RSS

ORANG IKHLAS TERTINDAS?

09 Apr

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

 
83 Komen

Posted by di 9 April 2010 in Tarbiyah

 

Label: , , , , , ,

83 responses to “ORANG IKHLAS TERTINDAS?

  1. kak nor

    9 April 2010 at 9:25 am

    Salam Ustaz,
    Satu perkongsian hikmah yang sangat berkesan, bagaikan mirror image. InsyaAllah akan jadi renungan dan peringatan untuk saya. Semoga Ustaz dan kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah, doa pada penghulu segala hari ini. Amin Ya Rabb

     
  2. nurul

    9 April 2010 at 9:44 am

    bestnya artikel ni, byk pgajaran yg boleh diambil.. terima kasih ustaz, “what u give, u get back..”

     
  3. nik norasma che'ya

    9 April 2010 at 9:58 am

    alhamdulillah, seolah2 Allah memberi sy petunjuk utk membaca tulisan ustaz, kerana saya memang mempunyai hati begini, tetapi alhamdulillah semuanya dah jelas dan saya sangat faham dan saya sangat bersyukur dan mengisafi diri, terima kasih ustaz, alhamdulillah

     
  4. Sweet thots

    9 April 2010 at 10:53 am

    Terima kasih ustaz kerana berkongsi rasa dan ilmu tentang topik ini. Sangat mengesankan untuk saya bermuhasabah. Kebetulan disaat diri sedang dilema isu yg serupa. Insya allah… akan saya berusaha gigih mengikhlaskan diri ini. Moga sama-sama kita beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

     
  5. ukhtiza

    9 April 2010 at 11:08 am

    salam…jazakallah…

    orang yang ikhlas tidak akan tertindas, tetapi diuji untuk ditambahkan lagi nikmat untuknya…

    peringatan yang sangat bermanfaat buat diri…minta izin untuk disebarkan ya ustaz….

    semoga terus istiqamah dalam memberi peringatan…insyaAllah….

     
  6. mazliza

    9 April 2010 at 11:21 am

    terima kasih atas peringatan yang cukup mendalam maknanya.

     
  7. farha

    9 April 2010 at 11:39 am

    terima kasih sangat.. ustaz
    rasa sangat bertuah dapat singgah blog ni
    terjawab jugak keresahan hati saya semalam..

    INSYA ALLAH saya akan terus follow up ws ni

     
  8. Nur

    9 April 2010 at 1:28 pm

    Assalamualaikum…

    Alhamdulillah penulisan yg mendidik jiwa di hari yg mulia ini…

    membuat sy bermuhasabah diri sejauh mana keikhlasan sy dlm melakukan setiap perkara….Ya Allah jadikanlah kami hamba yg ikhlas dlm melakukan setiap perkara…jauhilah kami dari mengharapkan balasan dlm setiap perkara yg dilakukan…aemin.

     
  9. mia...

    9 April 2010 at 1:29 pm

    salam ustaz…
    trima kasih bnyak2 ats perkongsian ilmu y cukup bermanfaat ini…
    sy amat tertarik dgn petikan ini…
    “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”…
    moga2 sy termasuk dlm golongan ini ya ustaz…

     
  10. mia...

    9 April 2010 at 1:35 pm

    ustaz…artikal ustaz mmg bnyak membantu mendewasakan sy…smlm ad ceramah d institusi sy belajar… ceramah oleh ustaz halim din…
    dan dlm bnyk2 y diperkatakan… sy amat berminat dgn kata2nya dimana…
    what goes around…comes around… sy kira artikel ustaz ini lg membantu sy memahami “what goes around..comes around”

    terima kasih bnyak2 ustaz…

     
  11. Sharifah Fadylawaty

    9 April 2010 at 1:53 pm

    Assalamualaikum wbt..

    Ustaz..terima kasih atas perkongsian yang cukup berguna. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan jalan utk ustaz dlm menyampaikan dakwah.

    (Utk pengetahuan Ustaz, saya dr UiTM .Gembira dpt kenali ustaz sewaktu Ustaz hadir sebagai panel bersama Dr.Rubiah..Berjaya Cinta,Berjaya Cita-Cita kt Kolej Mawar mlm Isnin lalu..yg bawak baby Asma’ tu)

     
  12. M.Faez

    9 April 2010 at 2:03 pm

    salam ustaz..jazakallahu khairal jaza’..

    Masya Allah..analogi tadi terlalu menarik untuk menjawab persoalan ikhlas dan ganjaran yang tidak disangka-sangka dari Pencipta Sekalian Alam.

    Kadang2 kita rasa sesuatu tidak baik buat diri kita tetapi hakikatnya itulah perancangan terbaik buat hambaNya…

    Penelitian akhirnya membawa kita sedar, PASTI ada sesuatu yang TERBAIK untuk hamba yang IKHLAS.. minta izin ustaz untuk disebarkan

    syukran (ponsikou)

     
  13. husaini a. hamid

    9 April 2010 at 3:07 pm

    Sala ust pahrol
    Terima kasih atas perkongsian dan pengalaman yg mahal harga nya. “Not learn in Havard”…Tapi kita dpt belajar dari Univ Kehidupan yg selalu sedia mengajar dan memiliki guru yg paling ramai…kepada mereka yg ingin dan ingin belajar…Subhanallah…

     
  14. azie

    9 April 2010 at 4:26 pm

    Kebaikan bisa mengubah takdir..

     
  15. delima

    9 April 2010 at 5:19 pm

    salam……

    semoga hati ini di didik untuk ikhlas..
    selamat maju jaya ustaz….

     
  16. ibnu hisyam

    9 April 2010 at 5:37 pm

    Aslmkm wbt,

    JazakAllah ustaz, apa yang membuat saya sering balik singgah di blog tuan adalah kerana ia sering berkaitan dengan keadaan saya semasa dan setiap kali itu juga tulisan tuan memberi harapan yang positif dalam hidup saya. Tuan mungkin tidak sedar, tetepi sebenarnya tuan telah mengubah persepsi hati seseorang …..well at least me.

    May Alla reward you the best🙂

     
  17. habib

    9 April 2010 at 6:59 pm

    salam ustaz. macamana nak tegur rakan sejawatan yg buang masa time kerja seperti sarapan lama, borak2 dan main game? saya tak tahu nak tegur macamana. tambahan pula mereka senior saya dan saya hanya junior dan berjawatan kecil dalam syarikat

     
  18. adam

    9 April 2010 at 7:50 pm

    syukran ustaz ats perkongsian yg menarik ini

     
  19. gentarasa

    9 April 2010 at 8:30 pm

    Salam adam,
    Syukran.

     
  20. gentarasa

    9 April 2010 at 8:32 pm

    Salam habib,
    Tak pa… tunjukkan teladan yang baik dulu dan beri kasih sayang. Bila dah kukuh dua faktor tu, kita tegur direct pun mereka tak marah. Betulkan niat, dan terus tegur dengan lembut. Insya-Allah.

     
  21. syazana

    9 April 2010 at 11:23 pm

    Perkongsian yang amat bagus , ustaz. Kita boleh minta apa sahaja dari Allah, tak sedikit pun hartaNya akan berkurang, malah bertambah. Tapi, manusia lupa, lupa atau boleh dikatakan sebagai sombong jugalah untuk meminta. Dia bukan minta kita membalasnya dengan wang yang kita mahukan sangat tu, tapi ketaatan dan ketaqwaan kita dengan Dia tu. Sekali diuji, baru ingat.

    Harap2 kita yang masih sedar ni akan terus istiqamah dan ikhlas dalam setiap pekerjaan. Ameen🙂

     
  22. gentarasa

    10 April 2010 at 9:17 am

    Salam syazana,
    Benar. Kita berdoa bukan “memberitahu” Allah tetapi membuktikan “rasa kehambaan” – miskin, jahil, berdoa kepada-Nya. Bila Allah kasih, Allah uji. Wallahuaklam.

     
  23. hana

    10 April 2010 at 9:45 am

    subhanallah,
    terima kasih ustaz, jzkk.

     
  24. Kak Nisha

    10 April 2010 at 10:35 am

    ….Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan…..

    Terima kasih ustaz.

    Wassalam.

     
  25. peluncurIslam

    10 April 2010 at 10:39 am

    salam ustaz…
    ana ada satu ptanyaan..mgkin jgk berkaitan pasal ikhlas..
    pasal soal ‘KABEL’ dalam hal temuduga..
    ana dah tanya UZAR tapi blm dpt jawapan lagi.. harap ustaz dpt bg pandangan.. kerana ana RISAU kerana REZEKI…MASUK NERAKA…

    begini…
    contohnya… ana dipanggil temuduga untuk sektor krjaan… tiba-tiba ada kawan yang terdekat…(orang dalam) nak bantu ana untuk dapatkan kerja tersebut…dan dia jugak tidak mengenakan syarat spt wang imbuhan..
    apakah ini jugak dinamakan RASUAH?
    walaupun ana sendiri tidak memberi apa-apa pun kepada dia (tanpa syarat) …cuma mengharap ihsan drp dia shj…maksudnya kalau dia nak bantu..bantu je lah..kalau tak nak..tak apa..

    masalah yg besar menimpa skrg dalm msyarat adalah… untuk kerja..ada individu tertentu telah membayar imbuhan untuk mendapatkan kerja tersebut…walaupun tidak mempunyai kemahiran pun..

    dan adakah orang yg sepatutnya layak…tp tidak dapat kerja tersebut…dinamakan orang yang telah dizalimi..

    ana cadangkan mungkin ustaz blh jadikan isu dlam majalah solusi pasal ni.. soal nak dpt kerja guna kabel…

    itu sahaja contohnya..
    jazakallah ustaz… banyak pndangan ustaz yg boleh ana terima.. teruskan pjuangan ustaz..

     
  26. sarimah taha

    10 April 2010 at 10:50 am

    salam ustaz. saya baru dlm blog ustaz ni. bila saya baca, saya terharu dgn kata2 yang indah dan memberi semangat utk diri saya. syabas ustazah. sy akan terus mengikut blog ustaz. insyallah..

     
  27. nureiman

    10 April 2010 at 12:54 pm

    membace artikel ini benar-benar dapat memberi ketenangan kpd sye. dan menguatkan hati sye untuk terus terusan ikhlas walau seringkali dikecewakan.

    kadangkala sering bertanye pd hati adakah sye ini terlalu baik hati
    sehinggakan terasa bagai dibuli dan dipijak. diambil kesempatan. dan pernah sye berputus ase dan berazam utk menjadi agak ‘kejam’. namun seperti yg dijangke, ia tidak memberi ketenangan mahupun kepuasan, malah lebih resah hati ini.

    artikel ustaz memberi jawapan kpd persoalan mengape sye perlu berterusan ikhlas dlm setiap perkare.

    terima kasih ustaz.

    – terus menulis ya ustaz..! (:

     
  28. شاخ

    10 April 2010 at 1:07 pm

    “ApaBiLA EngKAu dATang kEPada kUMpuLAn dALam SesUAtu kAUm, MaKa LeMPaRkaNlAh kePAda mEReka deNGan ANak pANah ISLAM….”

    Itulah Ustaz cuba lakukan dah sahabat membawa Syiar Islam lakukan..

    “Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, makahendaklah kamu doakan kepadanya”

    Berhenti berharap pada manusia.. Berharaplah pada Allah yakni Tuhan Pemilik langit dan Bumi serta Isinya..

    Seorang bakal pendakwah itu perlu memahami peranannya dalam bidang dakwah dan perlu tahu bahawa bidang dakwah ini tidak pernah menjanjikan kita kesenangan, kemewahan dan keyakinan sebaliknya sentiasanya sentiasa mengajar kita bersabar apabila dicemuh, dicaci atau dihina.Usah gentir dengan celaan duniawi dan isinya kerana berpeganglah bahawa celaan Allah lebih hebat daripada celaan manusia.Kesenangan & kebahagian yang diperolehi hasil daripada aktiviti dakwah oleh pendakwah dan orang-orang yang ikhlas kerana Allah itu terhadap aktivitinya bukanlah kebahagian yang zahir sahaja, malah adalah kebahagiaan & kesenangan yang rasa dalam hati telah puas.

     
  29. cik dyana bahri

    10 April 2010 at 5:26 pm

    buat baik hingga akhir hayat

    buat baik dengan ikhlas hati.

    insyaAllah. terima kasih ustaz.

     
  30. Miss Siti

    11 April 2010 at 1:55 am

    Salam Ustaz,
    Terima kasih atas kesedaran ini…selama ini sy selalu terfikir spt apa yg makcik tuu fikir.dan disebabkan itu sy blaja utk survive dlm ape jua keadaan krn memikirkan akan tertindas jika terlalu baik atau seangkatannya…sy faham skrg,semua ini perancangan Allah SWT.Terima kasih ustaz sekali lg.

     
  31. ليزا

    11 April 2010 at 8:10 am

    Salam ustaz.
    Terima kasih kerana memberikan saya pemahaman mengenai tagline ‘what you give, you get back’.Saya ada menulis tagline ini pada ‘whiteboard’ di tempat kerja saya sebagai peringatan andainya saya berasa ‘demotivated’.
    Pada suatu hari, seorang kakak senior membaca tagline tersebut tetapi dia tidak bersetuju dengan tagline tersebut. Katanya, tak mungkin kita akan mendapat balik apa yang kita beri. Apa yang kita beri, jarang-jarang sangat akan dapat balik. Sebagai seorang yang masih setahun jagung bekerja berbanding dengannya yang sudah hampir pencen, saya hanya mendiamkan diri sahaja. Lagi pula saya tidak tahu bagaimana ingin menerangkan apa maksud saya sebenarnya. Mulut saya seakan terkunci.
    Kemudian, seorang lagi rakan sekerja memberi komen yang sama selepas saya bercerita kisah kakak tadi kepadanya. Sekali lagi saya terkedu. Sebenarnya saya seperti menyesal kerana tidak dapat menerangkan apa maksud saya itu. Alhamdulillah, akhirnya saya berjumpa dengan blog ustaz ini. Maka dengan tulisan ustaz ini, semoga saya dapat berkongsi dengan mereka mengenai perkara ini. InsyaAllah.
    Saya ada satu soalan, ustaz. Apakah orang dapat melihat keikhlasan kita? Bolehkah seorang berkata, “si polan ini tidak ikhlas melakukan kerjanya”. Sedangkan dia tidak mengetahui isi hati sebenar si polan tersebut.
    Terima kasih. Wassalam.

     
  32. riza

    11 April 2010 at 4:38 pm

    salam,

    terima kasih atas pengisian ini.teruskan usaha memberi peringatan……..manusia ini pelupa sifatnya.

     
  33. gentarasa

    11 April 2010 at 5:50 pm

    Salam riza,

    Saya pun begitu juga. Sentiasa mengharapkan peringatan semasa memperingatkan… justeru peingatan itu memberi manfaat kepada orang mukin.

     
  34. gentarasa

    11 April 2010 at 5:58 pm

    Salam nor,
    Kita tidak boleh “membaca” seseorang ikhlas atau tidak… ini soal hati. Apa lagi orang, hati kita sendiripun kita tidak tahu ikhlas atau tidak. Soal hati, serahkan pada Allah. Cuma, untuk mengukur dan muhasabah kira-kira beginilah… macam mana jika kita dipuji, menambah amal tak? Jika dikeji, mengurangkan amal tak? Jika itu ada, petanda kita tidak ikhlas. Bagaimana di hadapan orang dan dibelakang orang, sama tak amal kita? Jika tidak, payah nak dikatkan ikhlas. Menilai apakah diri tidak ikhlas lebih mudah berbanding menilai diri ikhlas. Itu pada diri.

    Pada orang lain, kedua-duanya terlalu sukar. Ikhlas, itu rahsia Allah… yang malaikat pun tidak dapat menelahnya!

     
  35. gentarasa

    11 April 2010 at 5:59 pm

    Salam miss,
    Syukran!

     
  36. gentarasa

    11 April 2010 at 6:16 pm

    Salam ismawani,
    Ikhlas tu di hati. Hati itu bolak-balik sifatnya. Penting sangat mujahadah dan tazkirah.

     
  37. gentarasa

    11 April 2010 at 6:18 pm

    Salam Shah,
    Alhamdulillah, saudara telah membuat pencerahan yang sangat bermakna. Memang lampu neon… bagi hati (Amin). Buat pengunjung, silalah lawat blog saudara kita ini. Insya-Allah ada kebaikannya.

     
  38. gentarasa

    11 April 2010 at 6:23 pm

    Salam nurshahriza,
    Saya pun kekadang diserang rasa yang begitu. Sangat sakit. Tetapi siapa kita… kita layak disakiti, kerana kita pun sering menyakiti. Terima kasih nurshariza… Terima kasih.

     
  39. gentarasa

    11 April 2010 at 6:27 pm

    Salam,
    Kalau kita layak… kita berhak mendapat rekomen. Lainlah kalau kita tidak layak. Dan sahabat kita rekomen pun atas dasar dia kenal keperibadian kita memang layak untuk tugas ini… apa salahnya. Rekomen sahaja, bukan tentu dan pasti diterima. Saya rasa itu tidak salah…Kalau ada imbuhan, samada dalam bentuk material atau lain-lain. Tu masalahnya. Wallahua’lam. Ana akan perincikan soal ini dengan yang lebih arif.

     
  40. Qaseh bonda

    12 April 2010 at 10:56 am

    Hiba saya membaca tulisan tuan hamba. Sebagai hambaNya yang tidak sempurna adakalanya kita tak kuat menerima cubaan dan dugaan yang besar lalu mengambil keputusan bersara awal hasil penindasan yang meluas…saya lupa yang saya dianugerahkan anak2 yang baik padahal masa saya banyak dihabiskan dipejabat.

    Pun begitu saya tidak pernah menyesal mengambil tindakan bersara pada umur 47 tahun, kerana saya sedar sudah sampai masanya saya berehat secukupnya untuk mental dan fizikal.

    Kadang2 kita asyik memandang pelangi dikepala orang lain sedangkan kita lupa pelangi juga muncul dikepala kita sendiri. Saya tak pernah terfikir impak anak2 ini adalah diatas kerja ikhlas kita selama ini tetapi mula menyedari apabila singgah diblog yang berbahagia ustaz.

    Sebak saya membacanya ustaz dan mengalir air mata gembira yang saya simpan selama ini.

    Salam hormat dari qaseh bonda.

     
  41. peluncurIslam

    12 April 2010 at 11:30 am

    jazakallah ustaz cz bg penjelasan ustaz…lega cikit rasa hati ni..

     
  42. zahas

    12 April 2010 at 11:56 am

    sebak baca artikel ni. memang sukar nak ujudkan rasa ikhlas sebenar dlm hati walaupun mulut kata ikhlas..namun saya sentiasa berusaha sedaya upaya..insyaalah.pohon saya letak kat facebook saya ustaz ye, utk tatapan rakan2 saya juga..terima kasih ustaz.

     
  43. betik_muda

    12 April 2010 at 12:04 pm

    saya bukan lagi seorng pekerja.masih seorng peljar.Kadang-kadang saya akui timbul rasa geram bila apa yng kita buat,bukan sahaja tidak dihargai malah dicela balik,walaupun sy tahu tidak berhak berperasaan sedemikian.Kalau mahu ucpan tq,mmg kita akan sakit jiwa kerana umumnya manusia mmg tidak tahu berterima kasih.Tapi terima kasih tuhan pada kita tak terhingga walaupun apa yang kita berikan cuma ala kadar sahaja.Semoga entri ini bisA menyentap rasa iklasku yang sekian lama tidur!!

     
  44. merah_humaira

    12 April 2010 at 12:36 pm

    Assalamualaikum ustaz dan para pembaca. Alhamdulillah, terima kasih dengan penulisan seperti ni. Sangat berminat dengan penulisan ustaz..memang menyentuh sampai ke hati..

     
  45. Aizuddin

    12 April 2010 at 2:24 pm

    SANGAT TERKESAN.. SAYA BARU MELALUI SAAT-SAAT SEPERTI INI.. DAN INPUT DALAM BLOG TUAN SANGAT BAGUS.. TERIMA KASIH..

     
  46. fuadzaki

    13 April 2010 at 3:25 am

    Jazakallah, ust.
    Seorang ulama’ pernah mengucapkan kata2 yang sangat baik untuk seorang daie atau sesiapa sahaja yang ingin melakukan kebaikan, ” Jadilah kamu seperti pohon yang berbuah lebat, dibaling oleh manusia dengan batu tetapi dibalas dengan buah yang masak, ranum..”
    Kuncinya, IKHLAS DAN SABAR. biar apa pun manusia mengata, mengira dan sebagainya..yang pasti ada ganjaranNya di sana..
    Amin..

     
  47. ibnu nafis

    13 April 2010 at 11:11 am

    Salam..
    Alhamdulillah.. Baru saya tahu apa sebenarnya erti keihklasan yg patut kita pamerkan.. Tertindas biar pun workload banyak.. Tetap bekerja seperti biasa. Walaupun saya bukan lah pekerja pilihan, namun tugasan harus di lakukan sebaik mungkin.. terima kasih ustaz kerana memberi sedikit petunjuk dalam menggapai kesabaran yg maksimum mungkin. Kerana saya percaya, Allh lebih berhak menilai prestasi kerja kita di dunia…
    Syukran..

     
  48. Khairul

    13 April 2010 at 11:44 am

    salam ustaz,

    Tulisan ini memang ‘menyejukkan’ hati ini yang kadang-kadang ‘panas’ juga sebab baru-baru ini di pecat tanpa diketahui dan diberitahu sebabnya sehingga hari ini. Semoga ada hikmahnya pemecatan itu. Doakan saya menjadi ‘hamba’ yang redha dengan ketentuannya.

     
  49. gentarasa

    13 April 2010 at 1:03 pm

    Salam Khairul…
    Semoga Allah ganti yang lebih baik di sebalik musibah ini untuk saudara. Amin.

     
  50. gentarasa

    13 April 2010 at 1:10 pm

    Salam zahas,
    Syukran.

     
  51. gentarasa

    13 April 2010 at 1:12 pm

    Salam Qaseh,
    Syukran. Jazakallahhu Khairan khatira atas galakan dan dorongan bonda…

     
  52. Sakinah Omar

    13 April 2010 at 1:30 pm

    Salam,
    satu perkomgsian yang sangat menarik dan releven.
    Ingin saya kongsi dan panjangkan kepada sahabat-sahabat yang lain.Syukran

     
  53. Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff

    13 April 2010 at 4:25 pm

    salam, ustaz, benarlah ujian allah itu datang dalam pelbagai cara, dan pertolongan allah itu juga datang dalam pelbagai keadaan dan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. syukran ustaz atas perkongsian yang terkesan di hati. jangan jemu untuk ikhlas dalam memberi.

     
  54. sakinah

    14 April 2010 at 10:33 pm

    salam..ustaz.saya sangat suka artikel ni..sangat brmakna pd saya ..🙂

     
  55. hasnah

    14 April 2010 at 10:39 pm

    Salam ustaz,

    Alhamdulillah, perkongsian yang membuka minda dan hati, menyejuk rasa dan kecewa. Moga diberikan kekuatan untuk ikhlas. Terima kasih ustaz.

     
  56. nani

    15 April 2010 at 7:59 am

    Salam,ujian datang dari berbagai penjuru.Ikhlas merupakan rahsia Allah,hanya dia yang tahu.Bila dan siapa yang beramal dengan ikhlas,tiba-tiba merasakan itu sia-sia kerana tidak dipedulikan,ditindas,dipandang sebelah mata,merungut,mengungkit didepan orang,dibelakang orang adakah
    itu keikhlasan?Selagi jiwa yang tenang,nur redha tiada,hati masih banyak titik hitamnya sukar rasanya saya kecapi ikhlas dari arti yang sebenarnya.Ikhlas ke jika seorang ibu membesarkan anak-anak,bila marah mengungkit,minta jasa dikenang,menyebut sia-sia disekolahkan tinggi-tinggi!,seumpama pahala ikhlas tadi di makan oleh dosa lidah yang berkata,seolah tidak ikhlas pada yang merasa pedasnya kata-kata ibu atau sesiapa yang mengungkit kebaikan dan sesuatu bantuan,kerja dan amal yang dilakukan.Sukarnya ustaz menterjemahkan ikhlas,benar ke ustaz?

     
  57. suhailee bte abd rahim

    15 April 2010 at 11:38 am

    satu artikel yang sangat menyentuh hati…baru saya sedar….terima kaseh ustaz….semuga ALLAH BERI USTAZ KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT….AMEEN

     
  58. siti hajar

    16 April 2010 at 2:58 pm

    salam ust, terima kasih atas perkongsian yg berharga..setelah membaca artikel ini saya yakin Allah akan membalas setiap usaha yang kita lakukan terhadap seseorang walaupun bukan datangnya dari pihak tersebut. Hampir saya berputus asa menasihati ibu bapa dan adik beradik yang kurang menitik beratkan soal Agama. Sering diperleceh dan dipandang rendah hingga tak tertahan rasanya sebak di dada.. namun artikel ini menyedarkan saya ttg Kebaikan Dia terhadap hamba2Nya. Dia pasti akan membalas..mudahan mata hati ini sentiasa terbuka dan bersyukur atas kebaikan Dia

     
  59. Ayub Khan bin Mohamad Khan

    17 April 2010 at 8:45 pm

    Akum Ustaz, artikel ini sungguh mantap yang telah dan akan dapat memberikan kesan serta impak kepada pembaca sekelian termasuk diri saya yang lemah ini. Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari sifat lupa dan lalai dalam kehidupan. Artikel ini telah menyentuh hati saya dan terasa sebak sepanjang pembacaan mengenai isu yang dibangkitkan oleh kakak tersebut dan juga penjelasan/jawapan IKHLAS dari Ustaz kepada beliau. Saya akan ikuti blog ustaz ini dari semasa ke semasa, Insya Allah. Didoakan agar ustaz sentiasa sihat untuk meneruskan dakwah demi kebaikan manusia sejagat, Insya Allah.

     
  60. Ros Illiyyyuun

    19 April 2010 at 9:51 pm

    Salam,

    Saya sangat tertarik dengan blog ini. Sudah lama mengikuti dan membaca serta menghayati. Ayat-ayat yang indah sangat mengundang mata untuk terus membaca.

    Cuma ada sedikit kekurangan, fon yang digunakan terlalu kecil. Harap ustaz dapat besarkan size fon supaya mata yang menatap terus melekat, akhirnya ilmu dan hikmah yang disampaikan lebih mudah untuk disingkap seterusnya diamalkan dalam kehidupan. InsyaAllah.

    Terima kasih ustaz…

     
  61. Haryati

    20 April 2010 at 12:01 am

    Salam Ustaz,
    thanks for this article. Dlm keluhan letih dengan kerja, hati bagaikan dipujuk bila selesai membaca. saya kongsikan dengan rakan2 Ikhlas yang lain.😉

     
  62. Shaifuldin Amir

    20 April 2010 at 5:24 pm

    Ustaz Pahrol,
    Bagus artikel ni…saya suka dgn analogi yg Ustaz gunakan….cukup berkesan.
    Terima kasih Ustaz.

     
  63. zawani

    21 April 2010 at 9:17 am

    SubhanaAllah , Besarnya Peringatan pada kita tentang artikel yang ustaz paparkan diatas . Sebenarnya kita ( terutama diri ini sendiri) kurang yakin dengan janji-janji Nya , sebab itulah sering terjadi rungutan tentang apa yang telah kita buat/berikan/laksanakan , tidak mendapat pembalasan dari orang yang menerimanya . Maka konklusinya kita harus menanam sikap ikhlas yang sebenarnya dalam jiwa ini .supaya wujud keyakinan sepenuhnya kepada yang Maha Esa.

     
  64. aliz

    25 April 2010 at 9:08 pm

    salam Ustaz,

    subhanallah..tak pernah terlintas dihati saya memikirkan sebegini…terima kasih ustaz kerana telah memberi pertunjuk yang sangat baik sekali..selama ini saya selalu menolong orang lain dan adik beradik yang dalam kesusahan tidak pernah terlintas di hati ingin balasan kebaikkan yang saya curahkan..ustaz telah menyedarkan saya bertapa Allah itu maha pengasih dan penyayang kepada hamba-hambanya yang leka dan lupa. Saya tidak menyedari selama ini Allah telah pun membalas kebaikkan yang saya curahkan selama ini dengan memberi ketenangan jiwa. kecukupan rezeki dan seorang anak yang bijak..

     
  65. rumaisha

    26 April 2010 at 9:08 am

    Salam alaik ustaz,

    sekali lagi tulisan ustaz menyentuh hati. Bertahun berperang rasa hati, diri sentiasa mencari pengubat sendiri. Bertemu dengan majikan yang sentiasa mencari salah diri, dan memaki-maki tanpa tahu empunya ada sekeping hati yang senang dilukai..

    Berkali-kali diri untuk menjadi perkasa..tetapi fitrahnya, diri rebah bersama linangan air mata.

    Tetapi hikmah tulisan ini, diri melihat kemewahan yang Allah limpahkan bukan di tempat kerja. Tetapi, pada taraf hidup suami dan anak. Anak di sayangi segenap ramai. Suami mendapat pujian dan pangkat tanpa sempadan. Hanya diri yang perlu sentiasa kuat berdepan dengan keadaan.

    Mungkin tulisan ini berbait-bait bagaikan puisi. Tetapi ini adalah genta rasa diri untuk menggambarkan realiti. Ada waktu diri terhibur pada kerja, banyak waktu diri terluka kerana manusia. Tetapi, diri kekal berdiri demi mengenal amanah yang diberi adalah amanah dari Allah jua.

    susahnya menjaga sekeping hati!

     
  66. liyana s

    29 April 2010 at 11:00 am

    salam ustaz…artikel ni betul2 membuka minda, hati fikiran saya…

    mohon copy artikel ni saya letak kat blog saya…

     
  67. Nurul

    4 Mei 2010 at 11:19 am

    salam ustaz, saya mohon copy article ustaz untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat.

     
  68. azif

    6 Mei 2010 at 9:32 pm

    Salam ya ustaz,
    masalah yang saya hadapi hari ini membawa saya singgah di laman ustaz. Bukan sahaja rasa sayu dan hiba apabila membaca artikel ustaz malah komen pembaca lain. Memang sukar untuk betul2 lahirkan rasa ikhlas dalam bekerja. Apatah lagi kini kita dilimpahi dengan pelbagai anugerah dalam usaha meningkatkan prestasi kerja sehingga kekadang kita alpa bahawa kerja itu satu ibadah. Kisah yang ustaz paparkan hampir serupa dengan kisah saya. Perasaan kecewa dan rasa kalah timbul apabila tiada ucapan terima kasih atau penghargaan atas apa yang kita buat malah kadang-kadang bos macam tak nampak kita pun. Walau bagaimanapun saya rasa bernasib baik kerana setiap kali saya rasa kecewa Allah akan gerakkan hati ini untuk bermuhasabah. Alhamdulillah walaupun terlewat membaca kisah yang ustaz paparkan tetapi cukup bermakna sekali dan tepat pada masanya. Terima kasih banyak2. Semoga diberkati Allah. Izinkan saya menyebarkan kisah ini kepada rakan-rakan dan anak-anak didik saya.

     
  69. gentarasa

    6 Mei 2010 at 10:50 pm

    Salam azif,
    Saya pun sedang meniti jatuh dalam melalui jalan ikhlas ini. Doakan ya.

     
  70. JambuManis

    7 Mei 2010 at 9:38 pm

    Salam,
    Hati saya rasa tenang apabila membaca artikel ustaz. Terubat rasa kecewa dihati. Saya seperti yang lain pernah mengalami situasi dimana tugasan cemerlang tidak dipandang jauh dari diberi penghargaan. Setelah membaca artikel ini jiwa ini kembali bersemangat. Setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan begitu juga sebaliknya. Terima kasih ustaz, teruskan menulis..semoga ustaz diberkati allah serta diberi ilham yang melimpah ruah

     
  71. gentarasa

    9 Mei 2010 at 2:52 pm

    Salam jambuManis,
    Syukran atas doa. Semoga anda juga diberkati Allah dengan ketenangan dan kebahagiaan. Amin.

     
  72. Ish

    17 Ogos 2010 at 11:33 am

    Salam…saya nak minta pendapat ustaz…apakah kita dikatakan ikhlas beribadah sekiranya kita mengharapkan pahala dari Allah? Sedangkan ikhlas itu ertinya membuat sesuatu tanpa harapkan balasan. Selalunya akan terdetik di hati kita apabila nak bersedekah perasaan yg sebegini. “Insyaallah nanti Allah akan balas la balik perbuatan aku nie”. OK ke perasaan begini? Harap dapat komen dr ustaz. Terima kasih.

     
  73. gentarasa

    18 Ogos 2010 at 11:33 am

    Salam,
    Ikhlas itu ada pula tingkat-tingkatnya. Beribadah dengan mengharapkan pahala dari Allah… masih dikira ikhlas juga. Insya-Allah.

     
  74. atul

    26 Ogos 2010 at 12:26 am

    salam…saya rasa memang sukar untuk ikhlas dalam bekerja..
    mungkin disebabkan suasana tempat kerja dan pekerjaan saya sendiri..
    insyaallah saya akan cuba untuk mengikhlaskan diri…syukran usataz..
    mohon copy utk perkongsian

     
  75. zurina md.noor

    29 Ogos 2010 at 10:23 am

    salam ustaz…rezeki Allah ada di mana-mana. Saya pernah mengalaminya bila keikhlasan ini tidak dihargai…tapi sebenarnya itu bukan ikhlas kerana saya masih mengharap ucapan terima kasih. Betul ustaz…manusia itu tidak pandai berterima kasih….mudah lupa…..hanya dengan ucapan terima kasih Ya Allah ..baru jiwa kembali tenang..Saya yakin Allah Maha Mendengar dan Maha melihat apa yang kita buat…kita sama-samalah berserah kepadaNYA untuk kebahagiaan yang hakiki.

     
  76. hikmah

    29 Disember 2010 at 7:31 pm

    subhanallah….terubat rasa perit dan kecewa di hati… saat hati telah tulus ikhlas membantu orang, tetapi ramai menyindir dan mengatakan kebaikan itu pura-pura serta mengecop diri bermuka-muka… pedih dn hancur luluh seluruh jiwa bila sangkaan itu dilemparkan oleh saudara sndiri… mengapa sukar untuk mereka memahami? dan kenapa harus menebak amal kebjikan yg dilakukan itu dgn sangkaan2 buruk? terasa hilang seluruh ketulusan hati…dalam lemah masih merintih tersisa keyakinan bahawa bukan ini balasan yg diberi olehNya… ya allah lindungi hati ini agar tetap istiqamah tulus hanya utkMu, walau dicaci nmn Engkau yg lbh mgthui hati ini..!

     
  77. Abu Bakar bin Sebli

    17 Januari 2011 at 5:51 pm

    Assalamualaikum, Istilah IKHLAS itu amatlah berbeza pendapat dari orang keorang. Namun keikhlasan yg sebenarnya tidaklah mengharapkan balasan atau imbuhan, namun ianya dilakukan untuk kebaikan demi kebaikan, seperti firman Allah SWT dalam AlQuran (Surah Ar Rahman), “Hal jaza ulikhsana illal ikhsan”. Ikhlas itu tanpa banyak soal, seperti Kisah Nabi Ismail A.S. ketika ayahnya Nabi Ibrahim A.S. mendapat perintah Allah SWT untuk menyembelihkan dirinya, lantas Ismail A.S. menyatakan kpd ayahnya, “Lakukanlah ayahku, kalau ia perintah Allah” Iblis kecewa kerana tidak berjaya memperdaya Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya. Pada peringkat orang berilmu, diriwayatkan kisah Musa A.S. dan Khaidir A.S., Khaidir A.S. berkata kpd Musa A.S. “Kamu boleh ikut aku dgn syarat bahawa engkau jangan bertanya ketika aku melakukan sesuatu”. Sebab org yg berilmu seperti Nabi Khaidir A.S. tahu kenapa ia berbuat sesuatu. Ingat! Jikalau masih ada nafsu amarah, sakit hati, dendam, hasadengki,yg merupakan penyakit jiwa atas kelemahan diri kita, maka ianya mesti dihakiskan pada perasaan kita. Mungkin, ianya secara simbolik bersabit dengan 70 lontaran yg dibuat ketika mengerjakan fardhu Haji. Didalam AlQuran, Allah SWT memaklumkan bahawa Iblis telah berjanji untuk menggoda Bani Adam kecuali orang yang ikhlas didalam menunaikan ibadah. Wassalamu wabillahi taufiqiwal hidayah.

     
  78. Shahruddin Shafri

    17 Disember 2012 at 12:18 pm

    Assalamualaikumwb. Ustaz. saya sangat tertarik dengan artikel ikhlas ini. Boleh saya share dan copy utk dimasukkan ke dalam buletin diorganisasi saya untuk dikongsi oleh semua staff dan kakitangan dengan memberi kredit atau link kepada blog ini. TK

     
  79. roza

    13 September 2013 at 11:30 pm

    salam ustaz saya dari sabah ,saya berkerja hotel famili ,saya biasa dengan adik saya,bekerja ,apabila abang saya berkerja sama-sama ,rasanya macam kami ditindas saja,banyak dia bercakap-cakap katakanlah angan-angan kosong..tapi itulah kami takut dikonkong dengan teruk..tidak begitu ka ustaz boleh beri komen???yaalah lagi pun dia kerja di samur sipitang,tapi dia nak bantu juga hotel tu ,seolah-olah kami tidak pandai bekerja..banyak dia komen mengapa tidak ramai pelanggan hotel menginap,saya beritahu ikut musim tapi tak juga faham boleh beri komen ustaz..mau-mau ada masanya saya akan berhenti..tapi tak boleh..ibu bapa suruh jaga sana..

     
  80. gentarasa

    24 September 2013 at 3:04 pm

    Assalam. Berbincang dan berterus teranglah dengan ibu bapa. Taat ibu bapa tidak halang untuk berbincang.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: