RSS

MEDIA KELAWAR

23 Feb

kelawarSementara malam masih gelap, kelawar akan terus bebas bertebangan. Namun bila matahari mula bersinar, kelawar tidak akan berani menjenguk muka. Begitulah perumpamaannya dalam masyarakat kita, sementara kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan orang ramai masih rendah, bermaharajalelalah ‘media kelawar’ merosakkan masyarakat dengan idea-idea karat dorongan nafsu.
Media ini akan terus berusaha membunuh nilai-nilai akhlak dan roh Islamiah dengan menyiarkan berita, rencana, kartun dan apa jua tulisan yang putus daripada petunjuk agama benar. Walaupun ada kalanya, media ini masih menyiarkan tulisan-tulisan yang kononnya berunsur Islam – tetapi semuanya diolah dan telah diubahsuaikan mengikut selera nafsu.
Neraca keadilan, ketepatan dan kebenaran yang sepatutnya menjadi etika dan pegangan sewenang-wenangnya dicemari. Unsur-unsur fitnah, mengadu-domba dan kepincangan akhlak, menjadi sajian untuk tatapan umum setiap hari. Mereka tidak lagi menjadi juru damai dalam sesuatu krisis, sebaliknya telah menjadi batu api yang menghangatkan lagi pertelingkahan yang sedia ada.
Kekadang menyokong tanpa bersikap adil. Ada kalanya menghentam secara kasar dengan membelakangkan nilai akhlak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, media kadangkala menjadi punca keruntuhan akhlak, perpecahan ummah dan kejadian maksiat yang semakin menjadi-jadi. Kisah hidup para pendosa yang tidak senonoh dieksploitasi. Kisah misteri, seks, gosip menjadi bahan sensasi..
Tersebar dan meluas-nya sesuatu krisis biasanya hasil campur tangan akhbar. Aktivis media sepatutnya menghayati sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Damaikanlah dua saudara kamu yang bergaduh.”
Namun, apa yang berlaku adalah sebalik-nya. Berita-berita yang menghangatkan lagi krisis muncul satu demi satu, hari demi hari. Semacam tidak suka pula jika pihak yang berkrisis itu berdamai.

Lebih besar dan hebat sesuatu krisis yang berlaku, lebih besar ‘nilai’ beritanya. Lebih banyak pergaduhan dan krisis yang berlaku, lebih banyak keuntungan yang diraih. Ironinya, perdamaian pula yang dianggap merugikan.
Namun, tunggulah… media kelawar akan mula tertekan dengan penghayatan masyarakat tentang ayat Quran ini:
“Wahai orang-orang beriman, apabila datang orang-orang fasik membawa berita maka hendaklah kamu periksa.”
Masyarakat kini telah kian terbuka kepada sumber berita yang sudah pelbagai. Kita tidak boleh menipu semua orang, pada semua masa dan di semua keadaan.
Penentang kebangkitan Islam pasti musnah. Zaman cerah pasti datang bersama naiknya Islam dengan kemajuan dan pembangunan yang dibina sendiri. Tanpa bersandar kepada timur dan barat. Ketika itu tempat sandar akhbar-akhbar kelawar pasti roboh untuk diganti oleh akhbar dan media-masa Islam yang membawa berita baik kepada seluruh isi dunia!

 
5 Komen

Posted by di 23 Februari 2009 in Belajar Dari Alam

 

Label: , , ,

5 responses to “MEDIA KELAWAR

  1. nunwawror

    25 Mac 2009 at 3:02 pm

    “Wahai orang-orang beriman, apabila datang orang-orang fasik membawa berita maka hendaklah kamu periksa.”
    hrmm..malangnya orang2 fasik kini bukan sekadar membawa berita yang tidak benar. Malah menghalang dan mengharamkan media2 yang cuba memaparkan kebenaran, sekaligus menghalang hak orang ramai terhadap kebenaran..
    Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka..dan kita semua dalam mencari kebenaran..Amiin

     
  2. delow

    23 Mei 2009 at 9:56 pm

    di dunia islam hanya satu dan bukan aliran itu saja .dan bila kita melihat yang aneh tentang islam. kita hanya bisa menanamkan iman kita yang pling dalam yaitu berdoa buat umat islam yang dibawa kajeng rosull yaitu sang nabi tercinta kita muhhamad s.a.w menjadi selamat dan bahagia,abadi dan tertinggi kelak
    amin
    nb: ingat teman semuanya. setan sudah mempersiapkan senjata sejak kita belum lahir jadi cepat2xlah kita berdoa meminta kepada ALLAH SWT

     
  3. gentarasa

    25 Mei 2009 at 5:33 pm

    Salam delow,

    Saya terkejut bila pernah mendengar seorang ulama berkata, belajarlah daripada syaitan! Terkejut. Rupanya belajar daripada syaitan tentang kegigihan, kreatif, inovatif dan ketidak putus asanya untuk menyesatkan manusia. Syaitan… musuh yang tidak pernah tidur. Malangnya, musuh syaitan (bani Adam) selalu tidur! Syukran. Dari Indonesia? Salam saudaraku!

     
  4. delow

    13 Jun 2009 at 10:05 pm

    belajarlarlah sampai ke negri cina …belajaralah pada siapa saja blajarlah baik muda maupun tua dan seisi mahkluk ALLAH …….. ingat ambil positifnya dan kita jangan gampang ambil keputusan dulu sebelum ada jalan buntu DAN INGAT BRO kita tak boleh langsung vonis karna zaman semakin maju kita pun tak tahu mana yang tipu daya setan yang pasti ajuran rosuulah janganlah pernah berhenti bukan begitu saudara_dara

     
  5. gentarasa

    17 Jun 2009 at 11:14 pm

    Salam delow,
    Ya, begitulah. Terima kasih atas wejangan yang bernas. Insya-Allah, akan saya ingat selalu. Salam ukhwah!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: