RSS

ALAM ITU SATU SEKOLAH

12 May

Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.

Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.

Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.

Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu. Alam ini bukan hanya membekalkan makanan, ubat-ubatan, perlindungan dan pakaian, tetapi alam ini juga membekalkan suatu yang sangat bermanfaat dalam menjayakan misi kedatangan manusia. Alam sebenarnya membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya. Alam adalah sekolah yang mana manusia harus belajar pada setiap masa, keadaan dan suasana.

Alam adalah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenali dan mencintai Penciptanya. Bulan, matahari, bintang, tumbuhan, haiwan adalah tanda-tanda (‘sign’) yang boleh membuka fikiran, jiwa dan perasaan manusia untuk dekat kepada Allah. Dan dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan, ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Dua misi besar itu sangat berat dan sukar. Ia adalah amanah yang pernah ditawarkan pada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. Firman Allah:
“Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.” Al Ahzab 33:72

Gunung, langit dan bumi tidak sanggup menanggung misi besar itu, mereka hanya sanggup menjadi ‘pembantu’ manusia untuk melaksanakannya. Justeru, mereka lebih rela dikuasai daripada mengusai manusia. Mereka hanya ingin menjadi sekolah, manakala manusia menjadi pelajar-pelajarnya. Allah yang menjadi ‘Guru’ dalam sekolah besar (jagat raya) ini sentiasa mendidik manusia agar layak menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaan-Nya dan syurga. Sedarkah kita?

Justeru, marilah sama-sama kita mengingatkan: Alam itu sekolah insan. Jadilah pelajar yang baik. Belajarlah dari alam!

 
26 Komen

Posted by di 12 Mei 2010 in Belajar Dari Alam, Uncategorized

 

Label: , , , ,

26 responses to “ALAM ITU SATU SEKOLAH

  1. ibnu nafis

    12 Mei 2010 at 2:38 pm

    Salam Tuan,

    Insyaallah..Mudah-mudahan kita bersama menjaganya…

     
  2. senyum sokmo..

    12 Mei 2010 at 2:50 pm

    Assalamu’alaykum ustaz..

    entri2 yg sy baca dlm blog ustaz ni bykmenyentuh realiti kehidupan manusia..
    Apa yang selama ni sy cari tentang diri sy..persoalan yg berlegar difikiran ttg kehidupan terjwb dgn baca entri ustaz…

    ustaz…bagaimana ustaz boleh membahagi masa dgn pelbagai kerja n sibuk dalam masa yg sama menulis blog?bgaimana ustaz mencari idea untuk menghasilkn sesuatu yg terbaik?syukran ustaz

     
  3. شاح

    12 Mei 2010 at 5:16 pm

    Salam.. Teringat kisah Nabi Sulaiman yang pandai berkata-kata dengan haiwan.. Mesra Nabi Sulaiman dengan Alam sekitar.. Allah beri kelebihannya berkata-kata dengan haiwan..😀

     
  4. amir

    12 Mei 2010 at 7:06 pm

    Salam ziarah ya ustaz yg ana sgt kasihi..
    syukran jazilan atas perkongsian berbentuk kesedaran diri ni. kdg2 kita terlupa apa guna semua ciptaan Ilahi ini? rupa2nya sebagai bekalan kita laksana seorang tentera memerlukan bekalan utk berperang. maka gunakanlah alam ni sbaik2nya baik dari segi fasiliti ilmu dan material. insyaAllah misi manusia tercapai hendaknya. jazakallahu khairan khaithiran ya ustaz.

     
  5. mariam

    12 Mei 2010 at 9:21 pm

    Semua nikmat diambil,tidak cukup di doa doa nikmat turun dari langit,nikmat yang sedia ada hanya dibaca baca

     
  6. rosma

    13 Mei 2010 at 8:14 am

    Salam ustaz..

    Terima kasih ustaz..
    Subhanallah..sebab itulah Allah selalu mengingatkan dalam Al-Quran utk merenung alam ini…dan beruntunglah bagi org2 yang berfikir..

     
  7. ummu Asma'

    13 Mei 2010 at 9:06 am

    Assalamualaikum..

    TQ ustaz atas perkongsian ni.Benar2 tepat pada masanya coz saya pun tngh cari bhn tambahan utk tajuk konsep manusia sbgai khalifah.

     
  8. Bawang Goreng

    13 Mei 2010 at 9:45 am

    Salam ust…

    Allah mengurniakan anugerah dan amanah kepada seluruh makhluk-Nya semata-mata untuk disyukuri, bukan untuk dikhianati. Begitu banyak kurniaan dan anugerah-Nya kepada kita, namun sedikit sahaja yang mensyukurinya..

    Semoga kita dijauhkan daripada tergolong dalam mereka yang berbuat zalim.

    Minggu ini baru hendak telaah Solusi #19…🙂

    http://laman-seri.blogspot.com/2010/05/bila-lelaki-cemburu-buta-dan-buta-hati.html

     
  9. ibnughazali

    13 Mei 2010 at 1:53 pm

    Subhanallah..ustaz menyingkap tabir ciri ulul-albab; sentiasa berfikir akan alam ini dan kaitannya dengan ALLAH dan hubungan alam dengan insan sendiri. Menarik..!

     
  10. Nurul Ashiqin

    14 Mei 2010 at 9:52 pm

    salam ustaz…
    saya baru baca entri ustaz ttg Pak Nora..ttg buku sasterawan kota..
    nk tanyer ustaz..kat mane saye boleh dapatkan buku tu ye?…
    saya nk hadiahkan kpd abg saya Muhammad Khubaib..

     
  11. balqiszafira

    16 Mei 2010 at 2:18 am

    salam ustaz…entri ustaz sentiasa memberi saya inspirasi dalam menghargai setiap perkara atau benda disekeliling kita. Masya-Allah, tiada yang sia-sia dari penciptaanNya…teruskan berkarya Ustaz..!

     
  12. Hamba Allah

    16 Mei 2010 at 3:12 pm

    Assalamualaikum ustaz..

    Saya kagum dgn penulisan ustaz yg penuh dgn intipati yg menyedarkan diri saya ini ustaz..mcmn ustaz mendpt ilham utk berkarya?? semoga ustaz akan terus menghasilkan karya yg bermutu..=)

     
  13. mat

    16 Mei 2010 at 6:55 pm

    karbon dioksida kita bagi tumbuhan..
    tumbuhn bg kite Oksgn
    same2 beri..

     
  14. Mohd Nadzri Mustakim

    17 Mei 2010 at 10:09 am

    Assalamualaikum Warahmatullah

    Pertama, TQ Allah kerna berikan hidayah yang melimpah2.
    Kedua, TQ Rasulullah, tanpa mu tiada kenal akan kami isi kitabullah.
    Ketiga, TQ Ust Pahrol, tulisan ust banyak terkesan ke dalam jiwa saya. bersahaja dan santai. Namun disebalik kesantaian itu, bisa menyentap hati agar kembali zikir dan fikir.
    Keempat, TQ juga kerna tulisan ust berjaya memecahkan kepompong minda agar lakukan perubahan SEKARANG!!!. Jgn ditangguh dan saya berjaya buang tabiat tak baik (hisap rokok) kerana saya cintakan Allah dan cintakan Rasulullah.
    Kelima dan terakhir. Izinkan saya menjadi murid ust dengan mengambil pengajaran dari tulisan ust serta seterusnya menyampaikannya pula kepada yang lain. Doakan aku, kamu dan kita semua agar sentiasa mendapat Rahmah, Maghfirah dan Hidayah dari Yang Maha Penyayang.

     
  15. rafizam mohamed

    21 Mei 2010 at 5:08 pm

    Salam,

    Alhamdullilah (terima kasih Allah)..

    kerna ‘menemukan ‘ saya dengan Ustaz .

    Tq

     
  16. sang pencari

    23 Mei 2010 at 10:56 pm

    salam utz, tahniah kerana usaha utz dlm blog ini.saya selalu cadangankan kpd utz-utz yg saya kenal agar curahkan ilmu dalam internet demi menyaingi benda-benda negatif di internet.

    utz tolong ulas sedikit tentang perpecahan umat islam ini …apa agaknya formula penyatuan mereka. masing x2 kata ikut alquran dan hadist tapi tiada titil pertemuan mereka.Adakah mereka hanya akan bersatu setelah turunnya imam mahdi atau nabi isa nanti.sekian wsm

     
  17. Nur

    24 Mei 2010 at 3:12 pm

    Assalamualaikum… buat ustaz dan semua pembaca setia blog ni…

    Terima kasih kpd ustaz yg sudi berkongsi pengalaman melalui penulisan di blog ni..sememangnya sy amat suka gaya penyampaian ustaz dan kesungguhan ustaz dalam berdakwah kpd masyarakat melalaui teknologi ini, bg sy cara ustaz yg sederhana meyebabkan ramai masyrkt dpt masuk x kira mereka berada dalam golongan mana, termasuklah sy…
    Semakin byk pengkongsian yg ustaz bg semakin kagum sy dgn ustaz..inilah anugerah Allah kepada orang yg bersungguh2 utk menolong menegakkan agamanya dimuka bumi…

    Hati sy tersentuh apabila membaca komen dari Mohd Nadzri Mustakin “TQ juga kerna tulisan ust berjaya memecahkan kepompong minda agar lakukan perubahan SEKARANG!!!. Jgn ditangguh dan saya berjaya buang tabiat tak baik (hisap rokok) kerana saya cintakan Allah dan cintakan Rasulullah.” Allahu akbar…kerana sy pun amat terkesan dgn membaca tulisan ustaz..terima kasih sekali lg…

    “Ya Allah kau teruskanlah memberi ilham kepada ustaz utk meneruskan tanggungjawab berdakwah melalui penulisan ini…dan Engkau jadikanlah kami juga sebagai seorang yang menjalankan tanggungjawab sebagai hamba MU dimuka bumi ini dan menyampaikan seruan Mu walaupun sepotong ayat..aminn..ya Allah.”

     
  18. normala

    18 Jun 2010 at 1:48 pm

    SYA SHARE ARTIKEL USTAZ PD KAWAN2. MRK SUKA DPT BYK PENGAJARAN.MARI KITA SEBAR2KAN ILMU ALLAH INI

     
  19. akmal

    13 Ogos 2010 at 11:56 am

    wahai sang pencari,
    saya ada idea mcm mana nak satukan umat….. cuba awak renungkan sekumpulan kambing tanpa ada seekor anjing penjaga…apa yang berlau?
    dah tentu kelam kabut kumpulan kambing itu…ada yang meragut rumput rumah org, ada yang bergaduh sesama diorang sebab berebut tempat ragut dan mcm2 hal lagi dari kambing…
    baik, situasi kedua pulak kambing dengan anjing penjaga yang malas. yang ni pulak, kisahnya anjing ni hanya tgk kambing jagaannya dari jauh..bila tuannya datang baru dia menyalak..konon2 mcm dia yang handle kambing tadi.tapi tuannya tau anjing tu tipu dia…
    hahaha sekarang saya nak jadi mcm ust pahrol.

    manusia tanpa pemimpin pasti mcm kambing tadi dalam situasi pertama…walau ada pemimpin sekalipun tetapi pemimpin itu tidak menjalankan tugasnya dengan amanah pun sama mcm kambing tadi dalam situasi kedua. jadi, saya ajak awak untuk merenung ke zaman ashabul kahfi. kenapa diorang lari dari kerajaan yang zalim itu…actually diorang bukan lari, diorang bermunajat kepada Allah ketika itu, tetapi Allah tidurkan diorang senyenyaknya sampai 300 tahun lamanya. apa yang nak saya ajak awak renung ialah, kita sebagai rakyat kepada pemimpin mcm zaman ashabul kahfi ni perlulah perbanyakkan munajat… belajar untuk berperang selagi ada masa terluang (bukan belajar berperang untuk membunuh,tetapi belajar berperang untuk melawan godaan manustan (manusia+syaitan). insyaallah kita akan selamat….
    islam datang secara dagang dan kembali juga dengan dagang…

     
  20. annourr

    18 September 2010 at 3:21 pm

    akmal? apa mksud anta? islam datang secara dagang dan kembali juga dgn dagang??

     
  21. halman

    25 September 2010 at 6:33 pm

    Memg manusia diciptakan di dunia untuk mnjadi khalifah….
    Oleh yang demikian, maka setiap kita harus menyedari dan memahami peranan sebagai khalifah yang diamanahkan Allah untuk memakmurkan dan mentadbir alam ini…

     
  22. NASA

    10 Oktober 2010 at 5:47 am

    ASKM USTAZ.. MOHON AMBIL SEBAHAGIAN DRP ARTIKEL USTAZ UNTUK SY KONGSIKAN DGN RAKAN-RAKAN FACEBOOK SY.. SY AKAN SERTAKAN NAMA USTAZ SBG RUJUKAN..

     
  23. raudhah

    21 Januari 2011 at 10:39 am

    Assalamualaikum ust.Saya petik beberapa artikel ust utk dikongsi kepada rakan2 dan pelajar saya.tk

     
  24. Nuur Ramlah Muhammad Haron

    11 Disember 2011 at 3:46 pm

    Assalamualaikum. Selamat petang yang dihormati. Alhamdulillah, segala yang telah disumbangkan memberi manfaat kepada saya. Terima kasih.

     
  25. Noorlellasari Yunus

    7 Januari 2012 at 4:13 am

    guru paling hebat adalah pengalaman…..:-)

     
  26. muhamadsyarif

    30 Ogos 2012 at 2:49 pm

    assallamuallaikum ustaz,..yang di kasihi..mohon aku nak copy ..ke blog aku ustaz

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: