RSS

Ibrah “lompat melompat”

10 Feb

lompatSayidina Umar RA pernah mempertikaikan isi perjanjian Hudaibiyah yang menurutnya “berat sebelah”. Beliau tidak bersetuju jika pengikut Islam yang sudah hijrah ke Madinah kemudian ingin berpatah balik dan mahu “melompat” semula ke Makkah dibenarkan berbuat demikian. Manakala, jika ada penduduk Makkah yang ingin memeluk Islam dan mahu hijrah ke Madinah tidak dibenarkan berbuat demikian. Ini tidak adil, menurut Sayidina Umar RA. 

Sebaliknya, Rasulullah SAW akur dengan perjanjian itu dan melihatnya dari dimensi yang berbeza. Selain daripada perjanjian Hudaibiyah itu sendiri pun sudah satu “kemenangan” buat umat Islam malah syarat yang dilihat tidak adil itu pun sebenarnya memberi kebaikan secara terselindung. Bagaimana?

Pengikut Islam yang melompat semula ke Makkah hakikatnya adalah pembelot yang jika terus berada di Madinah pasti menyusahkan Rasulullah SAW dan para sahabat suatu hari nanti. Mereka yang berubah hati ini hanya menunggu masa untuk berpaling tadah apabila tiba detik yang kritikal dan mencabar. Jadi, pada Rasulullah SAW, ada baiknya mereka dibenarkan “melompat” kerana itulah cara terbaik untuk “menapis” mereka yang bermasalah ini daripada terus menjadi “duri dalam daging” atau “musuh dalam selimut” dalam barisan pejuang Islam yang tulen.

Manakala pengikut Islam yang “tertahan” di Makkah tetap akan mempertahankan keislamannya kerana hati mereka yang benar-benar beriman pasti tidak akan tergugat sekalipun oleh persekitaran yang jahiliah. Malah pejuang Islam yang sejati akan sentiasa kreatif dan inovatif untuk memperjuangkan agamanya walaupun di tengah kekangan dan halangan yang menghimpit.

Rasulullah SAW arif benar tentang hakikat itu. Baginda bijak membaca hikmah dan mampu melihat suatu yang positif secara tersirat, walaupun negatif secara tersurat. Terbukti pengamatan Rasulullah SAW melangkaui batas pemikiran Umar RA Kahttab yang masih konvensional. Tidak kalah dengan mengalah.

Selepas perjanjian Hudaibiyah dimeterai bukan tidak ada pengikut Islam di Makkah yang tekad untuk terus berhijrah ke Madinah tetapi Rasulullah tetap berpegang pada janji. Langkah mereka tidak dibenarkan oleh Rasulullah SAW. Lihat betapa teguhnya Rasulullah SAW berpegang pada janji walaupun kita dapat rasakan betapa sedih dan hibanya hati baginda terpaksa “menolak” kedatangan umatnya.

Sejarah mencatatkan bagaimana pejuang Islam yang tidak diterima di Madinah ini akhirnya menjadi kelompok “pejuang pemisah” yang mendiami lokasi terpencil namun tetap mempertahankan iman sekali gus menyusahkan pedagang Quraisy yang melalui penempatan mereka.

Beberapa tahun kemudian, ternyata kesabaran dan strategi Rasulullah SAW membuahkan hasil. Kafir Quraisy melanggar perjanjian dan peperangan demi peperangan pun berlaku. Mujur barisan pejuang Islam telah “dibersihkan”. Jika tidak masakan tercapai kualiti 313 orang tentera Islam yang mampu mengalahkan 1000 orang tentera kafir di perang Badar. Dan boleh jadi bilangan orang munafik yang “minta uzur” dari medan Uhud menjadi lebih ramai. Atau konco-konco puak munafik akan lebih licik bekerjasama dengan puak Yahudi Madinah untuk menikam pejuang dari di dalam peperangan Khandak.
Umar RA tentulah individu yang paling mendapat pengajaran daripada Rasulullah SAW menerusi peristiwa Hudaibiyah. Beberapa tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW dan berlalunya era pemerintahan Khalifah Abu Bakar As Siddiq RA dan pemerintahan Islam berada di tangannya, terbukti Umar masih berpegang teguh kepada roh tarbiah yang diterimanya dari perjanjian Hudaibiyah.

Dalam tazkirahnya kepada tentera Islam yang akan berangkat ke medan Qadisiyah, Parsi beliau telah menegaskan:
“Aku lebih bimbangkan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam sendiri daripada kekuatan tentera musuh. Hakikatnya, kita dimenangkan atas mereka kerana dosa yang mereka lakukan. Tetapi sekiranya kita turut berdosa seperti mereka, aku khuatir Allah tidak akan membantu kita!”
Itulah Umar RA yang belajar dari Rasulullah SAW.

Ketika isu politik semakin panas dengan kejadian “lompat-melompat” yang sangat mengelirukan ini, apa kata kalau kita “istirahat” seketika untuk bermuhasabah tentang kebijaksanaan seorang pemimpin – Muhammad SAW dan kesetiaan pengikut bernama Umar RA. Di pihak mana pun anda “berada” ambilah “ibrah” dari Hudaibiyah!

 
3 Komen

Posted by di 10 Februari 2009 in Politik / Siasah

 

Label: , , , , ,

3 responses to “Ibrah “lompat melompat”

  1. mohdaladib

    12 Februari 2009 at 7:57 am

    Satu huraian yang baik, moga setiap hati memandang sesuatu kejadian dengan memikirkan hikmah yang terselindung.

    http://www.al-adib.net

     
  2. gentarasa

    12 Februari 2009 at 8:08 am

    Terima kasih kembali. Semoga terus kukuh dengan prinsip dakwah dan tarbiah. Selamat maju jaya dunia dan akhirat. Ramai yang menanti bukumu!

     
  3. gentarasa

    12 Februari 2009 at 8:10 am

    Saya juga belajar dari akhi. Tentang ejaan yang banyak salah tu, insya-Allah saya akan lebih berhati-hati. Teruskan menulis dengan banyak membaca. Aku hairan dengan orang yang ingin menjadi penulis BESAR tetapi membaca buku KECIL sahajapun dia tidak sanggup! Begitu selalu pesan penulis-penulis yang ikhlas dan bernas kata-katanya.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: