RSS

OBSESI DIRI, RITUAL DAN MUJAHADAH

19 May

INSIDEN 1 :

Saya sering ditanya, “mengapa orang yang solat masih melakukan kejahatan? ” Saya jawab, “kerana solatnya tidak berkesan.”

Kemudian saya ditanya lagi, “mana lebih baik solat yang tidak berkesan atau tidak solat langsung?” Saya menjawab, “soalan itu tidak tepat.”  “Apa yang tepat?” tanyanya semula.

“Yang tepat ialah mana yang lebih buruk, solat yang tidak berkesan atau tidak solat langsung.” Langsung tidak solat adalah lebih buruk daripada solat tidak berkesan. Sekurang-kurang dengan mula solat, kita telah menemp[uh satu jalan untuk menyempurnakannya.

INSIDEN 2:

Ada yang bertanya, “mengapa ada orang yang mudah percaya cerita-cerita yang ghaib di luar logik fikiran yang rasional.”

Jawab saya, “orang percaya kepada pembawa cerita, bukan kepada ceritanya.”

“Boleh percayakah kepada pembawa cerita?” tanyanya lagi.

“Lihat peribadinya. Jika berita yang dibertahu oleh orang yang memang terkenal kejujurannya.”

“Seperti Rasulullah saw?”

Saya  menggangguk.

“Kalau orang lain?”

“Lihat nas Quran dan hadisnya.”

“Tapi kalau kita tidak ada ilmu tentang nas dan hadis bagaimana? Nak terima atau tidak cerita ghaib itu?”

“Itu bukan soalannya.”

“Soalan apa?”

“Kita mesti dan wajib belajar tentang  Al Quran dan hadis, bukan berfikir tentang terima atau tidak cerita ghaib itu.”

“Mengapa?”

“Kenal kebenaran dulu, barulah kita boleh mengenal siapa yang cakap benar! Obsesslah pada ilmu, bukan pada obsess pada peribadi! ”

INSIDEN 3:

“Bagaimana cara tercepat untuk jadi baik?”

“Tidak ada jalan pintas. Bukan senang nak senang.”

“Susah sangatkah nak jadi baik?”

“Susah nak jadi baik. Tetapi lebih senang daripada nak jadi jahat.”

“Macam mana?”

“Perlu lawan hawa nafsu!”

“Susah lawan nafsu. Kena lawan diri sendiri.”

” Ya begitulah. Membina mengambil masa, meruntuh sekelipa mata.”

“Maksudnya?”

“Jadi baik, perlu mujhadah. Mujahadah itu  pahit kerana syurga itu manis!”

Ya, begitulah saudara-saudari tiga insiden yang saya paparkan. Sebagai pencerahan mari kita lihat tiga kisah pendek sebagai percerahan kepada persoalan yang saya kemukakan itu. Semoga Allah berkati penulisan dan pembacaan kita… Amin.

1. RITUAL TANPA SPIRITUAL

Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar dengan seekor kucing kesayangannya. Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami pergi, sikucing akan ikut bersama. Keadaan ini menimbulkan masalah pada ketua sami, terutamanya apabila dia hendak menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasi ketua sami terganggu apabila kucing kesayangannya itu mengelus-ngeluskan badan dan kepala ke badan dan tangannya. 

Setelah berfikir untuk mencari jalan penyelesaian kepada gangguan itu, akhirnya ketua sami mendapat satu ikhtiar. Setiap kali ketua sami ingin melakukan penyembahan di tengah kuil, ia terlebih dahulu mengikat sikucing di sebuah tiang di tepi kuil tersebut. Kucing itupun tidak dapat mengganggu lagi, dan ketua sami dapat menumpukan seluruh perhatiannya kepada upacara penyembahan itu.

Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan demi bulan… Setiap kali hendak melakukan upacara penyembahan, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama. Perlakuan ketua sami itu selalu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya. Itu sudah menjadi rutin harian yang mereka lihat berulang-ulang kali. Setiap kali ketua mereka hendak menyembah berhala besar, kucingnya akan ditambat di tiang sebelah kuil tersebut.

Beberapa tahun pun berlalu… ketua sami tiba-tiba jatuh sakit dan tidak lama kemudian dia terus meninggal dunia. Ketua sami yang barupun dilantik untuk mengepalai upacara penyembahan berhala besar secara tradisi. Begitupun, setiap kali ketua sami yang baru hendak menyembah berhala yang besar di tengah kuil, beliau akan mengikat kucing kesayangan ketua sami yang lama pada tiang di sebelah kuil seperti kebiasaannya. Begitulah berlaku berulang kali, beberapa lama.

Tidak berapa lama, kucing kesayangan ketua sami lama itupun mati. Ironinya, ketua sami yang baru segera mencari kucing baru sebagai pengganti kucing lama untuk diikat pada tiang pada setiap kali ia hendak menyembah berhala. Begitulah rutin itu silih berganti, bertahun-tahun. Kucing baru dan ketua sami baru datang dan pergi silih berganti. Dan berpuluh-puluh tahun kemudian terciptalah satu ritual dalam agama tersebut bahawa jika ketua sami mereka hendak menyembah berhala mestilah dicari terlebih dahulu seekor kucing untuk ditambatkan pada tiang kuil di sebelah kuil tersebut!

Pengajaran:
Sering berlaku di dalam ajaran mana-mana agama (termasuk Islam), amalan-amalan ritual yang sarat dengan nilai-nilai spiritual telah terlindung oleh sikap ‘taklid’ secara membuta-tuli. Penganut agama yang di belakang hari, kerap mengikut secara Pak Turut tanpa mengerti sebab dan tujuan sesuatu amalan itu dilaksanakan. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat. Suatu amalan dibuat tanpa penghayatan dan pengertian lagi. Al hasil, ia tidak merubah perlakuan daripada buruk kepada baik
.

2. OBSESI DIRI

Seorang guru berkata kepada beberapa murid kanannya, “aku ingin melihat sejauhmana masyarakat percayakan aku.”
”Bagaimana caranya tuan guru?,” tanya anak-anak muridnya itu.
”Kau sebarkan berita yang aku telah berkata bahawa akan muncul seekor binatang besar di hujung kampung kita pada hujung minggu ini!”

Tanpa banyak soal, anak-anak murid tersebut pun ke luar ke seluruh pelusuk kampung menyebarkan berita yang mengatakan tok guru mereka meramalkan akan keluar binatang besar dari hujung kampung tersebut.
”Sebesar mana?” tanya orang kampung.
“10 kali ganda seekor gajah,” jawab salah seorang anak murid itu.
“Setinggi mana?”
“Setinggi bukit,” kata anak murid yang lain menambah-nambah.
“Matanya bersinar merah. Nafasnya berapi-api.”
Yang sejengkal jadi sehasta, yang sehasta menjadi sedepa. Dari mulut ke mulut berita tentang akan munculnya binatang besar itu menjadi tambah sensasi. Ada sahaja ‘edisi’ tambahan yang bukan sahaja datang daripada anak murid tok guru tetapi juga daripada orang kampung sendiri.

Hampir tiba hujung minggu yang dimaksudkan, seluruh penduduk kampung pun keluar beramai-ramai untuk menanti kemunculan binatang besar yang diramalkan. Masing-masing dengan persediaannya. Begitu meriah sekali. Mereka berarak ke hujung kampung beramai-ramai. Bersorak dan melonjak-lonjak, seakan berpesta.
“Tuan guru, mengapa tuan ikut serta dalam perarakan ini?” tanya seorang anak murid apabila melihat gurunya turut serta dalam perarakan orang kampung.
“Kenapa, tak boleh?”
“Eh, bukankkah tuan guru hanya mengada-ngadakan berita tentang kemunculan binatang besar ini?” balas anak muridnya seakan berbisik. Takut kedengaran pada orang lain.
“Ya, begitulah pada mulanya. Tetapi apabila ramai orang mula mepercayainya dan bersedia… terfikir pula olehku, manalah tahu berita ini benar-benar akan terjadi?” Murid-murid rapatnya kehairanan… Mereka benar-benar takjub, apakah berita tipu yang dicanangkan oleh tok guru itu turut menipu tok guru itu sendiri? Pelik!

Pengajaran:
Takjub pada diri sendiri menyebabkan ramai orang buta pada kebenaran. Sentiasa ada justifikasi yang datang dari dalam diri sendiri untuk mentafsirkan sesuatu mengikut apa yang diingini terjadi dengan menafikan realiti. Sudah hitam, masih dikatakan putih. Hanya kerana ego dan obsesi diri. Bukan berfikiran positif, tidak juga oleh kekuatan jiwa… cuma melampiaskan mimpi di persada ilusi.

3. MENCARI SENANG DI DALAM SENANG

Diceritakan satu malam, Ibrahim Adham, seorang raja sedang beristirehat di atas tilam empuk dalam istananya. Baginda bersenang-senang sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba terdengar seseorang sedang bergerak-gerak di atas syiling istananya. Makin lama, makin kuat kedengarannya.
”Siapa di atas tu?” bentak Ibrahim Adham.
“Saya, pengembala kambing…”
Kedengaran satu suara menjawabnya dengan jelas.
”Apa yang kau buat di atas atap istanaku?”
“Aku mencari kambingku yang hilang,” jawab suara yang tidak kelihatan itu lagi.
“Cis, pelik sungguh. Masuk akalkah kau mencari kambing yang hilnag di atas atap?”
“Begitulah wahai Ibrahim… adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu. Itu samalah dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!”

Diberitakan, selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun berjuang mendidik diri, derjat ketaqwaan meningkat hingga terkenallah baginda seorang seorang waliullah yang tersohor.

Pengajaran:
Tidak ada jalan mudah untuk mendapat kebahagiaan dan kejayaan abadi. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dihiasi oleh kesenangan. Iman dan ujian, sentiasa lazim berlaziman. Tidak ada ganjaran tanpa ada kesusahan. Sebaiknya, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.

 
32 Komen

Posted by di 19 Mei 2010 in Kemudi Hati, Uncategorized

 

Label: , , , , ,

32 responses to “OBSESI DIRI, RITUAL DAN MUJAHADAH

  1. khairulaznan

    19 Mei 2010 at 1:05 pm

    Syukran atas perigatan ini

     
  2. nurul jannah

    19 Mei 2010 at 1:29 pm

    salam ustaz…sy nak ucapkn trime kasih banyak2 pd ustaz…sy mengenali laman genta rasa ne mlalui sorg kawan..sy bkn sorg muslimah yang baek..tap dgn membace penulisan ustaz dlm laman ne, sdikit sebyk tlh membuatkn sy tersentuh…dan ia menjadi pendorong utk sy memperbaiki dri..sy sgt berharap ustaz dpt truskn perjuangan ustaz…smoge mndpt keberkatan dr-NYA..

     
  3. zainal

    19 Mei 2010 at 2:07 pm

    salam sejahtera ustaz..terima kasih banyak atas artikel-artikel ustaz yang saya baca telah memberi ‘perubahan’ dalam hidup saya kini..saya doakan ustaz agar terus menulis dan ustaz dabn keluarga sentiasa diberkati Allah s.w.t. Terima kasih ustaz

     
  4. cempaka

    19 Mei 2010 at 2:20 pm

    Assalamualaikum,

    Saya sangat gembira membaca semua artikel ustaz, saya sangat menginsafinya, ustaz boleh ustaz memberi email ustaz kerana saya ada sedikit pertanyaan kepada ustaz, terima kasih, wasalam

     
  5. Bawang Goreng

    19 Mei 2010 at 2:39 pm

    Subhanallah…

     
  6. Ana Dina

    19 Mei 2010 at 2:44 pm

    ‘Syurga sntiasa dipagari kesusahan..Neraka sentiasa dihiasi kesenangan..’

    Benar ustaz..
    Bukanlah semudah sangkaan kita nak jadi ahli syurga ni..nak sentiasa mendapat redha dariNya..
    Perlu ada pengorbanan..
    perlu ada kesabaran..
    Perlu tambah ilmu setiap masa..
    Perlu sentiasa belajar dari kesilapan dan ujian..

     
  7. gentarasa

    19 Mei 2010 at 3:10 pm

    Salam cempaka,
    Email saya pahrolmohdjuoi@yahoo.com

     
  8. شاح

    19 Mei 2010 at 3:52 pm

    Assalamualaikum Ustaz..
    Buah fikiran ustaz banyak membantu dan membuat orang berfikir..
    Suka setiap kali Ana membacanya..

     
  9. hafizi tajuddin

    19 Mei 2010 at 7:42 pm

    alhamdulillah entri yang begitu mengesan di hati. mabruk us. mg istiqamah dlm medan ini insya-allah.

     
  10. merpati putih Z

    20 Mei 2010 at 12:56 am

    mujahadah dan sabar……….mujahadah melawan nafsu,sabar atas apa saje rintangan..itulah kata kata dari semua insan tersayang dan kupegang untuk kekuatanku meraih redho illahi…moga kau begitu jua wahai genta rasa..yg sarat dengan getaran bila menyentuh keagungan tuhan dan bila dihitung segala dosa yg menggunung tinggi..

     
  11. ukhti za

    20 Mei 2010 at 8:32 am

    Mungkin jawapan yang sama boleh dijawab bg soalan begini, “mana lebih baik, bertudung tetapi perangai tak senonoh, atau tidak bertudung tetapi solat??” Perbandingan kepada mana yang buruk..bukan mana yang baik..huhu

     
  12. Ana Dina

    20 Mei 2010 at 8:58 am

    Salam ustaz..

    Hari ni bkn nk bg komen tp nak ucap
    Selamat Hari Jadi pd ustaz…Semoga perjuangan ustaz dlm berdakwah dibantu Allah dan teruskan tnpa putus asa yer.🙂

    Salam..

     
  13. Zainal

    20 Mei 2010 at 10:16 am

    Salam sejahtera,
    Yang berbahagia Ustaz, saya mohon maaf kerana tanpa memohon keizinan lebih awal dari Ustaz saya telah ‘copy’ dan ‘print’ semua artikel ustaz utk bahan bacaan saya.Mohon maaf dan mohon diberi keizinan.
    Didoakan ustaz dan keluarga bahagia dan sentiasa diberkati Allah swt.

    Teriam kasih

     
  14. ibnughazali

    20 Mei 2010 at 12:38 pm

    tersentuh hati membaca titip suci tuan kali ini, penuh bermakna.apa yang perlu dalam hidup,ilmu, kepercayaan, hidayah tuan garap dengan begitu indah sekali.harap dapat saling bahu-membahu dalam usaha dakwah melalui hujung jari ini.

     
  15. senyum sokmo..

    20 Mei 2010 at 3:22 pm

    assalamu’alaikum ustaz…

    selamat hari guru….semoga menjadi mu’allim yang berjiwa murabbi..teruskan perjuangan dalam dakwah..wpun pahit tp syurga manis..

     
  16. Suzana Sulaiman

    20 Mei 2010 at 8:45 pm

     
  17. wanzafalis

    21 Mei 2010 at 10:30 am

    Assalamualaikum.
    Terima kasih Ustaz.

     
  18. aiezzah

    21 Mei 2010 at 4:22 pm

    aslmkm wbrth…

    syukran jazilan atas perkongsian ilmu ustaz…
    ana paling tertarik dengan kisah ketiga…
    terfikir ana untuk lebih cintakan UJIAN @ KESUSAHAN drpd kesenangan..

    wssalam…

     
  19. riza

    21 Mei 2010 at 6:47 pm

    salam……terima kasih atas pengisian yang bermakna ini.

     
  20. anita

    22 Mei 2010 at 10:31 am

    dimana @ bagaimana utk menemui guru murshid yg dapat mengkoreksi diri ini

     
  21. kamal

    22 Mei 2010 at 10:44 am

    salam ustaz..trima kasih utk pengisian rohani..teruskn berdakwah,nasihat utk dr sy sdr jgk dan sahabat2..^^,

     
  22. Mohd Nizam Mohtar

    22 Mei 2010 at 9:52 pm

    salam ustz…izinkan saya copy n paste petikan dari cerita nasihat ust ke facebook saya ….http://www.facebook.com/profile.php?id=1312585475#!/notes/nizam-mohtar/cerita-tentang-solat/396263805838

     
  23. nurul qomaria

    23 Mei 2010 at 11:02 pm

    assalamualaikum wr.wb. ustadz, saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua cerita dan tausyiah ustadz yang ada di genta rasa karena sangat membantu saya dalam menghadapi ujian hidup ini.

     
  24. aferiza

    26 Mei 2010 at 11:33 pm

    Salam ust..mohon copy ust..tq

     
  25. halim nasir

    23 Jun 2010 at 1:50 am

    Ahsan ya akhi….anta mabruk.

     
  26. mira

    30 Julai 2010 at 3:58 pm

    salam ust, nk copy jugak

     
  27. ila

    21 Ogos 2010 at 3:21 pm

    salam. minta izin untuk share nukilan-nukilan ustaz ya. terima kasih…

     
  28. Zaharina Abu Hassan

    2 September 2010 at 3:37 pm

    minta izin copy untuk share dengan kawan kata opis. terima kasih ustaz. semoga ustad sentiasa dalam limpahan rahmat Allah taala.

     
  29. tiraibesi

    4 September 2010 at 4:01 am

    tq byk ustaz,,,,,,,

     
  30. Hanizah Harun

    19 Mei 2013 at 12:04 pm

    tq ustaz

     
  31. ain

    23 Julai 2013 at 9:55 am

    assalam..mohon share dlm ruangan fb sy yr..

     
  32. endah rizkiani

    10 Disember 2013 at 8:20 pm

    hmmmmmmmm tapi aku masih binging mujahadah itu syirik atau bukan sih?

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: