RSS

JENDELA USIA

18 Jan

usia-masaDI JENDELA USIA

Tuhan,
Pada-Mu aku pasrah
Akur, alah dan menyerah
Seluruhnya sudah pudar
Cintaku kian tercalar

Tuhan
Senjaku semakin dekat
Di sumur dosa aku melarat
Di hujung umur ku pasti kembali
Sedang hatiku tak suci lagi

Tuhan
Langkahku entahkan mati
Mendaki kasihMu nan tinggi
Namun cintaku bukan palsu
Walaupun sering terganggu

Tuhan
Kekadang terasa sayang-Mu
Bersama kurnia hidayah
Kekadang terasa murka-Mu
Seiring patahnya mujahadah

Tuhan,
Terlerai ribuan taubatku
Terungai semua janjiku
Kataku sering mungkir
CintaMu sering terpinggir

Tuhan,
Aku masih setia
Mengemis di jendela usia
Terus mencari wajah diri
Menadah keampunan Ilahi!

 
7 Komen

Posted by di 18 Januari 2009 in Puisi

 

Label: , ,

7 responses to “JENDELA USIA

  1. kedalam diri

    20 Ogos 2010 at 4:24 pm

    ya allah ustaz, mengalir air mata saaya dengan puisi ini. adakah allah masih sudi mengampunkan dosa2 saya

     
  2. wani sujak

    12 September 2010 at 3:59 pm

    sepi bnr snja ini..

     
  3. Ain Masturah

    29 Disember 2010 at 3:41 pm

    hati kena sentiasa bersangka baik kepada Allah..yakinlah, setiap ketetapan itu ada kebaikan..

     
  4. huzaifah

    17 Mac 2011 at 10:53 am

    Assalamualaika ya Ustaz,

    mohon kongsi puisi ini di facebook sempena hari lahir saya moga ada manfaat dan berkahnya.

    syukran ^^,

     
  5. sharifahtaufix

    3 Oktober 2011 at 7:43 pm

    mohon kongsi di fb saya sbgai peringatan diri ini yg sering lalai..jazakallah Ustaz..

     
  6. Mhedzrana

    13 Oktober 2011 at 2:26 pm

    Satu persatu ada makna yang tidak pernah terbayangkan dan menyentuh rasa ihsan…
    Terima kasih ustaz,
    Dengan puisi yang mendamaikan sanubari, kerana setiap teguran di dalamnya?,
    dapat dirasai seolah-olah ‘sang ayah’ sedang menasihati ‘sang puteri’.

    Alhamdulillah,

     
  7. rodzita

    22 Jun 2012 at 3:08 pm

    Mohon Kongsi ya Ustaz….

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: