RSS

PERINGATAN UNTUK DIRI DAN “DIRI-DIRI”

03 May

tropical_sunset_destination_wedding_hawaii_beaches_postcard-p239019174698797216trdg_4001Telah pernah ku tulis… (dalam buku Nota Hati seorang lelaki)

“Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan (baca: tuliskan), itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia…”

Entah, malam ini hati kuresah sekali. Kiranya ini semua gara-gara dosaku. Dosaku yang sukar memaafkan… lantas hatiku dihiris rasa bersalah. Dan rasa bersalah itu sungguh resah. Aku taubat padaMu ya Allah, semoga aku terus diizinkan bermujahadah untuk memaafkan (bahkan melupakan) kesalahan orang lain  padaku. Dan sentiasa sedar bahawa dosa dan salahku pada merekalah yang lebih banyak dan membelenggu. Untuk itu, aku tatap semula tulisan lama ku untuk kutatap sendiri. Ah, sukarnya meluruskan jiwa, lebih sukar daripada melaraskan bahasa dan kata. Untuk ku dan untuk mu (sahabat-sahabatku), mari kita tatap semula tulisan lama ini... Mudah-mudahan jadi peringatan untuk diri & “diri-diri”


Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang-orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan ‘musuh-musuh’ itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
“Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nesacaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara.”
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali.”

Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus berdendam? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU.

 
23 Komen

Posted by di 3 Mei 2009 in Kemudi Hati

 

Label: , , ,

23 responses to “PERINGATAN UNTUK DIRI DAN “DIRI-DIRI”

  1. pali

    3 Mei 2009 at 7:06 pm

    salams ustaz,

    benar apa yang diperkatakan..

     
  2. zul

    3 Mei 2009 at 7:30 pm

    Maaf satu benda yang memang susah untuk ditafsirkan..Ada orang memang senang untuk memberi maaf,dan ada pula yang sukar memberi maaf…

    Bagi ana,adalah lebih senang untuk memaafkan seorang musuh yang nyata daripada memaafkan seorang sahabat yang menikam kita dari belakang

     
  3. naja

    3 Mei 2009 at 8:34 pm

    salam.

    syukran ya Ustaz.

    peringatan yg menusuk jiwa.

     
  4. sukri

    4 Mei 2009 at 2:16 am

    as`kum wr. wbt…
    ‘peringatan utk diri dan diri-diri’. Tertarik ana dgn tajuk yg ustz utarakan ini. Ana masih tidak berkesempatan utk membaca habis buku tersebut walaupun buku tersebut telah dimiliki oleh shbt ana cz sdg menempuhi final exam. Insya Allah ana akan habiskan buku tersebut. Setelah membaca coretan ustaz ini, ana telah melihat ianya pada diri ana sendiri yg sukar utk memaafkan org. Semoga ana dpt memperbaiki diri. Syukran jazakallah ustaz cz beri peringatan pada insan leka ini…

     
  5. denaihati

    4 Mei 2009 at 6:51 am

    Jika Allah sudi memaafkan hambanya yang beribu-ribu kali membuat dosa..siapalah kita untuk tidak saling memaafkan..peringatan untuk diri ku sendiri.

     
  6. anas

    4 Mei 2009 at 12:43 pm

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 16 May 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 17 May 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’

    http://pondokhabib.wordpress.com

     
  7. halawatuliman

    4 Mei 2009 at 1:19 pm

    jzkk atas peringatan. satu zikir yg membawa kepada fikir.

     
  8. amkus

    5 Mei 2009 at 12:03 am

    assalamu’alaikum ya ustaz..

    alhamdulillah..post ustaz kali ini tepat skali menusuk kena pada diri ana…btol kata ‘zul’ “lebih senang untuk memaafkan seorang musuh yang nyata daripada memaafkan seorang sahabat yang menikam kita dari belakang”…sampai sekarang ana masih cuba utk memaafkan…insyaAllah, post ustaz ini akan menjd pengajaran buat ana..syukran ya ustaz..

     
  9. abuammar zamerey

    5 Mei 2009 at 8:31 am

    peringatan yang baik jazakallahukhairan. sikap memaafkan orang lain adalah untuk manfaat diri kita sendiri. Kita bakal beroleh ketenangan dengan sikap memaafkan orang lain. bila jiwa tenang kita akan sentiasa ceria dan jauh dari keresahan. cuba lah.

     
  10. hamba Allah

    5 Mei 2009 at 7:21 pm

    jazakallah ustaz…

    ok. satu yg saya betul2 dapat. balaslah kejahatan dgn kebaikan! insyaAllah, akan cuba diaplikasikan~~

     
  11. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:24 pm

    Salam,
    Mudah diterima dari segi aqli, tetapi amalinya… perlukan mujahadah. Insya-Allah, semoga Allah kurniakan kita hidayah untuk mengamalkannya. Syukran.

     
  12. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:28 pm

    Salam,
    Kita ujud secara bersama – co existance. Gembira dan duka kita lebih indah dan tabah jika dikongsi bersama. Islam itu jamaah. Bagaimana cuaca di sana?

     
  13. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:31 pm

    Salam,
    Sebab, orang yang berpotensi menyakitkan kita ialah orang yang pernah paling kita sayangi. Itu ujiannya. Jika tidak mampu memaafkan, jangan membalas. Kemudian tingkatkan sedikit demi sedikit. Kenangkan siapa kita… Teruskan mujahadah. Yang paling susah, itulah jalan kita menuju Allah. Kata-kata amkus juga sangat menyedarkan saya. Doakan saya ya.

     
  14. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:37 pm

    Salam,
    Dan zikir pula akan menambah kekuatan fikir. Muga dapat yang manis-manis dalam iman dan Islam… halawatuliman!

     
  15. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:39 pm

    Salam Anas,
    Jazakallah atas undangan dan makluman. Saya akan cuba adjust jadual saya agar dapat bersama. Penghargaan kepada Habib-habib semua. Titisan darah Rasulullah dalam diri kalian adalah asset perjuangan untuk ummah ini. Selawat atasmu ya Rasulullah SAW!

     
  16. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:52 pm

    Salam,
    Itulah yang kita patut rasakan. Insya-Allah, semoga denai hati akan terus hijau dan terus basah dengan taubat dan maghfirah! Amin.

     
  17. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:53 pm

    Maaf, terlamat respon. Buat baik-baik dalam exam. Semoga ia jadi alat untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. Cemerlang dunia dan akhirat!

     
  18. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:54 pm

    Salam naja,
    Syukran untuk anda juga. katamu pendek, tetapi tetap terasa.

     
  19. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:55 pm

    Salam Zul,
    Itulah ujiannya. Seorang sahabat, kita dah lihat dari dekat. Seorang musuh, hanya kita lihat dari jauh. Tapi apa gunanya dapat memaafkan musuh yang jauh, sekiranya sahabat yang dekat tidak dimaafkan? sama-samalah kita bermujahadah!

     
  20. gentarasa

    6 Mei 2009 at 1:57 pm

    Salam,
    dah lama juga Pali tak ziarah ya. Nanti saya ziarah… ya lah, kita ni hanya nak menerima, kurang memberi. Blog anda, cantik dan mendidik! Syukran.

     
  21. pali

    6 Mei 2009 at 11:40 pm

    salams ustaz.

    kadang2 kita berusaha untuk tidak menipu.. tapi sering kali tertipu.

    bahaya juga menulis blog ni, kerana setiap perkataan secara tidak sedar telah menjadi i’tiqad. Sekali disentuh, meletop.

    Bodohnya orang yang emosi (termasuk saya), terlupa diam itu lebih baik dari berkata2 ketika itu.

    Lupa jgn ukur semangat orang baju sendiri.

    Benar, bukan niat untuk berdakwah.. jika boleh memang dicuba diniat kerana Allah dan Rasulnya, kehendak cuba untuk berkawan, berdakwah itu perlakuan..

    bukan niat untuk berdakwah,dsb.. tapi itulah tafsiran, yang dilihat atas perlakuan. tak sedar.. tak sedar kerana kehendak mahu sayangkan kawan.

    sekali terhantuk sangat tergadah, terus merudum, insyallah akan bermujahadah..

    saya kena pergi bertapa; insyallah nanti saya kirimkan email kepada ustaz, lihatlah bagaimana.

    -berikanku peringatan.

     
  22. wardah

    6 Mei 2009 at 11:58 pm

    Salam ustaz.
    Benar memaafkan sangat payah walaupun itu satu sunnah kerana Rasulullah sendiri seorang pemaaf. Kadangkala diri ini sangat payah untuk memaafkan sahabat terdekat. Baru saya sedar, betul..mujahadah sangat perlu.kadang2 kita bertindak melulu tanpa muhasabah diri.

     
  23. melor

    6 Disember 2009 at 4:11 pm

    benar.. memaafkan itu lebih baik …. dlm Al furqan pun byk ayat2 berkenaan memaafkan berbanding meminta maaf.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: