RSS

TRADISI KERJA LEPAS SUBUH

20 Jan

lepas-subuhPagi tadi selepas Subuh, saya sempat menyelesaikan dua tulisan untuk majalah Anis. Terasa idea meluncur laju tanpa tersekat-sekat. Lepas Subuh memang “prime time” untuk menulis. Fikiran, emosi dan hati masih tidak tercela oleh kesebukan, godaan dan kelalaian. Sejak puluhan tahun tradisi ini saya kekalkan. Walaupun sudah sebati, kadangkala terganggu juga. Ada masanya saya menulis waktu malam atau petang.  Namun saya sering diperingatkan oleh rasa “tersekat-sekat”, berat dan perlahan. Kurang menjadi.

Malam semalam, fikiran masih ligat berfikir – betapa banyak “kesayangan-kesayangan” kita menjadi halangan dalam kehidupan. Akhirnya, saya tumpahkan segalanya dalam tulisan bertajuk Kill Your Darling. Begitu juga kelohan-kelohan hati sepanjang sambutan majlis Maulid Nabi tahun-tahun yang lalu. Saya pernah menjadi penceramah, ahli panel, pengacara dalam acara rasmi dan tidak rasmi – hati saya merintih kenapa program-program sedemikian belum benar-benar “landing” dalam hati masyarakat.

Al hasil, Maulud tinggal hanya soal basa-basi, jamuan dan laungan selawat… yang itu-itu juga. Tidak ke mana. Sekadar mengulang-ulang apa yang  akhirnya menjadi tradisi dan terlalu bermusim sifatnya. Semua itu kemudiannya saya luahkan dalam tulisan – Sunyi Sekeping hati di kemeriahan Maulid Nabi, juga untuk majalah Anis.

Minggu lalu, saya masih asyik menulis buku dan menghabiskan kerja menghasilkan, menyemak dan menambah baik artikel-artikel dalam majalah SOLUSI edisi ke 4.  Berbincang dengan Dr Sidek Baba tentang Jihad Ilmu – melayani impian, harapan dan visinya tentang tarbiah dan perjuangan. Ambil kesempatan berguru dengan keghairahan dan pengalamannya. Alhamdulillah, prinsip yang cuba dipraktikkan dalam hidup – what you see is what you get – ternyata memberi kebaikan. Ertinya, kita mesti melihat sisi positif pada setiap individu, situasi dan kondisi yang kita hadapi… barulah kita akan mendapat sesuatu yang positif juga. Bagaimana kita hendak mendapat yang positif, kalau yang kita lihat negatif? Kalau begitu yang kita praktikan, insya-Allah kita boleh belajar daripada sesiapa sahaja dan apa sahaja.

Sering juga saya peringatkan diri sendiri, jadilah orang yang rendah diri, kerana orang yang merendah diri boleh belajar bukan sahaja daripada orang yang baik dan bijak, malah daripada orang yang jahat dan dungu juga. Fira’un yang jahat mengajar kita tentang keyakinannya terhadap kehidupan selepas mati dan persediaan menghadapinya. Piramid adalah lambang komitmen Fir’aun tentang itu. Manakala mengenai ‘guru’ yang dungu pula Luqman Al Hakim pernah berkata, aku mengutip hikmah daripada orang yang bodoh… di mana kesalahannya, tidak akan aku lakukan!

Pagi tadi juga,  saya menerima SMS daripada sahabat karib Zakaria Sungip, yang kini walaupun berlainan “bahtera” tetap mempunyai kesatuan hala. Dia tertarik dengan kaedah “melapangkan masa vs menunggu masa lapang” – satu kaedah yang “biasa-biasa” sahaja dalam mengharungi kesebokan tugasan dan tanggung-jawab. Itu yang saya belajar dalam usaha untuk terus belajar walaupun di tengah kesebokan “mengajar”. Lapangkanlah masa ditengah kesebokan memandu (apalagi ketika menghadapi kesesakan lalu-lintas) untuk belajar melalui kaset dan CD. Gunakan waktu senggang menunggu di bank atau di klinik dengan membaca buku.

Luahkan apa yang kita dapat, baca dan lihat kepada anak-anak, isteri dan sahabat. Belajar setiap masa. Atau jadilah “telinga’ (pendengar) yang baik dalam setiap komunikasi dan interaksi. Jangan cepat menyampuk dan bercakap. Diam, adalah satu kaedah belajar yang berkesan juga.

Namun, segala-galanya mesti bermula dengan muqaddimah yang baik. Lepas Subuh, waktu yang paling berkat untuk memulakan tugasan, pemikiran dan tindakan sesama insan seperti dinihari adalah waktu yang paling optimum berhubung dengan Tuhan. Menurut pakar psikologi, masa sepuluh minit selepas bangun tidur adalah waktu yang paling kritikal menentukan keceriaan dan kecemerlangan pada hari tersebut. Menurut mereka, jangan dicemari pembukaan hari dengan rasa-rasa yang negatif, kata-kata yang buruk, raut wajah yang masam. Nanti kesannya akan berpanjangan sepanjang hari.

Menjadi seorang muslim, kita tidak akan menghadapi pembukaan hari dengan yang negatif. Bayangkan sebaik bangun tidur, kita terus membaca doa. Terus membersihkan diri, berwuduk dan mendirikan solat. Mata kita merenung tempat sujud. Mulut kita membaca ayat Quran dan selawat. Hati dan perasaan kita terfokus kepada kepada Allah – zat yang Maha Suci, Baik, Penyayang, Pemurah dan lain-lain sifat kesempurnaan-Nya. Jadi apa yang dikatakan oleh pakar psikologi itu akan tercapai secara automatik bila kita atur kehidupan secara Islamik.

Baik, isterehat dulu ya. Nanti kita ketemu lagi. Insya-Allah.

 
15 Komen

Posted by di 20 Januari 2009 in Diari Hati

 

Label: , ,

15 responses to “TRADISI KERJA LEPAS SUBUH

  1. Zulkifli

    20 Januari 2009 at 8:47 pm

    Ana setuju dengan pandangan enta tentang budaya kerja selepas subuh.Tapi masalah masyarakat Melayu hari ini,tidak ramai yang merebut peluang ini.(termasuk diri ana sendiri).Sering dipengaruhi oleh nafsu untuk tidur semula sedangkan sudah dijelaskan bahawa tidur selepas Subuh itu akan mewarisi kepapaan…

     
  2. muhammadridwanto

    21 Januari 2009 at 6:53 am

    Nasihat yang berguna.
    Terima kasih ustaz

     
  3. ummunajah

    21 Januari 2009 at 7:41 am

    Assalamualaikum Ust Pahrol, hari ini setelah membaca blog Ust Zakaria, dapatlah saya jejak blog ustaz nih. Sebelum ni ada juga tertanya-tanya pada diri sendiri, Ust Pahrol ada blog atau tidak agaknya. Walaupun lama tidak bersua muka atau mendengar suara, tapi ingatan tetap di hati.

    Seperti ustaz, saya juga baru belajar berblog. Dan masih belajar untuk menghasilkan blog yang baik.

    Cadangan saya untuk blog ustaz, masukkan shoutbox, biar mudah pengunjung tinggalkan pesan.

     
  4. gentarasa

    22 Januari 2009 at 4:24 am

    Salam. Jazakalllah. Ana doakan ummu diberi kekuatan dalam mujahadah di jalan Allah. Atas sokongan ana anggap itu doa dan dorongan.

     
  5. suraiya

    22 Januari 2009 at 7:08 am

    Salam
    Damainya tengok template Ustaz. So soothing! Tidak seperti blog saya yang haru-biru dan syok sendiri…eheh!

     
  6. gentarasa

    22 Januari 2009 at 7:32 am

    Salam. Jazakallah Suraiya. Mudah-mudahan kita dibantu oleh Allah dengan taufik dan hidayah-Nya.

     
  7. azue

    21 April 2009 at 6:43 am

    salam. susah betul nak hilangkan tabiat tidur lepas subuh ni. dah sebati dgn diri. mengantuk tahap maksima. tengah bc quran pun boleh tersengguk….

     
  8. gentarasa

    21 April 2009 at 6:54 am

    Salam,
    Tidak mengapa. Teruskan mujahadah. Seperti mana kita telah terbiasa dengannya seperti itulah kaedah ingin mengungkainya semula. Sedikit-sedikit, tapi istiqamah. Lebih baik baca Quran dan tertidur daripada tidur tanpa baca Al Quran langsung. Hee…

     
  9. SU

    16 Julai 2009 at 8:44 am

    syukran ustaz…
    mendapat sedikit ilmu yg berguna utk kehidupan seharian…harap ruangan ini akan memberi manfaat bersama..moga keberkatan sentiasa bersama org2 mukmin…

     
  10. gentarasa

    20 Julai 2009 at 8:44 am

    Salam SU,
    Ya, semoga keberkatan untuk kita semua. Terima kasih atas doamu!

     
  11. rosma

    15 Disember 2009 at 10:02 am

    Salam ustaz..

    Tradisi ini sy lakukan sms belajar ..memang berkesan.Saya setuju dgn suraiya..blog ustaz ni memang tenang membacanya dan ingin membacanya..Terima kasih ustaz atas ilmu..

     
  12. gentarasa

    15 Disember 2009 at 11:04 am

    Salam,
    Terima kasih kembali. Marilah terus belajar.

     
  13. azam

    18 Januari 2011 at 3:51 pm

    salam. apa yang ada kita syukuri dan nikmati. semuga hari ini dan seterusnya kita sentiasa mampu beribadah dan bersyukur kepada yang esa.

     
  14. atirah

    30 Mac 2011 at 1:14 am

    Aslmualaikum .,,
    ustaz, ternyata berkesan,
    inilah yg sy amalkn suata ms dhulu shgga berjya mncpai kejyaan..
    tp kdgkala sy jga alpa smpi sering terlupa ats kkuatan yg prnh ada suata ktk dulu..

     
  15. norhayati omar

    11 Jun 2012 at 1:19 pm

    alhamdulillah..terima kasih ust..sya sdg blajr dan memperbaiki dri..

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: