RSS

MUHASABAH DI SATU MALAM…

26 May

85660565Malam ini aku seolah-olah kembara dalam satu perjalanan yang sunyi. Terlalu sunyi, sehingga degup hati pun dapat dirasakan. Nafas dihela perlahan-lahan. Mencari makna pencapaian dan kejayaan. Apakah aku telah berjaya?

Kata, bijak pandai: Ini soal yang tidak relevan. Justeru menurut mereka, orang yang berjaya tidak sempat bertanya apakah aku telah berjaya seperti mana orang yang bahagia tidak akan bertanya apakah aku bahagia?

Pedulikan kajian dan ungkapan sarjana. Aku kendalikan hidup ku sendiri dan bebas memberi erti dan makna tanpa terikat dengan tesis dan hipotesis. Aku bebas menjadi raja pada diri sendiri selagi terus tunduk sebagai hamba Ilahi. Di mana ukuran kejayaan ku? Aku gagal atau berjaya?

Sering dibisikkan kepada hati, kejayaan itu apabila tercapai tujuan hakiki dalam hidup. Lalu apakah tujuan hidup itu? Ini soalan asas yang sejak dahulu telah diberitahu bahawa tujuan hidup adalah menjadi hamba kepada Allah – IBADAH.

Ah, mudahnya. Tetapi tidak semudah itu apabila istilah ibadah itu hendak ‘ditulis’ dalam kehidupan. Sering sekali tujuan dibayangi keperluan, hingga alat bertukar menjadi matlamat bila memburu nikmat hingga terlupa Pemberi nikmat. Acapkali keperluan hidup (makan, minum, kenderaan, rumah, harta) bertukar menjadi TUJUAN hidup.

Padahal, tujuan itulah yang pertama dan utama. Keperluan itu hanya perkara kedua yang datang selepasnya. Tujuan itu mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh. Manakala makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta serta dunia segalanya hanya keperluan hidup. Tujuan itu ialah rasa kehambaan – takut, cinta, harap, taat – seorang hamba kepada Allah. Keperluan itu ialah alat mencapai tujuan. Tujuan itu letaknya di hati. Manakala keperluan itu harus di letakkan di tangan. Apakah hatiku sarat dengan TUJUAN? Atau alpa hanya memburu membanyakkan keperluan di tangan?  
Ah, malang sekali jika aku merasakan kejayaan itu hanya apabila tercapainya keperluan. Pada hal, hati dan diri masih jauh daripada berjinak-jinak dengan Allah. Jiwa masih liar. Nafsu masih buas. Dan tanpa disedari sering juga keperluan dimertabatkan sebagai tujuan. Cinta Allah tersisih, takutkan Allah terpinggir, hanya kerana keperluan yang dicari tanpa henti atau yang telah melimpah tanpa batas tapi tak pernah puas!

Dan lebih aneh kalau ukuran kejayaan telah tertukar tanpa sedar. Kita mengukur ertinya pada neraca keperluan bukan tujuan. Aku lebih berjaya, kalau harta, rumah dan kenderaan ku mewah dan bertambah. Padahal di neraca tujuan, timbangan cinta, takut dan harap mu kepada Allah kian ringan. Kekadang, pandai mula syaitan berkias kata, berkilas rasa… katanya, kau mencari segalanya kerana Allah jua. Kalau kerana Allah, bagaimana hati mu?

Jika benar harta dan milik mu itu kerana Allah jua, bagaimana rasa hati mu ketika mencari, mengurus dan mentadbirnya? Apakah segala-galanya diurus tadbir dengan rasa takut, cinta dan mengharap keampunan-Nya? Bagaimana pula dengan solat mu, kian khusyuk? Bagaimana dengan puasa mu, sudah soleh? Bagaimana dengan zakat dan sadakah mu sudah luhur? Bagaimana dengan mazmumah mu telah lebur?

Hati ‘besar mu’ boleh menipu wahai diri… tetapi ‘hati kecil mu’ tidak mampu menipu. Hati kecil mu sentiasa tidak rela dan tega untuk menipu diri sendiri! Dialah yang paling terseksa apabila kau mengukur kejayaan berdasarkan keperluan, bukan tujuan! Makanan dan ubat jiwa bukan harta… tetapi cinta. Cinta Allah dan takut kepada-Nya.

Malam kian larut. Mata tidak mahu tidur diheret dalam kembara hati yang bersimpang-siur. Apakah destinasi ku saat ini? Apakah tujuan atau keperluan? Kembara hati ku terus melangkaui dinihari… Hati besar dan hati kecil terus berebut untuk mengendali kemudi diri! Ya, Allah… benarlah seperti yang dirintihkan oleh Sayidina Ali di satu ketika di malam-malam begini, “Wahai dunia, janganlah tipu aku… janganlah tipu aku… aku telah ceraikanmu dengan talak tiga!”

 
19 Komen

Posted by di 26 Mei 2009 in Kemudi Hati

 

Label: , , , ,

19 responses to “MUHASABAH DI SATU MALAM…

  1. WaN

    26 Mei 2009 at 1:24 pm

    Salam wbt..

    Alhamdulillah…
    Nukilan yang cukup menginsafkan bagi diri yg membacanya..kita seringkali dibuai oleh lamunan dan sentiasa mengejar keduniaan dan kemewahan, di mana kita serigkali alpa dan tertipu dengan kesenanganyg ada..
    Apakah cara yg terbaik utk kita sentiasa positif terhadap kehidupan ini? Mungkin ada sebarang saranan dari Gentarasa sebagai panduan dalam meniti kehidupan yang berbaki ini?

     
  2. gentarasa

    26 Mei 2009 at 5:42 pm

    Salam WaN,
    Paling penting, sangka baik dengan Allah dan kepada diri sendiri. Mujahadah dan taubat selalu. Doa dan tawakkal sebelum dan setelah berusaha. Saya tak pandai, tapi itulah yang selalu diingatkan oleh orang-orang soleh dahulu dari kita. Cari hikmah di sebalik yang negatif. Insya-Allah, jadi positif semula. Allah berbuat segala untuk kebaikan. Cuma kita tidak nampak. Ya, Allah bantulah kami dalam hidup di bawah lembayung rahmat-Mu!

     
  3. Wan

    26 Mei 2009 at 7:41 pm

    Salam wbt..
    Terima kasih Tuan..smg dirahmatinya sentiasa…

     
  4. Wan

    26 Mei 2009 at 7:52 pm

    Salam wbt…
    Apa pandangan Tuan tentang kekayaan dunia??? Kita selalu bersangka baik dgn manusia, tetapi kehidupan hari ini juga memerlukan manusia yg kadang2 terpaksa mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu utk mencapai maksud di lubuk hatinya..

    Mana mungkin seorang Muslim yg baik dapat membiarkan saudaranya ketinggalan…jauh sekali melakukan penindasan dalam senyap??? Apakah umat Melayu itu sendiri penuh dengan hasad dengki??? baik dalam bidang perniagaan, maupun dalam persaingan sesama sndiri..seharusnya kita membantu saudara mara kita utk maju kehadapan…

    Mana perginya tanggungjawab dan perasaan ukhwwah yg dibina??? apakah kerana dangkalnya ilmu dan fikrah dlm diri?? ataupun dihanyut oleh mimpi indah yg tidak pernah kunjung tiba??? Salam wbt…..

     
  5. Hj Hamidon b Hj Ali

    27 Mei 2009 at 9:10 am

    Entahla…
    Pada diri ini dari dulu, segalanya yg abg tulis dan nukilkan, mampu memberi menefaat pada hati ini. Kadang ia menjadi ubat yang pahit tapi ‘manis’ di hujungnya, kadang ia jd penghibur di kala duka dan nestapa. Kadang pula dia memberi amaran pada hati yang tunggang langgang ni. Segalanya ada, aku yakini, terutama pada hati ni ketika dia ‘bersedia’ untuk dilapah bedah.

    Terima kasih bang. Terus terusanlah menulis…aku akan mengutipnya satu satu, langkah demi langkah….dalam deraian air mata yang jatuh tiba-tiba. Moga ianya dapat melindungi diriku walau sedikit, dari panas api neraka yang membara…..

    Bantu dan pimpinla aku wahai Tuhan, dalam menangani mazmumah ini, dalam mendidik anak-anak dan isteri, dalam memikul amanah dan tugas besar ini….Ya Allahhhhh……

     
  6. shafifah

    28 Mei 2009 at 9:29 am

    Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

    Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib &
    Masjid Al Hidayah Taman Melawati
    Muslimat semua dijemput hadir,

    Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Maznor di talian 019 662 3826.

    http://pondokhabib.wordpress .com

     
  7. izharhadafi

    28 Mei 2009 at 8:23 pm

    satu lagi tazkirah yang mengusik jiwa. teruskan menulis saudara!

     
  8. hadzhamdan

    29 Mei 2009 at 1:24 am

    salam ustaz…terkesan la dengan penulisan ustaz. Selalu rasa yang keperluan tuh sangat2 mencengkam hati dan perasaan. Walaupun dengan umur satu tahun tarbiyah masih belum tentu kuat nak meninggalkan karat2 jahiliyyah dalam diri…

    Moga diberi kekuatan dalam diri. Doakan kami ustaz..

     
  9. ummu hafidz

    29 Mei 2009 at 3:56 am

    Salam Ustaz..

    Memang benar suara hati ustaz..
    Amat sukar nak ‘monitor’ hati supaya hanya ALLAH arah tujuan segala amalan..

    Saya suka mengambil contoh dalam mentadbir keluarga…
    Sebagai seorang isteri dan ibu, kejayaannya bukan hanya diukur kepada banyaknya jasa khidmatnya pada suami dan anak-anak tapi harus dimonitor selalu agar NAWAITUnya hanya untuk mendapat redhoNYA..

    DIAlah jua yang memberi taufiq dan hidayah kepada kita..
    Moga kita mengutipnya selalu..

    Syukran ustaz.

     
  10. SZ

    29 Mei 2009 at 5:38 am

    Terima kasih di atas artikel dan penulisan saudara (sepertimana artikel2 sebelumnya).

    Begitu mudah tertukar dan terkeliru antara tujuan dan keperluan

    “Wahai dunia, janganlah tipu aku… “

     
  11. Ibnu Hashim

    31 Mei 2009 at 1:26 pm

    salam…maaf sy bertanya,
    “Mencari makna pencapaian dan kejayaan”
    sy plja medic thn 1,dan dah hbis 2sem,sy gagal dalam setiap exam…,sy dapati hati dan jiwa sy benar-benar tak mampu untuk mencintai perubatan sepenuhnya….,sy cenderung dalam bidang lain…ini cita2 family,sy tak sanggup air mata parent menitis krn saya…,tp sy masih tak mampu mencintai medic…ya Allah,mohon cdngan dari ustaz,

     
  12. gentarasa

    31 Mei 2009 at 6:00 pm

    Salam anakku,
    Carilah masa dan keadaan. Berbincanglah secara terus-terang dengan ibu-bapamu. Jangan pendamkan. Kelak ia akan mengeceawakan dirimu dan mereka jua. Merintih pada Tuhan, DIA ada jawapannya!

     
  13. gentarasa

    31 Mei 2009 at 6:04 pm

    Salam,
    SZ, semoga dunia ini dapat diperalatkan untuk akhirat. Keperluan kita gunakan untuk mencapai tujuan. Amin.

     
  14. gentarasa

    31 Mei 2009 at 6:07 pm

    Salam,
    Ya, ya ummu hafidz. Semoga Allah bantu untuk meluruskan niat kita selalu, sentiasa. Syukran. Doakan saya ya!

     
  15. munira

    2 Jun 2009 at 4:32 pm

    seringkali hati ini sering lupa akan penciptanya…yang dikejar hanyalah keseronokan dunia yang sementara,mengaburkan,,nafsu sentiasa memandu hati untuk membuat perkara yang bertentangan..YA ALLAH,,ampunilah dosaku,,,berilah aku ruang dan peluang untuk membersihkan segala virus nafsu yang mencengkam hati ini..Ya Allah..tunjukkan lah aku jalan yang lurus itu,,,,
    kepada ustaz,,,terima kasih dan bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT kerana telah menemukan saya dengan hasil2 tulisan ustaz,,,sekurang-kurangnya saya ada ‘teman’ dikala hati kehausan pedoman dan nasihat,,,,terima kasih ustaz.,,teruskan usaha murni,,semoga ustaz sentiasa dilindungi olehNYA..

     
  16. gentarasa

    17 Jun 2009 at 11:39 pm

    Salam munira,
    Anda juga telah memberi peringatan buat saya. Sering-seringlah meninggalkan pesanan. Saya juga hakikatnya seorang yang menagih panduan dan teman dalam jalan mujahadah ini.

     
  17. ummah_misi

    16 Mei 2010 at 9:03 am

    salam,
    terlalu banyak penulisan ustaz yg saya suka.saya sukakan semangat ustaz.saya berharap.suatu hari nanti saya akan dapat berjuang melalui mata pena juga:-)

     
  18. nafisah

    10 November 2013 at 11:11 pm

    salam,

    ~~~~~~’irji’i ilaa rabbiki radhitammardhiyyah~~~~~~
    tau,fhm,buat…..slagi hayat wlu berat…..
    natijah?! hanya miliknya jua……

    wallah ta’ala a’lam

     
  19. ananoraz

    1 April 2014 at 10:32 am

    Reblogged this on ananoraz.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: