RSS

YANG LEBIH INDAH DARIPADA CINTA!

12 Nov

91524579Telah  ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.

Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.

Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.  

Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah sidia seperti yang kita lihat pada malam pertama?

Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…

Pun begitu bagi si isteri… penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain “virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
“Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?”
“Tergodakah dia bila di belakangku?”
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.

Pernah anda lihat si suami yang “diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!

Ada si suami yang curi-curi memeriksa “inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?

“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?”
“Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?”
“Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!

Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.

Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.

Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.

Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.

Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.

Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
“Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.”
“Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”

Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita),  burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai… itulah dipercayai!

Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu  mendapat gelar  “Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?

 
54 Komen

Posted by di 12 November 2009 in Tentang Cinta

 

Label: , , , , ,

54 responses to “YANG LEBIH INDAH DARIPADA CINTA!

  1. ain

    12 November 2009 at 11:51 am

    Salam ustaz,

    Akhirnya saya temui satu artikel yang sesungguhnya MEMBINA dan amat sesuai untuk dikongsi bersama muda mudi masa kini yang lebih beranggapan CINTA dan DICINTAI itu satu kewajiban dalam kehidupan sedang kita punya CINTA kepadaNya yang perlu dipelihara…

    Membina KEPERCAYAAN juga tidak semudah melafazkan I LOVE YOU~~~
    Adakah mereka sedar yang sepatutnya ungkapan I TRUST YOU perlu dilafazkan terlebih dahulu? =)

    Semoga Dia sentiasa kurniakan Ilham buat ustaz dan dipermudahkan segala urusan untuk terus berkarya… Amin~

     
  2. abdul rahman ali

    12 November 2009 at 12:45 pm

    antara sumber makanan yang menyebabkan kita mudah prasangka dan skeptekal adalah protein yang mudah terjadinya kolesterol. hati mudah terbeban dengan toksik dan racun yang berkumpul dalam darah, akhirnya daya imaginasi kita lebih terdorong kearah yang negatif….jaga2 dengan sumber permakanan kita..

     
  3. su

    12 November 2009 at 1:07 pm

    Pedoman dan panduan untuk sama sama di kongsi

     
  4. khairul

    12 November 2009 at 1:53 pm

    salam tuan,

    terimakasih atas kupasan yang “mengingatkan” diri yang sering lupa dan lalai ini

     
  5. Lathifah Ulfa

    12 November 2009 at 3:31 pm

    Salam Ustaz, terima kasih di atas suatu coretan yang indah. Menusuk dalam kalbu. Hilang seluruh rasa cemburu dan curiga pada suami.

    Semoga Allah merahmati Ustaz dan memberi kekuatan kepada Ustaz untuk terus berkarya

     
  6. redline

    12 November 2009 at 4:35 pm

    very nicely written. thanks for dis article

     
  7. TAQWACORE

    12 November 2009 at 4:59 pm

    JazakAllah, ustaz , maaf kerana lama tak menjenguk, sibuk sekolah hujung tahun…teringatkan ustaz bila baru menerima langganan Solusi bulan 10 pagi tadi

     
  8. rose kalas

    12 November 2009 at 10:00 pm

    Salam ustaz.

    Kali ini saya mahu jadi yang pertama, boleh tak ustaz? Dalam rumah tangga, kalau ada senyuman dan tawa, terasa lapangnya tapi bila muncul wajah benci dan sugul, terasa amat sempit dan sesak.

     
  9. farahzulaikha

    12 November 2009 at 10:19 pm

    Salam’alaik.

    SubahanaAllah.. Kepercayaan adalah sangat penting. Dan apabila disimpulkan bersama tautan akidah yang satu iaitu Allah, kedekatan hati antara manusia itu pasti akan dapat dirasai. Akhirnya bercita-cita untuk bersama sehingga bertemu di taman syurga…

    Jazakallahukhair untuk bingkisan yang indah ustaz..

     
  10. pali

    13 November 2009 at 5:59 am

    salam.. sang nakhoda.

    takutnya mendengar cerita selepas kawin sebegini. huhuhu. Sedar kebijaksanaan itu anugerah. manalah boleh orang yang kailnya panjang sejengkal mahu menduga dalamnya lautan. Hanya nakhoda berpengalaman sahaja tahu.

    Moga yang akan menyusul kemudian ini diberikan kekuatan.

    Terima kasih atas ilmu yang selalu diperingatkan. Buat panduan. (kata saya sambil meng’copy-paste’ artikel ini dalam diari. heh)

     
  11. sunah

    13 November 2009 at 1:20 pm

    salam wrt..

    ana percaya dengan kata2 ustaz..bukankah pada dasarnya kita MENCINTAI DIA kerana kita PERCAYA? sama2 kita semua fikir dan renungkan…wallahua’lam..

     
  12. hamba Allah

    13 November 2009 at 11:11 pm

    assalamualaikum usatz, untuk pengetahuan ustaz, saya seorang yang sangat baru dalam mengenal Islam meskipun saya azalinya seorang muslim. saya masih kabur dan jahil tentang pekara2 dan hukum Islam dan saya sedang berusaha memahaminya dan saya yakin ustaz mampu menjawab kemusykilan saya ini. dalam artikel ni, ustaz ada mengatakan bahawa di awal sebelum perkahwinan, pasangan harus mengenali diri setiapnya. tetapi saya keliru kerana saya juga ada mengetahui bahawa kita sepatutnya bercinta selepas kahwin. tapi bagaimana nak bercinta selepas kahwin kalau si dia tu kita tak kenal sepenuhnya? bagaimana nak kenal satu sama lain tanpa perlu berkenal-kenalan? saya sangat mengharapkan jawapan dari ustaz..

     
  13. gentarasa

    13 November 2009 at 11:50 pm

    Salam hamba Allah,
    Maksud perkenalan sebelum kahwin itu bukan seperti yang difahami sekarang – dating, bergaul bebas. Tetapi melalui perantara yang soleh (orang ketiga). terlalu panjang untuk saya terangkan di sini. Tetapi telah saya jelaskan secara lebih terperinci dalam buku saya TENTANG CINTA dan DUA HATI SATU RASA. Ya, cinta selepas kahwin lebih selamat dan indah. Tetapi cinta sebelum kahwin pun tidak mengapa asalkan SYARIAT terjaga. Tetapi itu agak payah dijaga. Tetapi kalau telah ditempuh, cari jalan segera untuk kahwin (jika sudah muktamad kata hati dan istikharah mengadu kepada Allah).

    Jika benar dan betul jalan kita, Alhamdulilah. Jika belum, kita mujahadah. Jika terbabas, kita bertaubat. Pokoknya kita jaga tauhid kita kepada Allah. Allah sayang kepada hamba-Nya yang taat, dan DIA juga sayang pada hambaNya yang taubat. Wallahua”lam.

     
  14. abdul rahman ali

    14 November 2009 at 10:18 am

    simbolik cinta ada pada warna PINK. terjadinya warna merah jambu adalah hasil dari campuran warna merah dan putih. merah bermaksud berani, melaksanakan, tabah, cekal dan syukur. manakala putih melambangkan sifat yang tulus, semangat, suci, terus terang dan tawakal…alangkah baiknya jika dapat mengimbangi sifat2 tadi bagi membina campuran yang sekata anata putih dan merah bagi mewujudkan warna PINK yang harmoni !!!!

     
  15. ana_muslim

    14 November 2009 at 1:53 pm

    salam…
    setuju dgn ustaz…
    cuma nak menyelit sikit…nak tanya…tentang istikharah…macam mana kita nk tahu jawapan kepada istikharah kita tu? ada yg cakap, nampak muka..ada jugak yg cakap..just dapat nama saja…saya x berapa tahu sgt…harap ustaz dapat perjelaskan serba sedikit…

    *maaf, lari sikit dari tajuk…

     
  16. jannatul raudhah

    14 November 2009 at 2:04 pm

    mohon copy paste artikel ini yer ustaz..

     
  17. gentarasa

    14 November 2009 at 4:49 pm

    Salam jannah,
    Ya, silakan. Syukran atas sokongan.

     
  18. gentarasa

    14 November 2009 at 4:53 pm

    Istikarah itu bukan sahaja ketika kita tidak ada keputusan. Malah jika sudah ada keputusan pun perlu istikharah juga. Minta Allah redai keputusan kita itu. Bagaimana nak dapat jawpan dari istikharah kita? Jangan tunggu alamat yang pelik2… seperti mimpi, bayangan dsb. Yang penting Allah datangkan ke dalam hati kita keyakinan, ketenangan dan ketetapan hati pada keputusan kita itu.

     
  19. gentarasa

    14 November 2009 at 4:54 pm

    Salam sahabatku,
    Tolong2lah bantu doakan dan rawatkan saya ya. Bantu jugalah dengan memberi respons yang boleh kita kongsikan bersama dengan saudara2 yang lain.

     
  20. ana

    14 November 2009 at 10:03 pm

    Alhamdulillah ..terima kasih Ustaz diatas artikel yg sangat memberansangkan..akhirnya sy ketemui jawapn untuk masalah yang saya hadapi sekarang..
    belum tahap bercinta pun lagi tetapi perasaaan cemburu itu sudah melebihi segala-galanya..
    Alhamdulillah, tuhan hantarkan jawapn kepada sy melalui artikel Ustaz ini..syukrann..~”Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!”..suke ayat ni..(^_^)

     
  21. mencariRedha

    15 November 2009 at 7:22 am

    salam ustaz..
    bila kita berada dijalan dakwah..
    org perkatakan lebih baik kawen dgn satu fikrah y sama dgn fikrah kita..
    pendapat ustz bagaimana?

     
  22. SiapalahAku

    15 November 2009 at 7:25 am

    salam ustaz..terima ksh pkongsian ni..lovely article.
    artikel y memberi ilmu bt mreka y belum berumahtangga jg

     
  23. mencariRedha

    15 November 2009 at 7:28 am

    salam ustaz

    bila berada dijalan dakwah

    org mengatakan lebih baik kawen dgn org y satu fikrah dgn kita

    pendapat ustz?

     
  24. SiapalahAku

    15 November 2009 at 7:30 am

    salam..artikel y memberi ilmu jg buat mereka y belum berumahtangga

     
  25. mencariRedha

    15 November 2009 at 7:34 am

    salam ustaz…

    maaf, jika komen sy keluar bnyk kali..sb sy hantar tp tk appear

    bgaimana pendapat ustz,
    bila berada dijalan dkwah..
    org mengatakan berkahwin dgn org y sefikrah dgn kita tu lagi baik…
    pendapat ustz?

     
  26. gentarasa

    15 November 2009 at 11:32 am

    Salam,
    Benar jika sefikrah (sepemikiran) dan fikiran itu menjurus kepada Islam, mudah kita menyatukan hati nanti. Itu satu jalan. Tetapi jalan menuju Allah ini banyak, mungkin sebelum bersatu fikrah masih sedikit berbeza, tetapi bila kita mendidik (sebagai suami) atau mengingatkannya (sebagai isteri), ada harapan fikrah itu di satukan. Dan jiwa kita akan bersatu jua nanti. Itu satu jalan lagi. Yang mana satu pilihan? Tepuk dada, tanya iman… Jika ada orang lemas di sungai, kita pandai dan kuat berenang, terpuji menolongnya. Tetapi jika kita sedang sakit, jahil pula berenang… tak takutkah dihanyutkan?

     
  27. NAZARIZAH

    15 November 2009 at 12:10 pm

    salam ustaz,saya peminat setia artikel-artikel ustaz sejak akhir-akhir ini..selalu ternanti-nanti artikel-artikel ustaz yang menyuburkan rohani.paling manis pada saya ialah artikel MENCARI PELANGI CINTA..YANG LEBIH INDAH DARI CINTA tidak kurang hebatnya.Suami dan anak-anak hanyalah pinjaman Allah.semuanya bukan hak kita..terima kasih kerana menyedarkan saya yang selama ini sering berasa mempunyai hak mutlak ke atas suami.saya mesti selalu memberi dan bukan hanya menerima…teringin membaca buku ustaz NOTA HATI SEORANG LELAKI…

     
  28. hamba Allah

    16 November 2009 at 2:20 am

    salam,
    terima kasih ustaz. jawpn itu benar2 membuatkan saya sedar tentang betapa taksubnya saya dengan cinta dunia. alangkah bodohnya saya yang tidak menyedari selama ini bahawa Allah benr2 sygkan saya,. Syukur saya dibukakan hati untuk mengunjungi blog ustaz. terima kasih ustaz..
    P/s; buku ustaz tu kalau nak carik,kat mana ya?

     
  29. anamuslimin89

    16 November 2009 at 3:42 am

    Alhamdulillah..

    assalamualaikum ustaz, terima kasih buat kesekian kalinya atas artikel yang amat-amat bermakna buat saya. Buat pembaca sekalian, ingin sekali saya berkongsi kisah saya dengan kalin, tetapi apakan daya, kisahnya terlalu panjang untuk ditulis di sini.=) saya telah bercinta, hampir 4 tahun, namun kini KAMI telah ambil keputusan untuk sembunyikan cinta kami dan hanya berserah pada yang Esa.. Moga Allah akan meredhai hubungan yang suci tanpa menghampiri zina yang amatlah sukar untuk ditolak.. buat teman-teman..ketahuilah, teramat sukar menolak zina ketika bercinta..zina hati terutamanya.. Maka, cubalah, jauhinya ataupun, putuskan hubungan yang dirasakan tercemar dengan zina. Sesungguhnya cinta memerlukan pengorbanan.. hanya cinta kepada Allah yang kekal abadi.. SubhanAllah..

     
  30. gentarasa

    16 November 2009 at 8:00 am

    Salam Hamba Allah,
    Kita sama-sama sedang mujahadah. kadangkala kita sedikit kuat, kita memberi ingat. Kekadang kita lemah, pinta diperingatkan. Begitulah bolak-baliknya hati. Mari kita pinta hidayah Allah dalam mencari kegigihan dan kegagahan dalam mujahadah. Buku Nota Hati, saya lihat banyak di MPH.

     
  31. gentarasa

    16 November 2009 at 8:02 am

    Salam ana muslimin,
    Bila bercinta kerana Allah dan tulus untuk bernikah… Insya-Allah, Allah akan bantu. Doa kami semua (saya dan pembaca) untuk dikabulkan hajat-hajat yang baik oleh kalian berdua. Amin.

     
  32. briots07

    16 November 2009 at 11:09 am

    salam ustaz,
    komen ustaz no 31,”Bila bercinta kerana Allah dan tulus untuk bernikah… Insya-Allah, Allah akan bantu” maknanye boleh ye bercinta? saya baru je tahun lepas tahu yg couple tu haram seperti yg diuar2kan di matrix saya tahun lepas. ustaz saya melarang segala bentuk zina ni termasuk couple yg di encodekan dgn islamic.so, berdasarkan komen ustaz, macam blh je bercouple..blh tak ustaz kupas lebih lanjut ttg zina beserta hadis2 yg berkaitan..
    jazakallah

     
  33. Nur Muhammad

    16 November 2009 at 4:52 pm

    Salam..saya ingin berkongsi pengalaman tentang perkahwinan tanpa cinta,
    tak pasti ruangan ini cukup untuk coretan saya ini. Perkenalan saya & suami diatur oleh teman & suaminya. Perjumpaan pertama juga ditemani oleh mrk sekeluarga. April bertemu empat mata, September bernikah. dlm tempoh tersebut saya bertemu suami sebanyak 7 kali (perjumpaan pertama, diperkenalkan kpd anak2 – suami duda kematian isteri, suami dtg bersama keluarga utk merisik & …)dlm 7 pertemuan itu hanya 1 kali keluar berdua utk lunch itupun tidak berbicara soal perasaan. Org mungkin bertanya mudahnya terima org yg tidak dikenali & kahwin. Sebenarnya tempoh utk berjumpa suami bukan mengambil masa sesingkat itu. Lebih enam tahun sebelum itu saya mengamalkan solat istikharah & solat hajat. Doa saya Ya Allah ya tuhanku jodohkanlah aku dgn seorang lelaki beriman, yg menjaga solatnya, yg baik budi perkertinya, bla…bla…(pjg ciri-ciri yang diminta). dan pada ketika lelaki tersebut itulah orgnya. bukakanlah pintu hatiku mudah menerimanya kerana aku takut terlibat cinta sebelum berkahwin kerna terlalu berat godaannya. Dlm tempoh 6 th tersebut sebenarnya ramai yg melamar, ingin berkenalan, ajak dating semuanya saya tolak (hati belum terbuka) & saya percaya perancangan Allah. Jika ditanya ttng gambaran istikharah, saya tidak pernah bemimpi wajah suami, tetapi gambaran apabila saya pulang kerumah ada anak kecil didalam bilik..gambaran itu selalu dtg tetapi saya tidak pernah memikirkannya cuma secara bergurau saya pernah berkata ‘kahwin duda kot’. dlm ramai hanya suami seorg duda yg lain adalah lelaki bujang..mungkin org akan fikir kenapalah menyusahkan diri berkahwin lelaki yg mempunyai anak..malah slps pertemuan pertama suami menyarankan saya solat istikharah sebelum terima ( 2 minggu)..ia tiada gambaran wajah sesiapa tetapi tidur mlm saya seperti melihat aliran air, sungai, suasana sejuk, nyaman & mimpi menyusukan anak sdgkan saya belum berkahwin. Malah saya mengimpikan perkahwinan yg sgt sederhana tiada persandingan dsb dgn harapan perkahwinan berkat kerna menjaga syariat. Skrg sudah hampir 7 th perkahwinan kami, sememangnya semuanya berlaku spt yg saya minta SubhanAllah, baiknya Allah. Malah suami yg dikatakan baik sebenarnya terlalu baik bagi seorng lelaki terutama hubungannya dgn Allah. Cinta! dtg dgn sendirinya..namun saya terus berusaha, dipenghujung mlm bermunajat tadah tgn didpn Allah memohon hajat moga setelah kami dipertemukan, maka satukanlah hati kami, titipkan rindu antara kami, mekarkanlah cinta kami kerna perasaan cinta yg wujud dlm diri itu urusan Allah jua. Apa yg ingin saya kongsikan ialah yakinlah berdoalah, pasti Allah mendengar.

     
  34. ana

    16 November 2009 at 5:47 pm

    salam…syabas buat ana muslimin keran berani mengambil tindakan sebegitu..insyaAllah..
    jika cinta yang kita sematkan IKHLAS kerana ALLAH S.W.T..kita pasti akan ketemui kebahagiaan yang abadi lagi hakiki..

    semoga ALLAH memberi saya kekuatan untuk bertarung dgn perasaan sendiri..

    disematkan dalam hati dengan bersungguh-sungguh..
    Aku hanya ingin mencari pemilik cintaku selepas ALLAh dan RASUL…
    …berlandaskan jalan yang diredhai oleh-NYA..aku tidak ingin untuk terus menangung dosa dan zina hati..cukuplah dengan kekhilafan diri yang telah lepass…semoga diberi kekuatan pada diri yang lemah ini..AMIIn..

     
  35. gentarasa

    16 November 2009 at 10:43 pm

    Salam briots07,
    Saya telah menulis subjek ini dalam buku saya TENTANG CINTA… Tolong dapatkan di sana jawapannya secara terperinci.

     
  36. gentarasa

    16 November 2009 at 10:44 pm

    Salam Nur Muhammad,
    Subhanallah. Tahniah!

     
  37. rosma

    18 November 2009 at 11:54 am

    Salam Ustaz..
    Tahniah dengan artikel yg sgt berkualiti ini..Tahniah buat Nur Muhammad..Yakinlah Allah Itu Maha Adil dan Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA…Semoga Allah memimpin diri ini terus berada dijalanNya dan dikurniakan hidup yg diredhaiNya..Amin..

     
  38. fitrah

    20 November 2009 at 4:48 am

    salam ustaz…
    artikal dari hati ke hati…
    mohon copy utk simpanan sbg tazkirah,,,

     
  39. izan safinaz aziz

    25 November 2009 at 9:49 am

    salam ustaz…
    saya antara yang kagum dengan penulisan ustaz….
    buku Nota untuk seorang lelaki telah saya promosi di kalangan kawan2 .. bukan sahaja wanita tetapi di kalangan lelaki juga… Walaupun di pandang enteng drpd kalangan lelaki pada awalnya…
    syabas kepada ustaz kerana saya dapat merasai yang ustaz telah menulis dengan hati yang ikhlas… penulisan ustaz ditunggu2 oleh kami sekeluarga….

     
  40. hafizi

    7 Disember 2009 at 12:05 pm

    bleh ustaz bg pandangan mcm mana nk improve dlm penulisan??
    ur penulisan is the best!!

     
  41. Murtadha Rafaai

    27 Januari 2010 at 3:59 am

    Entri terbaik tentang cinta!

     
  42. saleha

    3 Februari 2010 at 8:57 am

    salam, ustaz saya nak tanya skit…betul ke, jika kita tolak jodoh yang baik kita sukar untuk bertemu jodoh lagi..saya tolak pun berdasarkan rasa hati dan pendapat sahabat disekeliling…adakah tiada lagi peluang selepas ini?

     
  43. gentarasa

    3 Februari 2010 at 10:22 am

    Salam saleha,
    Semuanya dalam ilmu Allah. Semoga dia yang ditolak mendapat yang lebih baik dari kita dan kita yang menolaknya akan diberi lebih baik darinya. Sangka baik selalu. Yang penting kita selalu mesti jadi baik… agar yang baik juga Allah jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Wallahuaklam.

     
  44. Annalthafunnisa

    4 Februari 2010 at 8:28 pm

    subhanallah!artikel yg sgt baik ttg cinta. Sy tlh mdapatkan buku tentang cinta setahun yang lepas, drpnya sy temukan sesuatu. Kekuatan dan smgt utk mperbaiki diri. Lucunya sy mbacanya ketika diambang krisis cinta yang kritikal. Malah, meski akhirnya sy bpisah jua dgn dia, buku Tentang Cinta itu sy hadiahkan pada sang mantan. Dan sehingga kini, hidup sy kian damai.. dalam perjalanan mencari cinta-Nya yang abadi. Ya, kepercayaan itu lebih penting daripada cinta. Tapi, kepercayaan tidaklah terbina semudah memejam mata. Ia dibina.. harus dibina.. perlu dibina. Dan mustahil pula, kpercayaan dibina bila seringkali ada kecurangan. Justeru, Mahu dipercayai, tunjukkanlah sifat@ciri2 pribadi yang mbolehkan kita dipercayai.

     
  45. gentarasa

    5 Februari 2010 at 8:29 pm

    Salam Anna…

    Syukran atas sokongan mu. Semoga mantan itu dapat yang terbaik untuknya sebagai gantimu. Dan kau mendapat yang lebih baik untukmu sebagai penggantinya. Allah Maha tahu. Lurus sahaja… insya-Allah, ada ubat untuk kecewa. Percaya pada diri akan menyebabkan orang percaya kepada diri kita. Percayalah!

     
  46. misya

    19 Februari 2010 at 8:23 pm

    assalamualaikum ustaz,
    alhamdulillah…sy jmpa jg artikel/ web yg boleh sy baca tuk tenangkan hati sy…terima kasih ustaz….klu boleh saya mahu, khatam penulisan ustaz…insyAllah….sblm ni, sy sdh pernah baca buku ustaz…2 hati 1 rasa tu…menarik & sgt membntu sy dlm mengendalikan emosi….terima kasih ustaz…sy mahu beli buku ustaz tentang cinta tu….sy berharap, masih ada lagi

     
  47. saya_hamba

    25 April 2010 at 1:58 am

    salam ustaz..

    ana ad satu prtanyaan yg agak pnting di cni..
    si A dilamar secara tidak langsung oleh si B utk dijadikan isteri..
    dan si A mempertimbangkan lalu mengambil keputusan utk menerima hasrat si B..
    si A menerima si B kerana dinilainya si B mempunyai asas2 agama yg mana brpotensi utk ditingkatkan lagi kefahamannya ttg Islam dan brsedia mndalami Islam utk mmpertingkatkan diri..
    masalahnya, tempoh prjanjian paling awal 4 tahun..

    dalam situasi ni si A tidak mmpunyai apa2 perasaan istimewa pada si B melainkan kasih saudara sesama Islam.. sedangkan si B sangat menyayangi si A malah sgt brharap utk brkahwin dgn si A..
    mereka tidak kapel, cuma saling mengenali masing2 dgn lebih mndalam utk mncari keserasian

    adakah perkara sebegini dibenarkan? dan apakah status prhubungan mereka?

     
  48. gentarasa

    25 April 2010 at 9:26 pm

    Salam saya-hamba,
    Tolong baca dulu entri saya: Jangan Bertasbihkan Cinta.

     
  49. lavender

    24 November 2010 at 4:23 pm

    salam ustaz..sy ingin meminta pendapat ustaz
    apakah yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yang telah hidup bersama suaminya selama 25 tahun,jika suaminya tidak cukup solat 5 waktu sedangkan si isteri tidak pernah meninggalkan solat. malah bukan soal agama sahaja tetapi suami selalu memberikan layanan yang buruk kepada si isteri, si isteri bersabar hidup bersama si suami selama 25 tahun adalah semata-mata kerana sayangkan anak2nya. tetapi lama-kelamaan si isteri menjadi trauma dan selalu hidup dalam kesedihan dan duka…

     
  50. gentarasa

    25 November 2010 at 9:10 am

    Salam,
    Yang paling afdal sabarlah dalam bersabar – Sabrun Jamil (sabar yang indah). Kenangkan Siti Asiah yang berdepan dengan Firaun – manusia paling jahat. 25 Tahun adalah tempoh panjang bukan sahaja untuk sabar tetapi bijaksana dalam menghadapi karenah-karenahnya. Selalu bawa hati untuk munajat dengan Allah. Pinta dibesarkan iman untuk sabar menghadapi ujian. Namun jika sudah tidak tertanggung, jangan siksa diri untuk berterusan begitu. Carilah jalan keluar daripada masalah mengikut kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh syarak apabila seorang isteri diabaikan hak-haknya. Semoga isteri itu diberi jalan keluar atas masalahnya. Amin.

     
  51. zahira

    17 Oktober 2011 at 3:56 pm

    salam ustaz…
    saya tidak tahu kepada siapa lagi saya harus luahkan.. saya baru shaja mendirikan rumah tangga.. tp bayangkanlah, baru 2 bulan, sy dpt tangkap suami sy ber sms dengan perempuan lain.. dgn bekas kekasih dia.. bertapa hancur dan luluhnya hati saya.. saya menangis tanpa henti, sedih yg teramat sgt.. suami sy minta maaf.. dia menyesal tak kan melakukannya lg.. sy maafkan dia.. tp sy xpercayakan dia lg.. sumanya seperti biasa, sy layan dia sepenuh hati.. tp curiga tetap bernaharajalela dihati saya.. hati sy terlalu sakit, terlalu hancur.. mcmna sy nak tanamkan kembali kepercayaan sy terhadap dia ustaz? kadangkala sy rasa seolah2 sy xmampu nak teruskan lg.. sy tahu dia menyesal tp sy xpercaya lg… tolonglah sy ustaz.. sebelum ini pun ada beberapa kali dia curang dan tipu sy..

     
  52. Idapasrah

    29 Februari 2012 at 8:47 am

    Jika kepercayaan sudah dikhianati, curiga akan sentiasa bertamu di hati. Bukti dikhianati nyata di depan mata, macam mana nak kembalikan kepercayaan di dalam jiwa?. Bantu saya merungkai rasa ketidakpercayaan ini supaya rumah tangga yang dibina mampu dipupuk kembali sifat kepercayaan di dalamnya.terima kasih.

     
  53. gentarasa

    29 Februari 2012 at 11:36 am

    Salam,
    Jika kita nekad untuk terus bersmanya, tidak ada jalan lain kecuali menegurnya dengan baik, berdoa, dan beri peluang untuknya memperbaiki diri. Beri satu tempoh masa, beri peluang untuk diaberubah.

     
  54. dating people with disabilities

    22 April 2013 at 10:18 pm

    Simply want to say your article is as astounding.
    The clearness in your submit is just excellent and that i could suppose you are a professional in this subject.
    Fine with your permission allow me to take hold of your
    feed to stay updated with impending post.
    Thanks a million and please keep up the gratifying
    work.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: