RSS

BERBAGAI-BAGAI KISAH ANTI YAHUDI

28 Mar

yahudiIsu keganasan Israel di Gaza semakin pudar sedikit demi sedikit. Kebencian terhadap Yahudi yang bermusim tidak akan dapat menggerakkan perjuangan menentangnya secara konsisten. Mari kita imbau kisah-kisah boikot Yahudi di bawah ini. Cari yang tersirat di sebalik kisah yang mudah-mudah ini:

BARU NAK BOIKOT

Saya benar-benar tersentuh mendengar perbualan anak jiran baru-baru ini.

“Jom kita makan …..*** (menyebut satu jenama ayam goreng yang terkenal)” kata si adik yang berumur lima tahun.

“Tak bolehlah, emak kata itu Yahudi punya,” jawab si kakak.

Si adik diam.

Saya yang berada di sebelah mereka berkata kepada si adik, “nak makan ***?” Sengaja menguji.

“Tak mahulah Pak Cik itu kan Yahudi,” jawab si adik. Sah, “tarbiah” si kakak berkesan.

Itulah antara perbualan kecil yang disuarakan oleh “orang kecil”. Namun jika difikirkan dalam-dalam, ia memberi impak yang besar dalam agenda perjuangan ummah. Saya percaya ada banyak lagi perbualan yang seumpamanya dalam masyarakat Islam akhir-akhir ini. Suara kebencian. Suara kemarahan terhadap Yahudi laknatullah.

Jika momentum seperti itu terus ditingkatkan dalam masyarakat, insya-Allah akan bangun satu generasi baru di kalangan ummah yang benar-benar bencikan Yahudi. Bayangkan kalau sebelum ini anak-anak yang kecil umat Islam sudah dapat terbiasa menghafal nama-nama produk yang ada kaitannya dengan Yahudi bahkan gemar “menikmatinya”, kini satu pusingan U berlaku, yang mana mereka mula membencinya. Yang penting bukan produk keluarannya sahaja tetapi kebencian terhadap Yahudi itu sendiri yang lebih utama!

TAK MAHU BOIKOT

“Tak praktikal…”

“Mengapa?” tanya saya.

“Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?” jawab dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.

“Kita belum kuat. Jangan cari penyakit…” tambahnya lagi.

“Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian terhadap Zionis?” kata saya.

“Perlukah kebencian dilahirkan?”

“Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?”

Dia pula yang diam.

“Kalau awak tidak setuju kempen boikot produk Yahudi ni… Ada cara lain?”

“Kita tak boleh buat apa-apa,” ujarnya selamba.

Sikap in-aktifnya itu mengingatkan saya pada satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV oleh seorang Ustaz Zamri “mantop” satu ketika dahulu. Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim AS dibakar oleh raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu.

Perbuatan buruk kecil itu ditertawakan oleh burung-burung besar yang lebih besar.

“Apa gunanya air yang setitis itu?” burung besar menyindir.

“Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim,” jawab burung kecil.

“Ha, ha… usaha yang sia-sia. Masakan api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?” ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?

Jawapannya begini:

“Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu…”

Mendengar jawapan burung kecil, sekalian burung yang besar terdiam. Ya, kalau kita hanya umpama “si burung kecil” dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi… siramlah walau “setitis air” untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti.

TAK MAMPU NAK BOIKOT

“Lebih baik boikot hedonisme,” kata seorang sahabat rapat saya seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

“Mengapa?”

“Hampir semua budaya hedonisme ditaja dan didalangi oleh Yahudi.”

Saya terdiam. Ada benarnya kata sahabat saya itu. Tentu dia sudah membuat kajian dan penerokaan.

“Kerosakan oleh hedonisme lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng,” katanya bersemangat.

Sekali lagi saya mengangguk-angguk. Filem, lagu, fesyen, muzik yang bertentangan syariat sangat dekat dengan kehidupan umat Islam masa kini. Sedar tidak sedar, kita adalah pengguna terbesar produk hedonisme Yahudi.

“Tapi langkah ini susah sedikit. Hampir setiap masa umat Islam “menikmati” lagu-lagu dan filem sebegitu,” ujar saya perlahan.

“Susah? Kalau nak lawan Yahudi kenalah susah. Mana lebih susah, umat Islam Palestin yang sedang bermandi darah atau kita yang hanya perlu menutup telinga dan mata daripada produk hedonisme Yahudi?”

Saya tersenyum sinis melihat bagaimana ada kalanya agenda hedonisme diuar-uarkan kononnya untuk menentang Zionis. Aktiviti hiburan keterlaluan, pendedahan aurat dan pergaulan bebas dijadikan wadah untuk memerangi Yahudi padahal itu semua adalah cara hidup yang memang “disukai” oleh Yahudi.

Ramai yang tidak sedar bahawa Yahudi adalah penaja kepada budaya pendedahan aurat dan pergaulan bebas dunia masa kini. Mereka bukan sahaja meraih keuntungan komersial bahkan berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk-produk hedonisme itu. Saya setuju benar dengan pandangannya. Dan saya lihat dia benar-benar mempraktikkan cakap-cakapnya. Syabas!

DAH LAMA BOIKOT

Saya lihat wajahnya selamba. Seolah-olah begitu naif. Imam masjid itu benar-benar mengejutkan saya. Soalan yang diajukan kepadanya sangat gah. Ingin mendengar soalan itu? Ya, ini soalannya:

“Apakah peranan Imam seperti anda dalam usaha memboikot Yahudi?”

“Saya dah lama boikot,” jawabnya pendek.

“Sejak bila?”

“60 tahun lalu!”

Biar betul imam ni. Zionis baru sahaja mengganas awal Januari 2009. Dia pula mendakwa sudah mula memboikot Yahudi sejak 60 tahun yang lalu. Negara Israel itu pun baru wujud pada tahun 1948.

“Israel pun baru wujud 51 tahun yang lalu,” saya seolah-olah mengingatkan.

Imam itu senyum lalu berkata,” tetapi Al-Quran sudah menjelaskan permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah 1400 tahun yang lalu. Sejak Al-Quran diturunkan!”

Saya benar-benar terkejut. Terkesima. Ini bukan sebarang Imam. Saya bertanya lagi, “kalau begitu kenapa tuan katakan sejak 60 tahun?”

Imam itu masih tersenyum. Kali ini dengan lebih serius dia berkata, “saya anak Tok Guru Pondok. Sejak berumur 10 tahun, Almarhum ayah telah mendidik dengan al-Quran. Saya masih ingat, pesan ayah ketika mentafsirkan ayat-ayat Quran berkaitan dengan Yahudi… Yahudi itu musuh Islam. Kena lawan mereka habis-habisan!”

Belum sempat saya bertanya, dia menyambung bicaranya, “saya tanyakan ayah macam mana melawan Yahudi?”

Ya, itulah juga soalan yang ingin saya tanyakan kepadanya.

“Hidup ikut syariat Islam. Jaga akidah. Jaga akhlak. Hidup cara Islam itulah kaedah melawan Yahudi. Jadi, saya dah lama boikot Yahudi ni…”

Ya, saya dapati di pondok pengajian bersebelahan masjid tempat dia menjadi imam, tidak ada ubat gigi, ayam goreng, CD, VCD, kopi dan lain-lain produk yang tersenarai sebagai produk berkaitan Yahudi. Remaja lelaki dan wanitanya tidak mendedahkan aurat. Tidak ada pergaulan bebas. Ayat-ayat Quran dan zikir sentiasa berkumandang melalui corong pembesar suara di masjid dan celah-celah rumah berhampiran. Dia dan “daerah” itu telah lama memboikot cara hidup Yahudi!

 
29 Komen

Posted by di 28 Mac 2009 in Tarbiyah

 

Label: , ,

29 responses to “BERBAGAI-BAGAI KISAH ANTI YAHUDI

  1. Ana Muslim

    28 Mac 2009 at 5:51 pm

    jazakallahu khayran for the entry…

     
  2. Amri Bin Rahamat

    29 Mac 2009 at 11:43 am

    Assalamualaikum ustaz,

    Apakah kebaikan belajar bahasa Hebrew, iaitu bahasa Yahudi?

     
  3. adilah

    29 Mac 2009 at 2:41 pm

    subhanallah!!!! sangat2 terkesan dengan kisah imam tuh.. hebat!!! benar2 faqqih fid-deen!!!

    mohon copy-paste article nih. moga bermanfaat untuk rakan2 ana juga.

    jazakallah khair pak cik (boleh ke pggl pakcik? sebab sebaya dengan ayah saya)

     
  4. amirah

    29 Mac 2009 at 6:15 pm

    Salam,

    Penutup Artikel ustaz sangat menarik. Mula-mula ingatkan imam tu loyar buruk.

    Shaza

     
  5. gentarasa

    30 Mac 2009 at 6:47 am

    Salam,
    Supaya kita tidak ditipu oleh bangsa itu. Baca buku Kisah Para Sahabat yang selalu ditaklimkan oleh sahabat-sahabat kita dari Jemaah Tabligh, kita akan lihat bagaimana anjuran Rasulullah SAW dalam hal itu. Dan bagaimana para sahabat dapat menguasai bahasa itu dalam masa yang sangat singkat. Subhanallah!

     
  6. gentarasa

    30 Mac 2009 at 6:50 am

    Salam,
    Ya Adillah. Panggil saja saya Pak Cik ataupun Datuk. Kekadang dalam kehidupan ini ramai “unsung hero – wira yang tidak didendangkan dalam satu perjuangan yang besar! Orang-orang kecil ini lebih ikhlas, praktikal dan wibawa. Cuma tidak terkenal, kerana suaranya tidak “besar”! Jadilah orang itu.

     
  7. gentarasa

    30 Mac 2009 at 6:51 am

    Salam,
    Jazakallah Amirah. Ada yang tersirat dalam cerita tu. Mudah-mudahan jadi iktibar.

     
  8. amir

    4 April 2009 at 7:45 am

    Salam ustaz. mau minta pandangan ust.. apekah frenster, facebook dan sama waktu dgnnya produk hodenisme yahudi? syukran ya ust

     
  9. ummu_huurunain

    4 April 2009 at 12:45 pm

    Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. artikel yang menarik dan membantu minda untuk berfikir berlandaskan ilmu dan iman.. Ustaz, ana minta izin sebarkan artikel ni untuk manfaat sahabiah ana yang lain. JazakALLAH..

     
  10. gentarasa

    7 April 2009 at 4:34 am

    Salam Ummu,

    Ya, sebarkan. Mudah-mudahan ada kebaikannya nanti. Mujahidah solehah – itulah yang didahagakan oleh umat kini. Teruskan perjuangan!

     
  11. gentarasa

    7 April 2009 at 4:37 am

    Salam,

    Hedonisme, sahih produk Yahudi. Tentang frenster, facebook dan lain-lain tu, ana sedang teliti. Medium kontemporari bagi ana umpama pisau sahaja – boleh memotong sayur, boleh membunuh. Bergantung kepada tangan dan hati siapa yang memegangnya. Tapi, ana pohon meneliti dulu ya. Apapun, syukran atas kesudian menjengok saya ya Amir.

     
  12. JamaMajlis

    9 April 2009 at 6:16 am

    Sudah sampai masanya kita menyenarai dan memperkenalkan produk keluaran Muslim yang belum dikenali daripada kita asyik menyenaraikan produk keluaran Yahudi yang memang dah dikenali umum. Produk dan pasaran halal adalah tanggungjawab kita bersama. Jihad ekonomi. Ekonomi umat Islam sekarang umpama berada dibawah tapak kaki orang bukan Islam termasuk Yahudi laknatullah.

     
  13. gentarasa

    9 April 2009 at 3:31 pm

    Salam,
    Betul Yeop. Tahniah kerana telah menjadi usahawan yang berjaya. Masih ingat bagaimana Yeop meniti dari bawah. Ana sangat bangga dengan Yeop, sahabat yang cekal, sabar dan konsisten dalam menghadapi cabaran. Tahniah juga atas anak yang dah ke negara Cina. Go, go cyaiyok! Kita bermula dari kecil, tetapi dengan cita-cita yang besar. Tahniah juga untuk HPA – satu syarikat muslim yang berjaya. Istiqamah, doa dan usaha. Insya-Allah, Yahudi akan goyah.

     
  14. myikhwanfiideen

    9 April 2009 at 6:47 pm

    Salam buat ust dan keluarga..

    Boikot kisah yg bermusim.. Kenapa bole jadi mcm tue ye ust??

    Erm.. Ya Allah.. Terkesan dgn Imam yg ust ceritakan dlm entry ini.. Sy berfikir2 akan ayat ust yg terakhir..

    “Dia dan “daerah” itu dah lama MEMBOIKOT yahudi..”

    Mudah diucap tapi susah dibuat.. Tp, kalu leh nak juga mcm tue.. huhu

     
  15. fakirullah

    28 April 2009 at 9:47 am

    islam yg sampai di nusantara adalah di hujung persimpangan antara hinduism idealisma dan adat nusantara yang kuat. yahudi juga bertapak dinubari pemikir dan intelektual melayu adealis barat…ikutan ini menyerap keakar umbi pendidikan global malaysia. apabila semakin parah umat islam telah lali dgn biusan cara hidup barat-yahudi ..mana boleh di pikul oleh seorang iman tampa seberkas ikatan muslim lain …kuatkan iman serulah doa ssghnya yahudi akan terhumbang …allahu akbar

     
  16. gentarasa

    29 April 2009 at 11:50 am

    Salam fakirullah,
    Insya-Allah amin. Itu doa kita bersama. Semoga kesibokan kita mengutuk Yahudi tidak melalaikan kita dengan “pengaruh-pengaruh” Yahudi yang ada dalam diri dan keluarga kita sendiri. Kekuatan iman, ukhwah dan jamaah sahaja yang mampu menumbangkan Zionis!

     
  17. radhi

    5 Januari 2010 at 10:47 pm

    Salam ustaz…….Terima kasih atas artikel yang menarik ini.Diharap agar ustaz dapat memaparkan serba sedikit lagi tentang agenda yahudi yang mahu menghancurkan islam sebagai peringatan kepada umat islam di Malaysia yang semakin lalai…Sekian,terima kasih

     
  18. norafifah bt hj seman

    31 Januari 2010 at 3:32 pm

    assalamualaikum ustaz….ana nak tanya ustaz,adakah seseorang itu terlepas dari dosa setelah dia telah menegur sahabatnya dari membeli barang2 pun yahudi.masalah ana sekarang sahabat saya tetap membeli barang2 yahudi.walaupun sudah ditegur.untuk pengetahuan ustaz ana adalah stokis hpa yangmana kita sudah tahu kehalalalnya

     
  19. the eYe

    4 Jun 2010 at 2:36 am

    assalamualaikum. minta izin copy jugak ye. tq.🙂

     
  20. gentarasa

    5 Jun 2010 at 12:31 pm

    Salam,
    ya, silakan.

     
  21. WARISMA

    5 Jun 2010 at 5:06 pm

    moga diriku dan kita semua menjadi imam yang sedemekian itu juga..

     
  22. PutraMalaya

    6 Jun 2010 at 3:23 am

    mumtaz jiddan ya ustaz..woot3o_O

     
  23. merpati putih Z

    6 Jun 2010 at 4:35 am

    salam sayang buat kalian di gentarasa…kembalilah pada firah..asal usul kita..TEGAKKAN KALIMAH SYAHADAH MARTABATKAN KALIMAH ALLAH INI JADI YG TERHEBAT BUAT KITA.MENEMANI SETIAP LANGKAH,DENYUT NADI,DALAM HELA NAFAS…sudah cukup untuk kita sebaris dengan anak palestin ,pejuang palestin…AYUH PEMUDA..KU TAK HERAN SAMAADA KALIAN BERANI MEMBEDIL DGN SENJATA YG DIBERI,SUARA YG MEMEKIK TAK TERPER,TAK HENTIHENTI HIDUP GAZA!!BOIKOT TAHUDI!!!I…TAPI SOLAT SUBUH HILANG DALAM SENARAI SEPANJAG MASA…minta dijauhkan.BANGUN WAHAI PEMUDA ,PEMUDI….AYUH SOLAT SUBUH BERJEMAAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     
  24. ummu ammar

    7 Jun 2010 at 10:11 am

    salam ustaz..artikel tulisan ustaz banyak memberi kesan pada saya. saya mohon sebarkan ye..moga bermanfaat pada sahabat lain juga..
    HPA adalah produk keluaran muslim yang bagus.suami juga baru menjadi ahli..saya berniat untuk sebarkan pada kawan2 di pejabat…

     
  25. gentarasa

    8 Jun 2010 at 6:25 am

    Salam Faiz,
    Tolong email saya di pahrolmohdjuoi@yahoo.com

     
  26. Farhan Farzan

    13 Julai 2010 at 10:00 am

    Yahudi laknat!

     
  27. Am

    4 Ogos 2010 at 3:59 am

    Salam tuan rumah, artikel mantap.. bullet proof! Tahniah.. i like..

     
  28. ISRAEL IS REAL TERRORIST

    14 Oktober 2013 at 8:27 am

    Asalamualaikum wr wb, saudara
    semuslim.
    Membahas Yahudi tak kan ada
    habisnya, Yahudi makhluk tercerdas
    (alquran)..
    kalian senang produk negara maju ada di negara kalian? Kalian senang
    para
    pemimpin dunia maju datang?
    Kalian senang pemuka bisnis, pakar
    ekonomi dkk negara maju dtg kah?
    Kalian senang acara negara maju malah berkembang di negara? Ya tentu
    karena sebagai pendongkrak
    ekonomi,
    TAPI APAKAH hanya sekedar mitra
    bisnis semata? Lihat, ketika US
    justru dikuasai yahudi negara mereka memang teramat maju tp mereka
    NUNDUK semua ke ISRAEL, apa terpikir
    UN (United Nations) cuma jd penonton
    perang oleh
    US di tanah jazirah Arab di diamkan?
    Dahulu bukannya UN itu dibuat untuk mengakhiri perang US-soviet? Lah
    macam mana kok malah di dirikan di
    US? Bukan di negara tengah atau netral
    kan macam turkey misal? aneh kan?
    “ingat kaum tercerdas”
    wallahuakbar

     
  29. Mohd Nazri

    16 Mac 2014 at 4:44 am

    assalamualaikum wbt Ustaz Pahrol,
    tentang kisah burung kecil yang berusaha memadamkan api Nabi Ibrahim itu, bolehkah Ustaz berikan sumber dalilnya? Terutamanya dari segi kesohihannya. Ini emel saya ya Ustaz, brothernaz@gmail.com barokallahufiik

    Jzkk.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: