RSS

SEKADAR NOTA FIKIR…

22 Mar

Saya tidak menyangka sama sekali, perbualan di tepi dinding Masjid Imam Ghazali, Bandar Menjalara,  seusai solat Zuhur tengahari itu telah melahirkan buku NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR. Permintaan daripada dua orang sahabat yang sangat saya hormati (Akhi Zakaria Sungib dan Wan Mohd Azmin dari Galeri Ilmu), sukar benar untuk ditolak.

Mereka minta saya menulis “sesuatu” untu Pesta Buku KL. Padahal sewaktu itu, saya sedang menyiapkan buku MUKMIN PROFESIONAL – CELIK MATA HATI – sebuah buku yang serius dan “berat”.

Namun, saya berjanji juga akhirnya. Dan sebagai menunaikannya, saya menulis dua fasa… siang untuk sebuah buku. malam untuk sebuah buku yang lain dan selepas Subuh satu buku yang lain. Walaupun saya tidak mahu dikejar waktu, ingin santai dan tenang-tenang sahaja. Namun saya memecut juga, dan akhirnya syukur… di pesta buku kali ini akan terbit dua buah buku saya (alhamdulillah dimaklumkan Nota Fikir untuk Zikir sudah mula di pasaran sejak semalam 22 hb. March 2010) .

Selain Nota Fikir, buku Di mana DIA di hatimu, akan turut menyusul (mungkin pada hari-hari terakhir Pesta Buku nanti). Terpulang pada penyusunan Allah, saya berusaha dengan tenaga yang kerdil… tetapi Allah Maha Kaya untuk membalas amal hamba-Nya, lebih daripada kadar amalan yang dibuat. Paling penting, saya ingin mengintakan diri dan juga sahabat-sahabat… jagalah hati, jagalah mazmumah yang menerjah dan melintas. Jangan biarkan dia singgah, jikapun singgah…. jangan biar ia berlama-lama. Bukan mudah “mengaplikasikan” hati dan diri pada prinsip – “aku menulis bukan kerna nama!”

Prinsip saya mudah, dan ini saya ingin kongsikan bersama pengunjung blog yang dihormati… mujahadahlah sentiasa. Mudah-mudahan, dengan mengingati diri sendiri, melimpah kebaikannya untuk mengingatkan orang lain. Jiwa dan personaliti seorang daie sesungguhnya jauh berbeza daripada seorang selebriti!

Justeru, dari saya terimalah mukaddimah Nota Fikir untuk Zikir. Ya.. sekadar Nota Fikir.

MUKADIMAH: NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Sebaliknya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?” Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

Seorang murid duduk termenung di tepi laut, guru sufinya bertanya, “ada sesuatu yang kau fikirkan apabila melihat laut?” Dalam hati guru sufi itu mengharapkan jawapan yang mendalam daripada muridnya hasil pengajarannya selama ini. Murid itu merenung gurunya lantas berkata, “ya, wahai tuan guru. Ketika laut bergelombang seperti ini tentu harga ikan menjadi mahal!” Guru sufi menggeleng-gelengkan kepala. Rupa-rupanya sebatas itu sahaja jangkauan fikir anak muridnya.

Dua kisah itu saya paparkan sebagai bahan renungkan buat mengukur kemampuan fikir dan zikir seseorang. Dalam kisah yang pertama, jelas budak kecil itu mampu melonjak fikirnya hingga mencecah zikir yang hebat. Sebaliknya, dalam cerita kedua, fikir murid tersebut amat kerdil. Dia hanya mampu melihat di sebalik yang tersurat ada yang lebih tersurat. Dia tidak “celik hati” untuk sesuatu yang \lebih tersirat dan hakikat!

Melihat dunia dan kejadian, akalnya dapat memacu hatinya untuk “melihat” alam yang lebih luas dan hebat – alam akhirat. Terasa betapa kerdilnya manusia dibandingkan Allah yang Maha pencipta. Lalu tunduk patuh kerana takutkan seksa neraka. Inilah tuntutan ayat Al Quran yang berikut: “Mereka yang sentiasa berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka.’” (Surah Ali ‘Imran 3: 191)

Zikir yang dimaksudkan ialah membaca secara sedar, memahami dan mengambil iktibar (mengikut Imam Ghazali membaca dengan akal dan hati) secara langsung daripada ayat-ayat “maqru’ah” (al-Quran). Manakala fikir ialah melihat, merenung dan meneliti mesej ayat “manzurah” (alam dan segala ciptaan Allah). Diberitakan ketika surah Ali ‘Imran 191 itu diturunkan, Rasulullah saw telah menangis. Ketika Sayidina Bilal bertanya, “mengapa kau menangis ya Rasulullah?” Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya. “celakalah wahai Bilal mereka yang membaca ayat ini tetapi tidak memikirkan makna dan tuntutannya.”

Lihat alam, langit, bumi, matahari, bulan, bintang, haiwan, tumbuhan dan akhirnya diri sendiri… akan mendekatkan kita kepada Allah swt. Berfikir tentang keunikan, keteraturan, ketelitian, kejituan, kelestarian dan segala yang “sempurna” tentang makhluk akan menyebabkan hati kita mampu “melihat” khalik (Pencipta). Ketika itulah hati akan berzikir, “alam ini indah, namun Penciptanya jauh lebih indah. Alam ini sempurna, Allah tentu dan pasti lebih sempurna.”

Saya teringat ungkapan yang berbunyi: “Why deny the second creation, when the firt creation is here for you to see? – Mengapa menafikan ciptaan kali kedua (akhirat) ketika penciptaan yang pertama (dunia) berada di depan mata untuk dilihat?”

Memandang dunia ini sepatutnya mengingatkan kita kepada akhirat. Allah mencipta dunia ini untuk apa? Dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan ke mana kita akan pergi selepas kehidupan ini? Inilah tunjang fikir dan pasak zikir kita bila melihat dan merenung penciptaan alam.

Pof. Dr. Hamka, pujangga dan ulama Nusantara pernah berkata: “Hujung akal pangkal agama.” Maksudnya, kemuncak fikir yang paling tinggi akan menemukan seorang manusia kepada nilai asas dan teras agama – tauhid. Alam ini adalah “alamat” yakni tanda ujudnya Allah. Bukan sahaja ujud tetapi Allah itu Maha Perkasa, Agung dan Sempurna. Bahkan saintis bukan Islam, Albert Enstien juga pernah menegaskan kepentingan agama dengan katanya: “Agama tanpa sains pincang. Sains tanpa agama buta.”

Ya, zikir tanpa fikir akan menghasilkan individu yang beku, kaku dan mundur walaupun mungkin baik dari segi tingkahlaku. Manakala fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dinamik tetapi merosakkan dirinya dan orang lain dengan pelbagai kemungkaran dan kejahatan. Inilah mesej utama buku NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR ini.

Ia ditulis dengan pendekatan mudah tetapi bukan untuk dipermudah-mudahkan. Pada cerita dulu-dulu, ada jejak iktibar yang perlu disusuri semula. Mungkin cerita-cerita rakyat yang saya paparkan itu tidak benar (kerana tidak autentik sumbernya) tetapi jika diberi nilai tarbiah (berasaskan agama), ibrah (pengajaran) tetap benar. Yang penting bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana kita melihatnya.

Dan bagaimana kita melihat sesuatu, bergantung pada siapa diri kita. Justeru, pada bahagian kedua saya paparkan pengajaran daripada alam untuk kita mengatur dan mengurus kehidupan ini. Sekali lagi, saya memilih gaya santai dan “simple” untuk mengocak fikir dan zikir pembaca. Harapan saya, semoga langkah kecil ini menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih gah untuk memantapkan fikir dan zikir ummah.

Dan akhirnya, saya memilih beberapa ungkapan untuk dijadikan tindakan hasil kita berfikir dan berzikir. Kata-kata hendaklah dikota. Biarlah hikmah berbicara di dada kehidupan justeru fikir dan zikir apabila bersatu dan bersepadu, akan muncullah makrufat, kebaikan dan kebajikan pada diri dan masyarakat. Fikir dan zikir itu ada buahnya – ilmu dari fikir itu buahnya amal, iman dari zikir itu bukan hanya angan-angan dan harapan!

Mudah-mudahan buku kecil ini benar-benar menjadi nota fikir untuk zikir anda mengingati Allah. Insya-Allah.

 
46 Komen

Posted by di 22 Mac 2010 in Kemudi Hati

 

Label: , , , , ,

46 responses to “SEKADAR NOTA FIKIR…

  1. farahzulaikha

    22 Mac 2010 at 11:23 am

    Salam ziarah ustaz. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Di sini, ana mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengisian ustaz semalam di Keris Mas, UKM untuk program Intelect Generation Training. Tersampai sudah mesej tentang Mukmin Profesional kepada semua. Doakan ana dan semua sahabat berjaya menjadi di antara yang Baik dan yang Cerdik. Semoga Allah sentiasa merahmatimu. Wallahu’alam- Bakal Ahli Kimia Islam.

     
  2. kokmi

    22 Mac 2010 at 11:52 am

    Salam ya ustaz,
    InsyaAllah akan keberadaan di pesta buku pd 27hb & 28hb, mahu juga memiliki kedua2 buku ustaz..mengajar fikir & zikir & sebaliknya, Alhamdulillah.
    Terkilan melihat rata-rata masyarakat sekarang sudah lelah untuk berfikir, semuanya nak kena datang ke mulut, kata orang. Moga kita semua tidak tergolong dikalangan yang lelah sudah untuk berfikir.

    Syukran ya ustaz🙂

     
  3. Sayuti

    22 Mac 2010 at 2:17 pm

    X sabar nk dapatkan buku ni.🙂

     
  4. TAQWACORE

    22 Mac 2010 at 2:33 pm

    MasyaAllah, nak belilah …perbandingan fikr yg ustaz nyatakan atas sahaja sudah menarik untuk di digest.

     
  5. Kak Nisha

    22 Mac 2010 at 3:53 pm

    Assalamualaikum semua,

    Bagi saya ada maksud yang tersirat di sebalik kata-kata itu
    “Ketika laut bergelombang seperti ini tentu harga ikan menjadi mahal!” .

    Seperti apabila diduga/uji dengan gelombang yang besar pastinya untuk mengharunginya amat sukar. Tapi jika berjaya melepasi/mengatasinya, pastilah ia satu kejayaan yang besar, pasti juga orang itu adalah orang yang hebat dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Pencipta kita.

    Wallahu’alam

     
  6. muhammad fakhruddin

    22 Mac 2010 at 5:50 pm

    Assalamualaikum ustaz,
    insya Allah bakal memburu buku ini di pesta buku🙂

     
  7. saleha

    22 Mac 2010 at 6:52 pm

    assalamualaikum wbt..
    perkenalan pertama istilah “fikir dan zikir” saya perolehi dari karya almarhum dr fathi yakan..bermula saat itu “kalimah fikir dan zikir” cuba jadikan sebagai satu “hobi”. kadang2 bila melihat haiwan, tumbuhan dan makhluk Allah di alam sarwajagat ini saya rasa saya begitu lekeh dan kerdil..mereka yang tiada akal sentiasa berzikir kepada Allah, sedangkan saya? yang cukup sifat dan dikurniakan nikmat yang pelbagai kadang2 seringkali terlupa dan terleka…

    tq ustaz atas perkongsian yg membina. semoga saya dapat “pendamping” yang penuh dengan ilmu dan mempunyai penghayatan iman dan islam yg tinggi macam ustaz…DOAkan saya….

     
  8. kasih

    23 Mac 2010 at 10:07 am

    Masyaallah Usatz, menitik a.mata takkala mmbaca entri kali ini.
    Jazakallahu khoiron kathiraa. Moga Ustaz terus terusan diberi kesihatan dan kelapangan untuk menulis.

     
  9. haizad

    23 Mac 2010 at 11:04 am

    Bercadang nak carik juga buku nie…InsyaAllah

     
  10. mencariRedha

    23 Mac 2010 at 2:06 pm

    assalamualaikum..

    tahniah ustaz atas penghasilan buku baru….

    sangat berminat dgn tulisan ustz….sengit menyentuh jiwa…
    terima ksh,

     
  11. eyma

    23 Mac 2010 at 3:23 pm

    Salam Ustaz,

    Doakan saya di kurniakan Allah ‘cahaya’ utk mudah memahami bagaimana mendidik diri utk jadi hamba yg mantap ‘berfikir dan berzikir’ dalam erti kata yg sebenar – Memandang dunia ini teringat akan akhirat..seterusnya MENGINGATI SANG PENCIPTA..

    Semoga Allah berikan keberkatan umur, rezeki dan ilmu kepada ustaz…

     
  12. eyma

    23 Mac 2010 at 3:43 pm

    Salam Ustaz,

    Bila buku Mukmin Professional – CELIK MATA HATI berada di pasaran?..semoga saya di takdirkan memiliki buku tersebut..

     
  13. balqiszafira

    23 Mac 2010 at 4:43 pm

    salam ustaz…tahniah ustaz atas buah tgn terbaru NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR…
    sy akn berusaha dptkan buku ni….
    Nota Hati Seorang Lelaki pun best pengisiannye…alhamdulillah =)

     
  14. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:26 pm

    Salam balqis,
    Buku Nota Fikir lebih “simple”. Sengaja buat begitu, untuk memudahkan remaja menghadamnya. Insya-Allah, buku Mukmin Profesional nanti agak lebih serius. Apapun, semoga balqis dan kita semua mendapat manfaat daripada membacanya. Amin.

     
  15. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:27 pm

    Salam eyma,
    Buku Mukmin Pro akan diketengahkan insyaAllah pada bulan Mei nanti. Doakan ya.

     
  16. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:29 pm

    Salam eyma,
    Ya, Allah berilah kepadanya lidah dan hati yang sentiasa berzikir dan akal yang sentiasa berfikir… ke arah menjadi hamba Allah dan khalifah yang lebih baik. Amin.

     
  17. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:31 pm

    Salam haizad,
    Insya-Allah, carilah… moga jumpa. Amin.

     
  18. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:32 pm

    Salam kasih,
    Ya. Doakan kesihatan jiwa dan jasad saya. Untuk kasih juga… semoga Allah limpahkan kekuatan dan kesihatan atas taqwa! Amin.

     
  19. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:34 pm

    Salam saleha,
    Buku-buku Almarhum Fathi Yakan banyak yang saya baca. Dua orang anak saya pun namanya seakan-akan makna yang sama… seorang Muhammad Al Fateh, seorang lagi Muhammad Fat-hi Al Juwaini. Ya Allah, berikan kami lidah dan hati yang sentiasa berzikir kepada MU!

     
  20. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:35 pm

    Slam muhammad,
    Semoga pemburuan itu Allah redhai dengan keberkatan dan ketaqwaan. Amin.

     
  21. gentarasa

    23 Mac 2010 at 5:37 pm

    Salam Kak,
    Bila Allah sayang Allah uji. Bila Allah uji, barulah tersedar siapa kita di sisi-NYA? Semoga ujian dapat kita hadapi dengan pengukuhan iman. Amin.

     
  22. fatin

    23 Mac 2010 at 9:16 pm

    salam alaik ustaz,
    tulisan ustaz sangat menyentuh jiwa.. Siapa kita menentukan cara kita melihat, Cara kita melihat menentukan apa yg kita dapat.. InsyaAllah saya akan meluangkan masa di waktu2 terakhir pesta buku, memandangkan ada 2 buku ustaz yg bakal terbit.. insyaAllah saya akan cuba mendapatkannya.. doakan saya ustaz, semoga dapat manfaatkan apa yg cuba ustaz sampaikan.. terima kasih atas pencerahan..

     
  23. syazana

    23 Mac 2010 at 11:44 pm

    Alhmdllh, tak sabar rasanya hendak membeli dan menghadam nota fikir utk zikir. Buat bahan bacaan ketika cuti semester akan datang. Awalnya, saya pergi ke galeri ilmu di pwtc pada sabtu (20 mac) lepas, tapi dukacita dimaklumkan buku ustaz belum keluar lagi. Harap2nya jumaat ni ada lagi lah ya. Mabruk ustaz! Semoga terus tsabat menulis:)

     
  24. yusofsmart

    24 Mac 2010 at 10:33 am

    Untuk pengetahuan semua, buku NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR sudah berada di booth galeri ilmu B O1.

     
  25. shafifah

    24 Mac 2010 at 4:15 pm

    1. Majlis Maulid/Ta’lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Alhamed : http://wp.me/piAx4-1go

    2. Taqwa Kepada Allah – Al Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-fn

    3. Merasakan nikmat membaca Al-Qur’an – Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-gb

    4. Cinta kepada Rasulullah SAW – : http://wp.me/piAx4-mj

    5. Menggapai Ridho Allah – Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-uG

    6. Pendidik JIWA – Habib Umar Bin Hafiz : http://wp.me/piAx4-1gY

    7. Habib Umar bin Hafiz, Ulama Habaib Terkenal Masa Kini : http://wp.me/piAx4-oP

     
  26. zaidah

    24 Mac 2010 at 4:47 pm

    salam ustaz,

    saya cuma nak ustaz komen sedikit ataupun tulis banyakpun tak mengapa sebab tulisan2 ustaz mmg menyentuh perasaan dan byk yang blh dijadikan panduan. saya minta kalau ustaz ada masa terluang tolong komen tentang gadis2 melayu kita sekarang ni (yang tengah hangat diperkatakan mengikut laporan ada lebih kurang 500 anak gadis kita di Lombok) yang ramai mengikut lelaki luar negara berkahwin atas dasar nama cinta, tapi bila dah tak tahan diuji tak sanggup hidup susah mereka kembali ke tanah air suami ditinggalkan..mungkin ustaz blh komen apakah punca masalah ni adakah salah ibu bapa mendidik atau anak yang degil tak mau dengar kata atau ini salah satu ujian untuk ibubapa atau sudah takdir/jodoh mereka..harap ustaz blh komen ye..kalau dijadikan isu utk keluaran solusi april mungkin lagi menarik..

    semoga ustaz terus diberikan kekuatan dan ilham untuk menulis..
    assalamualaikum ustaz

     
  27. Nur

    25 Mac 2010 at 2:04 am

    Assalamualaikum…

    Tahniah kpd ustaz krn dapat menyiapkan buku terbaru…
    sy suka baca perkongsian ustaz di blog ini..sy dpt bermuhasabah diri bila menbaca setiap yg telah di post oleh ustaz…

    sy nk bg pendpt cket berkenaan dgn design baru blog ni, bg sy design dulu lbih menarik sbb warna dia lbih cerah dan tenang je mata tgk kehijauan..design baru ni plak agak gelap…ini bg pndgn sy je mgkin bg org lain ok…apa2 pun yg penting isinya amat bermanfaat kepada semua. Syukran jazilan ustaz sbb sudi berkongsi ilmu dan pengalaman, hanya Allah sahaja yg dpt membalasnya.(^_^)

     
  28. PuanNawar

    25 Mac 2010 at 5:39 am

    Assalamualaikum ustaz..

    alhamdulillah, kesemua buku ustaz sudah saya khatam..tapi memandangkan sekarang ini saya berada di Yemen kerana masih belajar bersama suami,saya rasa terkilan sungguh kerana tak dapat hadir ke pesta buku dan bertemu ustaz untuk menanyakan beberapa soalan tentang tips2 penulisan..

    semenjak saya baca hasil penulisan ustaz..saya rasa bersemangat untuk menulis juga..tapi saya ke arah puisi dan sajak..untuk menulis seperti ustaz saya mesti banyak membaca..insyAllah,saya akan perbaiki diri dan ilmu untuk berdiri sama baris dengan ustaz dalam bidang penulisan berbentuk dakwah yang santai..ameen..

    semoga segala usaha ustaz untuk agama..akan dipermudahkan olehNya..

     
  29. gentarasa

    25 Mac 2010 at 7:22 am

    Salam PuanNawar,
    Yang penting belajar menulis seperti belajar berenang. Bagaimana nak menulis… jawabnya, terus menulis. Terjun dan terus menulis. Luahkan kebenaran yang hendak disampaikan. Makna dulu sebelum kata-kata. Makna yang akan mencari kata-kata… bukan sebaliknya. Terus membaca, kerana di situ ada proses mempertajamkan fikiran, memantapkan istilah dan kebijaksanaan mencari kata-kata. Apatah lagi kalau kita menulis untuk berdakwah, perlukah kita mencari-cari keindahan untuk menuturkan kebenaran… kerana kebenaran itu sendiri sudah satu keindahan!

     
  30. gentarasa

    25 Mac 2010 at 7:24 am

    Salam Nur,
    Terima kasih. Ya, tentang design baru blog ini… insya-Allah, saya fikirkan kembali. Saya pun sependapat dengan Nur, tetapi kekadang kita mencari kelainan dan perubahan. Rupa-rupanya yang lama juga, tempat jatuhnya hati dan pandangan. Tak pa, nanti kita biarkan dulu… mana tahu ada yang lain ingin beri teguran dan nasihat.

     
  31. sakina

    25 Mac 2010 at 2:08 pm

    salam ustaz….sy ska mmbaca hasil karya ustaz dan trtunggu2 karya yg bru dr ustaz..
    sy akn dptkan buku ini….insyaAllah…

     
  32. Murtadha Rafaai

    26 Mac 2010 at 2:37 pm

    Assalamualaikum ustaz..
    menarik layout terbaru ustaz ni..rasa macam masuk rumah baru (kayu)
    hehe..insyaAllah tak akan lepaskan peluang dapatkan buku-buku ustaz..it’s a must !
    teruskan perjuangan
    🙂

     
  33. Jamaluddin Yeop Majlis

    28 Mac 2010 at 9:16 am

    Tahniah.. Saya dah beli dan baca buku ini. Tajuk 29 “Orang Yang Berjaya Ialah Mereka Yang Memaksa Dirinya Untuk Berubah. Manakala Orang Yang Gagal Hanya Berubah Apabila Terpaksa” memang kena pada diri saya. Rupanya saya orang yang gagal.. Saya akan berusaha lagi agar benar-benar menjadi Orang Yang Berjaya. Ddoakan saya…

     
  34. IMEda

    28 Mac 2010 at 8:01 pm

    salam Ustaz,
    Alhamdulillah, saya telah memiliki buku Nota Fikir untuk Zikir & di mana DIA dihatiku…
    dalam proses membaca…
    Wasalam

     
  35. gentarasa

    29 Mac 2010 at 9:52 am

    Salam IMEda,
    Syukran kerana sudi berkongsi. Tolong bagi teguran dan komen nanti, ya. Insya-Allah. Buku-buku tu ringkas dan simple sahaja.

     
  36. gentarasa

    29 Mac 2010 at 10:07 am

    Salam us yop,
    Syukran kerana mendorong ana. Insya- Allah, ana yakin Yop akan berjaya lebih tinggi dan jauh dari yang sekarang. Ana ingat kita sama-sama susah… menapak dari kaki lima, tapi alhamdulillah persahabatan yang erat dan usaha yang kuat dan paling penting tawakal kepada Allah, kita bergerak ke depan juga. Syukran Yop atas ingatan mu. Ana menyokong perniagaan Yop, dulu, kini dan akan datang. Insya-Allah!

     
  37. nabilah

    29 Mac 2010 at 4:02 pm

    Assalamualaikum ustaz..

    Sy tinggal di johor,bagaimana blh sy dapatkn buku ‘Nota Fikir untuk Zikir’.
    Sy begitu teruja utk mngetahui lebih lanjut isi di dalamnye.

     
  38. IMEda

    1 April 2010 at 6:58 pm

    salam ustaz..
    menarik buku ustaz, tiada teguran dan komen yang dapat di beri.. dimana DIA dihatiku… cantik sangat gambar penghiasnya, di samping puisi2, lirik2 yang enak di baca walaupun simple dan bersahaja..
    tahniah Ustaz… semoga Allah ilhamkan Ustaz idea supaya terus berkarya…
    InsyaALLAh

     
  39. gentarasa

    1 April 2010 at 10:12 pm

    Salam IMEda,
    Syukran. Alhamdulillah dan masya-Allah. Saya hanya mencuba yang terbaik. Mudah-mudahan Allah berikan kita ikhlas agar jadi ibadah.

     
  40. Jamaluddin Yeop Majlis

    2 April 2010 at 9:51 am

    Salam Us Pahrol,
    Baca tulisan saya bertajuk BILAL MUDA JADI USAHAWAN dalam 100 KISAH KEHIDUPAN terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd yg disusun oleh Zakaria Sungib.

     
  41. Jamaluddin Yeop Majlis

    2 April 2010 at 10:03 am

    Tetapi tulisan Us Pahrol MASIN MULUT AYAH dalam buku 100 KISAH KEHIDUPAN sangat menyentuh hati saya..

     
  42. gentarasa

    5 April 2010 at 6:24 pm

    Salam Ustaz Yeop,
    Teman dah baca. Tahniah. Jemput juga semua pengunjung… ke blog sahabat saya ni. Saya kenal dia sejak sama-sama bertandang di kaki lima, tetapi kini sahabat saya sudah jadi usahawan berjaya. Tahniah saudaraku!

     
  43. muslim295

    15 April 2010 at 3:34 pm

    salam..ustz pahrol..saya lihat penulisan ustaz kebanyakanya menyentuh aspek remaja..saya juga meminati gaya penulisan ustaz..cuma saya nak minta ustaz tulis satu wadah yg boleh mengembalikan generasi muda kepada kegemilangan pemuda2 islam zmn dahulu…beri satu kesimpulan bagaimana sebagai seorang remaja dpt mendokong kukuh agama sekaligus menjadi penyebab asbab hidayah agama ALLAH tersebar kepelusuk dunia.

     
  44. rohidzir rais

    24 April 2010 at 9:24 pm

    Salam Ustaz… saya masih menantikan giliran PTS Islamika… :()

     
  45. gentarasa

    25 April 2010 at 9:27 pm

    Salam sahabatku ustaz Rohizir,
    Insya-Allah, saya akan usahakan. Doakan saya ada kekuatan untuk menghadapi segala ujian. Syukran atas ziarah ustaz yang sangat bermakna ini.

     
  46. amira edora

    17 Julai 2011 at 2:10 pm

    alhamdulillah buku bergini lah yang sy cari selama ini….sblm nie hanya bermain di minda sahaja nak memili buku yang penuh pengetian di sebaliknya..alhamdulillah….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: