RSS

BUKAN CINTA BIASA…

11 Mar

Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.
“Apakah ini kerana Allah?” tanya hampir berbisik.
“Ya, wahai isteri ku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu segera berlalu. Tanpa toleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan itu Siti Hajar tidak berkata apa-apa lagi. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim AS berlalu pergi. Tega dan redha. Kalau suami ku bertindak meninggalkan aku kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.

Itulah sedikit gambaran perpisahan kerana Allah. Nabi Ibrahim AS rela meninggalkan isteri dan anaknya Ismail di bumi yang kering kontang. Satu lembah yang gersang jauh daripada manusia, haiwan dan tumbuhan. Ya, itu semua perintah Allah. Demi cinta khalik yang lebih tinggi dan suci, ditinggalkannya cinta terhadap anak dan isterinya. Itulah hati Nabi Ibrahim. Jika dulu dia diuji dengan bakaran api, kini dia diuji lagi oleh perpisahan dengan anak dan isteri.

Jangan disangka hanya Siti Hajar sahaja yang menderita ditinggalkan, tetapi bayangkanlah juga derita suaminya Nabi Ibrahim yang “meninggalkan”. Kekadang orang yang meninggalkan lebih perit dan sakit penanggungannya daripada orang yang ditinggalkan. Namun apakah pilihan Ibrahim, bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa… 

Mengapa hanya kata-kata “apakah semua ini kerana Allah?” yang diminta kepastian oleh Siti Hajar terhadap suaminya Nabi Ibrahim? Mengapa tidak ada ucapan yang lain? Mengapa tidak diucapkan, “kenapa sampai hati kau buat begini?” Tidak, ucapan seumpama itu sama sekali tidak terkeluar daripada mulut isteri solehah seperti Siti Hajar. Apa yang hendak dipastikannya hanyalah satu… semua itu dibuat oleh suaminya kerana Allah. Bila kerana Allah, tenanglah hati Siti Hajar… Tuhan pasti tidak akan mengecewakannya. Suaminya tidak akan menganiayanya.

Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga teras dan asasnya. Jangan ada “kerana” yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun bagaimana teguh sekali pun janji dan peneguhan kata yang pernah dimeterai. Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya – berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.

Sekalipun terpisah, namun cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar tidak pernah luntur. justeru kedua-dua berpegang kepada asas cinta yang kekal… cintakan Allah. Dan bila mereka bertemu kembali, beberapa tahun kemudiannya, cinta itu teruji lagi. Kali ini Nabi Ibrahim diperintahkan pula oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Nabi Ibrahim tekad, Ismail mesti dikorbankan. Tetapi bagaimana Siti Hajar?

Siti Hajar teruji lagi. Nilai anak bagi seorang ibu, kekadang melebihi nilai suami kepada seorang isteri. Ikatan hati antara ibu dan anak jauh lebih teguh dan kukuh daripada ikatan suami dan isteri… begitu kekadang pakar-pakar psikologi mengungkapkan. Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan jiwa Siti Hajar, sekali lagi “jika itu kehendak Allah” dia pasrah. Allah tidak akan mengecewakannya. Siti Hajar rela “kehilangan” anak dan suami berkali-kali. Seperti air zam-zam yang menyuburkan lembah Makkah yang gersang maka begitulah iman yang memperkasa jiwa Siti Hajar. Sekali lagi dia rela dan tega.

Ah, agungnya sejarah itu. Namun di mana asas kekekalan cinta itu masa kini? Kadar perceraian melonjak semakin tinggi. Janji hidup bersama, mati berdua hanya jadi mainan kata sewaktu bercinta. Tetapi sebaik musim bulan madu berlalu, cinta semakin hari semakin terhakis. Dan akhirnya usahkan untuk mati bersama, hidup berdua pun sudah tidak mampu lagi. Suami jemu dengan kerenah isteri. Isteri bosan dengan tingkah laku suami… tak berubah-rubah, macam-macam tu juga. Akhirnya, perceraian pun tidak dapat dielakkan lagi.

Mengapa ini berlaku? Jawabnya, kerana dalam hati suami dan isteri itu tidak ada lagi prinsip “kerana Allah”. Rasa syak wasangka, marah melulu, kecewa, jemu, jeran dan terancam mula bersarang dalam jiwa apabila “bukan kerana Allah” menjadi begitu dominan dalam sanubari suami dan isteri masa kini. Semakin lama berumah tangga semakin ketara segala kelemahan dan kesalahan.

Pada mulanya dicuba-cuba juga bersabar. Ah, demi cinta ku pada nya, begitu pujuk-pujuk hati. Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, segala-galanya masih “gitu-gitu” juga. Bila suami sampai di muka pintu (pulang daripada bekerja), muka isteri mencuka, keluhan atau leteran pun bermula, tidak ada lagi salam berkucup tangan, tidak ada lagi wangian dan haruman, tidak ada jawapan salam yang sopan…

Dulu pernah suami menegur bersulam kata dengan kiasan dan perlambangan. Namun isteri buat tidak tahu kerana di hatinya juga ada “dendam”. Ah, kau sahaja yang ingin aku berubah, kau pula bagaimana? Aku jemu melihat kau umpama raja dalam rumah tangga yang menyuruh aku membuat segala-galanya. Sejak bangun tidur aku bagaikan hamba sahaya yang asyik membersihkan, memasak, mengasuh, mengemas dan seribu satu kerja lagi, gerutu hati isteri.

Kau tidak pernah berubah wahai suami. Pakaian bersepah. Tingkah laku mu jauh daripada yang ku kenal dahulu. Pantang ditegur, ego mu meledak. Kau semakin bungkam dan bisu ketika aku ingin meluahkan dan menceritakan segala-galanya. Dan perlukah aku meluahkannya lagi, setelah berkali-kali kau seakan tuli untuk mendengarnya!

Jiwa yang kecil akan membesarkan masalah yang remeh apatah lagi masalah yang memang besar. Bila di hati tidak ada lagi “kerana Allah”, rumah tangga akan semakin goyah. Di dalam hati sudah timbul bibit-bibit ingin berpisah… Berpisah secara rasmi dengan jatuhnya talak bersendikan syarak atau berpisah secara sepi, dengan putusnya ikatan cinta tanpa kemesraan dan keharmonian hati.

Jasad rapat, tetapi hati kian jauh terpisah. Sesetengah pasangan nekad terus mengambil keputusan untuk berpisah. Jika begini apa gunanya ditunggu lagi, kita bercerai! Dan sesetengah pasangan pula tetap di situ mempertahankan cinta yang bagaikan hidup segan mati tak mahu – “better bend than break” (biar sekah asalkan tak patah). Golongan ini sabar mengharungi perkahwinan yang tidak bahagia.
Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, di suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). Tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinan yang tidak bahagia… cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasangan ku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu, mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja…

Siapa antara kedua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar degan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai!

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah “kerana Allah”. Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama… tetapi oleh orang yang sabar.

Justeru, walau seteruk mana kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.

Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim… namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata “kerana Allah”. Ingatlah, ragam, karenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.

Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita “kena hidup dengannya.” Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan… Mengapa? Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepada-Nya.

Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnyaMulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu

Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

 
55 Komen

Posted by di 11 Mac 2010 in Uncategorized

 

Label: , , , , , ,

55 responses to “BUKAN CINTA BIASA…

  1. dinilhayah

    11 Mac 2010 at 8:21 am

    assalamu’alaikum….

    …..bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa…

    syukran….renungan yang amat bermakna untuk pagi ni…

    jazakallah ustaz…

     
  2. siti

    11 Mac 2010 at 9:02 am

    salam ustaz..terasa rendahnya diri ini..jauh dari sifat yg dimiliki siti hajar…insyaAllah akan ku kuatkan hati dan jiwa sebagaimana siti hajar mengharungi hidup yg penuh dugaan..terima kasih byk2 ustaz..entri ini betul2 mengetuk pintu hati ini agar sentiasa bersabar…Allah menguji diri ini kerana Dia sayangkan saya…jika tidak diuji mungkin saya akan jauh dariNya…Subhanallah….

     
  3. shafifah

    11 Mac 2010 at 9:29 am

    Bicara Ummah dan Maulid di Masjid UKM, Bangi HARI INI 11 MAC 2010, KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2010/03/bicara-maulid.jpg

     
  4. taufiq razif

    11 Mac 2010 at 2:26 pm

    ketika cinta merintih,
    hati mulai sedih,
    jasad mulai letih,
    pilu..ngilu..belagu sendu,

    ketika bertasbihnya cinta,
    Dia yang akan memelihara,
    Dia yang akan menyempurna,
    hingga akhirnya kita tersenyum jua..

     
  5. DF

    11 Mac 2010 at 2:32 pm

    Alhamdulillah… senang hati bila kembali diingatkan…

     
  6. rosez

    11 Mac 2010 at 3:30 pm

    Trima kasih Ustaz… tulisan Ustaz dr Kemudi Hati Majalah Anis, hingga Majalah Solusi, kemudian kenal dr blog ini mmg tidak pernah menghampakan. Alhamdulillah smoga Ustaz terus diberi ilham yg byk oleh Allah SWT utk terus menggetarkn jiwa keinsafan generasi2 muslim masa kini.

    p/s : Mohon kebenaran Ustaz utk copy entri dan send melalui email kpd keluarga dan rakan2 lain; disertakan url blog ini.

     
  7. mas

    11 Mac 2010 at 4:50 pm

    saya nak jadi sumayyah untuk suami saya. wlu sukar, moga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada kami..ameen..🙂

     
  8. amir

    11 Mac 2010 at 6:33 pm

    salam ustaz.. hee lama tak komen. syukran atas entri ini. “kerana Allah” menjayakan segala-gala urusan manusia! wallahu’alam

     
  9. reader

    11 Mac 2010 at 10:22 pm

    Terima kasih atas nasihat. Alhamdulillah.

     
  10. MaksuNurul

    12 Mac 2010 at 7:41 am

    Aslkm wbt..buatlah sesuatu atas dasar mencari redha Allah..walau perlakuan tak semudah mengucapkan “mencari redha Allah”, usahalah..orak langkah satu persatu dlm mencari keredhaanNya..Moga Allah permudahkan urusan kt dlm melakukan sesuatu keranaNya..amiin.. Renungkan kt2 hikmah-“Perjuangan itu memang memematkan..kadangkala mengundang putus asa..Yg penat itulah bakal melahirkan keizzahan seorg hamba, dan ketabahan yg berharga..”

     
  11. shafifah

    12 Mac 2010 at 10:10 am

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2010/03/munzir.jpg

     
  12. Ummu Rafiq Raihanah

    12 Mac 2010 at 10:27 am

    Salam ustaz,
    ” Bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah”. ” Kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah” InsyaAllah kita akan berjaya menjadi suami isteri yang soleh dan solehah dipayungi baiti jannati….

    Terima kasih ustaz atas nukilan ini…

     
  13. kokmi

    12 Mac 2010 at 11:11 am

    Alhamdulillah ilmu yg dikongsikan, terkadang bukan sekadar entry ustaz sahaja yg dihadam, malah komen sahabat yg lain juga turut menjadi ‘dessert’ yg bagus untuk dikongsikan bersama.. syukran🙂

     
  14. Teja

    12 Mac 2010 at 11:49 am

    Salam ustaz.

    “Bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa”

    Terima kasih atas entri ini..mengigatkan saya ‘keputusan’ yang pernah dibuat utk meninggalkan ‘cinta’ nafsu untuk menggapai ‘cinta ilahi’ yang hakiki. Memang payah untuk ‘meninggalkan’ tapi bila mengenangkan ‘cinta ilahi’ yang diberkati dunia dan akhirat, saya pasrah. Sabar itu ubat terbaik. Yakin Allah akan gantikan yang lebih baik. Alhamdulillah, Allah telah gantikan cinta yang ‘ditinggalkan’ dengan cinta yang saya cari selama ini. Keputusan ‘meninggalkan’ cinta itu saya buat tahun lalu selepas membaca Solusi Jagalah Hati. Syukur sgt2, petunjuk Allah datang ketika hamba-NYA ini hampir2 TEWAS..Allah masih sayang saya..Syukur dan syukur..Sabar dalam derita

    “Moga dia pendampingku dunia akhirat..Syurga dalam rumahtangga.Ameen”

     
  15. Ayu

    12 Mac 2010 at 4:10 pm

    Salam ustaz, mohon izin utk letak link blog ini kat blog saya. Terima kasih di atas ilmu yang dikongsi.

     
  16. kemboja

    12 Mac 2010 at 10:33 pm

    Askum..Sya amat tsentuh memahami setiap bait2 nota-nota indah ttg cinta ini..mmg benar bila kta cinta Allah yg lain akan dtg menyusul dgn lebih indah dan dredhaiNya..Mmg bila menatakan ttg perpisahan hati bgitu dgayuti kerisauan dan ketakutan..walhal sgalanya pinjaman cuma..bila cita Ilahi mndalam di hati kta jd kuat dan tabah hadapi sgala..Sya jga blajar utk sekuat Siti Hajar wp sya tahu blum mampu ke arah teguhnya jiwa Hajar mghadpi perpisahan suami tercinta..Itulah mahar yg perlu dibayar demi meraih kekuatan cinta abadi dan iamn yg kukuh..Segalanya krn Allah..Mg Allah memberi saya kekuatan agar tabah mghadapi perpisahan dlm arus khidupan ini..Krn saya yakin takdir Allah ada kebaikan..Ujian yg tak berkesudahan ini mgkn saluran terbaik utk sya terus mengenaliNya tanpa putus..

     
  17. sakina

    13 Mac 2010 at 12:52 pm

    Assalamualaikum,sy sgguh t’sntuh dgn kiah nabi Ibrahim dan Siti Hajar….
    sgt indah jika sebuah prkahwinan disulami kesabaran yg teguh hanya krn Allah…

     
  18. lebahfaqir

    13 Mac 2010 at 1:12 pm

    Assalamu’alaikum,
    jazakaLLAH ustaz, ats tulisan yg sgt bermanfaat insyaALLAH,
    boleh diaplikasikan dlm pergaulan antara anak,dgn ibu ayah…adik beradik, sahabat, dn sesama insan dlm hidup kita…
    walaupun mustahil untuk mjadis sesempurna insan, insyaALLAH di sana sntiasa ada jln untuk kita menjadi lebih baik…moga2 hidup kita smua sntisa terpimpin dgn hidayahNYA..ameen!

     
  19. umair insyirah

    13 Mac 2010 at 3:05 pm

    subhanallah..mhn izin copy ye us..buat tatapn km suami isteri=)

     
  20. eBook-eBook Emas

    14 Mac 2010 at 12:28 am

    Menarik sekali post uztaz.. Boleh juga menjadi pedoman buat diri dan bakal orang rumah kelak. Hehee..
    Terima kasih.

     
  21. Nurr Iman

    14 Mac 2010 at 1:46 am

    Subhanallah..
    Indah sungguh kata2 ustaz,ilham dari Yang Esa.
    Mmg benarlah ustaz andainya dalam hati terpahat kalimah “KERANA ALLAH”.. tiap2 cubaan menjadi indah.
    Even perpisahan dgn si dia juga menjadi tersangat indah..
    Entri ustaz kali ini menjadi tarbiyah jiwa bwat sya ustaz.syukran..
    Muga …..’bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa’…. menjadi pegangan dan pedoman bwat kita semua selagi hayat d kandung badan.
    Wallahua’alam.
    Jazakallahu khairan kathira..

     
  22. IMEda

    14 Mac 2010 at 11:51 am

    Subhanallah…
    Allah bagi Ustaz ilham untuk menulis dengan baik menusuk hingga ke dalam hati…
    moga dakwah ustaz berterusan dan sentiasa di beri hidayah, inayah & ilham dari ALLAH semoga terus dapat berkarya..
    wasalam

     
  23. shafifah

    15 Mac 2010 at 10:16 am

    1.ESOK MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

    2.Pandangan NU/Nahdlatul Ulama tentang Perayaan Maulid Nabi dan Kontroversi Ma’na Bid’ah : http://wp.me/piAx4-1de

    3.Mengapa Mempertikaikan Maulid? – Syeikh. Fuad Kamaluddin : http://wp.me/piAx4-1bf

    4.Sambutan Maulidurrasul.Hukum dan Perbahasan. : http://wp.me/piAx4-1aC

    5.Hukum Menyambut Maulidul Rasul -Ustaz Rashidi : http://wp.me/piAx4-ne

    6.Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ? : http://wp.me/piAx4-1ap

    7.Mengapa sambut Maulid Nabi-Yayasan Sofa : http://wp.me/piAx4-1at

    8.Tanda Cinta Kepada Rasulullah : http://wp.me/piAx4-1an

    9.Maulid Nabi SAW : http://wp.me/piAx4-1a6

    10.Mengenai Maulid Nabawi : http://wp.me/piAx4-19X

    11.Memperingati Manusia Agung : http://wp.me/piAx4-19L

    12.Risalah sambut Maulidurrasul s.a.w : http://wp.me/piAx4-19J

    13.Mawlid – Fatwa Ibnu Taimiyyah : http://wp.me/piAx4-mq

    14.Mawlid – al-Qardhawi : http://wp.me/piAx4-mo

    15.Marhaban Ya HabibAllah : http://wp.me/piAx4-19r

     
  24. kasih

    15 Mac 2010 at 3:39 pm

    Aku tidaklah sesabar Siti Hajar tapi atas peneguhan kata ‘kerana Allah’ itulah yang menjadi pengubat lara sekepinh hati……..moga ada kekuatan untuk bersabar

     
  25. umat Nabi

    15 Mac 2010 at 6:20 pm

    Subhanallah.. Mohon copy ustaz ya…

     
  26. Syahadah Alina

    17 Mac 2010 at 2:17 am

    Apabila segalanya kerana Allah..
    Maka lunturlah segala kesedihan dan kedukaan..
    Ketika diri dan hati diuji dengan dugaan..
    Terubat segala kelukaan..
    Saat hati terfikir janji Tuhan..
    Bukan janji yang dikejarkan..
    Tapi redha Allah yang diinginkan…

    Subhanallah..
    Semoga Allah merahmati ustaz..

     
  27. NurSyahadah

    18 Mac 2010 at 1:22 am

    assalamualaikum ustaz..
    alhamdulillah ustaz masihdi beri ruang oleh Allah Ta”al untuk memanjangkan ruang ini.ia banyak membantu saya untuk muhasabah diri,
    ustaz, boleh tak ustaz tulis sesuatu berkaitan dengan fenomena alam dan manusia sejagat yang semakin banyak malapetaka kebelakangan ini??..mungkinkah kejadian ini sebagai satu peringatan dari Allah Ta’ala bahawa alam ini semakin dekat dgn penghujung usianya??syukran ustaz.saya akan menanti setiap entri ustaz..

     
  28. kukubima

    18 Mac 2010 at 9:26 am

    salam ustaz..

    maaf dipinta sbb sy telah copy artikel ni utk diemailkan kpd kwn2 sy…
    sy hrp ustaz izinkan..trima kasih..

     
  29. nur_keindahan9219

    19 Mac 2010 at 12:11 am

    alhamdulilah….Semua dtg dr ksih syg Allah….hidup kita xbermakna tnpa rasa kasih n cnta terhadapNya…fitrah manusia yg diciptakan oleh Allah- Pencipta yg agung…tp knpe trasa sukar sekali untuk memberikan Cinta itu pdNya…. tp HAti ttp merintih meminta untuk diisi…tp ketahuilah jln untuk dpatkan cintaNya…bkn mustahil…rasailah kenikmatannya pabila bersusah payah untuk menemuinya….salam ustaz…dah lama meminati penulisan ustaz.. smga ustaz trus dpt berbakti dlm bdg ini…harapan agar sy dpt menjadi salah seorg yg dpt memberi smbngan dlm bdg ini kepada masyarkat terutamanya… maaf dipnta..saya ada copy artikel ustaz n kata2 untuk tatapan sndri…untuk tmbhkan kefahaman…terima kasih..

     
  30. dianaharif

    20 Mac 2010 at 2:29 am

    assalamualaikum…

    Subhanallah… bercinta dan segala2nya KERANA ALLAH… itu yg paling manis dlm hidup. Mg2 Allah kuatkan kte untuk sntiasa jaga hati+niat… ameen.
    (ustaz, mohon link blog ustaz dr blog saya, ye…syukrn..)

     
  31. aida noordina

    20 Mac 2010 at 2:10 pm

    asalamualaikum.ustaz minta izin copy entry ini ya.

     
  32. gentarasa

    21 Mac 2010 at 7:24 am

    Salam aida,
    Silakan. Insya-Allah, saya sangat ingin berkongsi ilmu.

     
  33. adibah

    21 Mac 2010 at 8:41 am

    alhamdulillah…mbca tulisan ustaz dr Anis..Solusi..smpai di sni..sntiasa mmberi motivasi utk sy..sglanya apabila kerana Allah ..pasti takkan mngecewakan
    insya Allah..
    syukran ustaz..mga ustaz terus diberi ilham & ptunjuk dr Allah untk terus berkarya dan mnyampaikan dakwah yg mmbuka jalan utk insan lain mncari keredhaan Allah..

     
  34. gentarasa

    22 Mac 2010 at 7:10 am

    Salam adibah,
    Syukran juga buat anda. Didoakan agar diberi taufik dan hidayah dalam apa jua tindakan. Amin. Terima kasih atas doa itu… sesuatu yang sangat saya harapakan.

     
  35. gentarasa

    22 Mac 2010 at 7:25 am

    Salam diana,
    Bukan mudah, tetapi tidak ada cara lain… cinta Allah adalah sumber untuk kita cinta segala, semua… sentiasa.

     
  36. aziza

    24 Mac 2010 at 4:16 pm

    subhanallah… cantiknya blog ustaz yg baru ni.. TAHNIAH ustaz.. teruskan merawat hati hati kami yang sayu dan layu ini ye..

     
  37. ketenanganygdcari

    26 Mac 2010 at 10:03 pm

    salam..terima kasih ustaz atas sgala2 nasihat yg diberi..hati sy sudah mula terbuka sedikit dlm memahami erti cinta..smoga ianya Allah bukakan jln utk sy lebih memahaminya..amin..:-)

     
  38. IMEda

    28 Mac 2010 at 10:54 pm

    salam ustaz, saya me’link’ kan artikel ini ke fb saya ye.. Terima kasih

     
  39. gentarasa

    29 Mac 2010 at 9:53 am

    Salam IMEda,
    Ok. tak da halangan.

     
  40. hamba

    30 Mac 2010 at 10:59 am

    Menarik, terima kasih tuan. Sungguh menggugah

    Cuma sebenarnya asal dari makna/lughah menurut sejarah tiada siti, yang ada hanya SIDTI yakni, Puan. dan menambah Siti di Hajar, menambah yang tiada.

    Allahua’lam

     
  41. gentarasa

    30 Mac 2010 at 11:37 am

    Salam hamba,
    Syukran atas pembetulan. Harap pengunjung dapat ambil perhatian.

     
  42. nani

    10 April 2010 at 8:46 pm

    Menerima pasangan seadanya bermakna redha dengan jodoh yang ALLAH tetapkan.Bila bahagia dgn jodoh,kita gembira.Bila sengsara melanda,itulah ujian NYA.Berusaha mempertahankan jodoh samalah seperti membina masjid ,pertahankanlah masjid yang dibina ke penghujung nyawa kerana tangan yang membina jangan menjadi tangan yang sama memusnahkan dan meruntuhkannya.Jika masjid dibina atas dasar KERANA ALLAH pasti masjid akan kukuk berdiri teguh biarpun di landa tsunami. MASJIDmu,syurga hidupmu kerana KEYAKINANMU HANYA ALLAH SWT menentukan siapa JODOHMU.

     
  43. gentarasa

    11 April 2010 at 6:06 pm

    Salam,
    Bila Allah membawa kita bertemu dengan “dia” nescaya Allah akan membantu kita untuk hidup bersamanya. Jika terpisah jua… itu ujian Allah. Mana ada yang kekal? Ya, Allah bantulah kami sentiasa bersangka baik dengan segala ketentuan-Mu!

     
  44. mohd noor

    13 April 2010 at 9:09 am

    Salam, tak perasan selama 22 berkahwin ni ustaz, segala ketidak samaan kita dgn pasangan, kerenah pasangan kita, memang tepat lah ustaz, rupa2nya Allah mengutus dia dlm hidup kita untuk kita merintih kpd Allah, bukankah Allah menyukai orang yang mengadu kepadaNya… subhanallah

     
  45. Mohd Nadzri Mustakim

    29 April 2010 at 6:19 pm

    Masya Allah…. sungguh mengagumkan…

     
  46. Nani Saudiar Zakir

    7 Mei 2010 at 10:54 am

    Salam Ustaz…
    Ingatan yang cukup mendamaikan jiwa ini. Soalan yang sering berlegar di fikiran, kini sudah terjawab. Kerana kasih dan cinta pada Allah, ujian demi ujian akan terus diri ini tempuhi. InsyaAllah.

     
  47. siti aishah

    21 Mei 2010 at 12:43 pm

    ustaz, ana menangis di depan kelas ktika baca tulisan ustaz bukan cinta biasa..mujur students xnampak..hum tgh jwb xm..syukran jazilan atas tulisan yg sgt brmkna tu..ana copy ke blog ana utk dkongsi dgn yg lain..smoga dakwah ustaz tdk trhenti dsini saja malah trus dhebahkn ke serata dunia mlalui diari maya ni..truskan perjuangan..insyaallah

     
  48. gentarasa

    21 Julai 2010 at 7:33 pm

     
  49. Nor

    20 Ogos 2010 at 4:34 pm

    Assalamualaikum ustaz
    saya mohon izin untuk share ya.
    terima kasih.

     
  50. halman

    26 Ogos 2010 at 3:21 pm

    Askum…..ustaz
    Tulisan yamg mantap ini tlh mengajarkn tentg erti perhubungan suami isteri yg sbnr. Insyaallh…saya cuba membina rumahtgga nanti berdsrkan teladan dari ini…

     
  51. Didi

    5 September 2010 at 2:07 pm

    assalamualaikum ustaz…

    mohon izin ustaz untuk berkongsi tulisan ini dalam blog saya ya…
    syukran…=)

     
  52. yanti

    19 September 2010 at 11:00 am

    assalammualaikum pa’ ustadz
    ohon izin share yah pak ustad terimakasih tulisannya membukakan matahati saya ..
    wassalammualaikum

     
  53. zulaikha

    21 September 2010 at 2:28 pm

    assalamualaikum…
    SUBHANALLAH..,walaupun saya belum berkawin sungguh saya boleh menjadikan ilmu yang baru ini untuk bersamanya dengannya,inshALLAH…
    syukran ustaz….:)

     
  54. wani

    12 Oktober 2010 at 1:35 pm

    Salam ustaz..Semuga Allah sentiasa mnghidup dan memberi ilham pada ustaz untuk terus merawati hati- hati yang lemah dan layu di pihak kami.. syukran ustaz…wassalam

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: