RSS

WAHAI PEMIMPIN, INGATLAH MATI!

12 May

politikSoal ‘pergeseran’ di kalangan ahli-ahli politik adalah perkara biasa. Namun ia seharusnya terkawal di tahap persaingan sihat dalam amalan demokrasi. Bagi ahli politik yang beragama Islam pula, pergeseran itu tidak boleh sama sekali melanggar prinsip akidah, syariah dan akhlak Islamiah. Malangnya kini pergeseran itu sudah sampai ke tahap ‘terlampau’ sehingga kestabilan negara dan nilai agama mula tercemar. Wajah politik negara sudah tidak harmoni lagi.

Untuk menjernihkan keadaan, keikhlasan dalam berpolitik sangat diperlukan. Justeru dengan keikhlasan sahaja ahli-ahli politik akan dapat menguruskan perbezaan ini dengan baik. Soalnya, bagaimana hendak melahirkan ahli politik yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah? Sesungguhnya usaha ini memerlukan program pengukuhan yang bertitik-tolakkan sistem keyakinan (iman) – percaya kepada Allah dan hari akhirat.

Langkah pertama, betulkan niat kita berpolitik. Tujuan berpolitik mesti disejajarkan dengan dua tujuan utama manusia diciptakan – menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Bagaimana politik boleh dijadikan ibadah? Gagasan “berpolitik sebagai ibadah” yang pernah diutarakan suatu masa dulu perlu dipandang serius .

Jangan biarkan gagasan itu menjadi retorik politik. Ia mesti digerakkan sehingga ahli-ahli politik Melayu Islam mula bermuhasabah apakah niat, pendekatan dan pelaksanaan politik mereka sudah boleh dijadikan ibadah? 

Berpolitiklah kerana Allah demi berbakti kepada manusia. Ahli politik mestilah berusaha membawa diri dan masyarakat untuk mentaati, membesarkan dan tunduk kepada kebesaran dan keagungan Allah. Dan mereka juga mesti mengurus, mentadbir serta memakmurkan negara berpandukan syariat dan akhlak Islamiah. Tegasnya, jadilah hamba Allah sebelum menjadi khalifah!

Allah mesti menjadi paksi segala dorongan, pemikiran dan tindakan dalam mengurus dan memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara . Inilah asas dan teras sifat ikhlas – melakukan atau meninggalkan sesuatu, hanya kerana dan untuk Allah. Pada ketika itu kuasa bukan lagi dilihat sebagai satu anugerah tetapi amanah dari Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat!

Bahagia atau celakanya kita di akhirat sana sangat bergantung pada sejauh mana kita melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya di dunia sini. Ingatlah, kita akan mati. Dengan mengingati mati barulah lahir ahli politik yang benar-benar ikhlas.

Ahli politik yang ingat mati akan mempunyai kesedaran bahawa ‘KPI’nya bukan sahaja dinilai oleh rakyat dan atasannya tetapi juga oleh Allah s.w.t. Bagi ahli politik seperti ini, kerja-kerja politik adalah urusan ibadah yang tidak hanya melibatkan soal hidup sebelum mati tetapi berkait terus dengan hidup selepas mati.

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya. Begitu maksud hadis. Maksud “ditanya” itu bukan sekadar tentang keadaan rakyatnya di dunia tetapi juga keadaan rakyat di akhirat. Bayangkan jika majoriti ahli politik dapat menghayati konsep ini. Ia dengan sendirinya akan menyelesaikan masalah perebutan kuasa, politik wang, budaya fitnah dan lain-lain perkara negatif yang tidak henti-hentinya ini.

Hanya apabila pemimpin mengingati mati, urusan hidup (termasuk politiknya) akan dibuat dengan rasa takut kepada Allah. Sejarah telah menyaksikan bagaimana amanah dan profesionalnya “ahli politik” yang ingat mati seperti Rasulullah saw, Abu Bakar As Siddiq, Umar Al Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan Umar Ibn Aziz, (sekadar menyebut beberapa nama) memimpin, mengurus dan mentadbir keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Rasulullah saw diberitakan paling kurang 70 kali sehari mengingati mati. Sayidina Abu Bakar, pernah memegang ranting kayu kering sambil berkata, “alangkah baiknya jika aku jadi ranting kayu ini kerana tidak dihisab oleh Allah di akhirat nanti”. Sayidina Umar pernah berkata, “jika semua manusia ditakdirkan ke syurga kecuali seorang, maka aku bimbang akulah dia yang seorang itu.”

Hanya orang yang ingat mati sahaja boleh memimpin dengan baik. Bukan sahaja kerana mereka lebih amanah, jujur, dan adil, bahkan ingat mati akan menjadikan mereka produktif, cekap dan kompeten. Amat-amatilah di sebalik kata Sayidina Umar ini:
“Aku kurang tidur pada siang hari kerana takut urusan rakyat ku tidak selesai. Aku kurang tidur di malam hari kerana takut urusan ku dengan Allah tidak selesai…”

Ertinya, ingat mati akan mengusir sikap bertangguh. Ingat mati akan mendorong kita melakukan kebaikan di tahap maksimum kerana sedar kerja kita bukan hanya dinilai oleh manusia tetapi juga oleh Allah. Oleh itu, wahai pemimpin…ingatlah mati!

 
7 Komen

Posted by di 12 Mei 2009 in Politik / Siasah

 

Label: , , ,

7 responses to “WAHAI PEMIMPIN, INGATLAH MATI!

  1. sukri

    12 Mei 2009 at 3:43 pm

    as`kum wr. wbt…
    topik yang menarik utk dibincangkan. Ana bersetuju dengan pendapat ustaz. Apa2 pun, betulkan niat masing2, tidak kiralah dalam berpolitik atau dalam melakukan sesuatu perkara.

    Niat yang baik amat penting agar segala gerak kerja yang dijalankan mendapat berkat dan rahmat dari Yang Maha Esa serta berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah atau kesulitan.

    Mati…satu perkataan yang amat takut apabila didengar atau dibaca oleh seseorang yang benar2 beriman kepada Allah S.W.T. Ini kerana jika seseorang itu sentiasa ingat akan MATI, maka bagi seorang yang beriman, beliau akan lebih bersungguh2 dalam beribadat dan melakukan amal ma`ruf.

    Oleh itu, ana berpesan kepada diri ana dan para sahabat agar sentiasa betulkan niat dalam melakukan sesuatu perkara, serta sentiasa ingat kepada MATI agar kita lebih bersedia dengan amal yang soleh. Insya Allah

     
  2. muhammad fakhruddin

    13 Mei 2009 at 11:00 am

    Assalamualaikum ustaz,tulisan kali ini benar-benar mengingatkan saya pada buku ustaz,Dilema Melayu-Islam.Rimas juga mendengar perkembangan mutakhir politik negara.

    p/s:ustaz,kita sama-sama anak Perak…hehehe

     
  3. gentarasa

    14 Mei 2009 at 5:37 am

    Salam,
    Syukran muhammad fakhruddin. Kita cuba melihat dari sudut yang berbeza untuk memberi sedikit alternatif kepada penyelesaian. Dalam krisis hubungan peribadi – antara saudara, sahabat dan suami-isteri, sering mudah diselesaikan kalau kita sama-sama ingat mati. Kita tak mahu mati dalam keadaan ada yang “tidak” selesai antara kita sesama manusia supaya mudah kira bicara kita di hadapan Allah. Amin.

     
  4. gentarasa

    14 Mei 2009 at 5:43 am

    Salam sukri,
    Syukran atas tazkirahmu. Semoga mati terus hidup dalam hati kita. Kita ingat mati, dan terus taubat dan menambah amal. Supaya tidak ada lagi dalam diri rasa takut mati…. dan lupakan mati. Semoga Allah bantu kita menjaga niat kita. Banyak dosa, tapi sudi apalah kranya Allah memandang kita dengan pandangan rahmat. Amin.

     
  5. pali

    14 Mei 2009 at 10:57 am

    salam semua,

    oh, orang perak juga? ya. teman tak sior bebeno. malu kat orang kampung je.

    Aii, doa2kan mana2 hati yang terpejam dicelik, mana2 perbuatan yang menjadi ibu niat dikembali pulih kepada niat yang menjadi ibu perbuatan.

    Doa-doalah semua. Pening..

     
  6. anas

    14 Mei 2009 at 1:08 pm

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT ”

    http://pondokhabib.wordpress.com

     
  7. gentarasa

    15 Mei 2009 at 3:47 am

    Salam,
    Ye le. doakan kita semue selamat. Kalau benor-benor semuanya ikhlas, Tuhan akan tunjukkan jalan penyelesaian. Allah, Hakim yang Maha Adil. Manusia akan dapat apa yang dia niatkan. Terpulang pada Allah. Kalau Allah takdirkan kita mengundi lagi… Moh ke Perak! Istikharah. Insya-Allah, baik. Ya, Allah… berilah petunjuk kepada semua. Amin.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: