20 am

    Salam Ustaz,

    Melihat jutaan umat Islam besolat jamaah 5 waktu di Masjidilharam & Masjid Nabawi, hati selalu berbisik alangkah indah jika perpaduan itu berterusan di luar solat. Bayangkan jika di kedua2 masjid besar ini diadakan sloat2 sunat hajat, qiamullail, bacaan qunut Nazilah & bacaan Yassin secara berjemaah. Malangnya, usai imam memberi salam masing2 berpecah membawa haluan sendiri2 dan terlihatlah 1001 ragam yang menjelikkan. Itulah realitinya.

     
  29. Rina Jaafar

    7 Jun 2010 at 9:39 am

    salam ust pahrol.. cantik sungguh garapan ust sdgkan idea sebegini masih hanya mampu berlegar2 dlm tempurung kepala sy.. mohon share di fb ya..

    jazakallah kk..

     
  30. fiezah

    7 Jun 2010 at 2:39 pm

    salam…
    hujah yg sgt bgs…minta izin link..

     
  31. ketenangan89

    7 Jun 2010 at 5:35 pm

    salam,ustaz…
    pendapat yg bernas,
    mnta izin utk post di wall FB sy,,
    syukran.:-)

     
  32. lilacfla

    7 Jun 2010 at 8:29 pm

    sangat setuju ustaz.

    saya juga fikirkan kita selalu amik yang obvious saja dan kita laung-laungkan yang kita prihatin, padahal natijahnya kosong, ada cara lain yang lebih bermakna, lebih berkesan kita pandang enteng. dan kita remeh-remehkan, lecehkan apa yang lebih utama..

    mohon izin untuk berkongsi ya ustaz.

     
  33. ingenieur

    7 Jun 2010 at 10:04 pm

    Salam, sungguh ini suatu sisi pandangan yang berbeza. Sebenarnya saya tercari-cari di mana keberkesanan demonstrasi dan kecaman-kecaman yang dilontarkan. Tanpa sedar, kita sebenarnya telah terperangkap dengan helah musuh-musuh Islam dalam bentuk penjajahan minda. Apabila umat ditimpa penyakit cinta dunia dan takut mati, umat ini seakan-akan boneka sahaja!

    Lihat sahaja jenayah zina, rogol, buang anak, isu-isu dadah seolah-olah tidak berkesudahan. Saya tergamam seketika mendengar perbualan beberapa remaja belasan tahun, membuatkan saya hilang rasa hairan tentang peningkatan jenayah zina di kalangan pelajar sekolah.

    Pornografi, dadah, hiburan tanpa sempadan merupakan alat mengerakkan boneka-boneka umat ini. Aurat wanita yang terdedah seolah-olah menjadi kelaziman, semakin lama, semakin terdedah, seakan-akan perlumbaan menuju ke neraka!

    Oh umat, bermulanya Islam itu asing dan akan kembalinya Islam itu asing! Ayuh, sama-sama kita muhasabah, Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mahu mengubahnya! Perkasakan anak-anak dengan ilmu dan aqidah Islam, sungguh, dunia ini telan banyak menipu umat yang lalai!

     
  34. atiqullah

    7 Jun 2010 at 11:03 pm

    Salamualaikum wbt,
    terima kasih ustaz atas untaian nasihat dan semangat.
    Bermula dgn iman kpd Allah, patuh dan taat arahanNya, maka akan lahirlah roh dan kemahuan yg benar mahu menghncurkan syaitan iblis dan syaitan manusia yg m’pengaruhi hidup m’sia.
    mohon copy ustaz…

     
  35. Ustz shahrul

    8 Jun 2010 at 12:10 am

    Alhamdulillah, ap yg ustz critakn tdi brdasarkn pngalaman jemaah 40 hari(tabligh) yg prgi kluar ke ngara israel…ap yg ustz ckp mmng btol…mreka brkate pd jmaah i2 yg mreka xkn tkot slagi org islam x jge solat sbuh.,.dn jdiknlh amalan jmaah tbligh sbgai cntoh sbb org israel pn tkot dngn jmaah Tbligh

     
  36. Faiz Shafie

    8 Jun 2010 at 12:56 am

    Salam Ustaz,

    Sungguh padat dan terkena batang hidung sendiri..oleh sebab itu, saya sedang memperjuangkan satu blog untuk umat Islam bergabung bersama2 memahami jihad sebenar dan blog ini masih lagi baru..InsyaAllah saya akan update lagi info2 terkini dan tentunya saya akan menyelitkan idea Ustaz ini..

    Wallahuallam

     
  37. toyu

    8 Jun 2010 at 8:39 am

    Salam Ustaz.

    Terima kasih Ustaz dgn artikel yg menarik yg mengupas dan menyemarakan semangat perjuangan dgn arah yg sepatutnya… Ulasan Ustaz dari sudut yang berbeza dari kebiasaan yg sentiasa dilaung laungkan…

    Mohon kebenaran untuk mengambil artikel tersebut utk diletakan dlm blog saya.

    Jazzakallah kk

     
  38. nurkhaira

    8 Jun 2010 at 8:53 am

    Salam ustaz… mohon copy sebarkan kat kwn2..
    semoga Allah berikan kita kekuatan utk berjuang menentang Israel laknatullah..semoga kita tidak mudah terpedaya kearah kejahatan yg tanpa kita ‘sedari’..
    terima kasih

     
  39. atiqah izzati

    8 Jun 2010 at 8:26 pm

    salam..
    subhanallah..bgs betul entri pos ni..blh x sy nak amik ni utk sebarkan bacaan org len gak?? mtk izin dr tuan pny entri…

     
  40. Fat-hi

    8 Jun 2010 at 9:30 pm

    To all muslim especially in Gaza, remember when Allah is ur friend who is ur enemy…Betul tak…

     
  41. hazwan

    8 Jun 2010 at 10:54 pm

    salam Dr, perkongsian yg mntap,teruskn menulis..sy hazwan yg sempat jmpe Dr di SMKA KL baru2 ni..salam ukhuwah.. (^_^)

     
  42. syarif_aljawi

    9 Jun 2010 at 10:17 am

    Assalamualaikum. .Saya ada baca banyak artikel-artikel tuan, di majalah dan sebagainya,mohon pandangan ustaz mengenai kelulusan lesen judi oleh kerajaan Malaysia kepada Berjaya Group.? Apakah impak yang akan di terima masyarakat Malayasia?

     
  43. wak segen

    9 Jun 2010 at 11:44 am

    Salam Ustaz..
    Betul ke ungkapan yang menagatakan…’ Yahudi dan Nasrani akan gerun dan hormat pada Islam apa bila sembahyang subuh dan isya sama ramai nye orang berjemaah saperti sembahyang jumaat.’

    wak

     
  44. ketenangan

    9 Jun 2010 at 11:45 am

    Assalamualaikum ustaz.
    uwafiq dengan ustaz..umat sekarang lemah dengan maksiat..
    walaupun berdemo, tapi kalau tak bekerja untuk perbaiki umat, jangan digelar berjuang…insyaAllah sama2 kita yang ada ISLAM, yang sedar, yang ada ilmu untuk menjadi doktor kepada masyarakat..masyarakat sekarang sakit..kenal pasti sakitnya dimana..kemudian ubati..

    anak2 palestin mati dalam keadaan mulia…syahid….
    tapi di negara kita anak2 mati dalam keadaan hina….dibuang, dibunuh…
    salah siapa?semua bertanggungjawab…
    AYOH!!kembalikan mereka kepada Islam…
    jangan hanya diam memandang maksiat depan mata…
    langkahkan kakimu!!menuju redha-Nya…
    AllahuAkbar!

     
  45. durrotul islam

    9 Jun 2010 at 1:46 pm

    terus tegak dan mendongak
    jangan mudah dihenyak
    pastikan ISLAM dipuncak
    menerusi peng’izzahan setiap gerak
    TAKBIR!!!

     
  46. aida

    9 Jun 2010 at 2:08 pm

    assalamualaikum ustaz. ingin saya bertanya tentang puisi ustaz y bertajuk”Kau Bukan Aku”. kalau boleh ustaz terangkan maksudnya, maaf saya langsung tak dapat faham isi puisi tu.

     
  47. gentarasa

    9 Jun 2010 at 2:51 pm

    Salam hazwan,
    Gembira jumpa anak-anak muda yang bersemangat macam hazwan, salman dan… (lupa pula). Kebetulan, kita jumpa. Buat makluman hazwan, saya bukanlah Dr atau ustaz. Saya lebih selesa dipanggil encik atau Pak Cik. Cuma orang selalu panggil ustaz, puas saya katakan saya tidak ada kelulusan bidang agama khusus. Tapi mereka panggil ustaz juga. Lama kelamaan, saya biarkan sahaja. Mudah2an hakikat diri kita lebih baik di sisi Allah daripada panggilan dan gelar yang dipanggil manusia. Amin. Teruskan perjuangan.

     
  48. gentarasa

    9 Jun 2010 at 2:52 pm

    Salam Fat-hi,
    Jaga solat. Itu tanda Allah akrab dengan kita. Buya balik nanti kita minum-minum, ok?

     
  49. gentarasa

    9 Jun 2010 at 2:53 pm

    Salam atiqah,
    Silakan. Mudah-mudahan jadi jariah kita.

     
  50. gentarasa

    9 Jun 2010 at 2:56 pm

    Salam nur,
    Silakan.

     
  51. gentarasa

    9 Jun 2010 at 2:56 pm

    Salam,
    Silakan. Semoga jadi ilmu yang dimanfaatkan.

     
  52. sarimah

    10 Jun 2010 at 11:30 am

    semoga ALlah membuka hikmahNya kepada ummat Islam

     
  53. Ummi Zara

    10 Jun 2010 at 2:34 pm

    Assalamulaikum WBT.

    Ustaz yg dirahmati Allah,
    Topik yg ustaz kemukakan amat bermanfaat untuk dijadikan renungan, mohon izin untuk saya quote blog ustaz ini untuk buletin di tmpt kerja saya.

    Untuk masa akan datang, bolehkah ustaz kupas sedikit berkenaan isu riba yg melanda umat islam masa kini? Salah satu strategi musuh Islam untuk mempengaruhi umat adalah melalui saluran ekonomi khususnya pengamalan riba.adakah pinjaman prumahan/kereta/pendidikan dan sebagainya di Malaysia melibatkan unsur riba tanpa kita sedar? Bagaimana untuk kita memastikan ada unsur riba dalam pinjaman bank.
    Adakah alternatif lain untuk kita sebagai umat Islam untuk membuat pinjaman tanpa terikat dengan.

    Tolong ustaz..jika ada kelapangan masa dapat dikupas isu ini. Syukran Jazilan.

    S

     
  54. fuadzaki

    10 Jun 2010 at 5:50 pm

    jazakallah,ust. perkongsian yang sangat baik sekali. sangat setuju. yahudi dan sekutunya dah tahu apa kelemahan umat islam. mereka sudah bergenerasi,beratus tahun gigih mengkaji dan membuat perancangan yang teliti dan licik hanya untuk 1 perkara. menjauhkan umat ini daripada AL-QURAN.maksudnya daripada agama itu sendiri. sehinggalah yang akan lahir nanti umat yg hanya islam pada nama&keturunan. dan hakikat ‘sakitnya’ majoriti umat ini adalah kesan dari apa yang telah mereka ‘hidangkan’ dan ‘sediakan’ sepanjang tempoh yg menyedihkan ini.target mereka, tentu sekali pemuda-pemudi.hasil kerja mereka? lihatlah di sekeliling kita..
    kajilah sejarah jatuh-bangun islam,nescaya kita akan menyedarinya.
    TARBIAH – ubat yang mujarab utk merawat sakit umat ini. termasuk kita. tanyakan pada diri, subuh kita di mana? qiam pula? berapa ramai mad’u yg kita dh bicarakan ttg islam? dh ajak mereka? istri,anak2,adik beradik,jiran2? bagaimana kefahaman&amalan mereka? moga kita sama2 muhasabah.mengajak diri&org lain kpd kefahaman islam yg sahih. iman di hati takkan mengajar kita untuk duduk selesa, berdiam diri melainkan jika iman itu lemah dan banyak tompok hitam di hati. peringatan utk diri sndiri dan semua. terima kasih sekali lagi ,ust.
    jelas yahudi mengetahui ketikamana pemimpin mereka pernah menyatakan, ” umat islam kini tidak akan dapat mengalahkan yahudi selagimana solat subuh mereka tidak menyamai solat Jumaat ( bilangannya).” fikir2kanlah..wallahua’lam.

     
  55. izzat zainal

    10 Jun 2010 at 6:52 pm

    salam ukhwah..
    Saya sangat bersetuju dgn ustaz. Mari kita hidupkan islam dalam diri kita !

     
  56. amir

    10 Jun 2010 at 6:52 pm

    Salam ziarah. Artikel yang ditunggu2! Jazakallah.

     
  57. RIDHWAN BIN ABDULLAH

    10 Jun 2010 at 9:49 pm

    السلام عليكم….

    Mari kita ‘demo’ kerasi apa yang berlawanan dengan nafsu kerana ini amat ditakuti oleh Musuh Allah iaitu ‘Yahudi’. Jika semua umat Islam dapat memerangi musuh DALAMAN ini maka pasti kita akan dapat melihat hasilnya suatu hari nanti…Allah Lebih Mengetahui.

     
  58. hasnah

    10 Jun 2010 at 9:52 pm

    Salam,

    Setuju dengan pandangan ustaz. Mudah-mudahan membuka mata hati kita semua. Kerap kali perasaan melebihi dengan tindakan.

     
  59. Royyan

    11 Jun 2010 at 12:31 am

    Salam..

    Saya kira artikel yg ditulis sgt menyedarkn. Mmbangkitkn jiwa2 yg lesu & mmbangunkn jiwa yg lena. Ttp sgt perlu jg diingatkn & dfahamkn kpd pmbaca akan perlunya kdua2 tindakn ini brgerak srentak; iaitu brdemonstrasi dan mmprkuatkn amal islami kita smua. Demonstrasi itu perlu bg mnzahirkn apa yg kita rasa kpd m’kat luar & mmbaiki amal islami itu perlu utk mmantapkn kelompok kita sendiri. Itu yg spatutnya. Tidak perlu utk kita mnuding jari kpd para demonstrator & mncemuh mereka yg brarak d jalann. Skurang2ya m’kat sudah dpt mlihat kprihatinn kita kpd isu ini mlalui brdemonstrasi. Sebaliknya kita perlu mngingatkn sperti PakCik d atas. Para demonstrator pula haruslh ingat tanggungjwb yg lebih penting utk ‘mngecewakn’ Zionis. (Juga tegurn PakCik yg tr’baek’!)

    Moga Allah mnyatukn kita & mlapang-dadakn kita juga!

    Wassalam. Cuma pendpt yg sbesar hama.

     
  60. Muhammad

    11 Jun 2010 at 6:52 am

    Saya suka dialog ini.

     
  61. marini

    11 Jun 2010 at 12:01 pm

    salam,ustaz..
    terima kasih di atas artikel berbentuk dialog itu..ia betul2 berguna di dalam keadaan saya yang sdg bangun memperbaiki diri dan ingin berjalan di atas jalan kebenaran..saya sdg berusaha memelihara solat 5 waktu saya..alhamdulillah,Allah bersama saya…bila menghadapNya di dalam solat,saya merasai kasih sayang Allah..Sesunguhnya kesedaran saya datang tatkala melihat umat islam Palestine yg berhadapan dgn kekejaman zionis..saya terfikir bagaimana ingin membantu?Alhamdulillah,Allah gerakkan saya untuk bangkit solat..dulu kehidupan saya terasa kosong tanpa solat..saya solat tp tdk khusyuk dan tenggelam timbul..sekarang saya berusaha memperbaiki diri demi Allah,demi islam,demi diri saya serta keluarga dn untuk umat Islam di Palestine juga..Sesungguhnya dengan solat mendekatkan saya dgn Allah..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar,Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
    ustaz,minta izin utk d sebarkan pada kwn2 ttg artikel ustaz..syukran..

     
  62. razlan m razali

    11 Jun 2010 at 12:25 pm

    Salam Ustaz,

    moga artikel sebegini boleh di sebarkan seluas-luasnya!

     
  63. Intan Suhada

    11 Jun 2010 at 2:43 pm

    Assalamualaikum.sy sgt bersetuju dgn kata2 dlm artikel di atas.subhanallah..moga ia dpt menjadi pengajaran bt semua.mereka tdk akan merasa apa2 walaupun dibakar bendera mereka atau apa jua selagi cara mereka masih diikuti.mereka akan gerun jika bilangan jemaah yg solat subuh sama dgn bilangan yg solat jumaat.sgt setuju!

     
  64. Khairul Anwar

    12 Jun 2010 at 2:44 am

    salam ustaz. amat cantik dan kena penulisan ustaz kerana kini ramai kawan2 saya yg mnukar gambar profil mereka di laman facebook kpd yg berunsurkn anti-Israel. namun saya tahu tak lama lagi smua gambar2 itu akan dtukar kpd gambar lain yg lebih menarik perhatian mereka. bukan bersangka buruk, namun perkara ini telah kerap kali terjadi. jadi izinkan saya berkongsi artikel ini di laman facebook saya ya. semoga ia boleh membawa sedikit perubahan dalam cara kita menentang dan mengecam tindakan kejam Israel kepada saudara kita di Palestin sana.

     
  65. adila_j

    12 Jun 2010 at 10:29 am

    السلام عليكم

    Terima kasih ustaz atas coretan yang sangat mengesankan jiwa.

    Setiap apa yg kita lakukan mestilah dipandukan dengan hikmah kebijaksanaan yang Allah dah kurniakan kepada setiap insan. Demo, demo jugak. Tapi pada masa yg sama perlu juga kita muhasabah segala kelemahan diri kita. Apakah kita sendiri sudah mampu untuk menolak segala unsur2 zionis yang dah lama sebati dalam kehidupan kita atau tidak…

    Mohon share artikel ni ye ustaz… Syukran kathira…

     
  66. cilipadi

    13 Jun 2010 at 8:44 am

    Tepat sekali hujah protaz pahrol.Memang saya takut nak ckp pasal demo antizionis 1-2 minggu ni,tapi rasa pulak bersalah mcm tak sokong demo.Saya sebenonya malu ngan diri sendiri(and ALLAH) atas sebab-sebab yang protaz dah hurai.Jadi saya mulakan kecil-kecilan dalam diri saya dan keluarga kecil saya.Doakan saya dan kita semua…

     
  67. mariah

    13 Jun 2010 at 3:32 pm

    salam, ustaz, mohon copy ye?

     
  68. yusmiza

    14 Jun 2010 at 6:47 am

    salam ustaz,
    (lbh selesa memanggil diri saudara ustaz)

    sy tertarik ngan kata2 ustaz:-
    “Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikata sebenar ”

    terkedu sy membc ayat ni.. berpuluh artikel sy bc berkenaan menutup aurat tp 1 pun tidak sy rasakan ape2 sehingga sy bc artikel ustaz ini.. ingin skali mendgr ceramah ustaz tntg isu aurat kerana brp rmai ustaz & ustazah yg berbuih memberi crmh tntg isu aurat, tp sy meluap2 n benci mendgr kata2 mereka yg berckp x tgk diri sndiri.. pkai tudung dikira menutup aurat padahal tudung pendek, pkai pakaian yg menmpkkn susuk tubuh, kain yg jarang, make up yg tebal n mcm2 lg.. ape faedahnye bertudung tp masih x menutup aurat.. 4 me it nonsense!

    tentg isu demonstrasi ni pun mmg merepek bg sy.. mmbuang ms semata2.. lisan beria2 membenci zionis KONONnye.. tp tindakan memuji2.. sy hanya mmpu berdoa. demonstrasi merepek spt yg dibuat umat islam hr ni mmg, jgn katakn yahudi, sy sendiri pun tergelak.. beria2 n berpenat lelah membkr bendera yahudi n mengutuk2 mereka, tp sbnrnye??? bnyk cth yg umat islam lbh memuji zionis.. klau fast food tu kebnyknnye umat islam yg pegi mkn.. bende ni sume org da tau, x perlu rsnye nk di beritahu lg.. apepun, artikel ni sgt2 berguna n bermanfaat..

     
  69. Sarzi

    14 Jun 2010 at 12:12 pm

    Salam,
    Saya sedih lepas balik dari kuthbah jumaat lepas, khatib lansung tak sentuh tentang muhasabah umat islam sendiri bila menyentuh kkejaman zionis di Palestine, yakinlah segala terjadi atas kelemahan umat islam itu sendiri, Allah tidak zalim, Allah Maha Rahim…fikirlah wahai umat islam, kembalilah kpd islam yg hakiki..tingkatkan iman & taqwa barulah kita nampak bantuan Allah…Allah bersama dgn org2 yg sabar & solat…..bukan hanya sabar mghadapi kerumitan tapi sabar (istiqomah) dlm mentaati Allah.

     
  70. Angah

    14 Jun 2010 at 9:33 pm

    Salam.
    Ustaz, satu pencerahan yang ditunggu, sangat setuju. Terima kasih ustaz.
    Mohon izin utk kongsi.

     
  71. ali kambing

    14 Jun 2010 at 11:16 pm

    hehe.. .gitu la sbrnye ‘solusi’ nya.time kasih ustaz..

     
  72. S.Hashim

    15 Jun 2010 at 1:04 pm

    Salam Pakcik.. artikel ini sgt bagus, Tp pakcik, sy tertanya-tanya bagaimana nk mengajak Umat kita bersolat jemaah di masjid dgn cara yg paling efektif.. ade komen diatas yg mengatakan sedih bila selesai solat jumaat x ada pengisian.. sy juga berasa sedih tntng hal ini.. tp bertambah sedih lg apbl melihat brapa ramai jemaah yg nk dengar.. ramai yg berpusu-pusu keluar dr masjid utk menyambung pekerjaan, klu yg x bekerja sibuk nk balik awal utk mkn tgh hari,tidur, dn sbgnya.. klu khutbah panjang sikit dah mengeluh.. mcm mana kita nk atasi masalah ini pakcik..
    Pd pendapat sy, sepatutnya pihak yg berkenaan amik kesempatan ketika waktu sedang cuti, atau waktu lapang yg lain krn waktu ini peratusan utk jemaah mndengar sgt tggi krn tiada komitmen pd hal yg lain.. ini tidak, sama shj jika waktu cuti ataupun hr bekerja.. sistem pembesar suara juga perlulah dipertingkatkan ke tahap yg terbaik krn ia lebih penting dr alat penghawa dingin.. dgn sistem pembesar suara yg baik, barulah jemaah dpt mndgr dgn jelas mesej2 yg disampaikan.. dimana-mana tempat yg saya pergi jemaah tertidur krn tidak dpt mndengar apa2.. ya, sy tahu,jika dlm kawasan masjid mmg lah boleh didengari dgn jelas, tp bagaimana dgn jemaah yg diluar yg x dpt masuk kedalam masjid krn tempat terhad dan hanya yg dtg awal yg mndapat tempat. Mmg pahala jemaah yg dihadapan sgt besar, ttp jemaah yg lain berhak mendengar ilmu2 yg ingin disampaikan.. maaf jika ada khilaf..

     
  73. Abuzar

    15 Jun 2010 at 1:55 pm

    Salam
    Ustaz mohon kebenaran untuk copy.

     
  74. gentarasa

    16 Jun 2010 at 11:28 am

    Salam anakku,
    Ada yang lebih utama daripada yang penting dalam pengerusan masjid. Insya-Allah, kita perlukan masjid yang diuruskan bukan sahaja oleh yang amanah tetapi juga yang profesional. namun, sekarang sudah banyak masijid yang aktif dan benar-benar kaya dengan pengisian jiwa dan minda, bukan hanya menambah ketebalan karpet dan tabung derma.

     
  75. cidalan

    16 Jun 2010 at 7:39 pm

    alhamdullilah, bertambah sedar selepas saya membaca cerita diatas. alhamdullilah… syukur… di sini saya meminta kebenaran untuk paste url boikot barangan israel dan di dalam website ini juga menyatakan kenapa barangan ini diboikot,ada sebabnya dan bukti2 nya.

    http://www.inminds.com/boycott-israel.html

     
  76. gentarasa

    16 Jun 2010 at 8:25 pm

    Salam cidalan,
    Silakan. Saya sangat menyokong.

     
  77. cidalan

    16 Jun 2010 at 9:24 pm

    terima kasih

     
  78. eja

    17 Jun 2010 at 8:56 am

    salam ust..membaca artikel ustaz di pagi hari memberikan saya kesedaran betapa jauhnyer hidup sudah tersasar…syukran ustaz atas artikel yang sgt2 membangkitkan kesedaran pada diri..semoga semua umat islam dapat berJIHAD ke jalan ALLAh…AMINN..

     
  79. HPA Hidayat

    18 Jun 2010 at 11:20 am

    Salam.. Bukan sekadar rokok… kita perlu juga ingat akan pemakanan yg dihasilkan oleh orng2 yahudi… mengapa yahudi mengusai dlm dunia perusahan makanan.. amat malang sekali makanan itu di makan oleh semua umat islam yg ada tanda logo halal JAKIM.. Sampaikan bila saya menegur sahabat2 jgn minum Milo.. ada sahabat yg menjawab.. kan milo itu ada tanda halal… tahukan sahabat2 sekalian.. mengapa ummat islam sekarang lemah dan tidak beriman sekali sekarang.. subuh terlepas, solat jemaah entah kemana.. puncanya pertamanya adalah makanan… ada dalam satu hadis.. “kita dari apa yg kita makan” maksud hadis tersebut adalah Hati… hati kita akan menjadi kotor apabila kita makan dari benda2 yg allah dan rasulnya larang.. hisap rokok tolong yahudi, makan makanan yahudi bagaimana pula…? yg pertama tolong yahudi, yg kedua jadi macam yahudi..? betul x Ust, makan produk nestle yahudi, makan produk danone yahudi, makan magee yahudi, makan kfc yahudi, makan mcd yahudi… OOOO mcm2 lagi.. hati2 saudara ku semua.. maaf seandainya terlebih bicara…. gunalah produk ummat islam yg dipantau oleh ahli panel syariah… HPA Insyaallah, Halagel, dan produk2 umat islam yg lainnya..

     
  80. cendoller

    18 Jun 2010 at 3:54 pm

    ustaz, p0st yg sangat menarik..
    boleh saya copy ke dlm blog saya..??
    saya akan tulis link website ustaz nie..

     
  81. Aisyah Hanin

    21 Jun 2010 at 8:57 pm

    mabruk ust,dapat menggarap idea dengan santai begini.kalau terlalu ilmiah kang orang tak faham dan manfaatnya jadi sia-sia.

    ust,saya cadangkan ust mula terbitkan tazkirah untuk menyedarkan umat islam pasal ni dan edarkan secara percuma di masjid dan pasaraya.kosnya mungkin kita yang bagi komen ni boleh pakat tangung sama2.alah berapa sangatlah kos fotostat…

    jangan malu untuk menyebarkan ilmu di jalanan.di mesir ni kat dalam katalog pasaraya pun boleh ada tazkirah agama…sampai jadi xbleh nak buang sebab ada ayat quran dan hadis.lagipun kita kene promosikan isam cemana kafir promosikan kebatilan.

    dan mungkin ada idea bernas lain yang boeh dilaksanakan…

     
  82. gentarasa

    22 Jun 2010 at 6:31 am

    Salam Aisyah Hanim,
    Ya.. saya akan mula melakukannya diperingkat kecil-kecilan dulu. Insya-Allah, Allah akan bantu nanti. Amin. Syukran atas prihatin dan jiwa daie mu!

     
  83. wardah_asrar

    22 Jun 2010 at 10:53 am

    salam..
    subhanALLAH, bgsnya tulisan ustaz ini..
    ini lah yang saya sering fikirkan.. lepas demontrasi, duk tepi2 jalan, meroko…fuhh, sedap membuang asap.mulut kata bantah tapi tindakan, nothing..sekadar demontrasi..bosan!!!
    saya rasa lebih baik demontrasi dimulakan dengan solat berjemaah beramai2.solat hajat dan qunut nazilah beramai2.. mana tau runtuh bangunan yang di tuju tuh…silap2.. fru dan polis pun bersama2 bersolat..indahnya
    pe pandangan ustaz?

     
  84. nur

    22 Jun 2010 at 8:45 pm

    izin copy ya ustaz.. saya tertarik dengan artikel ni utk mengajak shabt2 laen turut berfikir dgn realiti ini..

     
  85. qalbi lillah

    23 Jun 2010 at 12:26 pm

    salam..masyaAllah sgt bagus tulisan ust..rupanya disebalik demonstrasi luaran itu msh ada demonstrasi dalaman yg perlu kita lakukan..tersingkap fikrah ana dr fikiran yg gelap..alhamdulillah,dialog ust memberi ana kesedaran n kekuatan tuk terus berjihad membanteras budaya n penjajahan minda israel laknatullah..moga2 kita sume mampu menjernihkan fikrah kita dr fikiran yg zulumat..SEMOGA ISLAM TERUS DIJULANG..takbir!!!!!!!!!!!

     
  86. Syafrizal

    30 Jun 2010 at 11:29 am

    Salam Ustaz. Orang sekarang ni nak kutuk-kutuk yahudi buat apa. Hari-hari sokong Yahudi dengan beli produk Yahudi. Produk umat Islam langsung tak nak sokong. Selalu saya perhatikan bila habis sahaja Solat Jumaat tapi turun tangga beli jugak produk Yahudi.

     
  87. YUZZ

    30 Jun 2010 at 11:54 am

    Subhanallah! Sesungguhnya selepas saya baca artikel ni, kesedaran itu wujud. Sebelum ini saya confius kenapa perlu adanya demontrasi dan bakar bendera sambil menjerit2 dijalanan. Israel tu tak tersentuh pun… Saranan ustaz tu saya setuju sangat..ikut cara hidup Islam, betulkan solat..itu lebih sakitkan hati Zionis tu! Dan saya mohon izin Ustaz untuk copy artikel ni tuk saya letak kat blog tuk sebaran kepada kengkawan. Terima Kasih..

     
  88. ABDUL HAMID @NORHANID

    30 Jun 2010 at 10:35 pm

    Salam semua,

    Zaman kegelapan Islam sangat nampak…Sehingga rakyat Palestin keseorangan tanpa bantuan umat di sekelilingnya. Tengoklah saudaraku…apa yang terjadi sekarang…Negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin…tiada yang hendak membantu…Paling menyedih menjadi pembelot/pengkhianat adalah tu. Inilah zaman kegelapan Islam..Islam dilahirkan di Bumi Arab…dan akan menjadi dagang…Saudara seagama pun tak dipedulikan…Minda terjajah…Perancangan musuh Islam berjaya sekarang..umat Islam dibuai dengan budaya mateialistik..dada kosong dengan akidah dan syariah…Islam hanya pada nama sahaja..Slogan kosong yang nyata memalukan Islam sendiri…Di mana silapnya…ITULAH KALAU LARI DARI PEGANGAN AL QURAN DAN AL HADIS..WASIAT NABI SAW…..

     
  89. Zainal Abidin Abu Bakar

    1 Julai 2010 at 11:06 am

    Memang amat sedih dengan keadaan di Palestin sana, rasa marah, geram benci dan bermacam perasaan kpd puak Yahudi yang biadap itu. Doa yang berterusan kepada Palestin, moga Allah makbulkan doa semua umat Islam yang menyebelahi Palestin dan satu hari nanti ada sinar untuk mereka hidup bahagia di bumi Allah ini. Amin Ya Rabbul Alamin.

     
  90. Zul Ayob

    3 Julai 2010 at 1:03 pm

    Salam… mudah2an ramai yg menbaca dan kembali kepada ajaran islam sebenar… mohon kebenaran kerana saya gunakan tulisan Ustaz untuk dikongsi dgn kenalan saya… terima kasih.

     
  91. ibn rasyad

    4 Julai 2010 at 3:38 pm

    saya setuju dengan ustaz. rata2 kita amat benci akan yahudi. tetapi barang keperluan rumah yang kita guna setiap hari masih produk mereka. andai kita mampu membuat barangan sendiri seperti zaman keagungan tamadun islam nescaya akan hancur musuh2 ini dengan izin Allah s.w.t

     
  92. Mohamad Rizal

    17 Ogos 2010 at 2:28 pm

    Salam… Ada betulnya apa yang ustaz tuliskan, saya akan sebarkan melalui salah satu senjata mereka ‘Facebook’…

     
  93. NureyzalShoppe

    21 September 2010 at 4:28 pm

    Info yang menarik.. Minta di kongsi..

     
  94. Ruqayya

    5 Disember 2010 at 11:08 am

    Assalamualaikum ustaz, saya suka tajuk- tajuk penting yg dibincangkan dlm bab ketidak seimbang pemikiran masyarakat yg melampau atas satu perkara higga memperlekehkan urusan yg lain. sedangkan ia lebih penting. saya dah copy paste beberapa page ustaz dan sebarkan, harap dihalalkan..JAZAKALLAHUKHAIRAN KASIRA….

     
  95. Zul

    17 Disember 2012 at 11:00 am

    Assalamualaikum,
    Saya tak pernah join bakar bendera ni. Kita yang rugi keluarkan duit beli bendera kemudian bakar. yahudi laknatullah tak ambik kisah pun. Israel buat tak kisah dengan kecaman PBB yang dah berkali-kali tu, setakat kita berdemo dan bakar bendera tu, langsung tak bagi kesan. Kena buat macam yang Ustaz sebut di atas. yang tu baru demo sebenar.

     
  96. binoa

    30 Mac 2013 at 7:29 am

    Thanks for sharing such a fastidious opinion, paragraph is nice, thats why i have read
    it completely

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: