RSS

MAHKAMAH HATI

10 Jul

rasul suami idamanBukankah kita sering diperingatkan, berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan.

Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.

Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.   Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.

Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setia masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran’. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.

Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.

Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: “Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.” Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.

Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

 
17 Komen

Posted by di 10 Julai 2009 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

17 responses to “MAHKAMAH HATI

  1. sunah

    10 Julai 2009 at 7:54 pm

    salam ustaz. sangat mnimbulkan rasa keinsafan. begitu banyak dosa masa lalu yang tidak terhitung dengan jari jemari. semoga ALLAH mengampunkan dosa2 kita pada masa lalu dan akan datang.

    “Ya ALLAH, kuatkan hati kami, jauhkan kami dari melakukan perkara yang dimurkai-MU, ampunilah dosa-dosa kami..sesungguhnya hanya ENGKAU yang Maha Pengampun sahaja boleh mengampunkan dosa hamba2-MU..amiin…

     
  2. munirah sulaiman

    13 Julai 2009 at 9:38 pm

    Salam ustaz.

    Berperang dengan perasaan..hmm.. baru je tulis post pasal hal yang sama.

    Kadang-kadang hati memberontak, nak buat ni, nak buat itu, nak luahkan.. tapi fikir banyak kali, tak menyesal ke dgn apa yg bakal dilakukan ni nanti?

    Jadi kat situ, akal yang waras dan tenang mainkan peranan utk hold whatever sickening feelings yang menggugat iman dan nafsu.

    Mungkin dengan cara begitu kita dapat menolak pergusaran yang menganggu hati. Semoga daengan iman dan akal yang Allah kurniakan ini dapat menghindarkan diri yang lemah ini dari sebarang palitan dosa, amiiinn..

     
  3. manatuhanallah

    13 Julai 2009 at 11:06 pm

    ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri…
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
    Terima Kasih

    Krulayar

     
  4. ummimusa

    14 Julai 2009 at 8:27 pm

    salam ustaz, bagaimana pula hati yang sudah mati? adakah hati itu mmg sudah langsung tidak mengenal dosa, pahala?

     
  5. SU

    15 Julai 2009 at 1:21 pm

    benarlah apa yg dikatan kan oleh tuan..tidak dapat dinafikan kebenaran ttg hati dan semua kesalahan tdk dpt disembunyikan lg drp Al-Qalik,pencipta makhluk…
    sesunggunya diri ini sentiasa dlm keadaan keliru kerna bisikan hati yg selalu digoda bisikan syaitan durjana…namun hati ini juga mencari kekuatan utk menjadi perisai drp terus digoda…

    “Ya Allah..ampuni dosa kami sekalian umat nabi Muhammad s.a.w agar kami menjadi umat yg selalu mendampingi dan mengingati Mu..amin..

     
  6. abuKhayr

    16 Julai 2009 at 7:21 am

    Semoga kita sentiasa rasa berdosa. Kerana rasa diri tak berdosa adalah dosa…
    Jazalumullah khayral jazaa.

     
  7. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:46 am

    Salam abuKhayr,
    Dan sebaik-baik manusia berdosa… ialah yang taubat atas dosa-dosanya. Astagfirullah.

     
  8. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:47 am

    Amin SU,
    Semoga kita diberi kekuatan jiwa untuk melawan godaan nafsu dan bangun setiap kali dikalahkan syaitan. Mari terus mujahadah!

     
  9. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:51 am

    Salam ummimusa,
    Hati yang mati masih mengenal dosa… tetapi enak menikmatinya!

     
  10. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:51 am

    Salam,
    Ya, saya telah ziarah.

     
  11. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:54 am

    Salam munirah…
    Tanya pada hati, jika hati bersih… nescaya pertimbangannya tepat. Doa itu terasa manis sebelum dibuat, tapi bila dibuat pasti akan ada penyesalan dan keresahan. Kebaikan itu nampak pahit, bila dilaksanakan pasti ada ketenangan dan kemanisannya. Buat yang PERLU kita buat, bukan yang SUKA kita buat. Salam ukhawah paling ramah!

     
  12. munirah sulaiman

    22 Julai 2009 at 4:40 pm

    Salam ustaz.

    Suka dengan penerangan ustaz. Bila tengah berperang dengan nafsu; buat perkara yang salah, rasa macam, takpelah, bila lagi dapat peluang macam ni.. hati berbunga-bunga.. tapi time tu je laa.

    Bila dah buat, dah tersedar balik, Allah perhati, malaikat kiri kanan ada, rasa malu sangat-sangat. Rasa sangat kesal, kalau-kalau Allah tarik nikmat dan rezeki yang kita dapat sekarang, macam mana? Kalau bala datang bertimpa-timpa akibat dosa, mampukah kita menerimanya? Resah gelisah tak payah cakap.. Serik! Sedih!

    Dan lalu, dengan ketenangan yang hilang akibat berbuat dosa itulah yang membuatkan saya yang lemah ni sedar, jangan sekali-kali cuba hampiri kejahatan. Apa yang orang lain buat bukan alasan untuk saya menidakkan apa yang dilarang dalam Islam. Tapi kekadang hati dan jiwa teramat lemah. In a split second, sekejap je syaitan nak pujuk ke arah kemungkaran.

    Semoga Allah menerima doa dan taubat hamba-hambaNYa.

    Salam ukhwah juga ustaz🙂

     
  13. khairul aznan

    28 September 2009 at 7:53 pm

    saya rasa manatuhanallah.wordpress.com itu macam sesat dan ingin menyesatkan. Apa pandangan Tuan?

     
  14. achik

    14 Oktober 2009 at 7:54 pm

    Salam ustaz… Saya tertarik dengan artikel ustaz nie.. Hati berlagu pilu mengenangkan dosa2 yang dilakukan.. Bak kata ustaz, mahkamah hati… Resah, gelisah, tak tentu arah bila mengingatnya.. Saat itu hanya inginkan pengampunan dari Allah dengan bertaubat.. Namun terkadang hati kecil tertanya2, apakah dosa itu akan terampun..Takut, bila tiba2 ajal datang menjemput.. Takut dgn balasan dan azab Allah.. Takut dengan azab api neraka.. Nauzubillah..

     
  15. gentarasa

    15 Oktober 2009 at 9:00 am

    Salam acik,
    Biarlah hati terus tertanya-tanya apakah taubat diterima… agar kita terus bertaubat dan terus bertaubat. Selagi terasa belum sampai kita akan terus berjalan. Itulah petua yang saya dengar daripada guru-guru dan bacaan-bacaan. Wallahua’lam.

     
  16. achik

    21 Oktober 2009 at 9:36 am

    Salam ustaz.. Terima kasih atas nasihat tersebut… Insya-Allah, saya takkan berhenti mencari redha-Nya… Doakan saya…

     
  17. Scha

    21 Julai 2010 at 4:34 pm

    Entri ustaz ni sangat kena dengan situasi saya kebelakangan ni. Sekarang saya rasa sangat lega kerana seperti yang ustaz tulis, segala yang berlaku adalah atas keizinanNya.. Husnuzon…🙂

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: