RSS

BELAJAR DARI CICAK

26 Dec
cicak

© copyright 1999-2008 Getty Images, Inc. All rights reserved.

Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang  bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.

Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!    

Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:

“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

 
11 Komen

Posted by di 26 Disember 2008 in Belajar Dari Alam

 

11 responses to “BELAJAR DARI CICAK

  1. Teja

    31 Disember 2009 at 12:28 am

    Salam..
    setiap ciptaan-NYA ada kelebihan dan kekurangan..bersyukur apa yang dianugerahkan

     
  2. ina

    31 Disember 2009 at 4:15 pm

    salam ustz. sy nk minta keizinan dr ustaz untk copy artikel.

     
  3. gentarasa

    5 Januari 2010 at 3:00 pm

    Salam,
    Ya. silakan.

     
  4. ameelah

    25 Jun 2010 at 4:50 pm

    salam, mohon utk copy artikel..

     
  5. Hafriz

    28 Jun 2010 at 7:01 am

    Assalamu’alaikum ustz…
    izinkan sy copy mana2 pnulisan ustz, utk perkongsian dgn shbt…
    syukran… =)

     
  6. haliza bt osman

    4 Januari 2011 at 9:57 pm

    ..slm~
    bes la artikel ni.. analogi menggunakan cicak adalah sangat menarik n terus ternag sy x pernah terfikir pun..🙂

     
  7. hainana

    29 Januari 2011 at 11:01 pm

    assalam

     
  8. MrConsult

    10 Jun 2011 at 5:42 pm

    salam ustaz…..izin sy copy mane2 penulisan ustaz….terima kasih…

     
  9. nazly

    9 Oktober 2011 at 10:34 pm

    minta izin copy artikal untuk bacaan pelajar teman…. TQ…

     
  10. nor baizura mohd khatib

    4 Mac 2012 at 1:44 pm

    salam…
    alhamdulillah inilah yang dikatakan belajar dari alam. jika kita ingat bagaimana allah mengajar kita supaya kita sentiasa melihat dan berfikir bagaimana allah menghantar 2 ekor gagak yang bergaduh dan mati salah seekor darinya, dan allah mengilhamkan pada gagak itu bagaimana untuk mengambuskan sahabatnya itu. kisah ini memberi tunjuk ajar kepada manusia yang mula2 melakukan pembunuhan iaitu habil dan kobil.
    maaf jika ada salah dan silap

     
  11. guest

    19 Mac 2012 at 5:00 pm

    nmpak cicak kta bunuh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: