RSS

PENGGODA CINTA YANG MALU…

07 May

Bertemu lagi di hari Jumaat yang penuh barakah dan maghfirah ini. Marilah kita saling doa mendoakan antara satu sama lain agar sama-sama tidak goyah dan mengalah di jalan mujahadah ini. Walau bertongkat dagu, bergalas siku… merangkak, kita akan teruskan bergerak. Kita yakin kebahagiaan bukan sahaja ada di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan. Sebelum sampai, sudah dinilai.

Umpama sipembunuh yang telah diterima taubatnya (walau telah mengorbankan 100 nyawa) ketika mati dalam perjalanan menunju destinasi hijrah dan taubatnya (satu cerita daripada hadis yang cukup terkenal!).  Ingat selalu, Tuhan yang sedang kita berhadapan dengan-Nya ini adalah Allah, yang kasih-sayang-Nya melebih kasih-sayang ibu yang paling mithali!

Seperti kebiasaannya, saya cuma ingin berkongsi. Satu nukilan alam rumahtangga yang biasa-biasa sahaja sifatnya. Sebagai bingkisan hati di pagi Jumaat yang mulia. Pesan saya buat diri dan semua, jadilah…

PENGGODA CINTA YANG MALU

Ada yang bertanya mengapa diri tertanya-tanya juga, kenapa cinta selepas kahwin (yang usianya telah bertahun-tahun) tidak sehangat dulu. Dulu, berpisah terasa rindu… tetapi kini lain sekali. Walaupun masih ada rasa rindu, tetapi tidak lagi sehangat dulu. Rinxdu itukan buah cinta, jika tidak ada rindu ertinya tidak ada buah cinta. Cinta yang tidak berbuah, tentulah cinta yang layu!

Bila berjauhan, ada juga berkirim sms, tetapi tidaklah sekerap dulu. Sekadar bertanya, apa khabar di sana? Macam mana anak-anak? Atau sekadar minta doanya. Tidak ada lagi kalimah cinta berbunga-bunga. Atau pujuk rayu yang sayu-sayu. Ah, biasa-biasa sahaja.

Betulkah selagi cinta itu diburu, ia akan indah. Tetapi bila ia telah dimiliki, keindahannya akan pudar sedikit demi sedikit. Kata orang tua dahulu, bila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga, bila dekat (sudah hari-hari di sisi) keharumannya tiada lagi. Ah, begitukah adat dunia?

Kata sesetengah lelaki (entah species mana), wanita kelihatan cantik selagi tidak menjadi isteri kita. Setelah menjadi isteri, kecantikannya akan hilang. Jika semua lelaki berpandangan begitu, rosaklah dunia. Ini semua gara-gara nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Kehendaknya tidak terbatas. Kerenahnya tidak kenal puas. Melayani nafsu bagai meminum air laut, semakin diminum semakin haus. 

Kata orang itulah sebabnya lelaki berpoligami. Dia tidak cukup dengan satu. Hujjah itu salah sama sekali. Jika lelaki itu rakus nafsu, bukan setakat dua, tiga dan empat, bahkan lima, enam, tujuh wanita sekalipun dia tidak akan pernah puas. Lihat sahaja Tiger Woods yang mengaku berselingkuh dengan 120 wanita! Poligami bukan untuk maladeni (melayan) nafsu lelaki ini , tetapi kerana ada hikmah lain yang lebih murni.

Kita tinggalkan lelaki yang bersifat ‘jantan’ itu. Mari kita bicarakan soal wanita pula. Wanita yang telah menjadi isteripun ada salahnya. Selepas sahaja dia bergelar isteri, semuanya menjadi terlalu ‘murah’. Tidak semahal seperti sebelum kahwin dahulu. Malunya sudah kurang. Tidak pandai ‘jual mahal’ untuk mendapat perhatian suami.

Jika dulu puas berlangir, berbedak, berhias sebelum bertemu suami, setelah berkahwin lain pula ceritanya. Bau badan tidak dijaga, asyik ‘mendedah aurat’ (maksudnya berpakaian tidak sempurna) tanpa mengira masa dan tempat. Bila setiap masa terdedah, di mana indahnya? Ingat selalu, seni memikat hati suami. Apa salahnya menggoda suami sendiri?

Kalau dahulu suapan makanan pun dijaga, dibuat penuh tertib dan kecil-kecil. Menguyah makanan pun tidak kedengaran bunyinya. Sunggup sopan, persis gadis pingitan. Maaf, lepas beberapa bulan berkahwin, kesopanan dan ketertiban itu semakin mengurang. Cara duduk, tidak dijaga lagi. Menguap tanpa menutup mulut. Suaranya… tidak semerdu, ketawa, ha.. ha.. ha.. berdekah-dekah. Mana hilang malunya?

Jangan terkejut jika kita ‘menjual’ terlalu murah, orang akan meragui kualitinya. Suami akan berhenti ‘memburu’ anda jika anda terlalu jinak dan murah. Ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau terlalu mahal… tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula kahwin dahulu. Insya-Allah, suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikat dan mendapatkan kasih-sayang anda. Biar dia menjadi pemburu cinta mu!

Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu, dia akan dapat mengekalkan sifat, kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami. Dia akan dirindui bila jauh, akan disayangi bila dekat. Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan menjadi lebih cantik selepas itu. Sesungguhnya, malu itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.

Ya, seperti permata. Ia selalu disimpan dalam bekas yang cantik. Diletakkan dalam almari dan dikunci. Hanya sekali-sekali dibuka dan untuk orang yang tertentu sahaja. Permata tidak dipamerkan merata-rata atau dibiarkan terdedah sentiasa. Jika terdedah sentiasa, itu bukan permata, itu hanya kaca. Maka begitulah dengan malu. Ia akan mendorong siisteri mengekalkan keanggunan, perhiasan diri dan kejelitaannya.

Belajarlah dari bulan mengambang. Bulan hanya mengambang sekali-sekala… Bulan tidak mengambang setiap malam… kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu, manusia tertunggu-tunggu. Begitulah isteri yang masih malu, suami akan menjadi perindu.

Bagaimana pula gaya seorang perindu? Ah, memburu cinta perlu bergaya. Jika yang diburu itu indah, yang memburu juga akan memperindahkan dirinya. Kita tidak akan menyentuh permata dengan tangan yang kotor. Kita tidak akan tega mengusapnya dengan tangan yang berbau. Yang indah perlu disentuh dengan yang indah jua. Yang harum perlu ditantang dengan yang harum juga.

Jadi bagaimana? Ya, bukan untuk para isteri sahaja, untuk suami juga perlu ada malunya. Jika anda inginkan isteri anda berhias, anda bagaimana? Tegakah kita asyik berkain pelikat, berbaju T dengan perut ‘boroi’, rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita? Maaf, kalau itulah ‘umpannya’ anda akan dapat ‘ikan’ yang begitu juga.

Ingat selalu hukum pantulan, apa yang kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan. Jika buruk yang kita tampilkan, maka yang buruk juga akan datang sebagai balasan. Begitulah juga dengan hukum tarikan, yang baik akan menarik yang baik, yang cantik akan menarik yang cantik.

Suami inginkan isteri berubah, tetapi kenapa anda berada ditakuk lama juga? Ingat, perubahan andalah yang akan merubah orang lain. Ubahlah penampilan diri. Kalau isteri jadi penggoda, anda harus jadi pemikat. Bagaimana ya? Jangan tanya bagaimana, jika kita sudah ada kemahuan. Kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara. Kata orang, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan.

Jadi, bertanyalah dengan diri, mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu mula bertemu dahulu? Mana kata-kata manis yang menjadi madah cinta waktu bercanda dulu? Mana wajah prihatin, muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas ketika mula-mula bersama dulu? Carilah, kita tidak terlalu tua untuk itu. Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaikan?

Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu. Dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman. Iman dan malu lazim berlaziman. Jika terangkat iman, terangkatlah juga rasa malu. Sebab itu kata hukama, “bila kau hilang malu lakukanlah segalanya.” Maksudnya, bila rasa malu hilang, kita tidak akan fikir haram dan halal lagi… semuanya dilanggar tanpa segan-silu lagi. Antara ciri isteri yang solehah ialah isteri yang mengekal rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak mencium sesuatu yang busuk dan mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya.

Ya, diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam Islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu.

Rasulullah SAW sendiri sangat menghargai sifat malu. Sehinggakan baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Usman datang menemuyinya. Kenapa? Ini kerana sayidina Usman adalah seorang sahabat yang begitu terkenal dengan sopan santun dan malunya.

Inilah malu yang bertempat dan tepat pula masanya. Justeu, suburlah rasa cinta dalam rumah-tangga dengan menyuburkan semula rasa malu.

TELADAN CINTA KITA

Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu…
di pelamin kemiskinan

Fatimah…
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad
Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air…di padang pasir
Di sengat sinar mentari
Sedikitpun tidak kau kesali
Untuk suami, kerana Ilahi

Ali…
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata
Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah

Ali & Fatimah…
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan
Lalu diberikan zikir sebagai gantian
Tiga kalimat sarat keberkatan
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar
Lalu esoknya mereka datang lagi…
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah
Mereka bercinta kerana Allah

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajjah,
seorang wanita yang az zahrah!

(…Sajak nukilan lama yang telah diangkat menjadi Nasyid)

 
52 Komen

Posted by di 7 Mei 2010 in Tentang Cinta, Uncategorized

 

Label: , , , ,

52 responses to “PENGGODA CINTA YANG MALU…

  1. dzar

    7 Mei 2010 at 11:27 am

    Assalamualaikum Ustaz,

    terima kasih untuk entri hari ini, hati terasa terisi.
    semoga malu akan melekat dalam diri setiap muslimin dan muslimah di zaman ini.

     
  2. Murtadha Rafaai

    7 Mei 2010 at 1:00 pm

    Salam , nasyid dinyayikan oleh siapa Ustaz ?🙂

     
  3. soutun najah

    7 Mei 2010 at 2:21 pm

    salam ustaz..

    seronok baca entri ustaz..alhamdulillah..

    ustaz,

    jika mak ayah kita meninggal…10 tahun lepas tu…kita dipertemukan oleh Allah kawan mak ayah kita…suami isteri ni xder anak tp perkahwinan diorang kekal sampai kini..
    adakah ini Allah gantikan mereka ni sbagai mak ayah kita??

    maaf soalan lari drp topik entri..hehe

     
  4. شاح

    7 Mei 2010 at 2:42 pm

    Salam Ustaz..
    Ana belum melaluinya..
    Tapi boleh ambil sebagai pengalaman..

     
  5. Nurul ashiqin

    7 Mei 2010 at 3:49 pm

    salam ustaz…
    bila baca enteri ustaz nie,saye asyik tersenyum sorang2…
    saye baru dgr kat radio ikim,ustz nk tulis novel…
    saye sokong2 sgt..
    ayat2 ustaz sgt puitis….
    menusuk kalbu….
    saye xsabaq nk tggu novel ustaz..
    semoga Allah permudahkan segala urusan(^^)

     
  6. wanzafalis

    7 Mei 2010 at 5:14 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Terima kasih di atas entry hari ini. Saya sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri seperti yang ustaz gambarkan namun begitu suami saya masih mencari yang lain. Malah saya diburukkan dengan pelbagai tohmahan oleh suami dan kekasihnya. Namun begitu saya tidak menyesal dan tidak berasa rugi kerana apa yang saya lakukan adalah kerana Allah dan kerana saya tahu syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami. Saya yakin ini adalah ujian Allah untuk saya dan saya juga yakin ia adalah ujian untuk suami juga. Doakan supaya saya dapat terus bertahan dan mendapat kekuatan untuk menghadapi ujian ini. InsyaAllah.

     
  7. Nisa' Zakaria

    7 Mei 2010 at 6:24 pm

    Mohon keizinan meletakkan link website ini di Facebook saya.

     
  8. soutun najah

    7 Mei 2010 at 10:40 pm

    salam ustaz..

    Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!

    “Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.

    Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”

    persoalannya….betul ker peribahasa buat baik berpada2 n buat jahat jgn sekali??bila kita baik sangat dgn manusia…org lain akan mengambil kesempatan n pijak kepala…apa pdpt ustz??

     
  9. aida

    7 Mei 2010 at 10:54 pm

    Assalamualaikum ustaz….

    indah sungguh bait2 puisi nasyid di atas…
    bertemu kerana Allah
    bercinta kerana Allah
    jika segalanya kerana Allah
    insyaAllah….semuanya bahagia jika hidup berlandaskan syara’!
    lelaki baik untuk wanita baik….insyaAllah!

     
  10. akhyar

    8 Mei 2010 at 12:17 am

    mabruk… bahan ustaz lain dari yg lain..

     
  11. Amani

    8 Mei 2010 at 8:38 am

    Assalamualaikum wbt…

    Betul kata ustaz, saya lihat…ada dikalangan sahabat muslimat saya yang ambil jurusan pengajian islam pun, orang kuat persatuan pelajar, pernah pakai tudung labuh dan berjubah..tetapi bila sudah berkahwin…piawai pakain sudah tidak dijaga..ketat, jarang dll. jujurnya hati ini berasa sangat pilu dan sedih..takut benda yg sama akan berlaku pada diri ini suatu hari nnt…

    pernah juga terfikir kenapa sang suami tidak menegur…dan kenapa sang isteri sanggup membiarkan suaminya terus menanggung dosa. pada pendapat saya, kalau isteri sayang akan suaminya, dia akan terus menjaga diri sampai ke akhir usia..ustaz doakan saya tidak jd sebegitu selepas bernikah nnt..saya mahu genggam dan peluk dengan erat iman ini hingga ke hujung usia. harap si dia juga turut membantu saya…doakan saya

     
  12. Kak Nisha

    8 Mei 2010 at 9:15 am

    Assalamualaikum semua,
    Terima kasih ustaz, Ada point-point yang boleh saya ambil di sini untuk diri saya sendiri.

    Wassalam.

     
  13. cilipadi

    8 Mei 2010 at 11:22 am

    Malu satu cabang iman,moga anak-anak muda kini kembali mencari malu/iman.Walaupun ketika berinternet dan identiti diri terlindung,malu seharusnya ada.Malu dalam rumahtangga perlu berpada-pada.Jangan sampai keterlaluan hingga kehangatan cinta tak terasa.Jangan sampai tiada langsung hingga keburukan sahaja yang terserlah.Terima kasih protaz pahrol , sentiasa mendapat panduan bila mengunjungi blog ini dan menelaah solusi.

     
  14. ummu najihah

    8 Mei 2010 at 11:45 am

    terima kasih.

     
  15. skubi

    8 Mei 2010 at 12:25 pm

    Assalamualaykum w.w.t…

    …memang benar apa yang dituliskan,masih adakah perasan malu pada diri kita?muasabah sendiri.

    Wassalam.

     
  16. Ayu

    8 Mei 2010 at 12:28 pm

    Assalamualaikum ustaz. Syukran atas tips yang diberikan. Belum lagi berumahtangga, doakan saya ustaz!

     
  17. Nurul Ashiqin

    8 Mei 2010 at 1:11 pm

    suke bace entri ustaz nie…buat saye asyik tersenyum sorang2..
    dengaq kat radio ikim kemarin ustaz nk buat novell..
    saye sangt la stuju..
    penulisan ustaz sgt sebati dlm diri saye..
    menusuk kalbu..
    saye xsabaq nk tggu novel ustaz..
    semoga Allah permudahkan segala urusan..(^^)

     
  18. Raja Norimie

    8 Mei 2010 at 1:42 pm

    Assalamualaikom ustaz…

    malu itu sebahagian dari iman….tapi skan ustaz sifat tu dah bertukar…lelaki yg malu bukan perempuan..

     
  19. ilya_nornid@yahoo.com

    8 Mei 2010 at 5:57 pm

    salam ustaz,

    enti yang menarik yang perlu dibaca oleh suami,isteri dan kepada mereka yang akan menempuh alam perkahwinan. Moga-moga cinta yang disemai kerana Allah akan mengeratkan hubungan antara suami dan isteri.

     
  20. ilya_nornid@yahoo.com

    8 Mei 2010 at 7:20 pm

    2.

    salam ustaz,

    enti yang menarik yang perlu dibaca oleh suami,isteri dan kepada mereka yang akan menempuh alam perkahwinan. Moga-moga cinta yang disemai kerana Allah akan mengeratkan hubungan antara suami dan isteri.

     
  21. sLave_oF_Almighty

    8 Mei 2010 at 9:23 pm

    Alhamdulillah.

    Malu.. Kini, sukar di cari. Hargamu, melambung tinggi.

    Jzkk ustaz. InshaAllah akn berguna utk masa hadapan sy nnt. =)

     
  22. yasmeen

    9 Mei 2010 at 10:56 am

    salam… bagus nukilan ini… penuh dengan nasihat berguna untuk dijadikn pengajaran dan peringatan….

     
  23. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:42 pm

    Salam Murtadha,
    Dinyanyikan oleh Saudara Azhan (juara Akademi Nasyid). Seingat saya album itu terbitan hijjaz records.

     
  24. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:43 pm

    Salam,
    Begitulah fairuz, setiap kita akan diuji. Semuga segalanya jadi teladan atau sempadan buat kita.

     
  25. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:46 pm

    Salam akhyar,
    Setiap manusia ada kelainannya. Insya-Allah.

     
  26. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:47 pm

    Salam aida,
    Semoga kita jadi orang baik yang mampu memberi dan mewarisi kebaikan. Amin.

     
  27. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:50 pm

    Salam,
    Buat baik berpada-pada… ada benarnya. Kita dituntut memberi tetapi perlu juga diiringi dengan sikap berhati-hati. Tapi kalau sudah memberi, jangan dikesali. Sangka baik pada diri dan Allah… Insya-Allah, kita tidak akan dieksploitasi dan dimanupulasi.

     
  28. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:56 pm

    Salam Nisa’,
    Minta maaf, lama tak ziarah Nisa’. Semoga terus maju dalam segala yang diusahakan kerana Allah. Amin.

     
  29. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:59 pm

    Salam Nurul,
    Saya sedang belajar tulis novel. Hambatannya ada… masa dan kesihatan. Mudah-mudahan, Allah permudahkan. Amin.

     
  30. gentarasa

    9 Mei 2010 at 3:01 pm

    Salam Shah,
    Akan tiba masanya… bersedialah. Insya-Allah. Hati-hati jaga hati.

     
  31. gentarasa

    9 Mei 2010 at 3:02 pm

    Salam sautun,
    Semoga begitulah. Tapi yang pasti berbuat baik kepada kawan baik ibu-bapa kita yang meninggal dikira terus berbakti kepada ibu-bapa kita juga. Wallahua’lam.

     
  32. amieza

    10 Mei 2010 at 8:23 pm

    Assalamualaikum ustaz. .

    salam ziarah..saya membaca dan merenung diri yang lemah ini..

     
  33. za

    11 Mei 2010 at 2:16 pm

    suka saya petik komen amani..maksudnya amat mendalam dan bahasanya lembut sekali..iya benar, bimbang dihati perkara yang sama terpantul dalam diri..sibuk mengukur kain di badan orang, kain dibadan sendiri jgn dibiar ditiup angin..

    Ya Allah bantulah kami menhabisi sisa2 usia di akhir zaman ini… Semoga dgn rumah tangga yg cemerlang, mampu melahirkan wira dan srikandi gemilang..

     
  34. 'cahaya azam'

    11 Mei 2010 at 4:24 pm

    salam ustaz..minta izin copy utk panduan kwn2 yg ingin mendirikan rumahtangga…
    post yg sgt menyentuh kalbu…
    terima kasih ustaz

     
  35. Sharifah

    11 Mei 2010 at 9:53 pm

    Assalamualaikum..

    syukran ust untuk perkongsian yang menarik, berguna untuk muslimin n muslimat semua, bagi yang dah kawin mungkin boleh melakukan perubahan, bagi yang belum berkahwin, boleh dijadikan panduan untuk hari muka..syukran

     
  36. Khatijah

    13 Mei 2010 at 9:18 pm

    Assalamualaikum Ustaz,
    Artikel ini wajar dijadikan panduan muslimin dan musimat yang belum dan telah berkahwin. Memang benar…senario sekarang ramai yg telah hilang rasa malu, baik remaja mahupun dewasa. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa membimbing hamba-hambaNya ke jalan yang benar. Amin..

     
  37. muhasabahdiri

    14 Mei 2010 at 3:50 am

    assalamualaikum..enti yg sgt2 menarik..mohon perkongsian utk mengopy..:-)

     
  38. soutulhana

    15 Mei 2010 at 6:46 pm

    salam ustaz.. entri yang sangat baik.. izinkan saya untuk berkongsi dengan rakan2 yang lain..:)

     
  39. mila

    18 Mei 2010 at 10:28 am

    terima kasih atas peringatan yg dberikan… sebenarnya kita selalu membaca dan mendengar nasihat2 seperti ini, cuma sebagai manusia kekadang lupa… terutama bila dah sibuk dengan tugas di pejabat dan penat melayan keletah anak2….

     
  40. fuadzaki

    24 Mei 2010 at 10:22 pm

    jazakallah,ust. susah juga nk praktik..=)

     
  41. kirahmanrazak

    2 Jun 2010 at 4:21 pm

    Salam,

    Membaca buah fikiran ustaz umpama cahaya yang menusuk jiwa, segar & jelas walaupun ringkas, padu tusukkanya melekat dalam hati.Begitu mengesankan. Terima kasih atas perkongsian ilmu ustaz.

     
  42. gentarasa

    5 Jun 2010 at 12:42 pm

    Salam kirahmanrazak,
    Masya-Allah. Amin. Kekadang pembaca yang ikhlas akan dapat lebih banyak manfaat daripada penulis yang tidak ikhlas…

     
  43. liza

    8 Jun 2010 at 4:21 pm

    akum ustaz,
    baru terjumpa laman web ustazz..tulisan ustaz tersangatlah hebat dan amat saya kagumi..minta izin utk masukkan entri ustaz dlm blog saya, bole tak?

     
  44. gentarasa

    9 Jun 2010 at 2:55 pm

    Salam liza,
    Silakan.

     
  45. Nurul

    18 Jun 2010 at 4:07 pm

    salam ustaz,

    mohon izin utk copy puisi ke dlm blog sy.
    terima kasih.moga Allah redha.

     
  46. aznur

    1 Julai 2010 at 8:46 am

    ustaz, saya nak minta pandangan ustaz pasal satu kisah cinta di usia pencen, apakah kesudahannya? begini ustaz, ini adalah kisah kwn saya yg masa mudanya pernah bercinta dgn seorang jejaka, tetapi cinta mrk tdk sampai ke jinjang pelamin gara2 gangguan org ketiga yg cuba menggoda c jejaka yg meyebabkan mereka tpaksa dikahwinkan (kira kena perangkapla kisahnya). meranalah pasangan kekasih ini krn cinta tak dpt disatukan..c jejaka berjanji akan dtg semula utk mencari si gadis pilihan sebenar dan akan menceraikan isteri segera nya itu, tetapi setelah c jejaka kembali ke daerah tersebut, c gadis tak dpt ditemui.meranalac jejaka dan terus membawa perasaan kecewanya selama 3 tahun tanpa menyentuh isteri segera.
    namun, setelah 30 tahun berpisah, akhirnya doa c jejaka di pintu Kaabah termakbul jua setelah dipertemukan semula dengan ci gadis cinta pertamanya. tetapi, c gadis suda berkahwin dengan jejaka segera juga dan mempunyai 5 cahayamata. walau kedua2nya sudah berkahwin, tetapi hati masih mengingati cinta pertama.
    ustaz, apakah kesudahan cinta mereka? kini mereka saling berhubung melalui telefon dan sms, mula2 c jejaka masih bole mengontrol perasaan, begitu juga dengan c mama. tetapi, kini, mereka bagai dibuai perasaan sendiri kerana walau saling berhubung dan melepas rindu selama 30 tahun yg lalu yang terbiar gersang tanpa cinta dan tawa, kini, perasaan bahagia kembali terserlah. asal dapat sms atau membaca sms pun sudah terasa kebahagiaan yg amat terkesan.

    ustaz, saya faham perasaan mereka kerana saya mejadi tempat utk c kawan mengadu dan meluah perasaannya.

    saya berasa amat kasihan atas cinta mereka yg tidak kesampaian. kedua2nya amat menyayangi keluarga masing2 tetapi dalam masa yang sama amat merindui kekasih hati.

    ustaz, apakah yg harus mereka lakukan ustaz? c jejaka adalah seorang yg memegang jawatan besar di sebuah jabatan kerajaan dan selalu di goda oleh perempuan2 lain walau sudah berkahwin tetapi hatinya tidak terganggu oleh anasir jahat itu. tetapi, setelah bertemu dengan first love nie, hati bagai berkaran dan bagai sungai balik muda ( kembali muda..:)

    harap dapat komen yang membina dari ustaz…terima kasih …

     
  47. gentarasa

    2 Julai 2010 at 12:23 pm

    Salam,
    saya akan memasukkan entri yang berkenaan. Insya-Allah. Dengan tajuk fatamorgana cinta pada usia senja.

     
  48. Rohayu

    5 Julai 2010 at 12:15 am

    Salam ustaz,
    Tersentuh hati bila membaca dan menghayati penulisan ustaz ini.
    Semoga ustaz terus diberi kekuatan oleh-Nya dalam menghasilkan penulisan yang boleh dijadikan santapan rohani……..

     
  49. alynn

    23 Ogos 2010 at 12:39 pm

    salam ustaz artikel yang menarik utk dikongsi

     
  50. atul

    26 Ogos 2010 at 12:49 am

    salam ustaz…mohon copy..
    syukran ustaz

     
  51. Nazirah Nazir

    3 Disember 2010 at 1:12 pm

    salam ustaz….
    terasa hati terisi…
    syukran~
    moga ustaz sntiasa di bwh rahmat dan maghfirah -Nya

     
  52. Hawa Hidayah

    9 April 2011 at 12:43 pm

    Assalamualaikum.

    Saya begitu tertarik dengan apa yg ustaz bicarakan pada kali ini.
    Sememangnya hal ini benar pada masa kini…sifat malu sudah makin berkurangan dlm diri umat pada hari ini.
    Jgn dikatakan skdr kaum adam semata-mata, kaum hawanya juga sama .
    Kita seperti sudak kurang akidah dan akhlak dlm diri, yg ada hnya sifat nak memuaskn hati dan naluri sendiri semata-mata.
    Tiadanya rasa malu…akan membuatkan segala tindakan dan perlakuan kita terburu-buru.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: