RSS

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

12 Aug

agamawan duit 2Semalam saya membaca buku Hayatus Sahabah sehingga tertidur. Hiba membaca kisah Rasulullah SAW yang kekadang mengalami kelaparan yang teramat sangat. Begitu juga Sayidina Abu Bakar RA dan Umar RA. Sekali baginda makan roti dan air dengan sahabat-sahabat, beliau telah mengingatkan bahawa nikmat itu juga akan ditanyakan oleh Allah.

Ah, betapa kita yang sering kenyang ini ingin menteladaninya? ¬†Buku inilah yang telah mencetuskan rasa hati saya beberapa tahun yang lalu untuk menulis sajak tentang Sumayyah. Ada dua buah sajak yang saya tulis tentang sahabiah itu. Satu telah dikongsi bersama masyarakat… apabila telah dijadikan nasyid oleh kumpulan Hijjaz. Yang satu lagi, tetap tersimpan sebagai “hadiah” untuk isteri.

Tempoh sibuk dengan penulisan bagi menyiapkan majalah SOLUSI edisi 11 dan 2 artikel dalam majalah Anis serta penulisan buku CELIK MATA HATI: 7 LANGKAH PERKASA DIRI, jika tidak dikawal akan menyebabkan blog ini kesepian tanpa entry baru. Sebab itu, sekarang saya isikan kedua sajak ini sebagai memenuhi masa yang begitu mencabar ini. Insya-Allah, nanti saya tulis sesuatu yang lebih serius.

Sumayyah… kau tahu untuk apa kau hidup dan kau juga¬† tahu untuk apa kau mati! Ya, orang yang layak hidup, hanya orang yang tahu untuk apa dia mati!

sumayyah 1SUMAYYAH

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah

sumayyah 2AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

 
3 Komen

Posted by di 12 Ogos 2009 in Iktibar Kisah

 

3 responses to “AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

  1. khairunisa

    13 Ogos 2009 at 8:23 pm

    salam ustaz..
    SubhanaAllah..saya suka sgt membaca semua tulisan ustaz…byk memberi kesan pd saya..
    saya harap selepas ni ustaz boleh bincangkn mengenai kes2 buang bayi sekarang..puncanya dari seks bebas yang btul2 makin runcing sekarang..
    saya sgt2 risau…sebab yang hampir berlaku di kelompok2 yg saya kenal..yg bergaul dgn bf n gf..bile ditegur ade yang menjawab bukan berzina pn,dan masing2 yakin dia akan akhirnye kahwin dgn pasangan masing2 jd tak payah dirisau,cinta suci dikatakannya..nauzubillah..masing2 mengatakan ini semua cinta suci dan ada juga yang berlindung dr penampilan seolah2 islamic tapi…entahla ustaz..gejala ni bukan di kalangan yang tiada ilmu..tapi yang berpelajaran..bekerja sebagai pendidik..profesiaonal dan sbginya..saya hanya mampu berdoa untuk kwn2 saya ini..saya harap ustaz boleh bagi nasehat dan pandangan untuk dikongsi bersama..
    terima kasih ustaz..

     
  2. gentarasa

    14 Ogos 2009 at 5:02 am

    Salam khairun nisa,
    Pada asasnya, masalah berlaku bila manusia tidak tahu apa tujuannya datangnya ke muka ini. Apa yang dicari dalam hidup ini? Untuk apa dia dijadikan? Bila asasa dan soalan itu telah terjawab dengan tepat dan jelas, segalanya akan mula tersingkap. Kita akan tahu untuk apa Allah kurniakan cinta, harta, jasad, akal dan jiwa… Ketika jalan haram diperluaskan, jalan halal dipersempitkan, JALAN MUJAHADAH akan bertambah payah. Seluruh sistem ini telah rosak, dan kita perlu back to basic untuk selesaikannya. Itulah AKIDAH. Namun, pengajaran akidah juga tandus rasa, kontang idea… lebih pada hafalan otak kiri, tidak meresap ke hati. Dalam masyarakat, ada ulama hilang sentuhan. Umara hilang haluan. Dan dalam keluarga, ibu-bapa hilang kawalan. dalam diri, hati hilang kemudi. Insya-Allah, saya akan cuba menulis. Mudah-mudahan Allah permudahkan. Saya hanya penulis kecil, tetapi misi saya besar insya-Allah.

     
  3. along

    14 Ogos 2009 at 10:33 pm

    salam ustaz. syabas atas semangat ustaz.InsyaAllah niat murni dan segala usaha ustaz serta rakan2 seperjuangan ustaz di berkati dan dipermudahkan oleh Allah swt. Pimpinlah kami semua kejalanMu yang benar Ya Allah…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: