RSS

Salahuddin Al-Ayubi

24 Apr

1_529193283lSewaktu perang Teluk sedang berkecamauk dahulu, ramai umat Islam mengimpikan agar Allahyarham Saddam Husin mampu menteladani Salahuddin Al Ayubi. Saya masih teringat bagaimana saya pernah berimiginasi jika kedua orang pemimpin ini bertemu apakah isi dialog mereka. Mereka menghadapi musuh yang sama… tetapi apakah isi, kaedah dan roh jihad mereka sama? Tulisan saya pada waktu itu masih sangat kebudak-budakan.

Namun, setelah beberapa tahun berlalu, Saddam tenggelam… kita masih merindui datangnya “Salahuddin” yang sejati buat menghadapi musuh Allah kini. Rindu kita belum terubat. Layaknya, kita terus bekerja dalam batas dan ruang “jihad” kita sendiri.

Tatkala, saudara Hasyim (pada waktu itu) dari kumpulan Hijjaz menelefon untuk mendapatkan lirik nasyid, maka saya merenung… mengimbau kembali sosok kehidupan Salahuddin – keperibadian, semangat dan ciri kepimpinannya. Lalu saya tuliskan sebuah sajak yang akhirnya diangkat menjadi lirik nasyid. Saya masih rasa bertuah, justeru Allah izinkan saya yang banyak dosa ini “membesarkan” figur jihad yang besar itu. ¬†Ya, Allah… izinkan kami merasai cebisan kehebatan itu. Berikut adalah lirik nasyid tersebut…

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah

 
13 Komen

Posted by di 24 April 2009 in Lirik nasyidku

 

13 responses to “Salahuddin Al-Ayubi

  1. pali

    24 April 2009 at 8:26 am

    salams ustaz. Ini sudah tahap komposer ni. hehe. Maaf lama tak ziarah. semester berada di hujung-hujung. peperiksaan menunggu.

    bahasa rasa, bahasa jiwa, genta rasa..

    Ps: maaf, tapi “genta” itu maknanya apa? getaran?

     
  2. mymj

    26 April 2009 at 2:45 am

    Semoga lebih ramai lagi pejuang Islam masakini mempunyai semangat dan minda seperti Salahudin Al-Ayubi. Demi memacu kemajuan dan kekuatan ummah…

     
  3. gentarasa

    26 April 2009 at 5:43 am

    Salam pali,
    Syukran. Semoga fokus dan sukses dalam menghadapi peperiksaan. Amin. Ya, bahasa rasa, bahasa jiwa. Genta maknanya – loceng kecil. Loceng dalam jiwa yang berdeting-denting. Bunyinya kecil, tetapi nyaring kedengaran hingga kejauhan. Insya-Allah. Fokus study!

     
  4. muhammad fakhruddin

    30 April 2009 at 7:07 pm

    Assalamualaikum ustaz,
    entah mengapa saya melihat lirik lagu Salahuddin Al-Ayubi itu seakan-akan sealiran dengan lagu I’ve Seen dari kumpulan Outlandish dan Sami Yusuf.

    Cuma bezanya,lirik ustaz fokus pada figur Salahuddin,manakala lagu tersebut menyebut secara umum kerinduan pada sosok yang bisa membangunkan ummah kembali.(ya,seperti Salahuddin juga).

    Jujur saya katakan,kedua-dua buah lagu ini ‘mengetuk’ kesedaran mengenai kehebatan ummah.Moga jangan hanya tinggal lagu,biarlah liriknya pun hadam dalam faham dan penghayatan kita.

     
  5. gentarasa

    2 Mei 2009 at 7:45 am

    Salam Muhammad,
    Saya tidak pernah mendengar lagu dari Sami Yusuf yang dimaksudkan itu. Insya-Allah, tertarik saya. Ingin saya mendengarnya. Buat pengetahuan Muhammad, saya bukanlah penulis lirik, hanya menulis sajak-sajak peribadi yang kemudiannya “diangkat” menjadi lirik nasyid. Apapun, bagus sekali kalau ia dapat “mengetuk” kesedaran. Ya, semoga kesedaran itu “mengetuk” pula genta dan kemudiannya genderang perjuangan Salehuddin!

     
  6. noor shazwana zakhir

    31 Mei 2010 at 10:45 pm

    ustaz,ketika saya baca lirik lagu ni,saya dapat rasa betapa besar pengorbanannye…..saya cuma terkilan remaja yg sebaya dgn saya pada zaman sekarang ni ramai yang x ambil berat tentang semua ni… saya harap kesedaran yang tinggi dapat timbul dalam hati-hati mereka yang tidak sedar tentang pengorbanan salahudin al ayubi…

     
  7. wnorfazilah

    5 Mei 2011 at 7:32 am

    Salam..
    ustaz, sy terperasan pada lirik ini:
    Jasamu Salahuddin
    Bagai kasturi mewangi
    Harumannya melewati
    Baitul Maqdis
    Walaupun jasadmu tiada

    Rasanya selepas Baitul Maqdis, ada dua lagi perkataan:
    Baitul Maqdis “yang suci”

    Inginkan kepastian, betulkan jika sy tersalah.

    Syukran ust

     
  8. gentarasa

    5 Mei 2011 at 8:51 am

    Salam wnorfazilah…
    Harumnya melewati… Baitul Maqdis yang suci.

     
  9. syikin

    27 Ogos 2011 at 11:21 am

    assalamualaikum ustaz.
    alhamdulillah,
    setiapkali saya baca hasil tulisan ustaz pasti terkesan di hati ini.
    doakan saya ye ustaz supaya hati saya sentiasa suka dan berpaut dengan ALLAH,

     
  10. gentarasa

    29 Ogos 2011 at 10:15 pm

    Ya Allah, bantulah Syikin dan kami semua untuk sentiasa ingat kepada MU. Amin.

     
  11. imtiyaaz

    28 Oktober 2011 at 10:21 pm

    apa tajuk lagu ini ya?siapa penasyidnya?

     
  12. Azila96

    15 November 2011 at 10:53 am

    Salam.Tahniah ustaz, lirik lagu yang amat menarik.Rasa terharu dengan peribadi, semangat juang dan kepimpinannya.SALAHUDDIN Al-Ayubi,namamu terpahat menjadi sejarah.Menghayati bait2 lirik ini menyentuh jiwa dan sanubari saya.w’alam

     
  13. noor mahmudah mohamad saleh

    31 Julai 2012 at 2:18 pm

    Assalamualaikum ustaz….semua lagu yang ustaz cipta memang banyak mesej dan makna yang dalam…saya suka lagu Salahuddin Al-Ayubi dan satu amanah,embun hidayah,debu-debu dosa…lirik-liriknya menyentuh jiwa,terkadang boleh menitiskan airmata…teruskan berjuang ustaz…mudah-mudahan Allah S.W.T tetapkan iman kita semua ke jalan NYA…Amin…

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: